Selasa, 8 Mei 2012

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Ahli UMNO Akui UMNO Berjuang Tiada Kitab

Posted: 07 May 2012 08:41 PM PDT


Biar betul. Patutlah ada segelintir orang kata UMNO adalah sebuah parti Majusi iaiatu parti yang menyembah api dan bertuhankan api. Tidak hairanlah jika pemimpin UMNO tolak Islam kerana mereka sendiri tidak beragama. Islam mereka hanya untuk melayu yang bodoh yang bersama UMNO. Lebih baik komunis daripada UMNO kerana komunis berjuang guna kitab seperti Karl Max.

Skandal demi skandal dilakukan oleh pihak UMNO. Di Melaka walau orang melayu sokong UMNO, hanya 20% sahaja yang terima Islam sebagai agama. Melayu yang lain kebanyakkan masuk kelab malam seperti ADUN Rim dan skandal khalwat seorang Ahli Parlimen Melaka. Ahli Parlimen itu akan didedahkan dalam masa terdekat.

Seorang ahli UMNO menceritakan bagaimana UMNO cuba menjadikan perkauman untuk menjuarai isu bangsa. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan pemimpin atasan. Beliau menceritakan bahawa beliau bersama UMNO untuk parti melayu namun beliau sendiri melihat UMNO itu sebenarnya untuk anak-beranak.

Mereka mengakui bahawa PAS membawa perjuangan Islam. Sebab itu mereka tidak menyerang PAS secara bertubi-tubi sebaliknya menjadikan PKR sebagai agenda menjatuhkan individu tertentu. Punca mereka berbuat demikian terhadap PKR adalah kerana pemimpin PKR dulunya adalah dari kalangan UMNO berbanding PAS yang tiada di dalam UMNO.

Mereka mengganggap PKR ini pengkhianat bangsa dan mereka akui bahawa PAS paling berintegriti jika berbanding dengan PKR. Ini dibuktikan lagi bahawa kebanyakan yang melompat parti adalah dari PKR. Mereka menyerang PAS dengan pelbagai fitnah kerana mereka tahu PAS tidak mempunyai isu untuk gembar-gemburkan.

Mereka lebih berminat menyerang PKR. Mereka juga tidak senang dengan tindakan bekas ahli mereka yang sekarang bersama Pakatan Rakyat. Ketika ditanya pasal BERSIH 3.0, mereka berkata bahawa sokongan rakyat yang berhimpun pada hujung bulan lalu bukan sahaja dikalangan Pakatan Rakyat sebaliknya ada ahli UMNO yang mahukan pilihan raya itu adil seperti yang dituntut.

Beliau juga menjangkakan bahawa UMNO akan tumbang walau beliau sendiri ahli UMNO. Beliau berpendapat bahawa lebih baik selamatkan negara daripada selamatkan UMNO yang cuba merosakkan negara.

Tiada ulasan: