Selasa, 10 April 2012

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


NURUL IZZAH BAKAL TEWAS

Posted: 09 Apr 2012 04:02 PM PDT

Tuduhan SPR perkakas Umno/BN semakin jelas. Manipulasi senarai daftar pengundi menunjukkan sejelas-jelasnya.  Starategi utama SPR ialah memindahkan pengundi pos ke kawasan yang kini dimenangi oleh PR. Di Negeri Sembilan  contohnya,  sejumlah besar pengundi pos dari kem tentera Gemas yang didaftar  dalam kawasan Parlimen Tampin telah pun dipindahkan ke kawasan parlimen Teluk Kemang. Oleh kerana majorit kemenangan BN di parlimen Tampin adalah besar,  melebehi 10,000 orang, maka sebahagian besar undi pos itu dipindahkan ke Teluk Kemang  oleh SPR.  Maka PR bakal tewas di Teluk Kemang pada PRU 13 ini. Kamarul Bahrin, MP PR kini bolehlah buat persediaan "pencen politik"

Begitu juga di kawasan Lembah Pantai, yang kini Nurul Izzah Anwar sebagai MPnya.  5,000  Undi pos dari Parlimen Bandar Tun Razak telah dipindahkan ke Lembah Pantai. Pada pada PRU 12 lalu, PR hanya menang majoriti sekadar kurang lebih 1,000 lebih sahaja.  Dengan kemasukan undi pos 5,000 orang ini, secara kiraan kasar, PR akan tewas.

Manakala itu sejumlah 15,000 pengundi tegar Umno/BN dari kawasan Parlimen Cheras telah dipindahkan ke Bandar Tun Razak pula.   SPR/Umno membiarkan MCA terus tewas dengan DAP di Cheras. Sebaliknya SPR dan Umno  berusaha memenangi semula kerusi-kerusi yang  Umno  tewas dengan PR pada PRU 12 dahulu.  Antaranya ialah di Bandar Tun Razak.  Tektik yang sama dilakukan pada kebanyakan kerusi-kerusi di Selangor. Atas kertas, PR  bakal  bungkus di Selangor.  Tedapat tambahan 15,000 undi di Parlimen Subang. Tambahan undi ini  adalah jauh lebih besar dari   Petaling Jaya. .  DAP akan terus menang di Petaling Jaya, tetapi  PKR bakal tewas di Subang.

Tugas utama SPR ialah memenangkan Umno di kawasan yang ditandingi oleh Pas dan PKR. Semua kawasan yang Umno tewas pada  PRU 12 mengalamai pertambahan undi yang luar biasa.  Bagi Umno, biar DAP menang  atas MCA  tetapi Umno mesti menang atas kerusi Pas dan PKR. Maka ramai meramalkan DAP akan menang lebih 60 kerusi  pada PRU akan datang.  Sebaliknya PAS dan PKR  bakal kehilangan majoriti kerusinya.   Mimpi ke Putrajaya akan hancur!!!

Umno mahu "Melayu jadi kerajaan, Cina jadi pembangkang".  Apakah tindakan MCA/Gerakan selepas ini?

BERSIH 3 SEDAR MANIPULASI INI. DAFTAR PEMILIH  YANG ADA SEKARANG  ADALAH  PALING KOTOR. 28 APRIL  ADALAH JAWAPANNYA.


Tiada ulasan: