Addin |
- (Gambar) Ribuan Hadir Ceramah Anwar Di Masjid Tanah W'pun Di Ganggu Oleh Umno
- Wajib Baca!! Pencacai Edit Video DS Nizar Di Ceramah Umno
- Presiden Kelab Pesara Tentera Kecam Hebat Tindakan 'Senaman Punggung'
- Patutlah Ramai Hadir Ceramah Hassan Ali Di Melaka.. Ini Sebabnya
- Video Najib Di Aibkan Di Kota London.. Wajib Tonton
- Gambar Najib Terkedu Bila Terima Bunga Kuning Di London..
(Gambar) Ribuan Hadir Ceramah Anwar Di Masjid Tanah W'pun Di Ganggu Oleh Umno Posted: 15 May 2012 10:03 AM PDT Beribu rakyat hadir menyaksikan ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan di Kg. Paku, Masjid Tanah, Melaka. Dalam ceramah ini telah menampilkan beberapa tokoh Pakatan Rakyat termasuklah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap bakal Perdana Menteri YB Anwar Ibrahim. Di anggarkan seramai 4000 orang mendengar ceramah ini seperti di dalam gambar. Selain itu wujud ganguan yang cuba di adakan oleh pihak UMNO BN dengan membuka kaset ceramah Hasan Ali akan tetapi jumlah mereka yang amatlah sedikit mengakibatkan mereka tenggelam dalam ribuan penyokong Pakatan Rakyat. Selain itu bekalan elektrik ke khemah mereka telah di potong oleh pihak tuan rumah akibat kebiadapan Umno dalam berhujah menyebabkan pihak tuan rumah tidak membenarkan mereka mengunakan eletrik. Selain itu seluruh penduduk kampung juga memboikot Umno dengan tidak memberi mahu pun menyewakan sumber elektrik kepada mereka. Ini membuktikan mood rakyat yang ingin kan perubahan dan menyokong pakatan rakyat tidak dapat di bendung .Turut hadi ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah Ust Jualsapiyah bin Kassim. Sumber | ||
Wajib Baca!! Pencacai Edit Video DS Nizar Di Ceramah Umno Posted: 15 May 2012 06:46 AM PDT Mula-mula Addin tengok video nih rasa ada yang tak kena tapi tak tahu kat mana. Sebab kelancaran video nih terganggu. Setibanya Nizar di tempat ceramah United Malays National Organisation (Umno) , kelihatan Hanafiah menggelabah ubahkan laptop. Ye ler.. sedap - sedap kutuk tuan empunya badan terpacak depan mata.. takpe itu merupakan tindakan refleks namanya. Beberapa blog Pakatan Rakyat telah mengesan di mana part mana video nih di edit. Cukup terdesak United Malays National Organisation (Umno). Video ceramah pun nak di edit.. Kepada penyokong Pakatan Rakyat jika menerima berita dari golongan munafik seperti United Malays National Organisation (Umno) nih, selidiki dahulu.. mungkin ada pembohongan ataupun tokok tambah. Video Nizar di ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' ..Ramai yang bertanya samada ada atau tidak video yang memaparkan kejadian ketika DS Nizar yang menghadirkan diri ketika satu ceramah UMNO yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Kampung Tualang tu.. Bagi tidak menghampakan pembaca yang bertanya itu samada melalui e-mail, Facebook ataupun Blog ini di SINI, aku usahakan untuk mencarinya.. Hasil penjelajahan aku kebeberapa buah blog pro UMNO akhirnya aku jumpa juga video yang dicari itu dalam blog pencacai UMNO.. Oleh kerana yang merakam video ini ialah pencacai UMNO, sudah pasti mereka tidak akan upload versi original sebelum di edit bagi menunjukkan Nizar telah menipu bahawa ketika beliau datang penceramah yang tah apa namanya tu dah mati kutu.. Korang tengok video ni... Kenapa aku kata video ini telah diedit? Pada minit yang ke 1:56 Nizar telah sampai dan pada minit ke 2:12 penceramah mereka ketika itu iaitu Hanafiah kelihatan terketar-ketar mengubah lap top yang ada didepannya. Tiba-tiba pada minit yang ke 3:35 bunyi asal telah bertukar dan suara dari rakaman awal telah dimasukkan.. Dalam video kedengaran suara tapi jika diperhatikan ketika itu Hanafiah sedang terpinga-pinga dengan mulut yang tidak terbuka tetapi suaranya ada.. Bagi menipu kononnya Hanafiah meneruskan ceramah dengan menghentam Nizar secara berdepan pada minit yang ke 3:49 dimasukkan ucapan Hanafiah diawal ceramah. Kononnya kerana tidak tahan dihentam Nizar mengangkat kaki dari ceramah UMNO itu.. pada minit yang ke 4:54 Nizarmula mengangkat kaki.. perhatkan sudut bukaan lap top dibawah ini.. dan ketika ini kelihatan Hanafiah masih terpinga-pinga.. Aku malas dah nak ulas panjang-panjang... korang tengoklah sekali lagi video kat atas tu, lepas tu apa yang tak betul korang tinggalkan komen kat bawah tu... Macammanalah pencacai UMNO ni edit video tu.. jalan cerita tak lancar langsung.. nampak sangat dah dieditnya.. Kesian... terdesak benor kome nak pertahankan Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man itu ya... ambik upah mingguan ke? ~anaksungaiderhaka | ||
Presiden Kelab Pesara Tentera Kecam Hebat Tindakan 'Senaman Punggung' Posted: 15 May 2012 03:08 AM PDT Nah!! Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera pun mengecam hebat tindakan tidak berakal oleh pesara tentera nih. Senang cerita anak-anak diaorang pun menanggung malu akibat perbuatan tidak berakal ayah dia orang semua nih. Yang Addin sedihnya, ada yang pakai kopiah tetapi sanggup lagi berkelakuan lucah seperti nih. Yang Addin tahu suka berkelakuan lucah nih.. United Malays National Organisation (Umno) je.. Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan. Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara. Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan. "Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu. Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga. 'Pesara polis tak akan buat begitu' Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera. "Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya. Malah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN". Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri. Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka. "Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat. ~malaysiakini | ||
Patutlah Ramai Hadir Ceramah Hassan Ali Di Melaka.. Ini Sebabnya Posted: 15 May 2012 02:43 AM PDT Gua dapat gambar ini dari sahabat gua dari media pencacai UMNO. Member gua ni kerja dengan syarikat akhbar porno Melayu. Sekali-sekala bantai member apa salahnya. Gua bantai bukan sebab dia tapi sebab kerja dia dengan Utusan. Tpa nak buat macam mana, dah rezeki dia dengan Utusan. Lebih baik dari gua yang jual sayur ni. Ada blogger UMNO Majusi kata hampir 2,000 orang datang namun member aku yang kerja dengan Utusan kata hampir 10,000 orang datang. Mana satu angka yang betul ni? UMNO menipu atau member aku yang kerja Utusan menipu? Rupa-rupanya dia berseloroh dan sindir-sindir aku rupanya. Aku tanya dia, betul ke ramai yang datang? Dia kata ramai datang dan terserempak dibelakang khemah adalah puak-puak PKR. Patutlah ramai. Rupanya yang datang nak tengok Hassan Jati berceramah. aku tanya lagi, takkan PKR je datang? Memeber aku kata ada 6 buah bas yang diguna untuk angkut orang. Aku tanya lagi, biar betul engkau ni? 6 buah bas diguna untuk angkut orang. Patutlah ramai. Tanya aku lagi macam tak puas hati. Golongan mana yang ramai? Golongan tua-tua dan mat bangla. Terkejut aku dan aku terus tanya golongan muda mana perginya? Golongan muda ada dibelakang pakai baju PKR. Takkan angkut je. Ada mereka hulur pape tak? Member aku kata mereka ada bagi beg kertas berisi bahulu gergasi dan air kotak. Patutlah ramai. Dah berapa banyak patutlah ramai yang gua sebut ni? Seluruuuuuhnya ramai. Golongan tua pun ada yang duk dengar macam kena tipu. Member gua cakap, khemah dan program malam itu ditaja oleh MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) dan dianjurkan oleh Belia 4B Kawasan Bukit Katil. Bukan itu sahaja, Hassan Ali meneyarankan jangan undi DAP kerana beliau kata DAP merosakkan Islam. Gua pun pelik, apa yang DAP rosakkan? Setahu gua, MCA yang menolak Islam. Hassan Ali juga banyak bercerita pasal seks dan kata-kata berbaur lucah. Mungkin ini budaya yang diterap oleh UMNO. Aku tanya member gua, apa yang engkau dapat dari program tu maka beliau berkata dapat Baulu gergasi dengan air kotak. Terus aku bagi tau member aku untuk bank in duit bagi dia beli makanan dan sebagai bayaran untuk gambar yang aku post ini. Walau member gua kerja Utusan, hati beliau tetap mulia. Cuma Utusan itu sahaja yang buat taik dengan rakyat. ~kijang59 | ||
Video Najib Di Aibkan Di Kota London.. Wajib Tonton Posted: 14 May 2012 09:30 PM PDT Najib sungguh tersentak dengan laungan Bersih semasa mahu memulakan ucapannya di O2 Arena , London. Beliau menggunakan ucapannya yang pendek di O2 Arena dengan mempertahankan tindakan kerajaan terhadap himpunan Bersih 3.0. Pastinya , Najib tidak tidur lena setelah dimalukan rakyat Malaysia di Kota London. ~paspb | ||
Gambar Najib Terkedu Bila Terima Bunga Kuning Di London.. Posted: 14 May 2012 05:14 PM PDT Jangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu ini nampaknya meleset kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini. Selepas Bersih 3.0, nampaknya demam kuning melarat ke London. Di mana Najib pergi di situ ada warna kuning dan bayangan kuning ini sentiasa mengekori Najib. Gambar dia atas menunjukkan seorang gadis menghadiahkan sejambak bunga kuning kepada Najib. Daripada banyak banyak jenis bunga, kenapa mereka pilih bunga kuning? Macam bunga peserta bersih 3.0 bawak masa duduk bantah je. Addin rasa kalau kat Malaysia rasanya lama dah kena ligan dengan anggota polis.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan