Addin |
- Petanda Umno Bakal Berkubur.. Gambar Nih Buktinya
- Lagi Pemimpin BN Sertai Pakatan Rakyat..
- Bekas Ketua Polis Negara Tuduh Tuan Guru Nik Aziz 'Bapak Segala Kafir'
- Ceramah Anwar vs Ceramah Zul Kulim, Siapa Hebat?.. Ini Buktinya
Petanda Umno Bakal Berkubur.. Gambar Nih Buktinya Posted: 08 May 2012 09:02 AM PDT Perarakan unik United Malays National Organisation (Umno) boleh dikatakan berlaku di seluruh pelusuk negara sempena ulangtahun ke 66 penubuhannya. Dah tua.. makin nyanyuk pun, molek diganti yang baru je.. Di tempat Addin pun ada perarakan macam nih, kesian jugak Addin tengok budak-budak yang jadi mangsa. Tengah-tengah panas di suruh budak-budak nih bawak bendera United Malays National Organisation (Umno). Yang Addin peliknya, perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari puak-puak United Malays National Organisation (Umno) mengata macam-macam. Ini bukankah menyusahkan orang ramai? Majlis Fatwa pun keluarkan fatwa berbaur politik. Ini mungkin perhimpunan unik yang terakhir sebelum United Malays National Organisation (Umno) terkubur pada PRU 13. Tidak pun perarakan ini untuk meratapi United Malays National Organisation (Umno) yang bakal tamat riwayatnya sedikit masa lagi. |
Lagi Pemimpin BN Sertai Pakatan Rakyat.. Posted: 07 May 2012 11:44 PM PDT Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)! Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO. Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang. Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat. Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA. Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal tidak akan membawa MCA ke mana-mana. Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur. Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini. ~jalanpulang |
Bekas Ketua Polis Negara Tuduh Tuan Guru Nik Aziz 'Bapak Segala Kafir' Posted: 07 May 2012 10:16 PM PDT Oleh kerana tiada ilmu pengetahuan untuk berhujah, kini bekas Ketua Polis, Rahim Noor yang merupakan budak suruhan United Malays National Organisation (Umno) hanya mampu membuat tuduhan tanpa ilmu. Inilah kejahilan namanya.. tanda akhir zaman. Orang yang benar lagi alim dikatakan batil, orang yang batil dikatakan benar. Hukum Menuduh Musyrik dan Kafir Sesama Umat Islam Tanpa Hak Dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti : Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a'zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan. "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya " Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti:
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah). Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti : "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya." Sumber Rujukan : Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Golongan Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Cetakan Pertama, 2008, Mutiara Ilmu Surabaya, Surabaya. |
Ceramah Anwar vs Ceramah Zul Kulim, Siapa Hebat?.. Ini Buktinya Posted: 07 May 2012 08:13 PM PDT Wow!! ramainya manusia membanjiri ceramah Zul Kulim dan Noh Omar. Dikhabarkan Ezam Mohd Noor tidak dapat hadir pada ceramah malam tadi di Kg. Melayu Wira Damai, Batu Caves. Dianggarkan kira-kira tidak lebih 100 orang yang sanggup mendengar pembohongan penceramah berkenaan yang bertemakan 'Sayangi Selangor'. Manakala gambar di bawah pula ribuan manusia membanjiri ceramah Anwar Ibrahim yang diadakan di padang bola Kg Melayu Batu Caves kira-kira 4 km dari tempat ceramah BN. Tema ceramah Pakatan Rakyat adalah 'Merdeka Rakyat'. Kita boleh lihat dan bandingkan diantara ceramah manakah yang mendapat sambutan dihati rakyat. Rakyat sekarang bukan mudah di tipu, yang tertipu hanyalah pemimpin United Malays National Organisation (Umno).. keindahan fatamorgana.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan