Selasa, 8 Mei 2012

PERAKITE

PERAKITE


Rahim Noor mungkin dah sesat ?

Posted: 07 May 2012 11:18 PM PDT

Kasihan melihat bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor yang kemungkinan dah sesat apabila membuat kenyataan yang menunjukkan kejahilan dirinya sendiri apabila menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) kerana menyifatkan himpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama.

NONEAkhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat.

"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS.

"Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.

Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.

"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," kata Rahim lagi.

Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

NONESekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".

Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak".

Himpunan Haram berpandukan Fatwa Hosni Mubarak?

Posted: 07 May 2012 05:03 PM PDT


Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan perhimpunan sebagai haram kepada umat Islam, dibuat berpandukan buku Perlembagaan Umno, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik kenyataan ulama terkenal dunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi, Ketua Umum KEADILAN itu , berkata amalan berhimpun sudah diamal Khalifah Umar al-Khattab ketika menyebar risalah Islam.
"Buktinya kupasan Yusof Qaradawi menyebut Saidina Umar Al Khattab – masa Islam mula berkembang, ada siri rahsia di rumah Arqam, tempat di mana orang berkumpul dan sampaikan risalah.
"Kemudian, Saidina Umar mahu tunjuk rasa dengan berjalan bersama beberapa kawan dan terang-terang membawa mesej Islam daripada rumah Arqam ke Masjidil Haram.
"Jadi, Jawatankuasa Majlis Fatwa baca buku mana? Adakah buku Perlembagaan Umno?" katanya depan kira-kira 5,000 orang pada ceramah Merdeka Rakyat di Padang Kampung Baru, Batu Caves tengah malam tadi.
Mengulas lanjut, Ketua Pembangkang itu kesal kerana Majlis Fatwa sanggup menjadi alat Umno sedangkan berhimpun menuntut keadilan tidak dilarang dalam Islam.
"Ini semua alat perkakas murahan, tiada pendirian. Kita kena ingat ikrar kita untuk bawa perubahan lebih 300,000 yang berhimpun itu belum selesai. Itu satu permulaan, kalau perlu kita buat lagi.
"Ada kata demonstrasi bukan budaya Islam, bukan budaya Arab. Ada kata demonstrasi import dari luar. Saya mahu jawab.
"Yang ditulis dalam buku Yusof Qaradawi dan disertakan ayat al-Quran bermaksud, harus kita sama dalam menegakkan kebaikan dan cari jalan satu tunjuk rasa bila kerajaan zalim," katanya.
Anwar turut mempersoal kewibawaan Majlis Fatwa yang hanya menetapkan 'haram' kepada perhimpunan tetapi tidak sensitif isu semasa melibatkan umat Islam.
"Patut tanya dulu dari mana timbul kekacauan. Tapi, yang rasuah – tak haram, bunuh orang – tak haram, pukul orang – tak haram, rogol orang – tak haram," sindirnya.
Beliau juga mengingatkan rakyat betapa perbuatan mengharamkan perhimpunan sudah dilakukan regim Hosni Mubarak ketika masih Presiden Mesir.
"Undang-undang ini di Mesir sudah dibuat. Hosni Mubarak bawa fatwa mengatakan tunjuk perasaan hendak gulingkan kerajaan itu haram. Hanya pemimpin Umno ala-Mubarak ini tidak faham-faham sampai sekarang," katanya.

Tiada ulasan: