Rabu, 11 April 2012

shalehudin

shalehudin


Ustaz Azhar dah dapat tauliah...

Posted: 11 Apr 2012 11:00 AM PDT

Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar

Kalau tidak silap pendengaran dan tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai. Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada tauliah.

Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai.

Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita."

Beliau dilarang kerana tidak ada tauliah. Persoalan tauliah adalah subjektif. Saya membahas mengenai hal ini untuk apa tauliah sedangkan apa dilakukan Azhar itu untuk kebaikan umum. Ribuan anak muda dan remaja yang sebelum ini jarang mendengar syarahan agama mengerumui beliau. Bukankah itu satu perkembangan yang baik?

Sehubungan itu demi memenuhi kehendak para peminatnya serta misi dakwahnya, Azhar sedia untuk 'memohon' mendapatkan tauliah walaupun perbuatan itu tidak penting sebenarnya. Tetapi kerana peraturan dan amalan terpaksa juga Azhar memohonnya seperti juga ustaz dan guru-guru lain.

Mengembangkan agama Islam, memberi ilmu kepada umat Islam dan anak-anak mudah adalah tanggung semua individu apa lagi pihak berkuasa. Justeru tauliah tidak patut dijadikan birokrasi menyulitkan keadaan.

Saya katakan Azhar tidak perlu meminta tauliah tetapi Maik seharusnya mentaulihakna beliau sebagai seorang da'i. Rasanya dalam konteks itu cara itu sebaik-baiknya.

Malangnya sehingga sekarang katanya tauliah itu masih belum diberi. Azhar sendiri sudah bersedia untuk menemui Maik bersabit urusan itu tetapi masih belum selesai. Ada soal-soal teknikal menghalang. Mulanya sudah ditetapkan syarat serta maksud pertemuan itu sekadar untuk berkenalan dan bukan diinterviu. Tetapi tarikh pertemuan itu diubah dan pertemuan itu juga bukan pertemuan biasa.

Kesulitan mendapatkan tauliah ini menyebabkan Azhar tidak boleh naik masjid di Kelantan.

Kalau kelewatan ini disebabkan kerenah birokrasi, pegawai Maik seharusnya tidak menyulitkan perkara ini. Apa lagi kalau pihak berkuasa ke atas Maik - Sultan Muhammad Ke V yang katanya diserahkan kepada Tengku Mahkota Kelantan sudah memberi green light kenapa harus disulitkan lagi. Saya bimbang permasalahan menimpa Azhar menjejaskan kemuliaan Tuankua Al Sultan dan juga Tengku Mahkota yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama.

Dalam pada itu Azhar pula sekiranya telah diberikan tauliah untuk menyampaikan syarahan dan kuliah di masjid hendaklah beliau menjaga tutur kata dan jangan sesekali membawa masuk unsur politik walaupun sekecil mana. Mislanya perkataan yang membawa konotasi kepada sindiran kepada pihak tertentu seperti JKKK, bulan dan dacing perlulah dihentikan.

Patah-patah perkataan ini sensitif kepada pihak tertentu. Saya rasa tanpa menyebut JKKK, bulan dan dacing pun beliau tetap mendapat perhatian dan diminati oleh anak-anak muda. Yang perlu disedari teknik penyampaian beliau yang popular dan selamba itu telah berjaya mendekatkan anak-anak muda ke laman masjid. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Tersentuh betoi la kisah nie...

Posted: 11 Apr 2012 09:00 AM PDT

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, "ada bayi, ada bayi disini!!" Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip "SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU.." Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

"SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU.."Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...



Gambar terkini Batu Feringghi, Port Dickson dan Phuket

Posted: 11 Apr 2012 07:22 AM PDT

Gambar Terkini Keadaan Pantai Batu Feringghi

1 jam lalu. Air sudah surut di Batu Feringghi. Tsunami is most likely to hit Penang. Sila jauhi pantai!

Foto Terkini Pantai Port Dickson Kiriman Seorang Sahabat


Gambar Air Di Pantai Phuket Sedang Ditarik

Air di pantai Phuket sedang ditarik manandakan ketibaan Tsunami tdk lama lagi.... Airport pun dah ditutup. Prepare for Tsunami people of Phuket!- Kerabu Bersuara


CNN Ramal Tsunami...

Posted: 11 Apr 2012 05:38 AM PDT

Gempa bumi 8.7 di Aceh, CNN ramal tsunami

(Pusat gegaran sebagaimana yang dilakarkan CNN)

KUALA LUMPUR, 11 April: Satu gempa bumi kuat berskala 8.7 Ritcher berlaku berhampiran tempat yang sama, berdekatan dengan Bandar Aceh seperti tragedi 2004 hari ini pada pukul 4:38 petang waktu Malaysia.

Gempa bumi dikesan berlaku pada kedudukan 431 km barat daya Banda Aceh, 962 km di barat Kuala Lumpur pada kedalaman 33km.

Menurut para pembaca Harakahdaily, gegaran kuat dirasai di hampir semua semenanjung barat, termasuklah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka.

CNN menjangka tsunami bakal berlaku seperti 2004 kerana ia melanda kawasan yang sama seperti 2004, di mana plat bumi sudah tidak seimbang.

(Antara mangsa tsunami Aceh 2004)

Bandar Aceh dilaporkan putus bekalan elektrik dan pihak berkuasa sedang membawa rakyat ke kawasan tinggi. Kejadian ini mengingatkan tsunami yang meragut 200,000 nyawa pada tahun 2004 lalu. Gegaran pada ketika itu adalah pada skala 9.1 ritcer.- Harakahdaily

Awang hitam UMNO tak suka senaraihitam... kahkahkah...

Posted: 11 Apr 2012 05:14 AM PDT

KJ: Senaraihitam 'aib' peminjam PTPTN

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyenaraihitam pelajar yang tidak membayar pinjaman mengaibkan golongan berkenaan.

Katanya PTPTN perlu mendapatkan semula hutang tersebut namun beliau berpendapat bahawa langkah menyenaraihitam itu harus dilakukan sebagai langkah terakhir.

"Kita cadangkan supaya mekanisme lain digunapakai untuk senaraihitam... Saya rasa senarihitam adalah langkah terarkhir.

Walaupun PTPTN kata ia adalah langkah terakhir, tapi saya percaya kita boleh cari kaedah lain, untuk mencari peminjam yang tidak dapat dikesan atau belum membuat pembayaran," katanya.

Tambahnya, Pemuda Umno sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk NGO untuk mengesan peminjam supaya mereka dapat membuat pembayaran tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional di ibu negara petang ini.

Resolusi rundingan antara 160 orang wakil siswa dan kumpulan NGO itu juga sebulat suara memutuskan supaya tindakan penyenaraian hitam itu dimansuhkan.

Resolusi itu juga memutuskan agar bayaran perkhidmatan satu peratus yang dikenakan ke atas peminjam dimansuhkan.

Ia turut menuntut supaya bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi enam bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas, bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.

Selain itu, mereka juga menuntut supaya pinjaman kepada pelajar Sabah dan Sarawak untuk belajar di Semenanjung Malaysia ditambah dan ia meliputi harga tiket penerbangan dua kali setahun, sekaligus sidang itu mempertahankan kewujudan PTPTN.

Khairy berkata beliau berjanji akan menyampaikan resolusi tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ini untuk pertimbangan sewajarnya.

Turut hadir dalam sidang media Ketua Pegawai Operasi PTPTN Wan Ahmad Wan Yusof dan Setiausaha Agung Pemuda Datuk Megat Firdaus Megat Junid.- M'kini

Woiitt.... Depa kata yang nie lagi panaih... kahkahkah...

Posted: 11 Apr 2012 04:10 AM PDT

Skandal kayu lebih panas dari NFC: PKR beri Najib 7 hari utk menggantung Musa dan Anifah

TERKINI Pemimpin-pemimpin PKR telah memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 7 hari untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah, Menteri Luar persekutuan, berkenaan skandal kayu RM400juta .

"Kami mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengarahkan Anifah dan Musa supaya mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi mereka, dan pastikan mereka bertanggungjawab kepada dakwaan itu," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin.

Pertolongan seorang abang


Pemberi maklumat laman web Sarawak Report telah menuduh Anifah kerana menerima lesen pembalakan secara "rahsia" terima kasih kepada pengaruh Musa.

PKR telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji rasuah berkaitan pembalakan tiga bulan lalu dan usaha mereka telah membuahkan hasil. Mereka merancang untuk mendedahkan maklumat lanjut kepada pihak awam jika Najib enggan untuk bertindak.

Dengan itu, PKR yang diketuai Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim telah menghasilkan kegelisahan dalam BN, terutamanya Umno dengan pendedahan yang berterusan baru-baru ini yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah di Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikendalikan oleh keluarga bekas menteri Shahrizat Jalil.


Menurut Rafizi, skandal rasuah pembalakan Sabah akan menjadi lebih "besar" daripada kejatuhan RM250 juta rasuah NFC - krisis yang Najib tidak mampu pertahankan kerana dia dijangka untuk memanggil pilihanraya umum mengejut dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beribu-ribu dokumen


Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking, yang juga berada di sidang akhbar itu, mengesahkan bahawa Pasukan Petugas Khas PKR tersebut kini mempunyai dalam pegangan mereka "beribu-ribu muka surat" dokumen, termasuk kertas penyiasatan skandal rasuah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sendiri, yang telah didedahkan oleh Sarawak Report minggu lepas.

Rafizi dan Leiking telah mendedahkan bahawa SPRM, selepas penyiasatan selama dua tahun yang teliti, yang bermula pada 2008, sudah mengesyorkan pendakwaan bagi kedua-dua lelaki itu tetapi Jabatan Peguam Negara enggan untuk mengambil tindakan, atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

"Oleh itu, PKR ingin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sepenuh peluang untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka, kerana SPRM telah menjalankan siasatan yang menyeluruh," kata Rafizi.

Beliau juga menyeru kepada Najib untuk menggantung Peguam Negara, Gani Patail, kerana dia telah terlalu kerap dikaitkan dengan skandal rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi BN. "Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk mendengar kes-kesnya," kata Rafizi.

Turut hadir ialah naib presiden PKR Nurul Izzah dan MP Subang Sivarasa Rasiah.

Malaysia Chronicle

PANAS: Mai dengaq Bapa Altantuya sebut nama Najib...

Posted: 11 Apr 2012 01:00 AM PDT





TERHOT: Stesen minyak Esso kering petrol, diesel

Posted: 10 Apr 2012 11:00 PM PDT

SALAH sebuah stesen minyak Esso di Lembah Klang yang kehabisan bekalan petrol dan diesel sejak 1 April lalu.

KUALA LUMPUR – Pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang mendakwa perniagaan mereka kini terjejas setelah tidak menerima bekalan petrol dan diesel daripada syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lalu.

Gangguan bekalan minyak itu menimbulkan persoalan di kalangan pengusaha stesen minyak berkenaan kerana bekalan minyak petrol RON95 dan diesel yang dihantar oleh syarikat pembekal secara tidak berjadual.

Menurut pengusaha terbabit, masalah kekurangan bekalan mungkin ada kaitan dengan tindakan syarikat San Miguel Corp. melalui Petron Corp. (Petron) membeli 65 peratus kepentingan dalam Esso Malaysia Bhd. dan semua saham ExxonMobil Borneo Sdn. Bhd. serta ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1 April lalu.

Tinjauan Kosmo! di beberapa stesen minyak Esso sekitar ibu negara dan Petaling Jaya mendapati, ada antara stesen minyak tersebut yang terputus bekalan minyak RON95 sejak tiga hari lalu dan ada yang mengalami masalah yang sama sejak seminggu lalu.- Kosmo

TERHOT: Betoi ka berita panas nie...

Posted: 10 Apr 2012 09:00 PM PDT

Hebat!! Sidang Media Wan Azizah & Shamsidar Hari Khamis

SEPERTI yang dijanjikan pada minggu lepas, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Shamsidar Tahrin diberitakan sudah sah akan mengadakan sidang media bersama di ibu pejabat PKR Tropicana pada Khamis (12 April 2012)berhubung pelbagai isu berkaitan dengan pembohongan yang dilemparkan terhadap suami masing-masing.

Begitu juga dengan perhubungan kedua-duanya yang dikatakan tegang akibat dari isu di atas.

Penulis juga mendengar, di akhir sidang media tersebut, satu kenyataan ringkas secara bersama akan dikeluarkan oleh kedua-duanya yang antara lain bertujuan mematikan semua fitnah liar bermotifkan politik yang dilemparkan oleh musuh-musuh politik PKR ke atas mereka berdua.

Urusan untuk sidang media tersebut sedang rancak dijalankan dan penulis difahamkan semua perkara berkaitan seperti jemputan kepada media akan diedarkan pada esok (Rabu, 11 April 2012) tapi khabar mengenainya telah tersebar luas melalui sistem pesanan ringkas (sms) sejak semalam lagi.

Penulis melihat perkembangan semasa ini sebagai suatu yang positif dalam menangani adu domba dan fitnah yang sekarang bukan setakat menjadi senjata musuh politik PKR di luar yang mahu melihat kejatuhan Azmin, malahan juga oleh segelintir pihak dalam PKR sendiri yang menjadikan isu ini sebagai alasan untuk mendesak pengunduran Azmin.

Hal ini sudah tentulah merujuk kepada sidang media Mohd Isa Saidi dan kenyataan akhbar Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mad Rasip pada minggu lepas mengenai perkara sama.

Modus operandinya ialah menggunakan kedua isteri pemimpin PKR ini untuk menjatuhkan suami masing-masing kerana mereka tahu Anwar dan Azmin bukanlah orang yang mudah tunduk dengan desakan sedemikian malah terbukti telah berjaya menempuh semua rintangan yang bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik masing-masing.

Kejayaan dan kesabaran yang akhirnya terbayar melalui kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum 2008 termasuk menawan 5 negeri. Insya allah jika tidak ada aral melintang, Putrajaya pula akan kita tawan selepas ini.- SPR

Ni ka ayam tambatan UMNO... kahkahkah...

Posted: 10 Apr 2012 08:32 PM PDT

Gabungan Jalang Dan Bapa Ayam Faktor Kemenangan UMNO Pada PRU13 Nanti ?

Satu pertemuan yang membabitkan bekas sekutu rapat dengan Anwar Ibrahim telah diadakanbaru-baru nie dan memutuskan untuk menghancurkan masa depan Anwar untuk kali ke 3 pada PRU13 yang bakal menjelma. Kes 'SEK' Anwar adalah isu 'hot' untuk pelacur dan bapa ayam ini untuk urusan jualbeli

UMNO sedar selagi Anwar tidak dapat dihapuskan , maka impian PR untuk merampas Putrajaya semakin hampir. UMNO masih tidak berpuas hati setelah Azizan dan Saifool tidak berjaya untuk melakonkan plot jijik ciptaan Mahathir dan legasinya hingga kini.

Anwar yang mempunyai setengah dozen anak , seorang peliwat dan terkni seorang Biseksual...Anwar sememangnya gagah dari segi personaliti beliau atau pon nafsu sek nya menurut akal gerombolan yang jijik. Sejak Anwar di pecat ,UMNO masih gagal mengesan salahlaku dan rasuah Anwar selain isu sek yang menjadi mainan pemimpin gerombolan.

Dalam reaksi pada satu acara di Negeri Sembilan, Najib telah mula mengaitkan nama Chanda, Ezam , Anuar Shaari dan Zul Nordin yang pernah menjadi orang rapat Anwar. bakal memdedahkan aktiviti sek Anwar.
Dengan termeterainya MOU PRU13 nanti, jika tiada mangsa baru yang sedia jadi mangsa ,mungkin para pelacur dan bapa ayam ini akan terpaksa/bakal mengaku menjadi mangsa Anwar untuk di siarkan di media pencacai gerombolan menjelang PRU13 nanti

Bayangkanlah di mana lagi bapa ayam dan pelacur ini hendak melacur jika UMNO melingkup pada PRU13 nanti. SiasahKini

DEDAH: Strategi Amno Nak Rampas Kelantan

Posted: 10 Apr 2012 05:37 PM PDT

Antara buku yang dikeluarkan untuk memburukkan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz

Oleh Wan Nik Wan Yussof

BAHANG pilihan raya umum dan keghairahan Umno Kelantan melaksanakan 'agenda setting' untuk merampas kuasa daripada PAS di Kelantan semakin hangat. Tindakan agenda itu telah dilihat kebelakangan ini turut menyanggahi amalan demokrasi sihat yang dipraktikkan di kebanyakan negara maju.

Justeru Umno sekarang dilihat semakin rakus dalam menjayakan dominasi politik untuk meraih sokongan rakyat, mahupun ke arah mengekalkan sokongan teras tatkala berhadapan dengan PAS yang mentadbir Kelantan.

Kerakusan Umno Kelantan

Sehubungan itu, Umno Kelantan kini dikesan telah menggunakan beberapa pendekatan dominasi politik demi memenuhi agenda merampas kuasa. Antaranya melakukan kempen fitnah menerusi media cetak akhbar dan buku.

Ia disokong pula oleh pendekatan manipulatif teknologi media baru terutama blog, facebook dan youtube bagi Pendedahan: Gerakan fitnah rampas kuasa di Kelantan menghidupkan fakta-fakta fitnah maya terhadap PAS dan Kerajaan Negeri.

Ia telah dibuktikan dengan berlakunya perjumpaan para pengamal cybertrooper Umno bersama pengerusi Perhubungan Umno Kelantan pada Februari lalu di Tanjong Chat, Kota Bharu.

Sementara ke arah melengkapkan lagi perencanaan penyebaran fitnah maya itu, Umno Kelantan turut menganjurkan ceramah-ceramah di segenap ceruk negeri Kelantan. Menerusi ceramah itu, tenaga penerangan Umno yang rata-rata 'bermain kasar' dalam memutarkan isu-isu fitnah.

Penceramah Umno yang sewenang wenang memakai title ustaz, profesor dan tok guru pondok telah memfitnah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berfahaman Wahabi, Muktazilah, sesat dan kafir.

Begitu pula ada penceramah bertaraf pimpinan Umno Bahagian secara lembut lidah berserta wajah hipokrasi mengulas faktafakta yang direka-reka bertujuan memburukkan Kerajaa Negeri di bawah kepimpinan ulama.

Antaranya menguar-uarkan bekalan air AKSB sebagai teruk, penyelewengan projek Ladang Rakyat kerana kononnya diberi kroni, dan mengada-adakan data pembangunan tanah yang merampas hak Orang Asli dan menjual tanah rizab Melayu kepada bangsa asing.

Terkini lagi, Umno Kelantan didapati sedang menjalankan kempen untuk 'membunuh watak' (character assassination) pimpinan Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan secara terancang. Antaranya kempen menggunakan buku-buku bercetak yang kononnya dikarang seseorang (disyaki mengguna nama samaran atau pengarang upahan).

Ada yang menggunakan nama Abi Said Al-Khudri, Ibnu Ramli dan The Insider. Antara tajuk buku diedar ialah Fatwa Tok Guru, Apa Sudah Jadi, Tok Guru Dulu dan Kini, Tok Guru Jual Tanah Kubur dan Politik Wang dan Kronisme.

Penulisan buku itu pula memang berniat jahat tatkala mengulas secara tidak beradab bersandarkan fakta palsu yang nyata suatu pembohongan dituju khusus kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ahli exco serta wakil rakyat PAS.

Menambah kehangatan Tidak padan dengan pendekatan pembohongan tersebut, maka Umno Kelantan dilihat semakin terdesak apabila kemungkinan pembubaran parlimen berlaku pada bulan hadapan (Mei 2012), nanti.

Justeru pakar perang saraf Umno sudah menjalankan pelbagai pendekatan yang bertujuan bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada Kerajaan Negeri dan PAS yang mentadbir Negeri. Pendekatan Umno Kelantan itu telah menambahkan kehangatan hawa pilihan raya umum ke-13.

Terkini, Umno dilihat membuat pendekatan kolabrasi dengan NGO tertentu. Malah Umno sanggup menaja pula NGO atas dasar semata-mata dapat membangkit marah, benci dan langsung mengajak rakyat menjatuhkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan PAS.

NGO Perkasa dan MTRK adalah antara NGO kolabrasi Umno Kelantan. Sementara Ombak, Tukar dan Jaringan Pondok dan Jaringan Orang Asli dikatakan antara NGO tajaan Umno yang mengajak anak muda, golongan Orang Asli dan pengundi atas pagar untuk menolak segala-gala kebaikan dasar Islam dan program berkebajikan anjuran Kerajaan Kelantan selama ini

Mempersenda kebajikan rakyat

Apa yang nyata, NGO tersebut secara terang telah melakukan MoU (persefahaman) dengan Umno bagi menjayakan agenda merampas kuasa dalam pilihan raya nanti. Justeru, mereka tidak segan silu telah cuba mengheret dan menghasut rakyat dengan laungan kempen membuta-tuli.

Sehingga sanggup menafikan hak rakyat Kelantan menerima wang royalti petroleum dan pelbagai hak mengikut lunas amalan federalisme.

Natijah itu membuatkan Umno sudah menutup separuh otaknya daripada menerima segala-gala kebaikan dasar Islam dan program kebajikan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat, khususnya golongan miskin.

Justeru, mereka telah mempersendakan program kebajikan rakyat seperti sumbangan Kerajaan Negeri menerusi program Skim Kifalah, bantuan Armalah, anak yatim, rumah dhuafat, penubuhan pusat pembangunan wanita, program cakna rakyat dan bantuan pesakit kronik.

Paling teruk lagi, kelas-kelas pengajaran agama oleh guru dakwah halaqat pun dipertikaikan Umno kononnya mengajar politik bukannya mengajar agama.

Nyata dan benarlah, Umno kini sudah tidak bersikap harmoni dengan kebajikan yang dilaksanakan oleh PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.- Tinta Hijau

Tiada ulasan: