Rabu, 9 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


‘An Evening With The Prime Minister’!.. Najib promosikan dirinya di London.. guna duit kita laa..

Posted: 09 May 2012 07:36 AM PDT



Perdana Menteri Malaysia yang telah melabelkan Peneroka yang menentang penyenaraian Felda sebagai 'haram jadah' di laporkan telah menyewa sebuah dewan di London untuk promosikan dirinya sendiri.


O2 Arena, yang dikenali penduduk tempatan sebagai 'Dome', adalah salah satu mercu tanda ibu negara UK yang paling menarik perhatian dan ia akan menjadi  lokasi utama untuk Sukan Olimpik nanti.

Ia juga sering digunakan untuk menganjurkan konsert pop yang paling utama, seperti konsert 'Final Tour' Michael Jackson.

Walau bagaimanapun, pada hari Isnin ini, Najib Tun Razak telah menjadi pengarah untuk sebuah acara yang dibintangi oleh beliau sendiri, 'Sepetang Bersama Perdana Menteri'.

Menurut laman web Suruhanjaya Tinggi London, semua rakyat Malaysia di UK adalah dijemput untuk menghadiri majis inbi secara percuma, dengan makanan dan minuman yang disediakan dan hiburan kebudayaan yang ditawarkan keseluruhannya.

"Mengapa Najib menghabiskan wang seperti ini dalam acara promosi di negara asing"? tanya seorang palajar London yang terkejut.  

"Ini adalah satu acara parti politik untuk memancing undi dan akan menggunakan berjuta-juta Ringgit sebagai kos majlis tersebut.  Ia adalah salah untuk membelanjakan wang awam seperti ini, dan saya tidak fikir Rakyat Malaysia akan kagum bahawa ia diadakan di UK. Mungkin Najib tidak berani mengadakan perhimpunan di KL lagi selepas orang ramai keluar untuk Berish 3.0! " kata seorang pelajar lagi.

Dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di atas perbelanjaan Rakyat Malaysia!

 Lebih amat memalukan, apabila didedahkan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga mengatur pengangkutan percuma dan peruntukan bagi pelajar dari seluruh UK!

Pelajar dari jauh telah digesa untuk hadir dalam usaha yang sangat terdesak yang dianjurkan oleh diplomat Malaysia.  Gerakan sedemikian yang dianggap direka untuk mengelak terlalu banyak kerusi barisan depan kosong yang akan menggambarkan imej buruk walaupun media di Malaysia memanipulasikan foto-foto yang disiarkan nanti.

Mereka mensasarkan 1000 rakyat Malaysia untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

"Perjalanan dengan bas-bas ke London akan disediakan.  Minuman dan pek Majlis Makan Malam akan disampaikan di dalam bas-bas tersebut.  Semua cawangan diminta untuk mengesahkan bilangan yang hadir supaya kita akan tahu sama ada untuk menempah satu atau dua bas.  Tolong sampaikan mesej ini kepada kumpulan tempatan anda (?) Dan lain-lain rakyat Malaysia", seorang diplomat membuat kenyataan.

"Ini bukan perhimpunan rasmi.  PM hanya akan menyampaikan sedikit ucapan dan kemudiannya akan bergaul dengan orang ramai sepanjang malam", kata mereka lagi.

Untuk laporan lebih lanjut korang sila baca di ( SINI )

Makan percuma, minum percuma, pengangkutan percuma, konsert percuma, sewa dewan juga percuma kerana semuanya ditanggung oleh rakyat Malaysia.. maksud aku rakyat Malaysia yang membayar cukai..

Apa faedah untuk rakyat Malaysia??


Berapa juta pula agaknya yang habis kali ni?? 

Utusan akan disaman lagi...

Posted: 09 May 2012 05:30 AM PDT


Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

'Menteri kata bukan saya'

Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.

NONE"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.

Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.

"Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.

"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi.



Malaysiakini

Najib lantik Bekas Ketua Polis ketuai panel bebas siasat keganasan Polis

Posted: 09 May 2012 03:28 AM PDT


Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.

Beliau baru-baru ini mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, terma rujukan panel itu akan ditetapkan dalam tempoh beberapa hari lagi dalam mesyuarat pertamanya.

***************************************

Former IGP to head Bersih 3.0 independent panel

PUTRAJAYA, May 9 — Tun Hanif Omar was named today as the head of a six-man independent panel to investigate allegations of police violence against journalists and other participants of last month's Bersih 3.0 rally for electoral reforms.

Besides the former Inspector General of Police, the other members of the panel are former Chief Judge of Borneo Tan Sri Steve Shim, Sinar Harian managing editor Datuk Hussamuddin Yaacub, legal adviser to Media Chinese International Liew Peng Chuan, Petronas corporate affairs senior general manager Datuk Medan Abdullah and Universiti Kebangsaan Malaysia psychology Prof Dr Ruszmi Ismail.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who announced the names today, said the panel was expected to convene its first meeting to set its terms of reference in the next few days.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had pledged last week that "credible, experienced and respectable" individuals would form the independent panel tasked with investigating allegations of police brutality.

Najib added that he, along with the entire government and members of the public, are keeping a close eye on investigations into the allegations that journalists, both local and foreign, had been roughed up during the rally for free and fair elections.

Six local pressmen and about 12 photographers and journalists from the foreign media were reportedly assaulted during the fracas on April 28, after the police sprayed water cannons and tear gas to disperse Bersih 3.0 protesters.

Both local and foreign media groups have condemned the hard-handed tactics used on the media, whom they pointed out were merely doing their jobs.

Chaos reigned on the streets of Kuala Lumpur for over four hours after 3pm on April 28 when police fired tear gas and water cannons and chased protesters down the streets of the capital to disperse what had initially started out as a peaceful protest calling for free and fair elections.

The Bar Council has said that its observers found that police brutality at the rally was "magnified" as compared to already chaotic scenes during a similar gathering for free and fair elections last July 9.

Police fired tear gas and water cannons after some demonstrators breached the barricade in front of DBKL and rushed into Dataran Merdeka, which the court had barred the public from entering across that particular weekend.

Police fired as far as the DBKL premises, which are across Jalan Parlimen, and the move broke up the crowd who fled helter-skelter but police chased them down at Jalan Tun Perak and Jalan Raja Laut.


The Malaysian Insider

Kenapa Bernama padam berita ini?

Posted: 08 May 2012 11:36 PM PDT


Kenapa laporan berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tidak disiarkan dalam akhbar negeri itu hari ini.

Sedangkan, menurut ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang, ia wajib disiarkan di halaman depan akhbar di negeri di bawah bayu itu.

"Hakikatnya, berita ini langsung tidak mendapat liputan dalam semua media arus perdana Malaysia dan semua media cetak yang diterjemahkan dalam bahasa yang lain...," katanya dengan mengecualikan The Sun dan beberapa akhbar atas talian, termasuk Malaysiakini.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga mempersoalkan tindakan agensi berita nasional Bernama menarik balik laporannya yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, berkaitan RCI beberapa jam selepas disiarkan.


Print screen pertama disiarkan semalam dan ini hari ini lihat SINI
  "Adakah Bernama berhak untuk memadamkan berita berkenaan jawapan Nazri di Parlimen, walaupun Nazri telah memperdayakan dan tidak bercakap benar di Parlimen?" dakwa Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timor.

Bernama dalam nota kepada editor semalam menarik balik laporannya berkaitan RCI melalui arahan berbunyi: "Sila abaikan berita bertajuk NAZRI-RCI yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul."

Laporan yang ditarik balik itu antaranya memetik Nazri sebagai berkata, kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat masalah PATI di Sabah pada 8 Februari tahun ini dan proses menyediakan terma rujukannya sudah bermula.

Beliau dilapokan berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) yang ingin tahu status terkini RCI yang menurutnya amat dinantikan di Sabah tetapi belum diumumkan sehingga kini

Malaysiakini

Najib label Peneroka yang menentang penyenaraian Felda sebagai 'Haram Jadah'.. (Video Inside)

Posted: 08 May 2012 09:22 PM PDT


Dalam saat yang ke 55 videoclip ini, kita akan mendengar Najib menyebut perkataan 'Haram Jadah mereka itu' yang ditujukan khas buat para peneroka yang menentang penyenaraian Felda.

Adakah ini contoh wassatiyah yang dicanangkan oleh Najib? Peneroka yang tidak sealiran atau tidak mahu menurut kemahuannya dilabelkan sebegitu rupa..

Wajarkah seorang PM melabel rakyat yang telah memberikannya undi untuk berkuasa sebagai Perdana Menteri melabelkan rakyatnya sebagai 'Haram Jadah'?

Jelas disini.. Najib punya dendam yang mendalam terhadap Penerokayang menentang penyenaraian tersebut..

Baca laporan ni dulu..

JERANTUT, 9 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kumpulan peneroka yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) agar jangan mengambil durian runtuh yang diumumkan semalam untuk warga Felda.

Beliau menyifatkan kumpulan peneroka ini sebagai pengkhianat kerana sanggup menjadi api dalam sekam terhadap majoriti peneroka yang bersetuju agar FGVH disenaraikan di Bursa Utama Kuala Lumpur.

"Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian ini. Saya nak lihat muka-muka ini, nak terima durian runtuh atau tidak. "Saya tidak redha mereka ini menerima durian runtuh," kata Najib sambil mendapat sorakan dari hampir 50,000 warga peneroka hadir pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri.

Najib turut menyifatkan pembangkang sebagai sudah kehabisan dan ketandusan modal untuk meracuni pemikiran rakyat sehingga penyenaraian FGVH dipolitikkan.

"Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan modal. "Kalau mereka tidak mampu memenangi hati nurani rakyat, mereka cuba kaedah mencelarukan pemikiran.

"Yang baik dipolitikkan, yang menguntungkan diselewengkan kenyataan dan fakta supaya pemikiran rakyat bercelaru dan boleh salahkan UMNO," tegas Najib - KLPos 

ADUN BN Pulau Pinang keluar Dewan kerana tak reti bahasa rupanya..

Posted: 08 May 2012 05:00 PM PDT


Korang baca apa penjelasan dari Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang di bawah ini.. perlu diketahui Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang bukanlah seorang Melayu..

11 ADUN UMNO telah meninggalkan mesyuarat DUN hari ini kerana protes kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. "Sekiranya UMNO kembali berkuasa, kuil Hindu mungkin terancam". 

UMNO mendakwa bahawa Ketua Menteri menyatakan sekiranya UMNO kembali berkuasa maka kuil Hindu akan dirobohkan. Ini adalah dua kenyataan yang berlainan. 

Sebenarnya yang dinyatakan oleh Ketua Menteri adalah berkaitan dengan kuil Hindu yang berusia 50 tahun yang dirobohkan oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tanpa sebarang notis pada 20 April 2012, yang dipengerusikan oleh ADUN Teluk Bahang, Dato Seri Dr Hilmi Yahaya. 

Sehingga sekarang Dato Seri Dr Hilmi enggan meminta maaf ataupun melaksanakan janji untuk membina kuil Hindu ini.

Cheong Yin Fan
Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang

Marina Mahathir kata dia tidak menyaksikan sebarang provokasi dari Peserta BERSIH 3.0 (Video Inside)

Posted: 08 May 2012 10:14 AM PDT


Aktivis sosial Marina Mahathir berpendapat kerajaan perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April lalu.

Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya.

"Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab. Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini.

"Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT).

Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu.

Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka.

"Tiada siapa yang telah menjadi provokatif. "Terdapat semangat yang tinggi, ramai orang muda dan pihak polis sangat sabar."

"Tetapi mereka tiba-tiba membawa trak, dan orang bertopi keledar dan perisai. Kami tidak benar-benar memahami mengapa. Saya fikir ia adalah satu faktor ugutan," katanya.

Rabu lepas, Persatuan bagi Penggalakan Hak Asasi Manusia (Proham) telah juga menggesa Putrajaya untuk melakukan perkara yang sama dalam laporan yang bercanggah mengenai keganasan antara polis dan peserta himpunan dalam Bersih 3.0.

Bagaimanapun, pihak polis telah mempertahankan tindakan mereka mengatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk jika mereka hanya berdiri tepi.

"Perkara yang Dahsyat berlaku (pada hari itu) kerana mereka melemparkan gas pemedih mata. Tidak mahu orang memasuki Dataran Merdeka kemudian dilepaskan gas pemedih mata," katanya - Harakahdaily

Tiada ulasan: