Selasa, 15 Mei 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Beberapa perkara yang gua nak share.

Posted: 14 May 2012 10:21 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Perkara pertama yang gua nak share pendapat ialah mengenai muzakarah yang dilontarkan Hadi Awang semalam. Beza muzarakah semalam dan muzakarah dulu ialah gelap dan terang. Memang ada yang curiga sebab barang muzakarah ni bermula oleh ulama bangang myang memilih pendekatan gelap dan mencetus fitnah. Alhamdulillah, rakyat berjaya bangkit dan hasilnya ulama bangang ada yang kalah, dan ada yang terkepung sekarang ni.

Untuk muzakarah semalam, terlatest punya, gua berpendapat, ianya perlu berlaku. Dengan syarat pertama, dilakukan secara live. Baik ustream, baik TV. Gua mahu rakyat terutama Melayu Hutan tahu hujah di mana titik PAS-UMNO tidak boleh bersama. Di mana titik PAS-UMNO boleh bersama. Ini sangat penting menjelang PRU13.

Syarat kedua pula ialah panel muzarakah dari PAS tidak total kepada kem muzakarah gelap. Jap lagi, Hadi + Harun + ABC bermuzakarah dengan UMNO, dengan live plak tu, mampos kena bahan dek ulama muda UMNO. Ianya perlu disertai secara seimbang oleh kumpulan progresif PAS. Barulah PAS for all.

[2]
Gua takda masalah dengan Tengku Melayu DAP yang membantah BERSIH 3.0 dilansungkan di jalanan. Gua hormati pendapat dia. Yang tak setuju dengan Tengku DAP tu, haruslah fight dengan hujah.

Bagaimanapun, selaku organisasi yang mempunyai perlembagaan sendiri, Tengku DAP itu tertakluk kepada perlembagaan DAP. Apatah lagi, kerusinya adalah lantikan, bukannya undian. Kalau undian, suaranya mewakili pengundi. Kalau lantikan, dia kena akur terhadap si pelantik. So, memang wajar DAP mengenakan tindakan terhadap Tengku DAP yang tidak menggunakan saluran perlembagaan dalam suaranya.

Namun, tindakan / hukuman tidak melantik semula Tengku DAP tersebut, diambang PRU13, ketika DAP menjadi ikon kebebasan tertinggi diantara 3 (PAS / PKR / DAP), adalah satu percaturan yang bodoh pada pendapat gua. Ianya mengasak maruah manusia supaya keluar dari kumpulan. Itulah yang berlaku. DAP mengembalikan momokan tradisi Melayu terhadap diri DAP itu sendiri ketika terdapat ruang2 pembebasan sudah jelas.

[3]
Penggulungan hujah kes gua jatuh pada Rabu ni. Kalau gua ada kes, gua akan dipanggil bela diri. Kalau takda kes, gua dilepaskan. Gua harap doa dari lu orang semua. Amin.

Daripada perbualan dengan seorang polis, diambang PRU ini, Najib mengumumkan dasar minima isu yang merugikan BN. Dari sekecil2 hingga ke sebesar2. Tahniah kepada sahabat Shauqey yang sudah dibebaskan. UMNO Pulau Pinang pun sudah membuat kenyataan membebaskan diri dari isu upacara kematian Lim Guan Eng oleh PERKASA.

Dan menurutnya lagi, parlimen bubar selepas Jumaat ini. Selepas 18 Mei.

[4]
26 Mei, gua nak buat demo jalanan pertama di KB. Tanya pendapat beberapa rakan. Akhirnya, menjadi status kami. Asal target kami sekitar 10-20 orang. Kami bukan mana-mana pemimpin. So, jumlah tidak mendamagekan kami. Kalau kami pemimpin A, kehadiran 20 orang, ianya mendamagekan individu pemimpin. Jadi, demi kelangsungan individu, banyak gerakan perlu diperapkan. Individu first, Allah second. Bantah kafirkan TGNA pun hijack crowd kuliah Jumaat.

Perbincangan demi perbincangan, ianya menjadikan 26 Mei di seolah2 Big Program. Gua tak setuju dari awal lagi. Sebab gua tak nak dianggap mencabar sesiapa. Dan gua tak mahu menyusahkan / meminjam sesiapa. Gua just nak bawa satu lagi budaya luar bersama rakan2, demi anak cucu. Lillahitaala. Beberapa sahabat masuk menggunakan NGO. Siap nak guna khidmat Unit Amal. Walkie Talkie dan usher bermotosikal.

Gua cakap, tak perlu big program. Sahabat cakap, takpa. Diorang uruskan. Lu dont worry lah. Akhirnya, ketika di Seremban, gua mendapat panggilan telefon dari sahabat berkenaan, bahawa satu sayap PAS telah menetapkan satu program 26 Mei dengan status setiap ahli wajib hadir. Gua senyum dan cakap, lu kena utamakan jemaah yang lu dah berbaiah.

Kan.... Gua dah baca benda ni dari awal dah. So, projek demo jalanan pertama di Kelantan, lillahitaala first, demi anak cucu, kembali kepada projek newbie. Kecil2an. Aman. Mengeratkan silaturrahim bersama rakan-rakan. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

Tiada ulasan: