Kelab Greenboc |
- Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam
- Bapa Beranak Tiga Dicekup Khalwat
- Remaja Maut Dalam Kemalangan Selepas Hadiri Perhimpunan BN Di Rumah Zambry
- Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid
- [Bergambar] Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara
- [BONGKAR] Pelajar Universiti Didaftar Ke DUN Ali Rustam
Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam Posted: 15 Apr 2012 12:27 AM PDT Kuala Lumpur: Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam Sabtu, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia. Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Superitendan Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian. "Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam Sabtu. Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampilmemberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA |
Bapa Beranak Tiga Dicekup Khalwat Posted: 14 Apr 2012 10:13 PM PDT Ledang – "Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan," itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin. Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut. Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak. Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu. Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa. Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam. Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan. "Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu. "PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing. -SH |
Remaja Maut Dalam Kemalangan Selepas Hadiri Perhimpunan BN Di Rumah Zambry Posted: 14 Apr 2012 08:42 PM PDT Ipoh: Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu. Gambar: Sebahagian dari peserta perhimpu8nan BN. Foto: al-husseyn Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini. Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu. Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi. -BERNAMA Budak-Budak Sekolah Disalahgunakan Oleh Umno/BN |
Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid Posted: 14 Apr 2012 06:49 PM PDT Muar: 'Nama Ayah, Khairulanam, nama ibu, Sri Susanti dan nama anak, Salamiah Hasanah'. Itu nota ditemui di dalam beg sukan mengandungi bayi perempuan baru dilahirkan yang diletak di atas but sebuah kereta milik Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, di sini, semalam. Menurut Rashid, nota berkenaan itu tertulis 'Kami tak mampu untuk menguruskan dan akan menunggu dia di Jakarta kelak'. "Saya baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu menghidupkan enjin kereta apabila terpandang kotak gabus diletakkan di atas but. "Saya sangka ada orang tercicir kotak itu sebelum tergerak untuk membukanya. Apabila dibuka, ia mengandungi beg dan saya terdengar suara bayi menangis," katanya. Menurut Rashid, dia terus membuka zip beg dan menemui bayi perempuan cukup sifat yang dibersihkan dan dibalut tuala namun masih bertali pusat. Katanya, sebelum itu, dia serta jemaah lain terdengar deruan enjin motosikal masuk ke kawasan masjid, namun menyangka ia penduduk yang mahu bersolat. "Namun sejurus penemuan itu, kami terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian," katanya. Bayi perempuan itu sempat diazankan jemaah masjid, Ustaz Sulaiman Sarip, 50-an, sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. "Kami masih mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil membantu siasatan," katanya. -HM
|
[Bergambar] Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara Posted: 14 Apr 2012 04:24 PM PDT Bila nafsu sudah memuncak di ubun-ubun maka seringkali pasangan yang sedang “birahi” tidak lagi memperdulikan untuk melampiaskannya dimanapun dan tak kira masa tanpa memperdulikan orang sekeliling mereka ada yang melihat atau tidak, sebenarnya walaupun manusia tidak ada yang melihat bukankah Tuhan sentiasa melihatnya. Dan jangan kita seperti binatang di bawah ini kerana mereka tidak mempunyai akal.... -borakkosong Sebelum ini: Nafsu Tak Kira Dimana: Dicekup Berasmara Di Kuburan Nafsu Tak Kenal Siapa: Pemuda Lumpuh Dituduh Rogol Pelajar 15 Tahun. Nafsu Tak Kenal Usia: Nenek Dicekup Khalwat Di Dungun |
[BONGKAR] Pelajar Universiti Didaftar Ke DUN Ali Rustam Posted: 14 Apr 2012 07:31 AM PDT Melaka: PAS mendakwa usaha untuk mendaftarkan pengundi baru ke kawasan DUN Bukit Baru yang diwakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Gambar fail. "Usaha itu dilakukan dengan dua cara. Pertama dengan mendaftarkan pelajar pusat pengajian tinggi supaya mengundi di DUN tersebut. "Kedua ialah membawa masuk pengundi baru ke DUN Bukit Baru," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek. Beliau berkata, dari maklumat yang diterima Umno meminta pelajar beberapa pusat pengajian tinggi di negeri itu supaya menukar alamat tempat mengundi kepada DUN Bukit Baru. Mereka mensasarkan pelajar Universiti Teknologi Melaka (UTEM), MMU, UiTM serta Kolej Yayasan Melaka dengan mendapat bayaran RM300 seorang, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sidek. "Kami mendapat maklumat termasuk gambar mengenai perkara itu," tambahnya. `Didalangi Kemas dan SPR Menurut beliau, DUN Bukit Baru kini mencatatkan jumlah penambahan pengundi baru keempat terbanyak di seluruh negara. "Angka ini disahkan sendiri oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," tambah beliau. Pemimpin PAS itu juga mendakwa usaha memindahkan pengundi PAS dari tempat lain ke kawasan DUN Bukit Baru. Katanya, beliau mendapat aduan daripada seorang pengundi lama PAS dari DUN Duyung yang telah dipindahkan ke Bukit Baru. Kamaruddin berkata, beliau bertanyakan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pegawai memberitahu pihaknya sedang mengemaskan data pengundi. "Pegawai SPR memberitahu bahawa permohonan untuk menukar alamat pengundi berkenaan lengkap dengan tanda tangan pemohon. "Tetapi saya syak sindiket ini didalangi Kemas bersama SPR. Masalahnya ramai pengundi yang tidak tahu bahawa nama mereka telah dipindahkan ke tempat mengundi lain. "Sasarannya ialah terhadap pengundi-pengundi yang telah berumur 60 tahun ke atas," kata beliau lagi. -fmt |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan