Addin |
- Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei Nih.. Ini Buktinya
- Wajib Baca!! Luahan Hati Bekas Polis Yang Menyertai Bersih 3.0
- Patutlah Najib Bagi RM15 Ribu Je Pada Peneroka..
- 'Bersih 3.0 Jadi Huru-Hara Apabila Polis Menembak Gas Pemedih Mata' - Marina Mahathir
Maklumat Bocor!! Parlimen Bubar 14 Mei Nih.. Ini Buktinya Posted: 09 May 2012 09:10 AM PDT Ini maklumat baru yang Addin terima dari seorang sahabat, ustaz nih merupakan Exco DPPN. Mula-mulanya dia sms tetapi untuk lebih memastikan kesahihan maklumat nih, Addin telah telefon beliau. Menurut maklumat beliau, maklumat nih memang telah di berikan oleh sumber dalaman dari Badan Perhubungan United Malays National Organisation (Umno) Negeri sendiri. Menurutnya juga, United Malays National Organisation (Umno) juga telah bermesyuarat dan maklumat nih telah disebarkan kepada semua ahlinya. Bilik gerakan mereka juga telah beroperasi. Menurut maklumat tersebut, Parlimen akan di bubar pada 14 Mei nih dan tarikh penamaan calon pula pada 26 Mei. Tarikh pembuangan undi PRU 13 nih pada 8 Jun 2012. 8 Jun tuh jatuh hari Jumaat.. agak pelik jugak tetapi ianya tidak mustahil. |
Wajib Baca!! Luahan Hati Bekas Polis Yang Menyertai Bersih 3.0 Posted: 08 May 2012 08:18 PM PDT Kami akui masih ada polis yang baik, kepada polis yang berhati mulia janganlah berasa hati kerana anda tidak terlibat. Kami menentang polis - polis yang bertindak kejam dan zalim, berkelakuan ala Yahudi Zionis. Rakyat mahu berhimpun secara aman tapi dikacau bilaukan oleh polis-polis nih. Ikuti pendedahan oleh bekas polis yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0.. Saya seorang bekas polis. Saya telah menyertai Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0. Apa yang menyedihkan sikap polis dalam melaksanakan tugas. Saya pernah menghadiri latihan FRU. Tatacara melerai, memukul, menembak gas nampaknya dah hilang. Kepada pegawai polis yang bertanggungjawab kepada tingkah laku dan tatacara bekerja tolong lah tengok - tengok.. kami dulu berperang kerana sayangkan Malaysia... Berada didalam hutan berbulan-bulan.. tinggal segala tilam empok.. bini cantik. Bertemankan pacat dan senapang.. malam tidur tak lena kerana takut kena bedil.. untuk apa ini... Untuk malaysia.... kepada adik2 polis yang baru masuk, istilah kami cap jari belum kering.. Ingatlah kepada orang lama (bekas polis).. janganlah ikut rasa.. Kami sertai Bersih kerana kami sayang Malaysia... ~ tranungkite |
Patutlah Najib Bagi RM15 Ribu Je Pada Peneroka.. Posted: 08 May 2012 07:06 PM PDT Pengumuman yang dibuat Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja. KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak. Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion. Ini berikutan urusniaga berikut: 1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru 2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru 3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65 4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion 5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal. Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato' Seri Najib Tun Razak harus berterusdana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari adalah RM1.689 bilion. Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau. Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah: 1. Dato' Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan 2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah. Ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN WONG CHEN PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI 8 MEI 2012 |
'Bersih 3.0 Jadi Huru-Hara Apabila Polis Menembak Gas Pemedih Mata' - Marina Mahathir Posted: 08 May 2012 05:55 PM PDT Aktivis sosial Marina Mahathir berpendapat kerajaan perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April lalu. Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya. "Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab. Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini. "Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT). Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu. Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka. "Tiada siapa yang telah menjadi provokatif. "Terdapat semangat yang tinggi, ramai orang muda dan pihak polis sangat sabar." "Tetapi mereka tiba-tiba membawa trak, dan orang bertopi keledar dan perisai. Kami tidak benar-benar memahami mengapa. Saya fikir ia adalah satu faktor ugutan," katanya. Rabu lepas, Persatuan bagi Penggalakan Hak Asasi Manusia (Proham) telah juga menggesa Putrajaya untuk melakukan perkara yang sama dalam laporan yang bercanggah mengenai keganasan antara polis dan peserta himpunan dalam Bersih 3.0. Bagaimanapun, pihak polis telah mempertahankan tindakan mereka mengatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk jika mereka hanya berdiri tepi. "Perkara yang Dahsyat berlaku (pada hari itu) kerana mereka melemparkan gas pemedih mata. Tidak mahu orang memasuki Dataran Merdeka kemudian dilepaskan gas pemedih mata," katanya ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan