Rabu, 25 April 2012

shalehudin

shalehudin


Bangang sungguh rupanya UMNO Penang nie... kahkahkah...

Posted: 25 Apr 2012 09:00 AM PDT

P.Pinang kecoh sebelum rai Muhyiddin Yassin esok

TANPA kelulusan MPPP, pembangkang UMNO tetap mendirikan lebih 10 khemah di jalan utama dekat PISA.

TiNGGAL sehari persiapan Majlis Menyambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang esok menyaksikan beberapa pemimpin pembangkang dan pemimpin Kerajaan Negeri saling bertikam lidah.

Malik (berkaca mata hitam), Tze Tzin (kanan) dan Hock Seng (kiri) bersama pemimpin tempatan dan kaum peniaga pasar malam memprotes tindakan tutup jalan Lebuh raya Batu Maung.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim mendakwa lebih 10 khemah yang didirikan di atas jalan utama berhampiran Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PiSA) adalah salah kerana tidak terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Disebabkan itu, Malek yang juga Adun Batu Maung menasihat beberapa pemuda Umno berkenaan supaya memohon untuk menggunakan Dewan PISA atau mana-mana padang di sekitar Bayan Baru bagi menjayakan keraian pusat sebagaimana dirujuk pada undang-undang.

"Tindakan pihak berkenaan menutup jalan dan laluan orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa (MPPP) adalah menyalahi Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan.

"(Perbuatan pembangkang itu) menyalahi undang-undang kecil MPPP berhubung pembinaan (khemah mega) di atas jalan raya.

"Mereka tidak patut enggan mematuhi peraturan majlis (MAPP), perbuatan mereka itu cukup angkuh," ujarnya kepada PenangInsight.com tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng dan Sim Tze Tzin (ADUN Padang Jerejak) turut menasihat beberapa pemimpin Umno yang menyerang sidang akhbar mereka supaya mematuhi peraturan yang digariskan MPPP.

Datuk Ridzuan Bakar menunjukkan salinan surat kebenaran polis untuk mendirikan khemah di jalan utama dekat PISA.Pun begitu, pengarah majlis tersebut yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Mohd Ridzuan Bakar menolak penjelasan tersebut dengan caci maki,

Kata nista "bodoh" dan "kurang ajar" ditujukan kepada Malik, Hock Seng dan Tze Tzin.

Beliau berkata pihaknya berhak mendirikan binaan di atas jalan utama enam laluan itu sungguhpun tanpa restu Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau keizinan MPPP.

Ini kerana katanya, penganjur telah pun mendapat permit berhimpun daripada polis.

Hock Seng dalam reaksi spontan menegaskan polis tiada hak untuk menutup mana-mana jalan utama demi meraikan apa jua majlis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan MPPP serta pihak berwajib yang lain.

"Polis tiada apa-apa hak (untuk meluluskan penutupan jalan) melainkan pada waktu kecemasan sahaja.

"Kita akan rujuk pada pihak berautoriti...'ya' MPPP," tegas beliau.

Sebelum pada itu, Malik, Hock Seng dan Tze Tzin mengadakan sidang akhbar di tapak cadangan asal majlis keraian tersebut yang dikatakan dibuat atas 'jalan mati', iaitu Lebuh raya Batu Maung.

Lebuh raya Batu Maung ini lah, menurut Umno adalah 'jalan mati'."Jalan ini bukan 'jalan mati'. Ini Lebuh raya Batu Maung yang menjadi jalan utama (yang menghubungkan) Jalan Permatang Damar Laut dan Jalan Iping.

"Saya sendiri menerima aduan yang berat daripada penduduk setempat (yang membabitkan) lebih 20 blok kediaman serta peniaga-peniaga pasar malam, di sini, selepas jalan ini ditutup sejak Ahad lalu untuk sambut Muhyiddin.

"(Umno Pulau Pinang) cukup angkuh kerana cuba menutup jalan itu hampir seminggu untuk menyambut pemimpin mereka (Muhyiddin) walaupun dipertikai oleh peniaga-peniaga (pasar malam) dan penduduk setempat.

"Saya mengalu-alukan mereka datang ke sini dengan syarat ikut peraturan. Kalau boleh, buat permohonan (kepada MPPP) untuk menggunakan Padang Taman Iping," ujarnya.

Sumber dalaman Umno Bayan Baru yang baru diteroka oleh PenangInsight.com sebentar tadi memaklumkan, pihak penganjur baru memohon keizinan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mendirikan khemah di jalan utama dekat PiSA melalui faksimili kira-kira jam 3.20 petang tadi selepas menyedari tindakan mereka menerima kritikan masyarakat setempat serta menyalahi peraturan yang digariskan oleh MPPP.

"Penganjur (Umno Bayan Baru) baru faks permohonan jam 3.20 petang tadi tapi pejabat Datuk SUK (Datuk Farizan Darus) minta mereka menghubungi (Lim Guan Eng,) Ketua Menteri (Pulau Pinang) sendiri.

"Malik ada menghubungi Ketua Menteri tapi Ketua Menteri kata 'no' (tidak). Dapat kebenaran atau tidak sekarang ini bergantung pada (keputusan) Patahiyah Ismail (Yang diPertua MPPP)," ujarnya.

Perkembangan terbaru ini diduga mendorong media arus perdana mesra Umno secara berterusan memburukkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya tidak memberi layanan demokratik kepada Barisan Nasional di negeri berkenaan.

Perkara sebenar yang dilihat antaranya adalah Umno Bahagian Bayan Baru cuba menunjukkan angkuh dengan rakyat, MPPP serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang sungguhpun hasrat mereka adalah murni, iaitu meraikan Muhyiddin sementara menunggu musim pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal Jun ini. -END

TERBAIK: Kembang kempis hidung Mahathir... kahkahkah...

Posted: 25 Apr 2012 08:25 AM PDT

Tengok!!Apa Makcik Ni Buat??

1 Malaysia..Sama di dunia sama jugalah di akhirat dengan brader yang berdiri kat sebelah kanan tu beb..

Inilah hasil didikan dan tarbiyyah Pemimpin Umno selama 56 tahun pemerintahan mereka yang menerapkan slogan "Pembohongan" iatu..Islam AdaHari dan kini Watssatiyah sehinggakan matlamat untuk memberikan kefahaman Islam kepada rakyat tidak menjadi cita-cita utama mereka kerana mereka lebih kepada memperjuangkan Perut dan Bawah Perut pemimpin Umno.

Maka Halal dan Haram tidak lagi menjadi keutamaan,Tetapi yang menjadi keutamaan ialah kemewahan dan kekuasaan.Apa ada pada Islam,kalau ia menghalang kemajuan,apa ada pada islam kalau ia menyebabkan bangsa ketinggalan,jadi untuk menjadikan masyarakat meLAYU dipandang hebat islam perlu dikesampingkan.

Maka gambar diataslah hasilnyaaa...Melayu perlu kaya walau dengan apa cara sekalipun,seperti yang dilakukan oleh pimpinan Umno Bangsat yang asyik melantak duit rakyat tanpa mengira azab diakhirat.Yang terbaik masa kini ialah 2 sahaja..iaitu menjadi Artis dan Menteri..sebab jadi artis menteri boleh support sampai ke bontot dan jadi Menteri boleh sapu duit dan bela artis yang gebu-gebu agar bila mati nanti malaikat azab sedia menunggu..

Hancuss Umno.. Islam Selamat...

Karat ejau

Artis ni di sponsor pakai peguam UMNO ka? Kahkahkah...

Posted: 25 Apr 2012 06:50 AM PDT

Artis wanita hantar surat peguam pada MP

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.


Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.
Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.

"Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini.- Malaysiakini

KHIANAT: Perangai Macam Pondan Tua...

Posted: 25 Apr 2012 04:25 AM PDT

Poster, banner PAS jadi mangsa khianat

PASIR PUTEH: Mungkinkah kerana umpan kebendaan yang ditabur gagal mendapat simpati rakyat, pihak tertentu mengkhianati pula poster, banner dan lambang PAS dan kerajaan negeri.

Sebanyak lima banner program Pentas Anak Muda dan Hi-Tea dijadual diadakan di sini petang esok yang dipasang sekitar bandar ini dikoyak dan dirosakkan.

Anggota jawatankuasa PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie berkata, selain itu bendera PAS dan poster ceramah dikhianati pihak terbabit.

"Perbuatan khianat itu kemungkinan dilakukan pihak tertentu malam tadi. Petugas PAS mengesan poster yang ditampal dan banner yang digantung dikhianati dan dibuang di merata tempat.

"Ini mungkin kes pertama yang berlaku lagi di Kelantan apabila ada pihak berani melakukan perbuatan khianat secara terang-terangan.

"Kita percaya perbuatan dilakukan skuad yang diupah, lebih-lebih lagi mereka begitu takut dengan kehadiran aktivitis mahasiswa Adam Adli pada program Hi-Tea yang akan diadakan petang esok," katanya di sini.

Turut menjadi mangsa khianat kumpulan terbabit banner program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri yang akan diadakan di padang Maahad Saniah malam esok.

Program tersebut akan menampil anak-anak muda iaitu Ketua Serikandi PKR, Siti Aisyah Shaik Ismail dan tokoh ulama muda Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary serta anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Abdul Shakur berkata, PAS kawasan Pasir Puteh telah membuat laporan polis terhadap perbuatan khianat tersebut petang tadi.

"Kami berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan kerana perbuatan terbabit boleh mencacatkan demokrasi, lebih-lebih lagi kehangatan menjelang pilihan raya sekarang," ujarnya.- Harakahdaily

Patut la busuk, UMNO bercakap ikut pungkok...

Posted: 25 Apr 2012 01:00 AM PDT

Lucunya Umno takut Malaysia bankrap

Hanipa Maidin
DALAM keadaan ekonomi dan kewangan negara ditadbir teruk oleh Umno yang mengakibatkan kebocoron di sana sini, sudah tentu Umno tidak berupaya menghapuskan RM43 bilion pinjaman PTPTN.

Setiap kali Pakatan Rakyat membuat tawaran kepada rakyat, Umno dan Perkasa dengan sepantas kilat mendakwa kononnya Malaysia akan bankrap jika tawaran tersebut dilaksanakan.

Kes terbaru melibatkan tawaran Pakatan Rakyat untuk menghapus kira wang pinjaman PTPTN yang menjadi beban kepada para pelajar di menara gading.

Najib mendakwa kerajaan akan hilang RM43 bilion jika PTPTN dihapuskan. Perkasa pula bersungut orang Melayu akan rugi jika PTPTN ditiadakan. Begitulah reaksi Umno dan Perkasa apabila rakyat ingin diselamatkan daripada bebanan hidup.

Rungutan Umno dan Perkasa itu mengigatkan saya kata-kata orang Hokkien, 'Kong Lai, Kong Khee, Kong Siang Mi Knia' (kata datang, kata pergi, kata benda yang sama).

Masalah besar Umno dan Perkasa adalah mereka sentiasa berfikir Umno akan memerintah negara ini dulu, kini dan selamanya.

Golongan ultra-Melayu ini sentiasa berfikir dalam kotak pemikiran atau paradigma yang sama. Umno berpegang kepada 'khurafat' Putrajaya tidak akan jatuh kepada parti lain kecuali Umno.

Betapa berkaratnya otak Umno dan Perkasa. Mereka tidak dapat memahami bahawa tawaran Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN sudah tentu tidak dilaksanakan jika Umno-BN masih memerintah.

Dalam bahasa yang mudah, dalam keadaan ekonomi dan kewangan negara ditadbir teruk oleh Umno yang mengakibatkan kebocoron di sana sini, sudah tentu Umno tidak berupaya menghapuskan RM43 bilion pinjaman PTPTN.

Dalam keadaan wang rakyat sebanyak RM28 bilion bocor setiap tahun seperti mana laporan Ketua Audit Negara pada 2008 dan dalam keadaan kerajaan melalui TNB memberikan subsidi kepada syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) seperti YTL (yang sudah sedia kaya) sebanyak RM19 bilion setiap tahun, sudah tentu penghapusan PTPTN untuk rakyat biasa menjadi bebanan Kerajaan korup seperti Umno-BN.

Ya, kita bersetuju negara akan bankrap jika Umno yang menjanjikan penghapusan PTPTN pada masa ini.

Kerajaan perasuah yang terjebak dalam budaya kronisme dan rent seeking dan membiarkan ketirisan dalam ekonomi berlaku secara berleluasa sudah tentu tidak mempunyai stamina untuk menghapuskan PTPTN atau memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

Ironinya ketika BN-Umno memerintah, mereka tidak peduli negara akan bankrap jika wang RM250 juta disalahgunakan oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mereka juga tidak peduli negara akan bankrap apabila wang rak yat sebanyat RM12.5 bilion digunakan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Mereka juga tidak kisah Kerajaan akan bankrap kerana bail out Tan Sri Tajudin Ramli dalam skandal Penerbangan Malaysia (MAS) menggunakan wang pembayar cukai.

Negara mana yang tidak bankrap jika ahli korporat se perti Tajudin Ramli tidak langsung 'disentuh' malahan ditolong apabila syarikat milik kerajaan yang diterajuinya mengalami kerugian berbilion ringgit.

Berhutang terlalu banyak Dalam buku 'Malaysian bail outs?, Capital Controls, Restructuring and Recovery' yang diterbitkan oleh Singapore University Press, Wong Sook Ching menulis: "Di bawah teraju Tajudin Ramli MAS berhutang terlalu banyak dan ianya terjadi begitu kerana sikap Tajudin yang terlalu bernafsu besar dan meminjam dengan jumlah yang amat besar bagi mengembangkan operasi MAS.

"Sehinga Februari 2002, MAS telah mengumpul hutang kirakira RM9.2 bilion. Dengan hutang yang begitu tinggi menyebabkan keuntungan bersih syarikat dari operasinya tidak mencukupi untuk membayar hutangnya tanpa menjual pesawat-pesawatnya."

Wong menambah: "Bagi menambah buruk masalahnya, MAS telah mengalami kerugian 4 tahun berturut-turut bermula tahun 1997/1998. Meskipun Tajudin 'dipaksa' untuk meletak jawatan Pengerusi dan Presiden MAS, beliau tidak diambil apa-apa tindakan akibat salah urus.

"Sebaliknya Tajudin diberikan 'payung terjun emas' (golden parachute) apabila kerajaan membeli saham Tajudin di Naluri sebanyak 29.09 peratus pada harga RM8.00 setiap saham yang menyaksikan Tajudin mendapat ganjaran RM1.792 bilion."

Lihatlah pendedahan di atas

Lihatlah bagaimana layanan mesra diberikan oleh kerajaan BN melalui Menteri Kewangan Umno pada masa itu, Daim Zainuddin atas kroni beliau Tajudin Ramli. Jauh sekali Tajudin 'dijentik' malahan Kerajaan sanggup menawarkan pembelian saham Naluri dengan harga yang amat tinggi.

Pada masa tawaran Kerajaan dimuktamadkan pada 20 Disember 2000, harga pasaran saham MAS hanya sekadar RM3.60 sahaja. Pada November 2001 saham MAS menjunam jatuh sehingga ke RM1.80 sahaja.

Kini, sekali lagi Tajudin diselamatkan oleh Kerajaan Najib apabila rejim beliau sanggup menghapus kira tuntutan MAS atas beliau.

Adakah Umno juga sudah lupa bagaimana kerajaan telah bail out empayar Renong/UEM yang memiliki Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Bagaimanakah negara tidak bankrap apabila syarikat gergasi ini ditolong apa bila gagal membayar pinjaman sebanyak RM8.4 bilion. Umno langsung tidak bertanya bagaimanakah Renong/UEM boleh berhutang sebegitu banyak?

Seperti Tajudin Ramli, tiada tindakan diambil ke atas Renong atas isu salah urus sehingga berhutang RM8.4 bilion.

Hakikatnya tawaran Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN dan memberikan pendi dikan percuma boleh dilaksanakan dengan satu syarat sahaja iaitu Umno-BN mesti dinyahkan.

Jika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh memberi air percuma pada kadar 20m padu kepada rakyat dan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang boleh me ngurangkan hutang Kerajaan Ne ge ri daripada 630 juta pada bulan Mac 2008 sehingga tinggal berbaki RM29 juta sahaja setakat Oktober 2011, dan jika Kerajaan PAS Terengganu dahulu pernah menghapuskan tol meskipun royalti petroleum dirompak oleh BN, maka menghapuskan PTPTN adalah seperti kata orang Inggeris – peanut (perkara kecil sahaja).

Negara tidak akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah dan menghapuskan pinjaman PTPTN. Sebaliknya jika negara terus diperintah oleh pemimpinpemimpin yang bankrap akhlak dan moral, negara pasti akan bankrap meskipun PTPTN tidak dihapuskan.

Muhyiddin Ni Spesis Syok Sendiri... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2012 11:00 PM PDT

Guan Eng bidas Muhyiddin syok sendiri di alam fantasi

KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkeras menegaskan bahawa sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik berbanding negara-negara maju menunjukkan sindrom penafiannya masih menebal.

Malah, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri itu masih terperangkap dalam alam fantasi "syok sendiri" serta menimbulkan keraguan rakyat tentang kemampuan beliau menjadi pemimpin negara, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Menurutnya, Muhyiddin telah dilaporkan berkata demikian selepas keputusan kaji selidik baru-baru ini oleh Introspek Asia, yang kononnya menunjukkan bahawa 55 peratus rakyat Malaysia dewasa percaya bahawa sistem pendidikan di Malaysia setanding negara-negara lain, manakala 35 peratus mengatakan bahawa ia adalah "lebih baik berbanding negara-negara maju".

Guan Eng menjelaskan bahawa sebelum ini, Muhyiddin telah memilih untuk memetik sebahagian sahaja daripada Laporan 2011-2012 Global Competitiveness Index oleh World Economic Forum (WEF), dan menggunakannya untuk membuktikan bahawa kualiti pendidikan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom.

"Jika ini benar, beliau harus menjawab kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia dan kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia?

"Atau kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan Jerman dan bukan di universiti tempatan?"

"Sekali lagi, Muhyiddin sekadar selektif dalam memilih statistik yang menyokong pandangannya. Sebagai contoh, dalam laporan WEF, beliau telah memilih penunjuk yang mencerminkan kaji selidik ke atas 87 "eksekutif perniagaan utama" iaitu satu sampel golongan yang lebih besar kemungkinannya merupakan golongan kaya yang duduk di bandar dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah awam yang terbaik jika tidak ke sekolah-sekolah swasta.

"Oleh itu, adalah tidak mengejutkan sekiranya mereka memandang tinggi sistem pendidikan tempatan," katanya.

Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, hakikat sebenarnya adalah realiti sistem pendidikan Malaysia adalah jauh daripada gambaran cantik Muhyiddin di alam fantasinya.

Beliau menjelaskan bahawa, daripada laporan WEF yang sama, kedudukan Kemasukan Pendidikan Menengah Malaysia berada di tangga ke-101, menunjukkan bahawa terdapat ramai pelajar yang tercicir selepas sekolah rendah dan oleh itu tidak dapat memperolehi pengajian tinggi.

Kedudukan Malaysia pada tangga ke-101 itu meletakkan negara kita di bawah Thailand (94), Indonesia (91), Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN sahaja, tambah beliau.

"Statistik-statistik antarabangsa yang lain juga meletakkan sistem pendidikan di Malaysia di tahap yang rendah. Sebagai contoh, dalam Program for International Student Assessment (PISA) bagi tahun 2009 yang melibatkan 75 negara, Malaysia menduduki tangga ke-55 dalam keupayaan membaca, 57 dalam keupayaan Matematik dan 52 dalam Sains.

"Prestasi kita dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) juga telah menunjukkan kemerosotan secara berterusan sejak 1999 hingga 2007," katanya lagi.

Malangnya, daripada mengakui kelemahan dan mencari penyelesaian, Guan Eng berkata, Muhyiddin yang menganggap dirinya 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian' lebih suka menafikan dan cuba memperdayakan rakyat Malaysia dengan data selektif dan subjektif untuk mengaburkan kebenaran keadaan pendidikan negara.

Sementara itu, di satu majlis di Pulau Pinang, Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyampaikan takziah dan sumbangan ikhlas RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Cikgu Fahmi Abdul Wahab.

Allahyarham adalah Pegawai Penyelaras kawasan DUN Sungai Dua dan Parlimen Tasik Gelugor. Beliau meninggal dunia pada 21 April lalu. Allahyarham merupakan AJK PAS Pulau Pinang. – Roketkini.com

TERHOT: Rosmah Bercakap Tak Pakai Akai...

Posted: 24 Apr 2012 09:00 PM PDT

Ratu boros Rosmah beri amaran kepada pelajar: Jangan tak tahu mengenang budi

Nampaknya PM Najib dan isteri Rosmah Mansor telah sekali lagi tersilap dalam memberi komen ke atas isu terbaru ini.

Semakin keadaan tegang memuncak di kalangan belia negara atas kos pendidikan yang semakin meningkat, kerajaan Najib meluluskan beberapa siri penyelamatan dan pembelian kepentingan yang terang-terangan memihak kepada kroni perniagaan, Rosmah juga membuat percubaan mempertahankan suaminya.

"Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan Don't bite the hand that feeds you (jadi jangan tak tahu mengenang budi)," Bernama melaporkan Rosmah berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran A Step to University di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun 2012 pada hari Ahad.


Tidak sensitif

Rosmah segera ditegur kerana "kenyataannya yang tidak sensitif", berbanding Khaled Nordin, menteri pendidikan tinggi yang dikecam kerana kenyataannya kepada pelajar yang menunjuk perasaan memang patut dipukul samseng seramai lebih 40 orang yang dipercayai diupah Umno.

Pelajar merupakan sebahagian daripada kumpulan yang telah berkhemah di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur untuk membantah PTPTN, singkatan bagi program pinjaman pelajar yang mendapat kritikan dan melancarkan pergerakan Occupy Dataran, untuk menggesa diberi ruang demokrasi yang lebih besar.

"Tiada siapa yang menyuruh mereka berkhemah di Dataran. Jadi, apabila perkara-perkara ini berlaku, jangan minta kasihan pula," luah Khaled di akaun Twitternya apabila berita serangan samseng dilaporkan.

Memandang rendah pada pelajar


Malah, ia kelihatan sedikit bodoh bagi Rosmah untuk memberi komen sedemikian kepada pelajar jika diamati dari tabiat borosnya.

Rosmah, yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia atau FLOM, telah dibelenggu kontroversi sejak Najib mengambil alih sebagai PM pada April 2009. Cara kurang ajar beliau, gaya autokratik dan desakan untuk mencampuri hal ehwal negara telah menjadikan ramai rakyat Malaysia marah.

Lebih buruk lagi, gaya hidup mewah dan keborosannya berbelanja lebih hebat daripada Imelda Marcos, bekas wanita pertama Filipina, dan ini menyebabkan kebimbangan yang serius bahawa dia dan suaminya akan menyalahgunakan kuasa mereka dan menggunakan dana awam untuk membiayai perbelanjaan peribadi mereka.

"Sudah jelas Rosmah tidak memahami masalah pelajar dan bagaimana perasaan mereka terhadap progres pembangunan negara ini. Kami telah bercakap tentang pelajar universiti dan kolej. Mereka bijak dan boleh mengesan jika ada sesuatu yang tidak betul. Dimana perginya semua wang itu? Kenapa bayaran tol dan keperluan harian yang lain begitu mahal? " Naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.


"Namun yang kaya menjadi semakin kaya dan Rosmah terus berbelanja. Para kroni terus mendapat kontrak besar dan tidak perlu membayar balik kepada kerajaan. Namun, pelajar perlu membayar untuk kos pembiayaan pelajaran mereka. Bagaimana ini boleh berlaku? Amat disesali apabila Rosmah dan Najib seolah-olah berfikir pelajar terlalu muda atau terlalu bodoh untuk memahami kebenaran itu. Mereka menyalahkan Pembangkang kerana meniupkan api kemarahan pelajar terhadap BN. Tetapi ia adalah sebenarnya satu dakwaan yang dahsyat keatas belia yang mempunyai kepimpinan negara yang begitu memandang rendah kepada mereka."

Malaysia Chronicle

PANAS: Brahim ajar Nalla bermuhabalah di Masjid Wilayah? Kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2012 07:00 PM PDT

Nallakaruppan serah pita video berhubung kes saman Anwar

KUALA LUMPUR: Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S Nallakaruppan, hari ini menyerahkan satu pita video kepada peguamnya yang beliau dakwa mengandungi bukti dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyerahkan pita itu kepada Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira 2 petang.

"Saya sudah bagi pita video itu kepada peguam saya sebagai bukti dalam kes saman ini. Apa jua bukti yang saya ada, saya sudah beri pada peguam saya. Saya mahu mereka tayangkan video itu di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan," katanya.

Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan kandungan pita video itu. 

"Saya akan berpegang teguh kepada fakta saya, saya tidak akan melarikan diri. Saya sudahpun memberi bukti kepada peguam saya. Saya kini menunggu untuk memberitahu perkara sebenar kepada mahkamah," katanya.

Beliau juga mahu kes itu didengar secepat mungkin di mahkamah.

Pada 26 Mac, Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Nallakaruppan berhubung perkataan-perkataan yang mencemarkan nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac.

Beliau turut menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, sebagai defendan ketiga.

Anwar mendakwa perkataan-perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. - BERNAMA

TERKINI: Pandainya mamat nie cari makan... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2012 05:00 PM PDT

Dato' AC Mizal Tubuh Barisan Artis Nasional

Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012, artis terkenal yang juga merangkap Duta Pelancongan Perak 2012, Dato' AC Mizal telah terpanggil untuk menubuhkan persatuan, Barisan Artis Nasional bagi menyemarakkan lagi agenda pelancongan negeri Perak.

Istimewanya, Barisan Artis Nasional yang dinaungi oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Perak, YB Dato' Hamidah Osman ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abdul Kadir di Hotel Kinta Waterfront, Ipoh, Jumaat lalu.

"Saya menyambut baik penubuhan persatuan ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana walaupun mereka bergelar artis, tapi dari segi komitmen mereka kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional, sokongan mereka tetap teguh," ujar YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abdul Kadir dalam ucapannya di majlis pelancaran Barisan Artis Nasional, Jumaat lalu.

Barisan Artis Nasional merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan sekalian penggiat-penggiat seni tanah air sebagai platform bagi menyokong sektor pelancongan di negeri Perak secara terancang dan konsisten. Buat masa ini, seramai lebih kurang 50 orang artis menyertai persatuan ini yang dipengerusikan oleh Presiden Dato' AC Mizal.

"Timbulnya idea untuk menubuhkan Barisan Artis Nasional ini adalah untuk menyokong program-program di negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2012. Sebagai duta pelancongan Perak, ia adalah sebahagian dari kerja kebajikan saya untuk membantu mempromosikan negeri Perak.

Saya yakin, ini merupakan satu platform yang baik untuk kami membuat perkara yang sama di negeri-negeri lain pula pada masa akan datang," ujar Dato' AC menafikan penubuhan persatuan ini adalah untuk memecah belahkan persatuan-persatuan lain.

"Memang tak ada halangan untuk ahli persatuan lain menyertai persatuan ini tapi agenda utama kami adalah untuk mempromosikan Tahun Melawat Perak, bukan nak lawan dengan persatuan lain. Kita tak nak gaduh-gaduh sesama persatuan, tapi kita lakukan ini hanya untuk program di Perak.

"Barisan Artis Nasional hanya berhasrat untuk memberikan peluang dan ruang pekerjaan kepada ahli-ahli dalam siri aktiviti yang sudah dirancang dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2012 bagi menambahkan pendapatan ahli-ahli,"ujarnya mengakhiri perbualan.

p/s: rajinnye tubuh Barisan Artis Nasional, rajin ade makne tuuu..hehe

Perangai SAMSENG nie ikut sapa tah... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2012 03:00 PM PDT

Sri Lanka arah masjid kontroversi dipindah lokasi

COLOMBO – Kerajaan Sri Lanka telah mengeluarkan satu perintah agar sebuah masjid, yang didakwa berusia 50 tahun, dipindah lokasi ekoran protes kalangan penganut Buddha yang mendakwa ia berada di tapak suci agama mereka, selain didirikan secara tidak sah.

Majoriti penduduk Sri Lanka beragama Buddha.

Arahan itu dikeluarkan dua hari selepas pengikut-pengikut dan sami Buddha di bandar Dambulla menyerbu masjid Talawa Jumaah.

Laporan media sebelum ini menyebut protes itu diadakan Jumaat lalu dan telah menjejaskan solat Jumaat. Mereka juga telah menggesa agar sebuah kuil di kawasan itu dipindahkan. Pertikaian mereka ialah masjid itu dibina di kawasan suci, yang telah pun diisytiharkan sebagai tapak warisan oleh Unesco.

Perdana Menteri DM Jayaratne berkata, masjid terbabit telah diarah dipindahkan ke kawasan lain yang lebih sesuai. Bagaimanapun langkah itu mencetuskan kemarahan di kalangan ahli politik Muslim kanan di Sri Lanka.

Laporan media BBC dan Reuters berkata, kenyataan Perdana Menteri itu dikeluarkan secara tergesa-gesa sehari sebelum pelbagai pihak dijadual mengadakan perbincangan mengenai pertikaian tersebut.

Ketua agama Buddha di tengah Sri Lanka mengugut akan merobohkan masjid itu minggu ini jika pihak berkuasa tidak bertindak. Satu pertemuan khas untuk membincangkan isu dilaporkan telah diadakan semalam. Pertemuan itu, yang dikatakan dihadiri empat pemimpin Islam dan telah mencapai persetujuan untuk memindahkan masjid tersebut.

Bagaimanapun tiga daripada pemimpin yang disebutkan dalam kenyataan itu menafikan mereka hadir mesyuarat itu.

Menteri Kabinet AHM Fowzie dipetik BBC berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat sedemikian. Katanya, permintan memindahkan masjid terbabit boleh diterima tetapi bukannya sebagai satu arahan.

Seorang lagi pemimpin politik parti yang memerintah, Azath Sally berkata, meskipun pembinaan masjid itu tidak sah, mereka tidak harus bertindak sebagai "samseng."

"Apakah orang Tamil dan Muslim tiada hak di negara sendiri?" katanya dipetik BBC.

Jayaratne, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Buddha berkata, beliau mengarahkan pemindahan masjid terbabit dari kawasan suci di Dambulla dan boleh dipindahkan ke kawasan berdekatan yang lebih sesuai. Katanya, masjid itu sedang dalam proses pembinaan dan penganut Buddha setempat mendakwa ia strukturnya sedang dibesar dan diluaskan secara tidak sah.

Bagaimanapun menurut ketua masjid, yang dipetik BBC berkata, pembinaan itu adalah sah. Muslim yang tinggal di kawasan itu memberitahu Reuters bahawa masjid tersebut telah wujud sejak tahun 1962 dan solat diadakan sejak tiga dekad lalu.

Sinar

Dua Negeri Panik Bila Meteor Meletup

Posted: 24 Apr 2012 12:00 PM PDT

Letupan kuat meteor cetus panik

CALIFORNIA – Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.

Sinar

Tiada ulasan: