Selasa, 22 Mei 2012

HIDUP DAN HARAPAN

HIDUP DAN HARAPAN


KJ JUARA PUSING

Posted: 22 May 2012 11:00 AM PDT

Selesai sudah DEBAT RAFIZI VS KHAIRI,tanggapan saya kali ini meleset sekali apabila KHAIRI mengeluarkan hujanh penafian dan gagal menjawab bebeapa soalan yang di ajukan oleh RAFIZI.Mungkin inilah benih UMNO yang terbaik terdapat di malaysia.Jika saya sebagai mahasiswa ketika ini nescaya saya akan UNDI PR pada PRU 13 nanti. Khairi terang-terang gagal mengemukan data yang jelas kemana duit petronas di belanjakan ketika ZAMAN PAK LAH BADAWI,sememangnya malaang sungguh KETUA PEMUDA UMNO ini.Biarpun KHAIRI kelihat segak berpakaian namun apa yg di tuturkan lebih kepada penafian dan serangan ke atas DSAI walhal tajuk perdebatan PTPTN bukannya DSAI. Tidak terkejut sebenarnya keadaan ini kerana di dalam siber terutama FB sememangnya AGEN UMNO apabila berdebat selaalunya gagal menjawab soalan yang di utarankan tidak hairanlah jika KHAIRI juga bersikap sedemikian... IKAN BILIS DI TEKAN JERUNG DI BIARKAN HIDUP HARAPAN

HOT

Posted: 21 May 2012 09:51 PM PDT

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II. Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara. Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani. "Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya. "Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari. -mk Tuduhan bermotif politik, Anwar minta dibicara KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman bermotif politik. "Pertuduhan bertujuan politik dan saya minta dibicarakan," kata Anwar selepas pertuduhan dibacakan. Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi. Bekas peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini. Namun, hari ini, beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II tersebut. -KD

TERKINI..KES BERSIH 3.0

Posted: 21 May 2012 09:48 PM PDT

Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012. Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian. Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar. Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh. Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard. Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi. Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah. Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun. Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April. Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Tiada ulasan: