Khamis, 12 April 2012

shalehudin

shalehudin


HODOH: UMNO calonkan Ummi lawan Azmin, kahkahkah...

Posted: 12 Apr 2012 09:01 AM PDT

Ummi akan dicalunkan lawan Azmin?

Ini khabar yang kami dengar. Sudah ada persetujuan pihak tinggi untuk Ummi Hafilda dicalunkan menentang Azmin.

Buat masa ini, ura-ura berkata Azmin tidak akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.

Ini berlainan dari sangkaan ramai bahawa Azmin mahukan jawatan Menteri Besar Selangor, dia dipercayai akan hanya dicalun untuk Parlimen saja. Teori ini timbul apabila Khalid dilapurkan tukar alamat dari Ijok ke Lembah Pantai.

Azmin yang sekarang merupakan ahli Parlimen Gombak berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Gombaknya. Namun ada desas desus dia akan bertanding di Lembah Pantai kerana Nurul Izzah dijangka akan kalah teruk di Lembah Pantai jika pertahankan kerusi Lembah Pantai.

Desas desus memberitahu bahawa Ummi tidak ditentukan lagi kawasan untuk bertanding tetapi pastinya dia akan menentang Azmin dimana Azmin bertanding.

Pasti macam-macam akan keluar dari Ummi ketika berkempen. Azmin telah diserang dengan pelbagai persoalan, tuduhan dan laporan tentang peribadi dan kewangannya. SAmpai bila Azmin boleh berdiam. Lama-lama dia terpaksa berhadpan dengan semua itu.

Nampaknya akhirnya dia akan menjawab semasa pilihanraya dan ketika itu adalah suatu masa yang genting untuk menjawab. Ketika itu salah jawab boleh menyebabkan menang kalah dalam pemilihan.- Sumber

PANAS: DAP Penang bazirkan wang zakat... kahkahkah...

Posted: 12 Apr 2012 08:14 AM PDT

162 siswa P.Pinang terima zakat hampir RM1 juta

Hampir RM1 juta wang zakat disumbangkan kepada 162 anak Pulau Pinang yang menuntut di beberapa Universiti sekitar Jordan, Mesir dan Indonesia. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, jumlah agihan sumbangan zakat kendalian Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) itu berdasarkan kadar kos kehidupan di luar negara dan bidang pengajian yang diambil oleh mahasiswa berkenaan. "RM5,000 diberikan kepada pelajar bidang agama di Mesir serta Jordan, dan RM12,500 badi bidang perubatan di negara yang sama.

"Manakala, RM4,000 diberikan pelada pelajar bidang agama di Indonesia dan RM6,000 kepada kepada pelajar bidang perubatan di negara yang sama," ujarnya semalam di Dewan Masyarakat Penyayang, George Town.

PenangInsight.com difahamkan, tajaan akan terus diberikan kepada mereka sepanjang tempoh pengajian dengan syarat mendapat kelulusan akademik saban semester.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim turut berucap pada majlis itu.

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sohibus Samahah Datuk Seri Hassan Haji Ahmad dan Dr Azman Abdul Samat (Pengurus Besar PUZ MAIPP).

Kira-kira 300 hadirin, termasuk waris kepada mahasiswa berkenaan hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan IPT Luar Negara anjuran Majlis Agama Islam Pulau Pulau Pinang (MAIPP).

Dalam perkembangan lain, Mansor turut menyeru hadirin menyokong hasrat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan merombak perbadanan itu menjadi skim biasiswa ke arah merealisasikan pendidikan percuma di negara ini. ~penanginsight

TERHOT: Rexy Mainaky letak jawatan

Posted: 12 Apr 2012 06:31 AM PDT

Persatuan Badminton Malaysia Terkejut - Rexy Mainaky Umum Letak Jawatan.

KUALA LUMPUR 12 April - Semua pihak terutamanya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terkejut dengan tindakan Ketua Jurulatih Beregu Wanita Negara, Rexy Mainaky sebentar tadi yang mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa 30 April ini.

Tindakan Rexy yang juga bekas Juara Dunia Beregu Lelaki didakwa tidak sewajarnya berlaku tatkala Negara sedang melakukan persiapan rapi bagi memastikan pasukan Badminton Negara tersenarai antara barisan terbaik beregu wanita pada Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Setakat ini, tiada sebarang reaksi balas dari Rexy yang telah berkhidmat menerusi BAM selama 7 tahun berkaitan isu tersebut.

Sebelum ini, beliau telah menerima tawaran untuk memegang jawatan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Filipina berkuat kuasa 1 Mei ini dengan kontrak selama dua tahun.- KLpos

Lu sapa mau ganggu gua punya PM?

Posted: 12 Apr 2012 05:30 AM PDT

Bapa pasti Altantuya datang nak jumpa Najib, dia ada sesuatu utk di bincangkan dengannya

Bapa kepada warga Mogolia yang dibunuh, Altantuya Shaaribu pasti pembunuhan anaknya berkait dengan pembelian 2 buah kapalselam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, perolehan yang di terajui PM Najib Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan.

Sungguh-sungguh usaha Setev Shaaribu mendapatkan keadilan untuk anaknya, yang mayatnya masih ditahan oleh kerajaan Malaysia, menghalang keluarga nya dari menjalankan upacara akhir di tanahairnya, beliau menawar diri menjadi saksi dalam siasatan kerajaan Perancis samada DC tleh secara tidak sah membayar Najib imbuhan M570 juta untuk mendapatkan urusniaga itu.

"Beliau tahu ada hubungkait antara kes di Perancis dan kes bunuh itu, dan ingin membantu memberi kan kaitan nya. Jika beliau memberi keterangan di Mahkamah, beliau akan berikan maklumat terperinci," terjemah Tsoggerel Och bagi pihak Shaaribuu.

Gambar yang dilupakan itu wujud: Altantuya datang ke Malaysia untuk jumpa Najib


Setev juga memberitahu sidang medai yang beliau melihat dengan matanya sendir gambar anak nya yang diambil bersama Najib dan kawan rapatnya Razak baginda, yang juga perunding dalam urusan Scorpenes.

Menurut Setev,sebelum anaknya berangkat ke Malaysia pada Oktober 2006, anaknya ada memberitahu yang dia akan berjumpa Najib dan Baginda untuk mendapatkan bayaran bagi kerja yang dibuat untuk bebrapa syarikat tertentu.


" Saya bertanya dia apa tujuan nya berkunjung ke Malaysia, Dia tunjukkan saya gambar yang diambil di Paris.3 orang di dalam nya, Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya.Kata anak saya," Saya perlu jumpa orang-orang penting,' dan menunjukkan kepada Najib.

" Dia beritahu saya ada sesuatu untuk di putuskan bersama Najib .Saya lata ia tidak berbaloi tapi dia masih pergi juga.Ramai saksi melihat gambar ini.Bukan saya seorang. Begitu juga Burmaa Oyunchimeg, juga seorang skasi dan memberitahu mahkama mengenainya semasa perbicaraan kes bunuh pada tahun 2007.

Altantuya bercakap mengenai komisen


Setev seorang professor bersara, berada di Kuala Lumpur selama 3 hari untuk berjumpa dengan pihak berkuasa Malaysia bagi menpercepatkan kes anaknya.

Setev kemudian mededahkan satu lagi kejutan.Walaupun Altantuya tidak dapat mengingati nama-nama syarikat yang terlibat, tapi dia memberitahu yang Baginda berjanji akan membayar komisen kepada nya antara "0.0003 dan 3 peratus" untuk setiap projek.

Setev berkata beliau tidak pasti samade komisen itu dalam US dolar atau Euro, tapi ia satu jumlah besar.

"Kemudian, saya dengar bayaran nya dalam US Dolar.Saya sedah beritahu kepada peguam Karpal Singh dan kami kir aia lebih kurang RM100 juta," kata Setev.

Banyak petunjuk menunjuk kepada Najib


Walau masih dalam keadaan terkejut, kata Shaaribu bukan baru untuk rakyat Malaysia yang tahu kaitan nya kerana pihak-pihak terlibat tapi juga melaliu pengakuan dari penyiasat persendirian P.Balasubramaniam.Bala dipaksa meninggalkan negara ini selepas membuat akuan bersumpah yang mendedahkan kaitan antara Najib, kawan baiknya dan juga perunding Scorpenes, Razak Baginda dan Altantuya.

Malah jejak yang mengarah kepada Najib terlalu kuat dan tiada sangsi lagi yang Altantuya berkai dengan kes Scorpenes. Dalam suratnya,Altantuya mengaku mengugut Baginda walaupun beliau tidak katakan sebabnya. Tiket penerbangan menunjukkan dia datang untuk berjumpa Baginda dalam perjalanan2 untuk berunding mengenai pembelian Scorpenes telah dikenalpasti penyiasat Perancis.

2 anggota skuad khas Polis Malaysia yang membunuh Altantuya ialah bekas pengawal peribadi Najib dan di perkenalkan kepada Baginda oleh pegawai pengiring Najib,Musa Safri. Baginda di bebaskan dengan penuh kontroversi, walaupun dua pengawal peribadi itu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, ramai yang tahu mereka tidak lebih dari pembunuh upahan dan dalang utama masih bebas.

Akhbar Perancis La Liberation melapurkan isteri Najib,Rosmah Mansor cemburu kepada Altantuya dan enggan membenarkan satu sen pun dibayar kepada wanita Mongolia itu, yang datang ke Kuala Lumpur untuk menuntut bahagian komisen nya. Balasubramaniam pula, mengatakan Altantuya ialah perempuan simpanan Najib sebelum di ambil alih oleh Baginda.

Setev menjadi saksi Suaram


Siapa yang mempunyai motif paling kuat untuk menutup mulut Altantuya masih menjadi satu kuiz panas di Malaysia dan sediahnya,Najid\b dan isterinya Rosmah menduduki tempat teratas dalam senarai kerana beliau ketika itu timbalan perdana menteri dan tidak sabar untuk naik ke atas. Altantuya kononnya mencacatkan peluangnya untuk menjadi PM dengan ugutan nya untuk mendedahkan kepada umum cerita beliau.

Ini spekulasi popular dikalangan rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya berlaku kepada Altantuya walau berkali-kali dinafikan oleh Najib dan Rosmah yang mereka mengenali wanita jelita berusia 28 tahun itu.

Perli diberi perhatian, Setev berkata sehari lepas Najib'melarikan diri' bila beliau minta untuk berjumpa dengan pemimpin itu. Setev, seorang professor di universiti, berada di Kuala Lumpur selama 3 hari untuk peluang bertemu pihak berkuasa Malaysia bagi mencepatkan kes anak nya.Beliau berulang kali memohon untuk bertemu Najib atas dasar dari 'seorang bapa ke seorang bapa' dimana beliau percyaa Najib akan memahami kesedihan yang dilalaui keluarga dan mencepatkan siasatan.

Bagaimanapun,jika spekulasi Najib terkibat dalam pembunuhan Altantuya ini benar, maka lebih baik Setev tidak menunggu lagi-sudah tentu kes ini akan terkubur kerana dilengah lengahkan sehingga rejim bertukar di Malaysia.

Sementara itu, pengarah Suaran, Cynthia Gabriel yang hadir di sidang akhbar mengesahkan Setev akan dimasukkan dalam senarai saksi Suaram untuk di serahkan kepada Mahkamah Perancis.

Suaram ialah NGO terbesar Malaysia dan telah membuat aduan kepada kerajaan Perancis tentang pembuat senjata nya DCN kerana dakwaan merasuah Najib kerana bersetuju membeli kapal selam Scorpenes bernilai RM7billion .Jika didapati bersalah, DCN terpaksa memulangkan wang rasuh itu kepada kerajaan Malaysia kerana wang itu dari dana rakyat. Kerajaan Malaysia mesti menyiasat ke sini yang mana ia enggan sehingga kini, seoleh nya agak ganjil jika pihak Perancis sahkan ada rasuah di pihak sana melalui DCN tapi sebaliknya tidak dari pihak Putrajaya.

"Kita tahu siasatan di Perancis tiada kena mengena dengan pembunuhan, tapi ia penting untuk kaitkan dengan isu rasuah dan skandal komisen tidak sah yang melibatkan PM sekarang (Datuk Seri) Najib(Razk) dan sekutunya di Peracnis," kata Gabriel.

Malaysia Chronicle

PANAS: Bapak Altantuya jelas sebut nama Najib...

Posted: 12 Apr 2012 04:04 AM PDT

Bapak Altantuya dah tak malu nangis depan kamera...

PANAS: Satu Lagi Bom Jangka... kahkahkah...

Posted: 12 Apr 2012 01:00 AM PDT

Satu lagi pembunuhan: Bom jangka RELA meletup, jari menuding ke Najib dan Hisham

Pembunuhan kejam seorang warga Nigeria dan yang tertuduh kes rogol Onachie Martins Nwanko, oleh tujuh orang anggota RELA di Kajang Selangor, bagai sebuah bom jangka yang tunggu masa untuk meletup.

Sukarelawan yang di beri latihan separa tentera ini merupakan gangguan besar terutama kepada pendatang asing. Tanya mana-mana pendatang dan mereka akan ceritakan, 99% cerita ini benar.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan 5 kali ganda dalam pertambahan anggota RELA dan tiba-tiba hari ini, kita ada 2.5 juta sukarelawan di negara ini- 20% dari nya ialah di Selangor sahaja.

Pasukan ini boleh menewaskan pasukan polis jika dilihat dari jumlah anggotanya, tapi persoalan samada mereka layak menganggotai pasukan tersebut ialah satu jawapan yang perlu diberi oleh pihak berkuasa.

Hanya pemegang kad pengenalan Malaysia yang sah melayakkan anda menjadi anggota RELA. Adakah ini saja memadai dan adakah di buat pemeriksaan latarbelakang? Setakat ini maklumbalas pihak berkuasa seperti "Tidak perlu, hanya seperti budak jaga kereta, kenapa kita perlu periksa latarbelakang?"


7 lawan 1 semangat jitu RELA


Bermakna kita ada 2.5 juta budak jaga kereta di Malaysia yang berkuasa menahan 'pendatang asing tanpa izin' yang kita benarkan masuk ke negara kita secara sah pada mulanya.

Even the so called rapist is a 35-year-old student from Nigeria. Which College actually enrolled him? Indeed, Malaysia seems to be becoming the world's largest college-hub in the world, with schools in every nook and corner teaching almost every available subject under the sun. No wonder, it is easy passage into the country for moon lighters.

Tertuduh seorang pelajar berusia 35 tahun dari Nigeria. Kolej mana yang menerima nya? Malah, Malaysia mula kelihatan seperti hub kolej- kolej yang terbesar di dunia, dengan institusi pendidikan di merata ceruk, menawarkan semua subjek yang ada. Tidak hairan negara ini jadi negara laluan untuk pelbagai aktiviti tak bermoral.

Apa Onachie Martins lakukan hingga dia perlu dapat hukuman mati? Menurut lapuran berita, dia memeluk dan mencium dan menunjukkan kemaluan nya kepada seorang tukang cuci di tingkat 15 sebuah condominium di Kajang. Tukang cuci yang ketakutan memberitahu pihak pengurusan bangunan yang di dakwa menghantar anggota RELA untuk menyiasat. Tukang cuci itu lari ke arah anggota RELA dan beberapa minit kemudian, warga Nigeria itu juga turun ke tingkat bawah.

Anggota RELA menangkap warga Nigeria dan di pukul sebelum di ikat dan memaklumkan kepada pihak polis.Bila polis tiba, tertuduh tidak bergerak lagi dan polis menahan 7 anggota RELA. Bayangkan 7 lelaki memukul seorang dan mati. SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN, INI LAH PASUKAN RELA 1MALAYSIA ya.

Kejadian ini sangat memalukan, komuniti Afrika di Kajang memprotes kematian rakan senegara mereka. Seperti biasa, akhbar yang dikawal UMNO melapurkan bahwa warga-warga Afrika yang ganas kononnya cuba mencetuskan rusuhan. Jika rakyat Malaysia, bukankah mereka juga akan lakukan hal yang sama jika seorang rakyat Malaysia mati dipukul tanpa sebab munasabah oleh samseng yang di pakaikan pakaian seragam oleh kerajaan boneka diktator?

The buck stops with the cousins


Ini bom jangka yang sangat membimbangkan dan rakyat Malaysia prihatin telah mengingatkan kerajaan PM Najib Razak ia bakal berlaku. Tapi adakah beliau dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien mendengar?

Sudah tentu tidak. Malah, ketika Najib menjadi PM dan Hisham sebagai Menteri dalam negeri lah jumlah anggota RELA bertambah mendadak. Selagi mereka terus menutup mata dan telinga,, lebih banyak letupan bom jangka ini akan terjadi.

Pertambahan mendadak terhadap pengambilan anggota RELA menimbulkan spekulasi bahwa UMNO, parti politik terbesar di Malaysia, terlbat dan mempunyai niat jahat untuk menggunakan RELA bagi menjalankan semua spektrum perbuatan jahat, terutama di Selangor ketika pilihanraya umum ke 13 dijalankan.

Patut kah Pakatan Rakyat dan Bersih, badan pemerhati pilihanraya, melakukan sesuatu berkenaan RELA sebelum pasangan sepupu yang gila kuasa dan pati Umno-BN hilang kawalan?

Bolehkah kerajaan BN memberi justifikasi terhadap pertambahan mendaka anggota RELA sehingga 2.5 juta anggota dan bertambah saban hari? Perlukah pasukan ini selain polis bagi menjaga keselamatan rakyat? Parti-parti pembangkang telah bertahun menimbulkan hal ini, dengan menuduh kerajaan menggunakan anggota nya untuk menjalankanperbuatan jahat dan menimbulkan keganasan di pilihanraya akan datang.

Menghabiskan sumber negara


Persoalan disini, kerajaan dan polis perlukan jumlah besar sukarelawan yang tidak dilatih sepenuhnya untuk menjaga keselatan negara dari ancaman pendatang asing bila kerajaan yang sama pada awalnya membenarkan mereka masuk ke negara ini?

Di sebalik helah mengeluarkan kebenaran secara besar-besaran untuk membekalkan permit kepada pekerja asing, agensi pekerjaan mempunyai ribuan visa pelawat untuk pendatang ini. Dalam ertikata lain, kita sebenarnya yang mmebawa pendatang tanpa izin ini masuk dan dalam program 6P, kita seterusnya mendaftarkan 1.5 juta pendatang. Kemudian, untuk mengawal mereka, Najib dan Hisham mengambil 2.5 juta anggota RELA bagi melindungi negara.

Tidak hairan la pembangkang mensyaki sesuatu dan Idris Jala- menteri di Jabatan Perdana Menteri-meramalkan negara akan bankrup pada tahun 2019.

Malaysia Chronicle

HEBAT: Nik Aziz bercerita pasai Pompuan...

Posted: 11 Apr 2012 11:00 PM PDT

Bila Tuan Guru Nik Aziz bercerita pasal wanita

Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.

Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya

Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.

Datuk Nik Aziz dan isterinya, yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Sebagai Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), tentunya beliau mempunyai jadual yang padat.

'Saya turun rumah tiap-tiap hari pada 7.45 pagi. Kalau tubuh saya kurang sihat, saya minta tempoh lagi setengah jam daripada pemandu saya. Misalnya, pagi ini, saya turun pada 8.30 pagi,' kata Datuk Nik Aziz mengenai jadual sehariannya.Menurut beliau, isterinya tidak pernah merungut walaupun kadangkala pulang ke rumah selewat 2 pagi.

Datuk Nik Aziz pernah mengalami serangan jantung pada akhir 2004 dan sekali gus mencetuskan kebimbangan berkaitan penakatan PAS jika beliau meninggal dunia.

Sejak itu, beliau dilaporkan masuk hospital beberapa kali ekoran masalah tekanan darah tinggi dan keletihan.Namun, semasa pertemuan wartawan dengan Datuk Nik Aziz, beliau kelihatan masih cergas.

Ditanya amalannya untuk kekal sihat walaupun usianya telah menjangkau 81 tahun, Datuk Nik Aziz berkata beliau akan menjalani ujian kesihatan setiap tiga atau empat bulan.

'Ada masa, saya pergi hospital. Cuti rehat dan duduk rumah itu memang saya tidak ada. Bagi saya, cuti tiada dalam Islam. Misalnya, cuti sembahyang atau cuti puasa, mana ada dalam Islam? Kita bernafas hari-hari. Elaun saya pun jalan hari-hari. Jadi, tiada cuti bagi saya,' kata beliau.

'Saya juga ikut amalan Nabi Muhammad saw iaitu selagi tidak lapar, jangan makan. Apabila makan, jangan sampai kenyang. Nabi kita makan, daging, buah tamar, susu dan sayur-sayuran. Itu sangat digemari oleh Rasullah.

'Tetapi doktor tidak kasi saya makan daging, saya tak makan. Kalau ada lauk daging, saya curi-curi makan kuahnya adalah. Kalau doktor tahu, beliau tentu marah. Puasa sunat pula, saya mengaku saya kurang amalkan. Masalahnya, saya mudah letih. Manja je, kalau puasa Ramadan 30 hari, saya tidak ada masalah pula,' jelasnya sambil ketawa kecil.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun akur beliau kadang-kala akan rasa letih secara mengejut.

'Puncanya kerana saya gunakan air sejuk ambil wuduk. Memang saya tidak boleh gunakan air sejuk. Kalau saya hendak mandi pun, air mandi itu akan dicampur dengan air panas.

'Kalau saya ke masjid di luar Kelantan, kalau jalan jauh, takkan saya hendak minta air panas untuk ambik air sembahyang. Saya gunakan juga air paip. Itu masalahnya. Nanti saya selesema,' katanya terus terang.

Sumber klik

Rosmah nak tanding pilihanraya? Kahkahkah...

Posted: 11 Apr 2012 09:00 PM PDT

Politik dinasti semakin ketara — A. Kadir Jasin

Pada 1980-an, saya mengunjungi ibu pejabat Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun di Tokyo yang ketika itu memerintah Jepun. Dalam kunjungan itu, saya menemui Tsutomu Hata yang ditugaskan mereformasi LDP atau Jiminto dalam bahasa Jepun.

Hata memberitahu saya yang LDP semakin feudalistik, mata duitan dan dalam genggaman kalangan perniagaan. Beliau ditugaskan mereformasi LPD supaya lebih serasi dengan perubahan yang sedang berlaku di Jepun.

Usaha Hata itu digagalkan oleh "warlords" LPD dan apabila beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau mampu bertahan selama sembilan minggu sahaja. Pada 2009, LDP kalah pilihan raya umum selepas memerintah selama 54 tahun.


Di negara kita pun ciri-ciri yang sama semakin ketara. Parti-parti politik menjadi semakin feudalistik, amalan nepostisme berleluasa dan dinasti politik semakin mencengkam.

Saya tidak mahu mengatakan sama ada aliran ini baik atau buruk. Saya serahkan kepada pembaca dan pembahas menentukannya.

Maka atas dasar itulah, pada 16 Januari 2011 saya menyiarkan rencana bertajuk "Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?" dalam blog ini yang antara lain merujuk kepada kemungkinan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bertanding pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri.

Saya berkata: "Kenapa tidak? Bukankah sudah wujud gandingan suami-isteri dalam landskap politik Malaysia, iaitu Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail? Malahan, gandingan bapa-emak dan anak pun sudah ada — Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah.

"Selain itu, wujud dinasti politik lain seperti gandingan Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo. Malah Mohd Najib, Anwar, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir dan ramai lagi adalah pewaris dinasti politik."

Saya juga menyebut banyak contoh lain di mana isteri atau anak pemimpin negara seperti Evita Peron, Khalida Zia, Benazir Bhutto, Corazon Aquino, Megawati Sukarno Putri dan ramai lagi berganding bahu atau mengambil alih panji-panji suami atau bapa mereka sebagai pemimpin negara.

Rosmah calon "winnable"

Memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, mungkin baik kalau kita timbangkan semula kemungkinan Rosmah "memformalisekan" kedudukannya sebagai seorang yang berpengaruh dalam pentadbiran negara dengan bertanding pilihan raya.

Apa salahnya beliau bertanding sebagai salah seorang calon "winnable" Barisan Nasional dalam PRU nanti kerana politik dinasti dan keluarga bukan asing bagi Malaysia. Wan Azizah bertukar kerusi dengan Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah, juga Ahli Parlimen. Betty Chew, isteri Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, adalah Adun DAP bagi kerusi Kota Laksamana, Melaka.

Jadi apa salahnya pasangan wakil rakyat Mohd Najib-Rosmah?

Lagipun, cakap-cakap rasmi, separuh rasmi dan kedai kopi memberikan kredit yang tinggi kepada Rosmah bukan sahaja kerana kepintaran dan pendidikan beliau yang tinggi, tetapi juga kerana kreativiti, ketegasan dan keberanian.

Kalau tidak pintar masakan beliau diterima masuk ke sekolah elit Tunku Kursiah, mendapat ijazah sarjana muda Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Malaya dan sarjana Sosiologi dan Pertanian dari Louisiana State University, Amerika Syarikat.

Pengalaman kerja beliau juga luas — pernah menjadi eksekutif di Bank Pertanian (sekarang Bank Agro) dan sebagai pengurus pembangunan perniagaan syarikat hartanah Island and Peninsular Bhd.

Mungkin beliau boleh mengepalai senarai calon "winnable" Barisan Nasional yang Mohd Najib uar-uarkan itu. Kalau tidak di Negeri Sembilan, negeri kelahirannya, Rosmah boleh bertanding di kerusi selamat Putrajaya bagi menggantikan Teuku (Tengku Aceh) Adnan Mansor.

Apabila beliau dipilih sebagai wakil rakyat, maka adillah dan patutlah bagi sesiapa pun untuk memuji dan menyanjung atau mengkritik dan mengutuk beliau. Dan layaklah beliau menerima peruntukan rasmi untuk projek-projek beliau. Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com

PANAS: Wajah dua ekoq perlingkup agama...

Posted: 11 Apr 2012 07:00 PM PDT

PANAS: Imam Gay Nikahkan Pasangan Gay Islam

Dua lelaki gay yang mengaku Islam, dan saling mencintai antara satu sama lain, telah bernikah di Perancis oleh seorang "imam".

Ludovic Mohamed Zahed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din berasal dari Afrika Selatan, dilaporkan telah berkahwin sesuai dengan Syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam yang berasal dari Mauritania bernama Jamal, dan melaksanakan perkahwinan mereka pada 12 Februari 2012, menurut laporan laman Albawbaba pada 2 April lalu.

Keduanya boleh berkahwin di Afrika Selatan di bawah rang undang-undang perkahwinan sejenis yang telah diiktiraf di sana, tetapi Perancis tidak mengiiktiraf pernikahan sesama jenis.

Zahed menjelaskan kepada stesen TV France 24 bahawa bagaimana ia bertemu dengan Din pada tahun lalu di sebuah konvensyen mengenai AIDS di Afrika Selatan.

"Saya berada di dewan kuliah ketika seorang imam di mana yang juga seorang gay, telah memperkenalkan saya kepada Din. Kami mendapati bahawa kami mempunyai banyak persamaan. Selepas dua bulan, saya memutuskan untuk berkahwin, kerana undang-undang Afrika Selatan mengiiktiraf perkahwinan sejenis, "ujarnya.

Setelah pernikahan yang diadakan oleh keluarga Din, pasangan ini memutuskan untuk kembali ke Perancis dan menetap di kota Paris, mereka berharap bahawa kerajaan Perancis akan mengiiktiraf perkahwinan mereka.

Namun kerajaan Perancis menolak sebulat-bulatnya perkahwinan mereka.

Zahed, yang mendapat restu dari keluarganya untuk perkahwinan sejenis, mengatakan bahawa dia menghadapi lebih banyak halangan dari undang-undang Perancis daripada diskriminasi dari kalangan umat Islam sendiri.

Walaupun penyelesaian hukumnya masih tertunda, Zahed memutuskan untuk membuat pernikahannya dengan seorang imam yang berasal dari Mauritania itu yang telah banyak menyokongnya. Pernikahan terjadi di sebuah rumah sederhana di Servon di Paris, dan dihadiri oleh orang tuanya dan kaum kerabat terdekat.

"Bernikah di depan keluarga saya, adalah seperti kehidupan baru bagi saya, saya tidak akan pernah membayangkan hari ini dan hari akan datang, melihat kegembiraan di mata orang tua saya setelah mereka berusaha berjuang dengan perilaku seksual saya dan cuba dengan sedaya upaya mungkin untuk mengubah arah orientasi seksual saya, "tegasnya.

Zahed merupakan pesakit AIDS sejak usia 19 tahun, semenjak menderita AIDS dia mendakwa mencari tujuan hidup yang baru untuk lebih dekat dengan agama.

"Aku berubah untuk menjadi lebih beribadah dan berdoa; saya merasa lebih beragama, dan aku telah menunaikan Umrah dan haji sebanyak dua kali, untuk mencari sebuah kehidupan yang sederhana dan normal," katanya.

"Walaupun banyak ancaman yang saya terima melalui telefon dan Internet, saya tetap akan berada dalam perjuangan saya untuk menentang pandangan negatif yang saya terima dari orang Arab dan Muslim. Saat ini saya merasa lebih selesa berkeadaan begini," katanya.

Zahed ingin melanjutkan pelajaran PHD dalam Islam dan homoseksualiti dan dia juga mengetuai sebuah organisasi yang meneliti masalah yang berkaitan dengan Islam dan homoseksualiti. Dia mengatakan keutamaan utama adalah untuk mendapatkan izin untuk pasangan barunya agar tinggal dan bekerja di Perancis.- SiasahKini

Lingkup habis la Pakatan Rakyat... kahkahkah...

Posted: 11 Apr 2012 05:00 PM PDT

ALOQ SETAQ: Sokongan kepada BN semakin meningkat di kawasan utara tanahair termasuk negeri jelapang nangka ini. Hampir sepuluh ribu biji nangka telah dengan secara terbuka menyertai BN baru-baru ini. Kejadian yang berlaku di sebuah ladang ini merupakan perkara biasa menjelang pilihanraya umum yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh PM Malaysia.

Kejadian itu disedari pemilik dusun nangka yang dikenali sebagai Pak Hasan Tongkat Ali.Beliau yang mengusahakan buah nangka baka jati melihat perkembangan ini sebagai permulaan yang baik kepada BN dalam merampas kembali negeri jelapang nangka serta negeri cik siti wan kembang.

Sementara itu,Menteri Pembangunan Wanita yang menjaga hal ehwal wanita yang berbadan seperti buah nangka berkata,penerimaan buah-buah nangka terhadap konsep wassup tiyah 1malaysia semakin jelas selepas pemberian wang BR1M (Beri Rasuah 1Malaysia) baru-baru ini.

Bagaimanapun usaha untuk menemubual buah-buah nangka ini menghadapi jalan buntu kerana dihalang oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka PERKOSA.Difahamkan kumpulan ini memang ditugaskan untuk menjaga spesis nangka seperti ini.Antara aktiviti terbaru mereka yang boleh dibanggakan ialah membuat kacau pada majlis perasmian bilik gerakan Pakatan Rakyat di Aloq Setaq baru-baru ini. -Utuseks Meroyan

FAKTA: Batu nisan 600 tahun ditemui

Posted: 11 Apr 2012 03:00 PM PDT

BENUT – Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kubur lama oleh penduduk Kampung Parit Hassan Benut di sini berjaya membawa kepada penemuan mengejutkan apabila mereka menjumpai sebuah kubur lama dengan batu nisan dipercayai berusia lebih 600 tahun.

Batu nisan yang terukir dalam tulisan Bugis lama ini turut mencatatkan tahun 1350 pada batu berkenaan dan sekiranya ia benar, penemuan itu perlu diangkat sebagai bahan sejarah seperti penemuan Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun.

Imam Surau Parit Hassan, Milok Woddi, 63, berkata, dia tidak menyangka menemui batu nisan tersebut memandangkan tanah perkuburan lama itu sebelum ini dipenuhi semak dan terbiar sehingga ramai penduduk tidak mengetahui kewujudan kawasan kubur terbabit.

"Saya sendiri yang berketurunan dan fasih berbahasa Bugis, turut tidak dapat memahami tulisan pada batu nisan ini berikutan tulisan yang digunakan adalah tulisan lama," katanya.

Katanya, tanah perkuburan lama seluas dua hektar itu mempunyai kira-kira 200 kubur berdasarkan kepada cerita orang-orang lama di kawasan itu dan ia terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit, agak jauh dari rumah penduduk serta kerap dinaiki air sekiranya hujan lebat.

"Batu nisan yang digunakan bukan dari sembarangan batu dan berdasarkan kepada bentuk dan warna, ia betul-betul batu asli yang tidak akan rosak walau sudah terendam dengan air banjir berulang kali," katanya.

Selain itu, katanya, bentuk batu nisan yang agak besar dan sukar untuk ditemui lagi kini, memberi gambaran tanah perkuburan terbabit sudah begitu lama usianya.

"Hanya orang-orang lama sahaja di kampung ini mengetahui tentang kewujudan kubur lama ini, memandangkan sebelum ini ia dipenuhi dengan semak samun setebal hutan rimba, dan kedudukan agak jauh sehingga perlu merentasi beberapa ladang sawit," katanya.

Dia yang tinggal di kampung itu sejak kecil lagi, bersyukur dengan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan secara bergotong-royong sebelum ini berjaya menemukan batu nisan terbabit.

"Penduduk kampung di sini terpanggil untuk membuat gotong-royong secara berperingkat-peringkat sejak setahun lalu untuk membersihkan kawasan kubur lama ini selepas ada penduduk yang bertanya mengenai kubur terbiar ini," katanya.

Penduduk gesa bina jalan masuk

Berikutan penemuan itu, penduduk kampung berkenaan berharap Jabatan Agama Islam Johor ( Jaij ) mahupun Pejabat Agama Daerah Pontian dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi memulihkan semua kubur-kubur lama itu.

Menurut Setiausaha Surau Kampung Parit Hassan, Saadon Badilah, 45, dia berharap sebatang jalan masuk dapat dibina bagi memudahkan penduduk dan waris melawat tanah perkuburan terbabit.

Katanya, sebidang tanah kebun kelapa sawit yang hampir dengan kawasan tersebut dilihat bersesuaian untuk pembinaan jalan terbabit.

"Tetapi ia pastinya memerlukan peruntukan pihak kerajaan bagi membina jalan tersebut kerana penduduk tidak mampu untuk mengeluarkan belanja sendiri ," katanya.

Penduduk lain, Ambok Lalak Woddi, 65, memberitahu tanah perkuburan berkenaan masih digunakan penduduk pada era 50an.

Namun selepas pembinaan jalan baru ke kampung berkenaan dibuat ketika itu, jalan masuk ke kampung yang dahulunya berhampiran dengan kawasan kubur lama itu, terus terbiar.

Akibatnya, ramai yang tidak menyedari kewujudan kubur di situ sehinggakan ia dipenuhi dengan semak samun seperti hutan.

Justeru, sekiranya penemuan itu benar, usaha perlu dilakukan bagi membolehkan kubur-kubur di kawasan berkenaan dipelihara dengan sempurna seterusnya menjadi tinggalan sejarah kepada generasi muda.

Sinar

Tiada ulasan: