Selasa, 22 Mei 2012

PERAKITE

PERAKITE


Polis sertai PAS kalau bersih

Posted: 22 May 2012 07:07 AM PDT

 Polis yang tidak terbabit jenaya, tidak akan takut untuk menyertai PAS atau parti di dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terbabit jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR," katanya.

Mohamad menyifatkan kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mengenai perkara itu mempunyai pengertian yang sangat mendalam untuk dijadikan iktibar oleh rakyat.

"Menyertai PAS mendedahkan diri untuk menghadapi pelbagai ujian. 

"Kalau seseorang itu terbabit jenayah, rasuah atau melindungi gangster, kesemua itu akan digunakan untuk mengugut jika bertentangan dengan Umno," katanya.

Dalam ucapan sulungnya selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Fauzi berkata penyertaannya dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Beliau juga berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Serentak dengan penyertaan Fauzi di dalam PAS, Mohamad menjemput presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri agar mengikut jejak langkah Fauzi dan bersama-sama membantu kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

"Sama seperti Fauzi, saya yakin Shafie tidak pernah terlibat dengan jenayah, tidak rasuah dan tidak pernah melindungi gangster dan beliau juga tentulah tidak takut seperti Fauzi," kata Mohamad.

Bekas Peguam Cara Negara II akan tegak kebenaran

Posted: 22 May 2012 07:00 AM PDT


Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty menyifatkan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden telah 'kembali ke pangkal jalan' apabila mengetuai kumpulan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes perbicaraan Bersih 3.0.
Beliau berkata, sudah sampai masanya Yusof berjuang bersama-sama Ketua Pembangkang itu untuk menegakkan perkara yang benar dan menolak perkara batil.
"Saya yakin penyertaan Yusof atas kerelaan beliau sendiri, bukan atas paksaan daripada mana- mana pihak. Beliau hadir bagi menuntut keadilan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," katanya ketika dihubungiKeadilan Daily.
Yusof merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.
Beliau meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II selepas menyaksikan Anwar bebas daripada sebarang sabitan.
Kali ini beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela Anwar dalam perbicaraan tuduhan menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Yusof memutuskan untuk menyertai Anwar setelah menerima tawaran melalui panggilan talifon daripada Anwar.
Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.
Selain beliau, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut dituduh di bawah akta yang sama.
Mohd Nor berkata, Yusof yang mempunyai pengalaman luas sebagai pendakwaraya dalam kes- kes berprofil tinggi sebelum ini bakal membuka mata rakyat mengenai perjalanan kehakiman negara ini.
"Kontradiksi akan berlaku apabila beliau kali ini menyertai pasukan Pembangkang dan ia bakal membuka mata semua rakyat Malaysia. Keadilan pasti akan terjamin," katanya.

Poster wajib ada nama penerbit/pencetak

Posted: 22 May 2012 06:54 AM PDT


Alkisahnya, poster parti politik yang bertanding kena ada nama pencetak dan penerbit. Ada sesaper faham atau kau orang tak kisah hal ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan semua poster parti politik yang bertanding wajib meletakkan nama pencetak dan penerbit pada poster berslogan parti.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia selaras penarikan balik Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini.
"Dulu diputuskan untuk tarik balik arahan itu, tetapi memandangkan pindaan ditarik balik, jadi SPR akan kuatkuasakannya semula," katanya.
Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju mewujudkan satu komuniti mengkaji kaedah pelaksanaannya agar mudah memberi kefahaman terutama kepada parti politik.
Antara pindaan yang diluluskan ketika itu ialah pindaan Seksyen 11(c) yang menyebabkan cetakan bahan pilihan raya tidak perlu disertakan nama dan alamatpencetak atau penerbit bahan tersebut.
Penarikan balik Rang Undang-Undang itu dipersetujui bersama oleh SPR, kerajaan dan pembangkang apabila mendapati proses pindaan itu merumitkan.
Rang Undang-Undang itu dibentang pada 9 April lepas bagi menambah baik proses pengundian, dan diluluskan Dewan Rakyat pada 19 April setelah dibahaskan Anggota Parlimen selama tujuh jam. - BERNAMA

Tiada ulasan: