Selasa, 22 Mei 2012

Addin

Addin


Gambar Kemewahan Hidup Pengerusi Bersih 4.0

Posted: 22 May 2012 09:14 AM PDT


Dalam satu kenyataan, Jamal Md Yunus, ketua pengacau rumah Ambiga ini mendakwa dia peniaga nasi lemak yang mengalami kerugian semasa BERSIH 3.0. Katanya: "kami terdiri daripada peniaga-peniaga. saya menjual nasi lemak.

Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"

Namun, dia terlupa sekarang ini zaman internet, zaman blog, zaman facebook. orang ramai tidak mudah diperdayakan. Siapa malaon ini? Sila rujuk di sini.

Malah gambar yang dipetik dari sebuah blog ini menunjukkan ketua pengacau ini menyambut hari jadi di sebuah hotel 5 bintang. Tetamu yang hadir juga bukan calang-calang termasuk artis dan selebriti TV.


Gambar lain di sini.
Usahlah bermain wayang kerana kita sekarang hidup dalam zaman teknologi maklumat. Selain menjadi pengendali Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, mamat nih ini ialah pemilik rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Walaupun rata-rata tukang komen di laman FB DCM mendakwa makanan di restoran milik malaon ini tidak sedap dan mahal gila, namun malaon ini tetap maintain pandu Ferrari dan sambut hari jadi di hotel mewah. Mampukah dia menjalani kehidupan begitu dengan hanya menjual nasi lemak di Jalan TAR?

Cuba lihat gambar di bawah ini dan jawab soalan ini, adakah BERSIH 3.0 merugikan peniaga?


~dcm


Bekas Peguam Cara Negara II Pula Sertai PAS?

Posted: 22 May 2012 06:12 AM PDT

Selepas Naib Ketua Pemuda Umno-APCO Kampar, Samhuri Md Zain membuat keputusan U-Turn hanya dalam tempoh 52 jam mengamuk di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di Batu Gajah, kejutan kembali semula mewarnai arena politik tempatan. Kesediaan Bekas Pendakwaraya Kanan II Persekutuan, Yusof Zainal Abiden menyertai pasukan peguambela Anwar jelas membuktikan bahawa ada kepincangan serius dalam sistem kehakiman negara yang sekian lama dicabuli rejim pemerintah sejak zaman Mahathir menjadi perdana menteri. Tetapi siapa yang menyangka Yusof pun boleh membuat U-Turn meninggalkan Najib Altantuya dan Gani Patail terkapai-kapai setelah bersara wajib 1 Februari lalu malahan telah meletakkan jawatannya beberapa hari sebelum keputusan dibacakan hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Mohd Diah.

Kita tunggu dan lihat 2 Julai nanti apakah yang akan dibuktikan Yusof dalam misi untuk membuktikan pertuduhan yang sengaja direka Pejabat Peguam Negara ini ke atas Anwar dapat membersihkan namanya yang sedikit tercalar satu ketika dulu.

Dan bukti terbaru daripada Twitter ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengatakan bahawa Yusof akan menyertai PAS pada 1 Jun ini bakal membuatkan Najib Altantuya semakin pening kepala!

Nga dalam Twitternya sebentar tadi mengatakan:

@ngakorming Terkini : Former Solicitor General Dato Yusof will officially Join PAS on 1/6/12. More Top civil servant will be with PR to save M'sia!

@ngakorming Terkini : Bekas Pendakwaraya Kanan Dato Yusof secara rasmi menyertai PAS pada 1/6/12. Lebih ramai pegawai tinggi kerajaan akan bersama PR untuk selamatkan M'sia!

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty menyifatkan Yusof telah 'kembali ke pangkal jalan' apabila mengetuai kumpulan peguam Anwar Ibrahim dalam kes perbicaraan Bersih 3.0.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Yusof berjuang bersama-sama Ketua Pembangkang itu untuk menegakkan perkara yang benar dan menolak perkara batil.

"Saya yakin penyertaan Yusof atas kerelaan beliau sendiri, bukan atas paksaan daripada mana- mana pihak. Beliau hadir bagi menuntut keadilan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Yusof merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.

Beliau meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II selepas menyaksikan Anwar bebas daripada sebarang sabitan.

Kali ini beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela Anwar dalam perbicaraan tuduhan menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Yusof memutuskan untuk menyertai Anwar setelah menerima tawaran melalui panggilan telefon daripada Anwar malam tadi.

Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Selain beliau, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut dituduh di bawah akta yang sama.

Mohd Nor berkata, Yusof yang mempunyai pengalaman luas sebagai pendakwaraya dalam kes- kes berprofil tinggi sebelum ini bakal membuka mata rakyat mengenai perjalanan kehakiman negara ini.

"Kontradiksi akan berlaku apabila beliau kali ini menyertai pasukan Pembangkang dan ia bakal membuka mata semua rakyat Malaysia. Keadilan pasti akan terjamin," katanya. ~jalanpulang

Rupa-Rupanya Pengerusi Bersih 4.0 Ahli Umno Tg. Karang, Kawan Baik Noh Omar

Posted: 22 May 2012 02:21 AM PDT

PETALING JAYA - Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunos yang menganjurkan protes bernama Bersih 4.0 pada hari Khamis dan Jumaat adalah ahli Umno. "Jamal ialah ahli Umno bahagian Tanjung Karang", kata pegawai khas Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman. Ahmad yang juga bekas ketua bahagian Umno Selayang turut menambah bahawa Jamal rapat dengan Noh.

Jamal, 41, mula mendapat perhatian media pada minggu lepas apabila beliau mengumumkan kepada media bahawa Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur akan menganjurkan protes di dalam bentuk pasar malam pada hari Khamis dan Jumaat ini di hadapan rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S Ambiga di Damansara, Kuala Lumpur.

Protes itu dianjurkan untuk mendapatkan ganti rugi kerana para peniaga terpaksa menutup premis perniagaan mereka pada 28 April lalu ekoran dari protes 'duduk dan bantah' Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Jamal memiliki 25 buah syarikat perniagaan. Beliau yang memiliki rangkaian Restoran Ikan Bakar Sekinchan mempunyai banyak cawangan khususnya di Lembah Kelang. ~fmt

Gempar!! Bekas Pendakwaraya Liwat 2 Jadi Peguambela Anwar Ibrahim

Posted: 21 May 2012 11:58 PM PDT

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II.  Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara. Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.  "Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya. "Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.

 BERSIH 3.0: Anwar didakwa di mahkamah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden - yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat 11 terhadap Anwar - kali ini bersama peguam kanan Karpal Singh dalam pasukan peguam bela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes liwat tersebut.

Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan dia tidak mengaku bersalah.

Peguam Karpal dan Yusof, meminta Anwar dibenarkan bon peribadi tetapi ia dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad.

Hakim mengarahkan ikat jamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Sementara itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga telah dikenakan ikat jamin RM500 jamin setiap.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. ~malaysiakini

Gambar Nih Pasti Tak Di Siarkan Di TV3 Dan Utusan Malaysia

Posted: 21 May 2012 08:43 PM PDT


Gambar nih pasti tak di siarkan di TV3 dan Utusan Malaysia. Dalam kegirangan penyokong Kelantan dalam menyaksikan perlawanan akhir Piala FA, terselit di tengah ribuan penyokong Kelantan yang cukup teruja bersama bendera PAS.

Apa petandanya? Ini mungkin amaran rakyat Kelantan kepada United Malays National Organisation (Umno).. Jangan harap rampas Kelantan dari PAS.. kami akan pertahankan pemerintahan Tok Guru.



Tiada ulasan: