PERAKITE |
JAMBATAN PULAU PINANG DIBUKA SEPERTI BIASA Posted: 11 Apr 2012 05:49 AM PDT Amaran Tsunami telah dikeluarkan di Pulau Pinang ekoran gempa Bumi di Acheh. Pusat Kawalan Amaran Tsunami Pasifik menjangka Tsunami dijangka melanda pesisiran pantai Pulau Pinang pada jam 9.10 malam ini, iaitu kira-kira 30 minit lagi. Sementara itu beberapa pihak tidak bertanggungjawab termasuk blog dan info dalam Facebook melaporkan Jambatan Pulau Pinang ditutup kepada lalulintas ekoran Tsunami itu. Bagaimanapun pihak pengurusan Jambatan Pulau Pinang mengatakan ia dibuka seperti biasa. Sikap tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kekecohan dan kesesakan lalulintas berlaku dan menimbulkan kecemasan pada orang ramai. Sehingga kini, keadaan terkawal dan orang ramai telah dinasihati agar tidak berada di kawasan pesisiran pantai di Pulau Pinang. Ketua Menteri Lim Guan Eng juga dilaporkan sedang memerhati dengan penuh teliti kawalan keselamatan ekoran amaran tsunami itu. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan