Addin |
- Gambar Banner BERSIH 3.0 Mula Di Naikkan Di Apartment Sekitar KL
- Siapa Pemilik Banglo Semewah Nih?
- Gambar Ibrahim Ali Tibai Kepala Anwar Ibrahim..
- Pak Jabit Hantu Kak Limah Balik Sertai BERSIH 3.0
- MP Ampang Ada Saksi Dan Bukti Kukuh Skandal Shafie Afdal
- Rosmah Tuduh Rakyat Tak Kenang Budi Najib?
- SPR & JPN Kantoi!! Bukti Pemastautin Sementara Boleh Mengundi
- Umno Anjur Majlis Tarian Separuh Bogel, Arak Dan Babi Panggang
Gambar Banner BERSIH 3.0 Mula Di Naikkan Di Apartment Sekitar KL Posted: 25 Apr 2012 11:40 AM PDT Berita tersebut telah disebarkan di FB dan dilaporkan di Malaysiakini versi bahasa Cina... Sesiapa faham bahasa Cina bolehlah baca kat sini. |
Siapa Pemilik Banglo Semewah Nih? Posted: 25 Apr 2012 08:42 AM PDT KUALA LUMPUR - Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini. Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet. Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu. Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta. Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya. Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan. Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah. Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut. Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang. Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan. Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit. Menteri dan artis nafi Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik. Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya. Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. ~ harakahdaily Addin : Rasa-rasanya semua dah dapat teka.. |
Gambar Ibrahim Ali Tibai Kepala Anwar Ibrahim.. Posted: 25 Apr 2012 08:04 AM PDT |
Pak Jabit Hantu Kak Limah Balik Sertai BERSIH 3.0 Posted: 25 Apr 2012 12:39 AM PDT Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada gabungan 70 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menyokong himpunan Bersih 3.0 pada Sabtu, 28 April ini di Dataran Merdeka. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, seramai 10,000 ahli dan penyokong Tanah akan berarak bermula dari Menara Maybank mulai jam 1.30 petang menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. "Kain lilitan kuning akan diikat pada tangan sebagai tanda sokongan Tanah kepada Bersih 3.0," katanya kepada HarakahDaily. Mazlan berkata, antara pimpinan Tanah yang akan bersama ialah Datuk Dr Mahfoz Mohamad, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Amni Jagat dan Man Kadir (Pak Jabit). Selain itu, katanya, Pengerusi Biro KEADILAN Felda dan Orang Asal, Shuhaimi Said, Naib Presiden PAS, Datuk Salahuddin Ayub, malah beberapa bekas pimpinan Umno turut serta. ~harakahdaily |
MP Ampang Ada Saksi Dan Bukti Kukuh Skandal Shafie Afdal Posted: 25 Apr 2012 12:01 AM PDT PETALING JAYA - Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi. Menurut Zuraida selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan. Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu terlibat, Zuraida berkata beliau sedia berdepan dengan perkara itu. Zuraida menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut. "Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan. "Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi," katanya ketika dihubungi FMT. Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan. Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu. Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu. Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu. Shafie Apdal menafikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh bekas pemandu Zahida bahawa beliau telah membuat sejumlah bayaran kepada Zahida. ~freemalaysiatoday |
Rosmah Tuduh Rakyat Tak Kenang Budi Najib? Posted: 24 Apr 2012 10:29 PM PDT Nampaknya PM Najib dan isteri Rosmah Mansor telah sekali lagi tersilap dalam memberi komen ke atas isu terbaru ini. Semakin keadaan tegang memuncak di kalangan belia negara atas kos pendidikan yang semakin meningkat, kerajaan Najib meluluskan beberapa siri penyelamatan dan pembelian kepentingan yang terang-terangan memihak kepada kroni perniagaan, Rosmah juga membuat percubaan mempertahankan suaminya. "Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan Don't bite the hand that feeds you (jadi jangan tak tahu mengenang budi)," Bernama melaporkan Rosmah berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran A Step to University di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun 2012 pada hari Ahad. Tidak sensitif Rosmah segera ditegur kerana "kenyataannya yang tidak sensitif", berbanding Khaled Nordin, menteri pendidikan tinggi yang dikecam kerana kenyataannya kepada pelajar yang menunjuk perasaan memang patut dipukul samseng seramai lebih 40 orang yang dipercayai diupah Umno. Pelajar merupakan sebahagian daripada kumpulan yang telah berkhemah di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur untuk membantah PTPTN, singkatan bagi program pinjaman pelajar yang mendapat kritikan dan melancarkan pergerakan Occupy Dataran, untuk menggesa diberi ruang demokrasi yang lebih besar. "Tiada siapa yang menyuruh mereka berkhemah di Dataran. Jadi, apabila perkara-perkara ini berlaku, jangan minta kasihan pula," luah Khaled di akaun Twitternya apabila berita serangan samseng dilaporkan. Memandang rendah pada pelajar Malah, ia kelihatan sedikit bodoh bagi Rosmah untuk memberi komen sedemikian kepada pelajar jika diamati dari tabiat borosnya. Rosmah, yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia atau FLOM, telah dibelenggu kontroversi sejak Najib mengambil alih sebagai PM pada April 2009. Cara kurang ajar beliau, gaya autokratik dan desakan untuk mencampuri hal ehwal negara telah menjadikan ramai rakyat Malaysia marah. Lebih buruk lagi, gaya hidup mewah dan keborosannya berbelanja lebih hebat daripada Imelda Marcos, bekas wanita pertama Filipina, dan ini menyebabkan kebimbangan yang serius bahawa dia dan suaminya akan menyalahgunakan kuasa mereka dan menggunakan dana awam untuk membiayai perbelanjaan peribadi mereka. "Sudah jelas Rosmah tidak memahami masalah pelajar dan bagaimana perasaan mereka terhadap progres pembangunan negara ini. Kami telah bercakap tentang pelajar universiti dan kolej. Mereka bijak dan boleh mengesan jika ada sesuatu yang tidak betul. Dimana perginya semua wang itu? Kenapa bayaran tol dan keperluan harian yang lain begitu mahal? " Naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle. "Namun yang kaya menjadi semakin kaya dan Rosmah terus berbelanja. Para kroni terus mendapat kontrak besar dan tidak perlu membayar balik kepada kerajaan. Namun, pelajar perlu membayar untuk kos pembiayaan pelajaran mereka. Bagaimana ini boleh berlaku? Amat disesali apabila Rosmah dan Najib seolah-olah berfikir pelajar terlalu muda atau terlalu bodoh untuk memahami kebenaran itu. Mereka menyalahkan Pembangkang kerana meniupkan api kemarahan pelajar terhadap BN. Tetapi ia adalah sebenarnya satu dakwaan yang dahsyat keatas belia yang mempunyai kepimpinan negara yang begitu memandang rendah kepada mereka." ~malaysiachronicle |
SPR & JPN Kantoi!! Bukti Pemastautin Sementara Boleh Mengundi Posted: 24 Apr 2012 07:23 PM PDT Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!! 1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini. PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu? 2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!! Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB! Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!! Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!! Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah! ~ edyesdotcom (SAMM) |
Umno Anjur Majlis Tarian Separuh Bogel, Arak Dan Babi Panggang Posted: 24 Apr 2012 05:46 PM PDT IPOH, 23 April 2012 - Pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di hadapan Padang Desa Pakatan, Station 18 Ipoh , malam tadi terganggu dengan konsert pacak yang dipercayai di taja oleh ADUN Sungai Rapat Hamidah Osman. Konsert mereka kali cuma dipisahkan sebatang jalanraya yang mengundang kekecohan hadirin yang menggesa supaya perlahankan pembesar suara yang begitu kuat. Peralatan sistem bunyi canggih yang disewa khas dari syarikat dengan sebuah lori generator. Sementara ceramah Pelancaran Bersih 3.0 Pakatan Rakyat dihadiri lebih dari 3000 orang mendengar ucapan dari wakil PAS Sungai Rapat Radhi Zainon, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Mantan Menteri Besar Perak Dato Seri Nizar dan ucaptama Pengerusi BERSIH 3.0 A.Samad Ismail. Tindakan pantas pasukan Unit Amal dan pihak polis dapat mententeram keadaan daripada pergaduhan. Ini merupakan kali ke-7 Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia mengganggu program ceramah penerangan Pakatan Rakyat dengan bertindak memasang khemah-khemahnya di saat akhir sebelahan program PR di Parlimen Gopeng. Konsert pacak yang dipercayai ditaja MCA dan UMNO Gopeng dilihat cuba mengalih hadirin dengan tarian ghairah, tarian naga, dentuman bunga api dan hidangan arak dan 4 ekor babi panggang namun hadirannya cuma sekitar 200 orang. Samad Ismail yang baru hari lahirnya ke-77 melahirkan rasa bimbang kepada negara jika tidak diBersihkan golongan pemeras kalangan penguasa yang jurang pemisah yang semakin luas. Tindakan beliau daripada hanya menulis kepada turun bersama rakyat bawahan kerana kebebasan suara media terutama akhbar dan TV disekat dari tuntutan kebebasan dan demokraisi tulen. "Dengan itu saya menjemput tuan-puan semua datanglah ke Kuala Lumpur pada 28 April ini...bagi menyatakan hasrat murni didalam setiap jiwa kita..." Samad Said mengakhiri ucapan dengan dekramasi sebuah puisi perjuangan. ~manjungmari |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan