Nuffnang

Pengikut

Addin

sumber :-

Addin


Gambar Nih Membuatkan Zambry Kadir Ketar Lutut..

Posted: 11 Apr 2012 10:00 AM PDT


Gambar nih di rakam ketika ceramah anjuran Pakatan Rakyat malam tadi (9/3/2012) di Taman Song Choon, Ipoh. Dalam ucapannya Salahuddin Ayub merupakan Naib Presiden PAS amat yakin bahawa 'gelombang rakyat' yang sedang melanda di seluruh negara kali ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau kita mengadakan ceramah diseluruh negara hari ini, maka keadaan sangat luar biasa berlaku iaitu trend dimana Pakatan Rakyat akan dihadiri oleh orang Cina, orang India, orang Melayu.

Jikalau melihat gambar-gambar nih, pasti Zambry Kadir dan para pimpinan Barisan Haramnya tidak lena tidur malam serta ketar kepala lutut.. Setelah pelbagai usaha untuk memenangi hati rakyat gagal.. kini hayat Umno BN makin tiba.




Gambar ~ al-husseyn


2 Bandar Di Acheh Di Landa Tsunami Kecil

Posted: 11 Apr 2012 08:16 AM PDT

JAKARTA, 11 April - Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) berkata tsunami kecil setinggi 80 sentimeter (sm) melanda Meulaboh dan Sabang di Aceh. "Tsunami ini bagaimanapun lebih kecil berbanding apa yang kita jangkakan iaitu sehingga tiga meter," kata Prih Harjadi, Timbalan Ketua Geofizik BMKG dalam temubual yang disiarkan stesen televisyen tempatan, sebentar tadi.

BMKG melanjutkan amaran tsunami dua jam lagi daripada gempa susulan berukuran 8.1 magnitud pada jam 5.43 petang tadi (waktu tempatan).


~jakartapostonline 


Addin :

Jam 10:00 malam, Jabatan Metereologi Malaysia telah menarik balik amaran tsunami secara rasmi. Namun keadaan masih berjaga-jaga.


(Kemaskini) Video Saat Gempa Bumi Melanda Acheh

Posted: 11 Apr 2012 04:56 AM PDT

Gempa Bumi Kuat Gegar Aceh, Gegaran Dirasai Di Semenanjung Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 April - Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia pada Rabu. Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. ~bernama

 



Gambar Najib Menyerupai Perempuan

Posted: 11 Apr 2012 03:15 AM PDT


Gambar-gambar nih Addin ambik kat blogger pencacai dan Umno Online. Sah!! memang Najib pakai rantai, mybe rantai perak kot? Yang pasti Najib pakai rantai.. blogger pencacai mau bahas lagi? Mau debat lagi? Nak tuduh fitnah? Photoshop? 

Tengok betul - betul gambar nih.. Addin malas nak ulas, gambar-gambar nih menceritakan segala-galanya. Pemimpin wasatiyyah no. 1 negara sudah kantoi. Ulama muda Umno dan mufti ada nak ulas? Apa hukum memakai rantai bagi orang lelaki? Apa hukum lelaki menyerupai perempuan?







Sumber gambar di sini dan di sini.


Rupa - Rupanya VVIP Nih Ada Skandal Besar..

Posted: 10 Apr 2012 11:18 PM PDT

Pembangkang mendakwa mempunyai bukti berhubung skandal penyelewengan balak dan dana rakyat yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Menteri Luar dan Peguam Negara. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, mereka mempunyai dokumen urus niaga, penyata bank dan surat pengakuan seorang lelaki yang sanggup menjadi saksi yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan dan mencadangkan kepada Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengambil tindakan, tetapi beliau enggan untuk berbuat demikian sebaliknya mendakwa kes itu telah selesai.

"Bukti yang kami miliki boleh mensabitkan ketiga-tiga tokoh ternama itu, skandal ini membabitkan penyelewengan berjumlah RM415 juta.

"Oleh itu kami mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan kerana semua siasatan yang dijalankan SPRM dan beberapa pihak yang lain telah disempurnakan, namun campur tangan Peguam Negara menyebabkan mereka yang bersalah bebas," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Mohd Rafizi berkata, pembangkang mahukan Datuk Seri Anifah Aman bercuti daripada jawatannya termasuk Datuk Seri Musa Aman bagi menjawab segala tuduhan itu.

Katanya, Peguam Negara harus digantung serta-merta dan satu tribunal harus ditubuhkan untuk membicarakan be­liau atas pelbagai tuduhan yang dihadapinya.

"Kerajaan juga harus melantik seorang hakim Mahkamah Persekutuan untuk menilai semua kertas siasatan SPRM dan membuat syor bahawa kes ini wajar didakwa di mahkamah," katanya.

Mohd Rafizi berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari untuk kerajaan memberi respons mengenai kes tersebut jika tidak pelbagai pendedahan akan dibuat.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan seorang Ketua Menteri dan Menteri telah disiasat oleh SPRM yang turut membabitkan Peguam Negara berhubung skandal penyelewengan balak dan dana rakyat di Sabah. ~sinarharian


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT