Biaqpila |
- HABISLAH PAKATAN RAKYAT
- Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0
- Najib Lebih Baik Pi Jaga Lembu
- JINGGA 13 dedah dokumen skandal rasuah Pak Menteri
- SUAMI GAGAL MASUKKAN BUAH ZAKAR
- Misi Pembodohan PTPTN Oleh Sang Menteri
Posted: 10 Apr 2012 12:55 PM PDT ALOQ SETAQ: Sokongan kepada BN semakin meningkat di kawasan utara tanahair termasuk negeri jelapang nangka ini. Hampir sepuluh ribu biji nangka telah dengan secara terbuka menyertai BN baru-baru ini. Kejadian yang berlaku di sebuah ladang ini merupakan perkara biasa menjelang pilihanraya umum yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh PM Malaysia. Kejadian itu disedari pemilik dusun nangka yang dikenali sebagai Pak Hasan Tongkat Ali.Beliau yang mengusahakan buah nangka baka jati melihat perkembangan ini sebagai permulaan yang baik kepada BN dalam merampas kembali negeri jelapang nangka serta negeri cik siti wan kembang. Sementara itu,Menteri Pembangunan Wanita yang menjaga hal ehwal wanita yang berbadan seperti buah nangka berkata,penerimaan buah-buah nangka terhadap konsep wassup tiyah 1malaysia semakin jelas selepas pemberian wang BR1M (Beri Rasuah 1Malaysia) baru-baru ini. Bagaimanapun usaha untuk menemubual buah-buah nangka ini menghadapi jalan buntu kerana dihalang oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka PERKOSA.Difahamkan kumpulan ini memang ditugaskan untuk menjaga spesis nangka seperti ini.Antara aktiviti terbaru mereka yang boleh dibanggakan ialah membuat kacau pada majlis perasmian bilik gerakan Pakatan Rakyat di Aloq Setaq baru-baru ini. -Utuseks Meroyan KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||||||||||||||||||||||
Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0 Posted: 10 Apr 2012 07:37 AM PDT Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya. Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam. Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas. Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam. Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain. Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang. MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||||||||||||||||||||||
Najib Lebih Baik Pi Jaga Lembu Posted: 10 Apr 2012 05:00 AM PDT Sangat meragukan. Bagaimana Najib boleh melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan? Rakyat mula hilang kepercayaan dan bertanya tentang kemampuan sebenar Najib menghendalikan urusan kewangan negara. Jumlah keseluruhan pinjaman bagi 1.9 juta orang yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut-sebut Najib. Kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman. Kalau jadi PM dan Menteri Kewangan pun haprak, buat apa duk pi ngada-ngada nak mangku tempat Shahrizat sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat ? Lebih baik tolong jaga lembu Shahrizat selepas PRU-13 ni nanti! Baca di sini alhusseyn51 KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||||||||||||||||||||||
JINGGA 13 dedah dokumen skandal rasuah Pak Menteri Posted: 10 Apr 2012 12:00 AM PDT JINGGA 13 PENDEDAHAN RASUAH SALAHGUNA KUASA YB DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB MENTERI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI ,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN ( KPDNKK ) YANG TURUT MELIBATKAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI MALAYSIA (SKM) DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH TERHADAP ISU PELANJUTAN “ ISTIMEWA DAN KHAS “KEPADA KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia ( KPDNKK ) telah mengumumkan perlaksanaan GP6 : Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi dan GP7 : Garis Panduan Mengenai Pembiayaan islam Oleh Koperasi dan berkuatkuasa pada 16 Oktober 2009 , namun ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan daripada Model 3 kepada Model 2. Ekoran daripada itu , banyak koperasi yang belum bersedia ( majoriti melayu-bumiputera ) dengan model 2 telah diarah dan memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial dan mengakibatkan kerugian yang besar sehingga ada yang terpaksa membuang pekerja kerana menghadapi masalah kewangan yang besar . Namun dalam suasana tersebut , adalah amat menghairankan apabila Menteri KDNKK dan SKM telah bersikap dwi standard didapati sebuah syarikat koperasi di bawah CIMB Bank Berhad iaitu KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD diberikan keistimewaan dan pelanjutan “khas”. Jingga 13 MENDESAK Menteri KPDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjelaskan di atas alasan apa membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan penangguhan istimewa dan khas atau pelanjutan tempoh melaksanakan model 2 sedangkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit berkuatkuasa pada 1 oktober 2010 ? Jingga 13 mendedahkan surat Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Setiausaha Jawatankuasa Portpolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2011 , rujukan SKM.IP(UU): 529A/(31) bertajuk PENJELASAN KOPERASI TANJUNG KERAMAT SABAH BERHAD DENGAN MODEL 3 PEMBIAYAAN CIMB menyatakan: 2. Adalah dimaklumkan pelaksanaan Garis Panduan 6 dan 7 ( GP6 dan GP7 ) oleh koperasi-koperasi kredit telah mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010. Tiada koperasi lain yang diberi pelanjutan tempoh oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) kecuali Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad sahaja. Perlanjutan tempoh kepada Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan adalah berdasarkan kepada berikut : i. Arahan daripada YB Menteri KPDNKK supaya memberi pertimbangan sewajarnya atas rayuan tersebut ; ii. Terdapat surat rayuan daripada Kerajaan Negeri Sabah yang ditandatangani oleh YB Timbalan Ketua Menteri supaya memberi pelanjutan sehingga 31 Disember 2011 kepada semua koperasi di Negeri Sabah. Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad telah diberikan penangguhan serta pengecualian istimewa penggunaan Model 2 sehingga 30 Jun 2011. Jingga 13 juga turut mendedahkan sepucuk surat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad , bernombor rujukan SKM.IP.(UU)529A/1( ) bertajuk PERMOHONAN MELANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN MODEL 2 GARIS PANDUAN KOPERASI KREDIT BERSAMA CIMB BANK BERHAD OLEH KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD menyatakan : 2. Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( Suruhanjaya ) dengan persetujuan Y.B Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dengan memberi tempoh penangguhan “khas” pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat . Jingga 13 mendesak agar Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri KDNKK menjelaskan terhadap persetujuan ‘penangguhan “khas” ‘ bermula 30 Jun 2011 sehingga sekarang dan tidak dinyatakan tempoh tarikh akhir kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad selagi konsep Hilawah tidak dikuatkuasakan . Jingga 13 dapati Menteri KDNKK Datuk Ismail Sabri Yaakob telah bersifat dwi standard, tidak adil dan wujud rasuah salahguna kuasa terhadap pengecualian , pelanjutan “khas” dan 'keistimewaan' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad sedangkan semua koperasi-koperasi kredit dilarang terhadap perlaksanaan model 3 sepertimana yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu GP6 dan GP7. Bebarapa buah koperasi telah dibekukan Kod BPA kerana menjalankan aktiviti kredit dilarang mengikut Model 3 – GP6 dan GP7 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia iaitu :
*dikemaskini sehingga 19 Oktober 2011 Siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad adalah Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin yang merupakan isteri kepada YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Norazli Yahya ialah Ketua Pegawai Eksekutif juga merupakan anak kepada Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan Datin Seri Panglima Hajah Jouyah binti Md Yunin. Jingga 13 mendapati wujud rasuah salahguna kuasa Dato Ismail Sabri Yaacob , Menteri KDNKK apabila bertindak memberikan keistimewaan dan penangguhan “khas” terhadap syarikat koperasi milik isteri YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah . Berdasarkan siasatan Jingga 13 mendapati syarikat koperasi tersebut ditubuhkan pada 2 Jun 2009 , tiada pengalaman menjalankan aktiviti pembiayaan kredit , diberikan keistimewaan sedemikian rupa berbanding syarikat-syarikat koperasi lain yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang tersebut tetapi dinafikan sedangkan GP6 dan GP7 diluluskan pada 16 Oktober 2009 . Pihak SKM memaklumkan akan wujud surat rayuan YB Timbalan Ketua Menteri Sabah yang memohon pelanjutan , namun seluruh Malaysia hanya Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad milik isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah dibenarkan beroperasi dan diberikan pelanjutan khas oleh Menteri KPDNKK . Timbalan Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Panglima Yahya Hussin juga wajar menjelaskan berkaitan isu tersebut . Tindakan kejam dan zalim oleh Datuk Ismail Sabri Yaacob tersebut tetapi menafikan ratusan koperasi-koperasi kredit melayu dan bumiputera lain yang ada terpaksa berdepan dengan risiko ‘gulung tikar dan hidup segan mati tidak mahu ‘ ekoran perlaksanaan GP6 dan GP7 yang tidak membenarkan mereka mengunakan model 3 tetapi memberikan pelanjutan khas kepada hanya sebuah koperasi sahaja iaitu Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad. Jingga 13 mendesak Datuk Ismail Sabri Yaacob , Menteri KPDKK , Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin , Timbalan Ketua Menteri Sabah menjelaskan isu tersebut kepada rakyat dan warga koperasi kredit yang ternyata wujud rasuah salahguna kuasa atau adakah berkemungkinan berlaku amalan rasuah sehingga keistimewaan diberikan kepada sebuah syarikat koperasi tersebut cukup luar biasa ? MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI FARIZ MUSA Ketua Koordinator Jingga 13 sharpshooterblogger KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||||||||||||||||||||||
SUAMI GAGAL MASUKKAN BUAH ZAKAR Posted: 09 Apr 2012 11:15 PM PDT UNTUK BESAQKAN GAMBAQ SILA KLIK PADA GAMBAQ TU DEY MACHA!!! MACAM-MACAM DUNIA DALAM DUDUK INI MACAM PUNYA SOALAN PUN MAU TANYA KAH! KAH! KAH! APAHAL PUN JANGAN LUPA 28 APRIL 2012 RAMAI-RAMAI TURUN BERSIHKAN DATARAN MERDEKA KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK | ||||||||||||||||||||||||||||
Misi Pembodohan PTPTN Oleh Sang Menteri Posted: 09 Apr 2012 06:00 PM PDT Menteri IPT Khaled Nordin : Peluang Melayu terjejas jika mansuh pinjaman ?? Baca sepenuhnya dari - Sumber Khaled bimbang sekiranya proses kemasukan ke universiti akan bertambah ketat kerana dijalankan berasaskan kecemerlangan pelajar. ? aih .. memang patut le belambak lambak ipts tumbuh cam baru lepas letak baja kelawar, sebab kalo ikut kenyataan dia ni, bermaksud ipta sekang main taram je terima kemasukan pelajar tanpa perlu mempunyai kecemerlangan yang sesuai untuk diterima masuk ke ipta. So akhirnya apa ? akan lahir la ramai graduan graduan cap ayam yang kelak akan menjelma jadi prof prof kangkung .. kah kah kah kah kah. Seolah olahnya kerajaan berpolisi lebih ramai yang diterima masuk lebih baik.. tolak tepi laa kualiti, janji ramai yang akan buat pinjaman berfaedah ala ah long yang bakal dikenakan oleh ptptn (3% + 1%).. perghhh ... masyukkk ... talk by quantity .. genius sungguh. Sebab tu le ranking Uni/Kolej kita merudum ngan bergaya manja -> Rujuk Post "Akhirnya berlakunya situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya lagi. ?? Dia ni cakap hape ni ? .. apa maksud dia ? lain kali kalo nak cakap ngan owang melayu .. guna lah bangsa kebangsaan .. jangan konar pakai bahasa zimbabwe .. kah kah kah kah .. apa anak owang miskin ramai yang bengong ke kalo nak bandingkan ngan anak owang kaya ? .. ceh .. ini dah memperlecehkan taraf akademik rakyat terbanyak.. Satu penghinaan pada tahap intelektual orang miskin.. Apa teori yang dia gunapakai sampai boleh buat rumusan tahap bedebah gini ? Setau wa la .. biasiswa dan pinjaman tanpa faedah yang dicadangkan PR bukan le main hentam keromo. Ada le terma dan syaratnya.. tapi yang pasti, tak kira le anak owang kaya ke miskin .. kena le ikut merit yang ditentukan .. baru piawai. Ini idak .. anak menteri/vip yang bangang tahap siput sedut pon boleh masuk ipta .. sebab ? .. lu pikir la sendiri . Bila dah baca rangkap demi rangkap .. maka terserlahlah maksud yang cuba nak disampaikan .. pusing punya pusing .. last last .. kapitalis gak yang dia nak menangkan dulu .. La ..weyh .. ini lah cara pemikiran menteri yang sangat melayu, pembangunan lain lebih penting dari menyediakan pelajaran yang berkualiti dan mesra kewangan pada rakyat. Supaya rakyat kekal bergantung pada sistem yang dapat diperkotak katikkan dikemudian hari. Supaya rakyat terus dapat didiamkan dengan alasan kerajaan telah banyak membantu dengan memberikan pinjaman untuk pelajaran .. hadoih .. Selalunya drama telenovela ni.. seperti biasa , disambung plak oleh sikangkung untuk menjustifikasikan kebodohan yang melantun... weyh .. jangan le jadi bengong sangat .. kalo kerajaan persekutuan PR yang pegang lu boleh ah cakap gitu. PR blom pegang Putrajaya .. apa prakk sangat ?? Cakap biar praktik ..takyah retorik bebanyak la, Kelantan, Penang, Selangor, Kedah .. dah terbukti dapat menguruskan perbelanjaan dan mengurangkan defisit walopon kerajaan pusat main tarik tali dengan saluran kewangan yang sepatutnya diberikan .. sedangkan negeri negeri yang diberi geran dan bantuan semakin berlagak menambah hutang .. orang kampung wa pon tau laa pasal tu .. kah kah kah kah So kalo penjimatan dari pemborosan yang melampau-lampau dapat dibuat, baru le kita cerita pasal menda ni dengan lebih mendalam .. maka tanam pokok dulu , baru dapat buah bro .. err.. cemana lu boleh jadi naib canselor ni ?? kah kah kah kah kah ghaflah KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan