Sabtu, 14 April 2012

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Hassan Aqidah pasti dapat menjawab....

Posted: 14 Apr 2012 07:14 PM PDT

Tanah Perkuburan 1Malaysia?.. Apa dah jadi ni?? 

 

 


Gara-garataksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh PerdanaMenteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak , akhirnya agama Islam itusendiri jadi carca merba di buatnya.

 Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkanuntuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlumereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang. 
Jika merekaterus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. 

Terbaru, PahangDaily berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" diParlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri. 
Sungguhmengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kuburIslam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa adaperasaan bersalah oleh pihak terbabit. 
Selama ini,ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidakperasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat disepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kuburorang Asli. 

Namun, apayang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanahperkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa. 
Soalnyasekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?. 
Tidak timbulpersoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yangpenting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisahtertera "Kechik Binti Muda" (foto bawah) yang letakbersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam). 
Malahterdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umummengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh wargaKemboja yang diimport sebagai "pengundi tetap" Najib diParlimen Pekan. 

Makanya,kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang MelayuIslam Kemboja. Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?. 

Mana perginyaJabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & AdatResam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini
Ternyata apayang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islamsebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak.

Tiada ulasan: