Khamis, 12 April 2012

Addin

Addin


Gambar Wajah Sebenar MB Kedah

Posted: 12 Apr 2012 10:42 AM PDT


Sempoi!! apa MB Kedah, Dato' Seri Azizan Razak tengah buat nih? Ini baru betul-betul pemimpin yang wasatiyyah.. tak gitu Najib?

Sumber gambar ~ fb Shah


Pinggan Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Berjumlah RM6 Juta?

Posted: 12 Apr 2012 09:20 AM PDT

Sekadar Hiasan
Berikut adalah pendedahan yang disebarkan oleh Dr. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis. Beliau telah menerima e-mel yang merupakan pendedahan seorang individu berkenaan penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara. Baca pendedahan lanjut di bawah ni..

Salam Dr,

Saya ingin menarik perhatian Dr kepada satu isu terbaru. Isu ini adalah mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara.

Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda, adalah menjadi amalan bagi pihak Istana untuk memberi Pingggan Pertabalan sebagai cenderamata kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Bagaimanapun bagi Majlis Pertabalan SPB baru-baru ini, pinggan pertabalan yang dibekalkan telah mencecah harga RM 6 ribu sebiji..! Pesanan adalah sebanyak 1000 biji. Jadi kos keseluruhan adalah RM 6 juta...!

Memang benar pinggan pertabalan biasa dihiasi dengan emas, tapi walaupun begitu, harga RM 6 ribu sebiji adalah jumlah yang melampau..

Sebagai perbandingan, pinggan santapan Istana Negara, juga yang disalut emas, yang baru dibeli tetapi MELALUI TENDER JPM adalah kurang dari RM 240 sebiji sahaja... Di masa Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan pun, harga Pinggan Pertabalan tidak sampai RM 300 sebiji. Cuma pada masa ini, pegawai (tidak)bertanggungjawab tersebut menjadikan harga Pinggan Pertabalan melonjak setinggi-tinggi nya disebabkan oleh amalan 'kickback money'.

Harap perkara ini dapat menarik perhatian Dr untuk diketengahkan agar pihak yang diamanahkan sebagai pegawai Kerajaan tersebut tidak hanyut mindanya sehingga memikirkan yang Istana Negara itu milik mereka dan bajet kerajaan itu adalah hak mereka.. insyallah...

Wasallam,

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Berita Nih Pasti Tidak Akan Keluar Dalam Media Arus Perdana

Posted: 12 Apr 2012 08:11 AM PDT

162 siswa P.Pinang terima zakat hampir RM1 juta
Hampir RM1 juta wang zakat disumbangkan kepada 162 anak Pulau Pinang yang menuntut di beberapa Universiti sekitar Jordan, Mesir dan Indonesia. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, jumlah agihan sumbangan zakat kendalian Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) itu berdasarkan kadar kos kehidupan di luar negara dan bidang pengajian yang diambil oleh mahasiswa berkenaan. "RM5,000 diberikan kepada pelajar bidang agama di Mesir serta Jordan, dan RM12,500 badi bidang perubatan di negara yang sama.

"Manakala, RM4,000 diberikan pelada pelajar bidang agama di Indonesia dan RM6,000 kepada kepada pelajar bidang perubatan di negara yang sama," ujarnya semalam di Dewan Masyarakat Penyayang, George Town.

PenangInsight.com difahamkan, tajaan akan terus diberikan kepada mereka sepanjang tempoh pengajian dengan syarat mendapat kelulusan akademik saban semester.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim turut berucap pada majlis itu.

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sohibus Samahah Datuk Seri Hassan Haji Ahmad dan Dr Azman Abdul Samat (Pengurus Besar PUZ MAIPP).

Kira-kira 300 hadirin, termasuk waris kepada mahasiswa berkenaan hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan IPT Luar Negara anjuran Majlis Agama Islam Pulau Pulau Pinang (MAIPP).

Dalam perkembangan lain, Mansor turut menyeru hadirin menyokong hasrat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan merombak perbadanan itu menjadi skim biasiswa ke arah merealisasikan pendidikan percuma di negara ini. ~penanginsight


Nizar Jamaluddin Datang Seawal 5 Pagi Bantu Mangsa Banjir Di Kampar

Posted: 12 Apr 2012 05:06 AM PDT


Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin bergegas ke daerah Kampar berikutan banjir besar melanda sebahagian besar daerah di selatan Lembah Kinta itu.

Nizar yang mendapat maklumat seawal jam 5 pagi tadi ditemani isterinya, Fatimah Taat dan ADUN Teja, Chang Lih Kang berusaha membantu mangsa yang terjejas teruk akibat limpahan Sungai Kampar dari hulu di Gua Tempurung.

Nizar yang juga Yang Di-Pertua PAS Kampar turut memberikan komen profesionalnya sebagai seorang jurutera bertauliah, dengan mengatakan aliran air sungai tersekat oleh kerana pemendapan pasir di tebing sungai yang runtuh menjejaskan paras air yang mudah meningkat.


Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, dekat Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sejak jam 4 pagi.

Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.


Tegasnya, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.

Pada sidang media selepas melawat mangsa banjir, Nizar juga menambah, selain Kampar, banjir juga berlaku di kawasan Ijok, dekat Selama selain Daerah Batang Padang.

"Kita juga menerima laporan kira-kira 300 keluarga di Ijok terpaksa dipindahkan akibat banjir dan masalah sama juga berlaku di Daerah Batang Padang.

Alhamdulillah.. sahabat Addin pun datang membantu sekali

"Di Daerah Kampar pula, kira-kira 1,200 penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar pagi ini selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang turun mulai jam 11 malam tadi.

"Air Sungai Kampar melimpah lalu mengakibatkan rumah penduduk yang terletak di tepi sungai terjejas teruk dengan kejadian banjir yang disifatkan penduduk yang terburuk setakat ini," katanya.

Kerajaan negeri katanya, melalui Majlis Keselamatan Negeri akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.


Beliau turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera ban sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.


Tambah Nizar lagi, dipercayai aktiviti pembalakan haram dan pembukaan hutan secara berleluasa oleh Zambry dan kroninya dikhuatiri turut menyebabkan banjir besar berlaku hanya dalam tempoh dua jam selepas hujan lebat pada malamnya.


Unit Amal PAS Kawasan Kampar dan kawasan berdekatan dikerah untuk membantu mangsa terutamanya penyediaan makanan, pakaian dan tempat perlindungan sementara yang menggunakan surau dan rumah petugas dan ahli PAS Kampar.

Nizar sendiri memasak makanan untuk mangsa yang terjejas sekaligus menepis fitnah penyokong Barisan Nasional di Twitter kununnya Nizar hanya bertwit tanpa membantu mangsa.


Unit Amal yang mengagihkan tugasan sudah membuat perancangan rapi bagi memastikan seluruh mangsa mendapat makanan, termasuklah petugas banjir, media yang membuat liputan tanpa mengira fahaman politik.

Sedangkan Zambry yang tiba lewat hanya mampu mengarahkan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tanpa turun ke lokasi limpahan air sungai kununnya takut dihanyutkan arus deras.









~jalanpulang


Tiada ulasan: