Sabtu, 14 April 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AHLI JEMAAH YANG BEBAL AKIBAT FAHAMAN PARTI SEKULAR UMPORNO

Posted: 14 Apr 2012 01:21 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN kononnya terdapat jemaah sebuah madrasah di Pandan Indah merasa tidak selesa apabila di dalam Khutbah Jumaat di madrasah tersebut Khatib berkhutbah menyokong dan mengalu-alukan pemansuhan PTPTN dan menyokong pendidikan percuma ke Universiti buat pelajar-pelajar di negara ini.  Baca di SINI.

Tidak diketahui betapa bebalnya jemaah berkenaan jika benarlah laporanyang disebutkan itu.  Ertinya, jemaah berkenaan amat menyokong para pelajar dikenakan pinjaman apabila melanjutkan pelajaran ke Universiti termasuk pelajar-pelajar miskin.  Kononnya jemaah berkenaan tidak selesa disebabkan terdapat unsur-unsur politik di dalam khutbah tersebut.  Sekali lagi bebalnya jemaah yang merungut itu kerana menganggap politik dan Islam itu terpisah.  Ajaran atau fahaman siapakah gerangannya jemaah sebebal itu?  Tidak lain tidak bukan jemaah berkenaan adalah dari spesis Umporno, sekutu bagi Apco yang sememangnya tidak mahu umat Islam bebas dari berhutang.

Jemaah berkenaan mungkin selesa jika si Khatib hanya berbicara tentang slogan 1 Malaysia, Wasatiyyah atau pun Khatib berkhutbah tentang buah-buahan tempatan.  Maka, tidak hairanlah puak-puak ini akan menyokong parti sekular Umporno sehingga ke akhir hayat.  Bagi mereka, umat Islam mesti diajar tentang berhutang hatta untuk mendapatkan ilmu.  Sekiranya semua pelajar mempunyai hutang, mudah buat mereka untuk menjual maruah para pelajar ini dan mudah untuk mereka mengugut siberhutang.  Sebab itulah mereka bertungkus lumus untuk mempertahankan PTPTN kerana bagi mereka tanpa hutang para pelajar tidak boleh maju.

Lihatlah, bagaimana busuknya perut puak-puak Umporno yang sanggup melihat anak bangsa sendiri bergelumang dengan hutang.  Jika para peneroka felda sudah semestinya dikelilingi hutang berpuluh tahun, mereka mahu para pelajar juga hidup menanggung hutang.  Selepas itu, mereka juga yang mengeluh mengapa kehidupan umat Melayu dan Islam tidak pernah menjadi kaum yang kaya bebas dari hutang.  Sudah lah bangsa Melayu ketinggalan dari segi kemajuan dan ketinggalan dari segi ekonomi, bangsa Melayu dipaksa untuk berhutang.  Malang sungguh.

Tiada pilihan lain, parti sekutu Apco musuh umat Islam ini wajib ditumbangkan di dalam PRU ke 13 nanti.  Inilah parti yang khianat terhadap bangsa dan ugama sendiri.  Parti yang berjaya melupuskan hutang kroni ratusan juta ringgit dan menganugerahkan kepada kroni RM250 Juta untuk membeli kondo dan harta lainnya.  Tetapi, mereka sanggup menyokong PTPTN yang jelas menghisap darah anak bangsa sendiri. Ayuh, tumbangkan rejim ini./wfauzdin.blogspot.com


Tiada ulasan: