Briged Al-Akhdor LR2 |
Tuu dia..Bapak altantuya kembali lagi.. Posted: 10 Apr 2012 07:00 PM PDT Shaariibuu Setev mendakwa bahawa anaknya, Altantuya pernah menunjukkan gambarnya bersama Najib Razak dan Abdul Razak Baginda, sebelum Altantuya datang ke Malaysia. Menurut Shaariibuu Setev, Altantuya menuding kepada Najib dalam gambar, sambil berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib, agar memutuskan sesuatu. Shaariibuu Setev (gambar kiri, kiri) yakin bahawa dirinya mampu mengaitkan kes pembunuhan anak perempuannya dengan pembelian kapal selam, dan sudi menampilkan diri sebagai saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis. "Seandainya mahkamah Perancis meminta saya menjadi saksi, saya sudi untuk hadir dan memberi keterangan saya di situ. Apa yang penting, saya mendedahkan apa yang saya ketahui pada masa yang tepat," katanya dalam satu sidang media bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel, di Petaling Jaya, tadi. Shaariibuu Setev menambah, sebelum anak perempuannya datang ke Malaysia, beliau bertanyakan sebabnya. Altantuya pada ketika itu menunjukkan satu gambar yang diambil bersama Najib dan Abdul Razak Baginda, malah mendakwa gambar itu diambil di Perancis. Shaariibuu Setev menjelaskan, Altantuya pada ketika itu menuding kepada Najib dalam gambar, berkata dirinya mahu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Najib agar memutuskan sesuatu. "Saya beritahunya, tidak memadai untuk berbuat begitu, tetapi beliau (Altantuya) tetap untuk meneruskan (keputusannya)," kata Shaariibuu. Shaariibuu Setev (gambar kanan) menambah, "Seandainya saya tahu dia (Altantuya) akan ditimpa malapetaka, saya akan menyimpan gambar tersebut. Ramai saksi yang pernah nampak gambar tersebut." Beliau mengakui dirinya tidak tahu pada ketika itu, bahawa orang yang dituding dalam gambar itu adalah Najib, iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dan menyandang jawatan Perdana Menteri kemudiannya. Pada 29 Jun 2007, sepupu Altantuya Shaariibuu, iaitu Burma Oyunchimeg ketika tampil di mahkamah, mendakwa dirinya pernah tengok gambar yang diambil bersama Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak Baginda. Bagaimanapun, gambar tersebut bukan bahan bukti dalam mahkamah, dan belum terdedah sehingga kini. Pada Julai 2008, Najib Razak yang pada ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, menafikan bahawa dirinya kenal dan pernah berjumpa dengan Altantuya Shaariibuu. Najib berkata tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Altantuya adalah pembohongan yang berniat jahat, dengan motif untuk mengalih pandangan rakyat. Ketika ditanya wartawan, Shaariibuu berkata Altantuya sekadar memberitahu bahawa dirinya datang ke Malaysia untuk bertemu dengan "orang penting", tanpa menyebut bahawa dirinya datang berjumpa dengan Abdul Razak Baginda. Shaariibuu mendakwa dirinya mengetahui bahawa kes pembunuhan anak perempuannya ada kaitan dengan pembelian kapal selam Perancis, dan sudi tampil sebagai saksi di mahkamah Perancis untuk membantu mengaitkan kedua-dua kes ini. Shaariibuu berkata dirinya bakal mendedahkan lebih banyak butiran di mahkamah. Altantuya Shaariibuu mati dibunuh pada usia 28 tahun. Wanita Mongolia ini tiba di Malaysia pada Oktober 2006, dilaporkan hilang antara 18 hingga 19 Oktober. Pada 6 November, cebisan tulangnya yang diletupkan itu dijumpai di hutan Shah Alam. Kes ini dibicarakan mulai April 2007. Altantuya ialah seorang penterjemah, dikatakan memainkan peranan dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis. *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal. |
Midah sekali lagi membuat onar ...Kini di soon choon Posted: 10 Apr 2012 06:51 AM PDT Hamidah Osman Melalak Lagi Di Taman Song ChoonDUN Sg. Rapat sekali lagi mengadakan ceramah pada malam ini. Penceramah jemputan khas ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.Selain itu YB Sivakumar,YB Chang Lin Kang dan bakal calon DUN Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon. Hamidah buat ceramah juga! Hamidah Osman walau pun sudah di tegur oleh DS Nizar dalam DUN Perak yang baru lalu masih lagi terhegeh-hegheh mahu meneruskan kelaku buruknya itu. Malam ini dia akan mengadakan ceramah ditempat yang sama. Macam tidak ada hari lain dia nak buat. Ini semata-mata tujuannya hanya untuk menganggu ceramah Pakatan Rakyat. Maka malam ini, dia akan melalak macam orang gila seperti yang biasa dia lakukan. Radzi Zainon sudah mencabarnya supaya buat ceramah satu pentas bersamanya, tapi hingga ke hari ini Hamidah buat dek sahaja.Nojen sungguh Hamidah ini! Lima khemah telah dipasang berhampiran dengan tapak program.Dia tidak nyatakan anjuran siapa untuk mengelirukan masyarakat.Lihat pada bantingnya.Dia gunakan Ulama Muda ini untuk dilembukannya.Tajuk bukan main, tapi dia hentam Pakatan Rakyat apasal? Pagi tadi YB Hamidah telah mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh untuk menurunkan bendera PAS di sekitar Taman Song Choon. sumber B/A:Midah dah buat doh perangai terkutuk dia..yang jadi sasau bila ade ceramah PAKATAN RAKYAT DI Sekitar kawasan ADUN bELIAU.Bila yb radzi zainon ajak debat atas satu pentas diam seribu bahasa bagaikan dara sunti diminang orang..Inikah pemimpinyang mewakili tempat aku mengundi..langsung x der akhlak islam.beginikah islam ajar .Tajuk ceramah yang menyentuh bab akidah wajarkah dibawa ditempat sebegini.alangkah baiknya jika dibuat ditempat yang tenang ..bagi aku midah dah bangkrup idea dlm politik bawa cara politik tak bertamadun di tempat aku..sekian wassalam |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan