Rabu, 25 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Betulke Rumah RM4Juta ni dibeli sebagai tanda cinta seorang Menteri kepada seorang Artis?

Posted: 25 Apr 2012 08:33 AM PDT


Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.

Muhyiddin nak datang, UMNO Bayan Baru tutup jalan dan rezeki peniaga Pasar Malam..

Posted: 25 Apr 2012 07:19 AM PDT


Umno Bahagian Bayan Baru hari ini mendakwa telah mendapat permit polis bagi memasang khemah untuk program kenduri rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru esok sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
  
Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Ridzuan Bakar berkata, sehubungan itu tidak timbul isu kononnya khemah untuk majlis kenduri itu didirikan tanpa kebenaran dan telah menutup jalan.
  
"Khemah mula dipasang sejak semalam dan kami tidak menghadapi sebarang masalah daripada penduduk di sini kerana kami telah menyediakan laluan alternatif untuk kemudahan penduduk - Bernama

Kemudiannya satu lagi laporan..

Umno Bahagian Bayan Baru mempertahankan dakwaannya bahawa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP cuba mensabotaj lawatan Timnbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Pulau Pinang esok.

Malah, ketua penerangan bahagian Datuk Mohd Ridzwan Bakar mempertikaikan kedatangan exco negeri dan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang didakwa menyebabkan banyak "pihak terganggu".

"Saya punya firasat mereka cuba mensabotaj majlis. Sebagai pengerusi penganjur saya minta mereka jangan kacau majlis.

"Otak saya bercelaru, banyak benda nak kena atur...angin saya lagi naik. Saya nak kena tengok itu dan ini lagi," katanya merujuk kepada kehadiran exco Abdul Malik Kassim dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin ke lokasi persiapan.

Menurutnya kehadiran Sim dan Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung ke lokasi sambutan di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru pagi tadi tidak diperlukan.

Umno Pulau Pinang sedang bersiap menyambut timbalan perdana menteri yang tiba Pulau Pinang esok. Muhyiddin dijangka sampai kira-kira jam 11 pagi dan akan meluangkan masa selama dua jam bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk setempat - Malaysiakini


Benarkah dakwaan  Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru itu bahawa mereka mendapat kebenaran menutup jalan?

Benarkah  dakwaan  Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru itu bahawa penduduk tidak mempunyai masaalah dengan progam mereka yang menutup jalan itu?

Baca kenyataan Media dari ADUN Batu Maung, YB Malik Kassim di bawah ini..

Saya memandang berat aduan penduduk Batu Maung, yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka mengalami kesulitan kerana jalan masuk ke kediaman mereka akan ditutup selama beberapa hari, semata-mata untuk meraikan kedatangan Timbalan Perdana Menteri ke Batu Maung pada 26 April 2012. 

Ia membabitkan lebih 20 blok kediaman dan puluhan lagi rumah-rumah yang melibatkan ribuan keluarga. Penutupan jalan dirancang dari 22 hingga 28 April bagi majlis yang dirancang pada 26hb April 2012.

Bahkan, saya juga menerima aduan daripada para peniaga pasar malam di Lebuhraya Batu Maung yang kebanyakan berbangsa Melayu, di mana rezeki mereka akan terjejas lantaran tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tapak perniagaan mereka akan digunakan untuk persiapan majlis berkenaan. Dua pasar malam yang akan terlibat iaitu hari Ahad 22 April dan 24 April hari Selasa.

Justeru, bertindak atas aduan penduduk yang saya wakili, saya bergegas ke tempat tapak berkenaan pada 22/4 hari Ahad jam 11pagi dan mendapati aduan penduduk berasas. Hasil siasatan pihak saya mendapati pihak berkenaan telah menggunakan jalan tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri.

Tindakan pihak berkenaan menutup jalan dan laluan orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa, menyalahi Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan menyalahi undang-undang kecil MPPP berhubung pembinaan diatas jalan raya.

Tindakan mereka jelas tidak menghormati undang-undang, bahkan membelakangkan kepentingan rakyat Batu Maung, yang akan menyebabkan kesusahan dan kerugian.

Lantaran itu, saya telah meminta pihak kontraktor memindahkan barang-barang dari lokasi ini dengan kerjasama pihak Penguatkuasa MPPP, pihak PDRM juga hadir dan selepas kira 3 jam pihak kontraktor beredar dan membuka jalan ini. 

Semasa itu peniaga pasar malam telah mula sampai dan kelihatan marah dan gelisah sebab persiapan perniagaan mereka seperti makanan dan bahan mentah seperti ikan, sayur akan rosak dan terpaksa menangung kerugian. Saya juga bertanya sebab apa pihak penganjur tidak mengunakan Padang Taman  Iping yang luas atau dewan-dewan yang ada di sekitaran.


*KENYATAAN MEDIA OLEH YB ABDUL MALIK KASSIM ADUN BATU MAUNG PADA 25 MEI 2012*

Skandal Menteri : Kenapa Zahida guna Peguam UMNO?

Posted: 25 Apr 2012 03:07 AM PDT


Menurut Zuraida Kamaruddin seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, beliau telah menerima surat peguam dari Zahida semalam.

Surat bertarikh 23 April itu telah dikeluarkan oleh Peguam yang mempunyai kaitan dengan UMNO iaitu Muhammad Shafee Abdullah.

Surat tersebut memintanya agar berhenti dari terus mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut dan menyebabkan sebarang artikel disiarkan oleh pihak media.

Zuraida juga diarahkan menarik balik kenyataannya yang terdahulu serta memohon maaf kepada Zahida serta membayar gantirugi.

Gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari tindakan undang-undang akan diteruskan terhadapnya.

"Saya tidak menjangkakan akan menerima surat dari Zahida, Saya fikir Shafie sebenarnya yang mahu saman saya"

"Dan kenapa actress ini menggunakan Peguam yang punya kaitan dengan UMNO?" persoal Zuraida..

********************************************

Skandal Menteri Beri RM1.5Juta Pada Artis Akan Didedah

SHAH ALAM 25 APRIL : Saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

MP Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Katanya, beliau juga bersedia dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu yang terlibat.

Zuraida turut menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan terbabit.
"Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

"Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi," katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

Selangorku

Derma akan dikutip bagi biaya tambang Zahid ke Perancis..

Posted: 24 Apr 2012 11:36 PM PDT


Alasan yang diberikan oleh Zahid Hamidi untuk tidak hadir ke mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen kapal selam ialah beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana.

Beliau sebelum ini mempersoalkan tentang siapa yang akan menanggung segala kos untuk beliau kesana "Who will pay for ... air tickets, food and hotel accommodation in France?"

Bagaimanapun menurut Cynthia Gabriel "we are encouraged to learn that Malaysians are willing to raise funds for this case".

Aku yakin tak ada masaalah bagi kebanyakkan rakyat Malaysia untu memberikan sumbangan berupa wang ringgit asalkan Zahid Hamidi sanggup ke Mahkamah di Perancis.

Kerana jumlah yang pembayar cukai yang dijadikan komisyen dalam hal pembelian kapal selam ini bukanlah RM5 tetapi RM500Juta...

Bersamalah kita tunggu apa lagi alasan Zahid Hamidi selepas ini.. takkan dia nak kata gayat naik Kapal Terbang pulak kot??


'Zahid, rakyat akan biaya anda ke Paris'


Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak patut menjadikan alasan pembiayaan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris, kata NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel berkata, Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia.

"Iltizam kepada kebenaran sepatutnya menjadi alasan pertama dan paling penting untuk menjadi saksi dalam kes ini, bukan wang," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Tambahan pula, beliau memungkiri kata-katanya sendiri. Sebelum ini, beliau berkata sanggup memberi keterangan, kemudian beliau tukar fikiran. Kami mahu tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkannya bertukar nada."

Gabriel berkata, paling banyak, peruntukan yang diperlukan sebanyak RM10,000 semalam, meliputi tiket pergi balik bukan Malaysia Airlines (RM5,500), tempat tinggal (RM600 semalam) dan makan di restoran (RM200).

Zahid sebelum ini dilaporkan tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew - Malaysiakini

English Version


'Zahid, M'sians will pay your way to Paris'


The defence minister should not cite expenses in order to dodge testifying at the Scorpene submarine inquiry in Paris, said human rights watchdog Suaram, which filed the case in 2010


Secretariat member Cynthia Gabriel (right) said Ahmad Zahid Hamidi's priority should be accountability and transparency, as Malaysian taxpayers have been deprived of this when it comes to military spending.

"Commitment to the truth should be the minister's first and foremost reason to testify in this case, not money," Gabriel told Malaysiakini.

"Besides, he has reneged on his words. Earlier, he said he was willing to testify, then he changed his mind. We would like to know what has happenned to make him sing a different tune."

The travel expenses would at most be about RM10,000 per night, she said, comprising the equivalent of:

•RM5,500 for the return flight, but not on Malaysia Airlines

•RM600 per night for accommodation

•RM200 for food in a restaurant

Asked if Suaram would pay the expenses, Gabriel said "we are encouraged to learn that Malaysians are willing to raise funds for this case".

French submarine builder DCNS is alleged to have paid illegal commissions to Malaysian officials in the RM7.3 billion purchase of two Scorpene class submarines.

Yesterday, Ahmad Zahid (left) had said that no official or representative of the Defence Ministry will fly to Paris to attend the inquiry.

Bernama had quoted Ahmad Zahid as saying: "Who will pay for ... air tickets, food and hotel accommodation in France?"

However, he said the Malaysian ambassador and military attache in Paris will closely monitor the case.

He added that both he and premier Najib Abdul Razak - who was defence minister at the time of the purchase - are not obliged to comply with orders of the French court, unless a subpoena comes from a Malaysian court.

Najib had snubbed questions when asked if he would testify, saying "I don't need to comment...I don't want to comment, thank you".

'Something to hide?'

Gabriel said Suaram is "very disappointed" that Najib did not respond properly to the question, while in Penang on Sunday.

"To say he does not need or want to comment shows that he has something to hide," she claimed.

"We reiterate the hope that the Malaysian government will give us its fullest cooperation in this case.

"To know the truth about whether there had been corruption and to seek justice for the death of a Mongolian national on our soil is the right of every Malaysian taxpayer."

Last Thursday, the Paris Tribunal de Grande Instance accepted Suaram's witness list, which names Najib, his close ally Abdul Razak Baginda and Ahmad Zahid.

Najib has previously denied being involved in the case which is allegedly mired in corruption and the murder of Altantuya Shaariibuu by members of his security detail then.

DBKL serbu lagi Dataran, kotak derma turut dirampas

Posted: 24 Apr 2012 08:28 PM PDT


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi.

Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Ia adalah serbuan ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas.

"Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati berlaku kekecohan.

"Peserta protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari ini. Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300," katanya.

Fadiah berkata pegawai DBKL yang dikenali sebagai Fuat, yang berada di situ bersama 10 trak DBKL, memberitahu peserta protes tersebut bahawa mereka boleh mendapatkan barang-barang mereka semula esok di pejabat DBKL.

"Katanya, mereka tidak dapat memulangkannya sekarang kerana perlu disimpan di setor terlebih dahulu," kata Fadiah sambil menambah Fuat tidak menjelaskan mengapa kotak derma tersebut dirampas.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan "cuba" mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut.

Haziq menambah DBKL turut merampas beberapa khemah dan bendera, tetapi para pelajar berhasrat untuk terus berkhemah di situ malam ini.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berbuat apa-apa dengan begitu ramai kami di sini tetapi kita akan lihat apa yang berlaku pada waktu pagi," katanya.


Malaysiakini

Nasib Suri Rumah Kumpulan Sokongan Putrajaya: Nak Mengasuh Di Kekang Nak meniaga Di Larang

Posted: 24 Apr 2012 05:00 PM PDT


Assalamualaikum,

"Rakyat di dahulukan Pencapaian di utamakan" … inilah slogan yang sering di laung laungkan walau dimana jua kita berada di Negara ini.  Usah ceritalah dalam media elektronik atau cetak .. malahan setiap kali menteri menteri bercakap, slogan ini tak pernah mereka lupakan. Namun begitu  betulkah slogan ini telah dilaksanakan  atau hanya sekadar penyendal telinga?? Kenapa saya berkata sebegini … 

ini ceritanya …

Pada 18 April minggu lepas iaitu pada hari rabu malam khamis lalu bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9 Putrajaya telah diadakan satu sesi dialog antara Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri (BPH) yg diwakili oleh Setiausaha Bahagian (SUB) En. Norazman Othman dengan para  pengasuh dirumah (qtrs)  dan penjaja kecil (dlm qtrs). 

Sesi dialog yg sejak dari mulanya telah ditetapkan keputusannya  berjalan dengan penuh hangat. Sejak dari awal mukadiman Norazman dengan angkuh menyalahkan penghuni qtrs  dan menekankan kesalahan  pengasuh dirumah kerana melangar surat perjanjian  yg ditandatangani penghuni ketika  mula mula hendak memasuki qtrs. 

Dan antara katanya lagi jika  pengasuh tidak puas hati boleh lah keluar dr qtrs dan tindakah ini terpaksa di lakukan kerana pihak atasan iaitu KSN, TKSUKJPM dan TKSUJPM  mendapat  email aduan dr  'seorang penduduk di Presint 9'   yg tidak berpuas hati dengan  prestasi pengasuh anaknya.

Begitu bodohnya orang orang  besar ini hanya dengan satu email yg bersifat dendam sangup menyusahkan pengasuh dan ibu bapa yg menghantar anak mereka kpd pengasuh. Dengan notis yg begitu  singkat iaitu sekitar 2 minggu (berkuat kuasa 1 Mei)  penghuni  yg melanggar arahan akan dihalau keluar dr qtrs.

Spt yg saya tulis dr awal tadi sejak dr mula lagi keputusan telah ditetapkan dan sesi dialog ini hanyalah sebagai syarat  agar BPH tidak dilihat sebagai bersikap kuku besi.   

Tentunya bagi Norazman, KSN, TKSUKJPM dan TKSUJPM tidak akan merasa  akan kepayahan dan kesusahan yg terpaksa dihadapi oleh  pengasuh dan ibu bapa yg terpaksa menghadapi tindakan mengejut ini.  Lagi pelik pengasuh disuruh menghadiri kursus dan mengambil lesen  tetapi  lesen hanya dikeluarkan oleh pihak lain dengan kos  yang mencecah RM400.

Seperti juga mengasuh kanak kanak yang dikatakan 'menggangu', bagaimana pula dengan suri rumah yang mengambil upah menjahit baju, apakah sebenarnya kesalahan mereka? Apakah yang dimaksudkan sebagai 'menggangu' jiran?  

Sama juga dengan mengasuh kanak kanak, mereka menjahit  di dalam rumah, jauh sekali meletakkan mesin jahit di kaki lima rumah atau mengakibatkan  tersebarnya penyakit berjangkit kerana  'bising' bunyi mesin jahit?   

Atau mungkin pihak pegawai atasan mahu kami yg berpendapatan rendah ini  menghantar baju ke butik yg kosnya 10 kali ganda? Maaf kami tidak mampu, kamu bukan seperti pegawai atasan  yg memakai tali leher berharga ratusan ringit.

Sebagai pegawai yg bertaraf JUSA dan Premier  tentunya  beliau bergaji besar melebihi RM16,000 – RM20,000 sebulan. 

Dan lagi seronok segala bil kerajaan yang jelaskan. Dari bil  letrik, bil air, bil telefon  bimbit, telefon bimbit pun kerajaan beri percuma, elaun selenggara rumah RM3000 – RM5000 setahun sekali, sebuah kereta  Proton Perdana atau Inspira (jika telah digunakan melebihi 3 tahun boleh dibeli oleh pegawai berkenaan dengan harga teramat rendah bila bersara) dengan pemandu malahan  dengan petrol percuma sekitar 600 liter sebulan, hinggakan gaji amah pun kerajaan bayar.

Tetapi lain pula dengan suami suami pengasuh ini yg hanya bergaji dibawah RM1800 sebulan. Dengan pendapatan sekecil itu, bil letrik, bil air, bil iwk,  belanja dapur, anak anak sekolah rendah, menengah dan di ipt perlu diagih agihkan bagi menampung kehidupan. 

Dengan kos hidup yg semakin tinggi segalanya amat membebankan tanpa mampu menjana pendapatan sampingan. Yang kaya semua dapat free tapi yang miskin  semakin fakir.

Pendapatan tambahan yg dijana oleh para  suri rumah  ini sememangnya membantu melegakan sedikit bebanan  keluarga. Cuba bayangkan sejumlah pendapatan tambahan yang menjadi nadi keluarga hilang hanya kerana alasan alasan yang cuba menghalalkan tindasan tak berperi kemanusian ini? 

Kemana harus kami mengadu? Adakah pegawai pegawai ini dan juga pengadu sudi menghulurkan bantuan? Di manakah kewarasan kalian semua?

Kami berharap pihak BPH dapat menimbang semula bilangan  3 orang kanak kanak dinaikkan kepada  5 orang dengan tambahan  3 orang kanak kanak transit  tanpa memerlukan lesen JKM ini kerana menjoritinya   pengasuh menjaga tidak lebih dari 5 orang kanak kanak.   Jika ada yang menjaga lebih dari 5 orang kanak kanak  ianya hanya kes terpencil.  

Pihak BPH juga seharus memikirkan kesukaran ibu bapa yang terpaksa mencari  pengasuh atau TASKA dalam notis yang begitu singkat. Perkhidmatan pengasuh  juga mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa membayar lebih kepada pihak TASKA. 

Tanyalah kepada ibu bapa seperti mereka ini, dimanakah mereka  lebih suka menghantar anak anak mereka, ke rumah pengasuh yang hanya menjaga 5 orang  atau ke TASKA  yang mempunyai lebih  100 orang kanak kanak? 

Dan jangan sesekali lupa TASKA jugalah tempat merebaknya wabak penyakit kuku dan mulut kira kira dua bulan lalu hinggakan ibu bapa terpaksa mengambil cuti lebih dari seminggu kerana ada TASKA yang terpaksa ditutup sementara akibat menularnya wabak penyakit ini. Tetapi ada kah ibu bapa yang mengadu tentang pengasuh yang membelakangkan factor kebersihan rumah rumah mereka?

Sebelum menyudahi surat ini saya mewakili seluruh pengasuh kanak kanak di Putrajaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada  'seorang penduduk di Presint 9'  yg telah berjaya membuatkan KSN, TKSUSK JPM,  TKSU dan Norazman Osman  yang bergaji  besar (walau tak ada kerja dan semua serba percuma) terpaksa membuat sedikit kerja dalam cuba menyelesaikan aduan anda yang maha penting itu. 

Selalu selalulah  ingat  bahawa dunia ini dicipta bukan hanya untuk manusia seperti kalian yg hanya mementingkan diri sendiri. Hari ini anda sekat rezeki orang lain  dan tidak mustahil satu hari nanti Allah akan bayar tunai kepada anda. Masanya tetap akan tiba tanpa kalian sedari kerana  diwaktu itu kalian sedang asyik dengan kebanggaan diri. 

Akhir kata, kepada wakil rakyat Putrajaya  yg menyepi diri kelu seribu bahasa dalam hal ini " …….. bila agaknya nak dapat bersua muka, buatlah kerja sikit, bukan selalu pengundi  minta tolong. Tanpa pengundi kamu tidak punya makna apa apa. 

Pilihan raya ke 13 semakin hampir dan jangan salahkan kami  jika selepas PRU13  nanti Putrajaya akan punya wakil rakyat bukan berlambang dacing.

Pengasuh Kecewa P9
24 April 2012

Tiada ulasan: