shalehudin |
- LAWAK Bangang Parlimen Malaysia... kahkahkah...
- BERGAMBAR: FRU parah kena belasah...
- BONGKAR: Mahfuz minta masa nak tibai Najib... kahkahkah...
- Datuk Seri Toh Puan Najib... kahkahkah...
- WAJIB BACA: Ini amaran rakyat...
- TERKINI: Bapa Altantuya pulak buat kecoh... kahkahkah...
- TERHOT: Anwar dah mula Gempaq Najib... kahkahkah...
- Ni bukan pasai Anwar la woii...
- Tak tau pulak aku depa ni punggung berkudis... kahkahkah...
- Anwar dalangi penangkapan
LAWAK Bangang Parlimen Malaysia... kahkahkah... Posted: 08 Apr 2012 09:30 AM PDT LAWAK!!! Jawapan bertulis di parlimen... Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis. - 3 Orang dalam tanahan penjara - 7 Orang dalam tahanan polis - 17 Orang dalam tahanan depot imigresen 17 + 3 + 7 = 14 Orang ker????? Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan 1 orang dalam tahanan penjara 9 tahanan polis 18 dalam tahanan depot imigrresen Jom kira 1+9+18=13 ???? tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan 17 dalam tahanan polis 18 tahanan depot imigresen 17+18=21 ???? Jangan main2 weiii... ini jawapan bertulis yang dikeluarkan di Parlimen... bukan dari buku 3 lima, tau!!! Apakah kerana aku tak bersekolah atau menteri tak ada pelajaran??? - Apek Dipetik dari pesbook.. |
BERGAMBAR: FRU parah kena belasah... Posted: 08 Apr 2012 09:05 AM PDT dua penyokong Sarawak bertindak liar memukul anggota FRU di Stadium Negeri, malam tadi Anggota Fru parah selepas dibelasah oleh penonton dalam perlawanan Sarawak menentang Kelantan, malam tadi |
BONGKAR: Mahfuz minta masa nak tibai Najib... kahkahkah... Posted: 08 Apr 2012 06:06 AM PDT BONGKAR : UMNO Buat Pulut Kunyit 3 Tingkat RM19,000.00, Ni Nak Halau Hantu Atau... Oleh: siasahkini Semalam 6 hb April 2012 berlangsungnya satu program ceramah anjuran sebuah badan NGO iaitu BERSIH 3.0 di mana program tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi bersama Dato A samad Said sasterawan negara, Dato Mahfuz Omar MP Pokok Sena, Tian Chua MP Batu dan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat. Program tersebut yang berlangsung di Komplek hijau kuning Alor Setar menyeru rakyat agar bersama-sama menyertai BERSIH 3.0 "DUDUK DAN BANTAH" yang bakal diadakan pada 28 April 2012 ini di Dataran Medeka Kuala Lumpur. Apa yang menarik yang hendak dikongsi bersama disini, pendedahan Dato Mahfuz Omar mengenai satu program anjuran UMNO dan Barisan Nasional 3,4 hari lepas. Buat pulut kuning tiga lapis saja sampai harga RM19 ribu, Namun MP Pokok Sena tu kata tunggu 2,3 hari lagi beliau akan dedahkan semuanya..Takpa kita tunggu. Kadang-kadang bila aku dengar pendedahan sebegini rasa nak tergelak ada nak marah pun ada. Nak tergelak tu sebab nampak akal pemimpin UMNO ni bodoh. Buat pulut kuning sampai RM19 ribu. Pulut kuning ni nak buat halau hantu ganas kot sampai belanja sakan macam ni. Beras pulut yang depa guna tu beli kat mana taktau sampai mahal sangat. Import dari langit kot? Beras pulut kalau pi beli kat Bukit kayu Hitam atau Padang Besar baru RM2 sekilo. Kalau harga dah RM19 ribu, berapa ribu kilo langsung yang puak UMNO ni guna nak buat pulut kunyit 3 lapis tu? Yang rasa nak marah ni pulak sebab menyeleweng, awat mahal sangat ka nak buat masak-memasak ni. Kalau cerita kat orang kampong kata pemimpin UMNO masak pulut kuning sampai RM19 ribu, rasa aku pakat gelak habis sampai guling-guling. Bagi UMNO RM19,000.00 ni sikit la. Sikit atau banyak tu tak penting, Tapi kalau dah dasar penyamun tu penyamun jugak. RM250 juta samun RM19 ribu pun samun jugak. Apa pun kita sama-sama pakat tunggu pendedahan YB Pokok Sena ni seterusnya. Siapa yang masak pulut kuning ni? UMNO bahagian mana yang anjurkan? Dimana puak UMNO ni kedarah pulut ni.. takpa-takpa kita tunggu. http://siasahkini.blogspot.com/ |
Datuk Seri Toh Puan Najib... kahkahkah... Posted: 08 Apr 2012 04:30 AM PDT woit... KETAWA UNTUK SATU MINGGU... kah kah kah.. kah kah kah..TERGOLEK DOG KETAWA...kah kah kah.. kah kah kah... INI JAWATAN PALING TEPAT UNTUK NAJIB.... kah kah kah.. kah kah kah..AKHIRNYA MALAYSIA MEMILIKI MENTERI WANITA YANG BERKEBOLEHAN...kah kah kah..\ kah kah kah...BUKAN SAJE BOLEH MENIDURI WANITA..BUNUH PUN BOOOOLEH...kah kah kah NOTA: suami najib pasti gumbira kah kah kah KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berasa lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beliau sendiri akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Shahrizat turut melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang di Temerloh, Sabtu. "Doa saya dan semua di KPWKM dimakbulkan Allah SWT apabila Perdana Menteri mengumumkan di Temerloh semasa merasmikan Program KARISMA 1AZAM peringkat negeri Pahang bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berada di bawah Perdana Menteri. "Alhamdulilah!" katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu. Najib mengumumkan akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas berakhirnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator yang menjawat jawatan berkenaan, Ahad. Najib bagaimanapun tidak menyatakan sehingga bila beliau akan memangku jawatan berkenaan. Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April ini berikutan isu National Fidlot Corporation, yang melibatkan suaminya. - BERNAMA |
WAJIB BACA: Ini amaran rakyat... Posted: 08 Apr 2012 02:00 AM PDT PENIPUAN YANG DI RANCANG JANGAN TIPU PRU13 KAMI LAWAN INI CARA CARA MENIPU Untuk pengetahuan kawan lamaku di Pagoh.... kau bertanya tentang pengundi hantu kerana aku bekerja didalam SPR maka aku jawab dalam blog TT kerana tuan punya blog ini begitu peka tentang politik menipu. Jika penerangan aku kurang jelas maka kamu dan rakan yang lain boleh merujuk blog seumpama ini. Ini disebabkan pergerakan aku terbatas dan sentiasa saja diekori...salah langkah aku mati tidak berkubur. Ramai yang keliru dengan istilah pengundi hantu. Sebenarnya pengundi hantu hanya dalam SPR saja. Kita tidak akan berjumpa orang yang akan mengundi dua kali dalam satu pilihanraya. Kalau ada pun itu hanya kes terpencil yang jarang dilakukan secara terang-terangan. Pengundi hantu ini sama tarafnya seperti undi pos. Ada nama pengundi tapi orang lain yang tukang pangkah sebagai pengundi. Nama pengundi yang meragukan, ada pendatang haram jadi warga Negara, penduduk tetap dapat kad pengenalan biru, undi mat bangla/mat indon, ada satu alamat 100 orang tinggal, beratus ribu nama hilang, kawasan mengundi di alih, sempadan kawasan mengundi di ubah adalah strategi menipu. Mereka ini wujud atas nama saja tapi mereka tidak datang mengundi ditempat yang telah ditetapkan. Orang luar tidak tahu pekara tersebut kecuali kakitangan SPR dan segelintir pemimpin UMNO Baru saja yang mengetahuinya. Mereka ini sebenarnya yang bertanggongjawab keluarkan kertas undi mengikut jumlah pengundi klon yang tersenarai dalam daftar pemilih dalam satu kawasan pilihanraya dan mereka sendiri yang pangkah kertas undi tersebut secara sulit agar jumlahya akan memberi kemenangan kepada calon BN. Siapa yang akan mengira kedatangan pengundi, sedangkan agen pilihanraya telah diberi rasuah sebagai tutup mulut? Inilah strategi yang selalu diguna pakai oleh SPR yang membolehkan UMNO dan Barisasn Nasional mendabik dada kononnya mereka lah yang disukai oleh rakyat dan paling layak memerintah. Tapi sebenarnya mereka adalah kerajaan haram yang selama ini menguasai Malaysia secara menipu. Itu sebabnya mereka begitu berani meluluskan dakwat kekal untuk digunakan dalam pilihanraya nanti. Sebenarnya itu adalah tindakan BN/SPR memperbodoh-bodohkan pihak Pakatan Rakyat saja. Jangan pandang remeh apabila ada pemimpin Barisan Nasional mengistiharkan bahawa mereka begitu yakin merampas kembali kawasan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kerana mereka memang merancang dan bersedia untuk melaksanakan penipuannya..... jangan biarkan Mohd. Najib dengan kuncu-kuncunya melakukan lagi rampasan seperti yang dilakukan di negeri Perak. |
TERKINI: Bapa Altantuya pulak buat kecoh... kahkahkah... Posted: 07 Apr 2012 11:02 PM PDT Bapa Altantuya jumpa peguam, NGO Bapa kepada wanita Mongolia yang dibunuh kejam enam tahun lalu, Setev Shaariibuu berkunjung ke Malaysia hari ini untuk bertemu peguam dan kumpulan aktivis hak asasi. Menurut peguam Setev di Ulaanbaatar, Munkhsaruul Mijiddorj, professor di universiti Mongolia itu berada di Singapura selama dua hari sebelum tiba di Kuala Lumpur untuk kunjungan tiga hari. Munkhsaruul berkata kunjungan itu merupakan lawatan tidak rasmi dan Shaariibuu bersama dua pegawai Mongolia akan menemui beberapa individu untuk bercakap dengan kes saman ke atas kerajaan Malaysia. Munkhsarul, dalam satu e-mel berkata demikian dengan merujuk kepada saman RM100 juta yang difailkan Setev dan juga dua anggota polis yang didapati bersalah kerana membunuh wanita tersebut, Altantuya. Setev memfailkan kes tersebut pada Jun 2007 untuk menuntut kerugian atas seksaan zahir dan batin yang dialami isterinya dan dua anak Altantuya atas kematian anak sulungnya itu. Difahamkan, Setev bercadang untuk bertemu peguamnya, Karpal Singh dan bertemu dengan aktivis hak asasi Suaram. Suaram sebelum ini memfailkan saman ke atas syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS kerana didakwa membayar sogokan berjumlah jutaan ringgi kepada pegawai tinggi kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.- M'kini |
TERHOT: Anwar dah mula Gempaq Najib... kahkahkah... Posted: 07 Apr 2012 09:34 PM PDT Anwar dakwa kes Scorpene akan bongkar kes Altantuya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu. Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno. "Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam. "Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula. "Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi. Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram. Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia. Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan. Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai 'orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu. Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'. Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006. Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.- M'kini |
Ni bukan pasai Anwar la woii... Posted: 07 Apr 2012 08:45 PM PDT Najib silap: Pembangkang bukan hanya tentang Anwar Oleh Moaz Nair Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, terkeliru bahawa pembangkang di negara ini hanya sibuk tentang Anwar Ibrahim. Jadi semakin pilihan raya mendekati ahli politik di kedua-dua bahagian, terdapat sekumpulan orang bodoh yang kononnya dengan rahmat Najib dan dengan bantuan jelas media arus perdana mempraktikkan pembunuhan watak sebagai kesalahan politik ke atas Anwar. Melibatkan diri dalam politik sampah mestilah mempunyai diktat yang buruk di pihak Najib. Beliau nampaknya tidak mempunyai kemahuan politik untuk menghentikan politik sampah ini. Rakyat sudah tidak boleh bersabar dengan pendekatan politik yang jijik ini. Najib semakin cepat menggali kubur sendiri. Beliau juga mengheret UMNO ke dalam pasir jerlus dengan cepat. Najib masih terlupa hakikat bahawa rakyat telah dengan mujurnya menerima sistem dua parti untuk negara ini. Mereka merasakan bahawa dengan sistem seperti itu boleh menjadikan pembahagian kuasa yang bertentangan sesebuah kerajaan untuk kebaikan negara. Anwar oleh itu, bukan isu sebenar di sini, kerana apa yang rakyat tuntut ialah sistem dua parti yang kekal untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripada ahli politik. Ramai pemimpin yang berkebolehan muncul dari pihak Pembangkang Ia bukan lagi Anwar yang akan menentukan nasib pihak pembangkang kerana begitu juga Najib tidak akan menentukan nasib UMNO. Rakyat kini berhati-hati melihat kepada prestasi negara secara keseluruhannya - membandingkan ini dengan prestasi cemerlang bagi empat negeri di bawah pegangan pembangkang. Hasil pemerhatian ini akan melihat parti mana yang boleh mengambil alih negara selepas pilihan raya umum ke- 13 - dengan atau tanpa Anwar. Ia adalah satu fakta yang diketahui bahawa terdapat banyak pemimpin muda yang berkebolehan muncul dari pihak pembangkang yang pada bila-bila masa boleh menggantikan Anwar sebagai pemimpin. Tetapi Anwar di pihaknya telah menyempurnakan satu perkhidmatan yang baik sebagai seorang ahli politik kepada negara dan itulah, beliau telah membantu menyatukan Pembangkang sebagai kuasa yang padu terhadap Barisan Nasional (BN). Ini adalah wasiat beliau untuk diingati semua rakyat Malaysia, walaupun senario politik ini mungkin tidak memihak kepada UMNO. Bagi UMNO, ia seharusnya BN di bawah pimpinan UMNO - yang merupakan satu-satunya pakatan untuk mentadbir negara ini. Tetapi BN di bawah pimpinan UMNO telah mengecewakan negara selepas 54 tahun berkuasa. Seperti yang diperhatikan, ia telah membiakkan keangkuhan di kalangan pemimpinnya. Persepsi yang berleluasa ialah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan salah urus kewangan telah meletakkan negara dengan hutang yang teruk. Negara jika dibiarkan untuk berterusan dengan cara ini akan berada di ambang kebankrapan. Inilah yang dibuat oleh UMNO sendiri dan ia bukanlah isu Anwar yang menyebabkan kejatuhan UMNO. Anwar kini berusia 64 tahun dan di bawah beliau dalam PKR terdapat ramai pemimpin berbakat yang boleh mengambil alih tempatnya jika dia memutuskan untuk bersara daripada aktif berpolitik. Anwar dengan rendah dirinya telah lama melatih beberapa personaliti yang berpotensi untuk jawatan ini dalam pakatan pembangkang, bukan seperti apa yang Najib telah lakukan dalam UMNO. Pentingkan diri sendiri Bukan seperti Anwar, Najib ialah seorang ahli politik yang pentingkan dirinya sendiri. Beliau kurang berkeyakinan dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin, yang dilihatnya sebagai ancaman segera kepadanya jika dia tidak mendapat sokongan yang cukup untuk UMNO dalam pilihan raya umum ke-13. Dia juga tidak mempunyai keyakinan dalam mana-mana orang kuat lain dalam UMNO kerana beliau menganggap mereka semua sebagai ancaman kepada kedudukannya. Beliau bersendirian melawan pertempuran dalam parti dan terhadap pembangkang. Daim tepat menyifatkan Najib sebagai "ketua tanpa tentera." Khairy Jamaluddin yang bercita-cita tinggi telah diketepikan selepas Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri kerana takut bahawa pemimpin muda ini akan melancarkan "rampasan kuasa" untuk menjatuhkan beliau. Begitu juga Mukhriz Mahathir atau Hishamuddin Hussein, beliau tidak mempercayai mereka dan tidak harapkan mereka. Ramai pemerhati politik percaya bahawa Rosmah Mansor, tulang rusuk Najib, memainkan peranan halus dalam memastikan Najib kekal sebagai Perdana Menteri. Tetapi Najib adalah lelaki yang pentingkan dirinya sendiri – berusaha keras untuk membina dirinya sebagai ikon politik. Beliau menghabiskan masa lebih tiga tahun untuk meningkatkan imej dan bukannya membina negara. Beliau mempunyai kecenderungan untuk hanya mendengar hal yang menyenangkan dari orang-orang di sekelilingnya, bermain selamat dalam politik dan bijaksana menjauhkan diri dari isu-isu kontroversi. Luarannya rakyat melihat beliau sebagai seorang pemimpin dengan banyak rahsia dan malangnya imej tersebut masih menghantui beliau. Dan ini juga tiada kaitan dengan Anwar. Seorang ahli UMNO mengulas tentang Najib: "Tidak pernah dalam sejarah UMNO mempunyai tokoh yangbegitu kontroversi sebagai pemimpin. Dan ini tidak syak lagi merupakan jerami yang memihak kepada pembangkang. "Najib yang bermain selamat dalam pendekatan politiknya adalah amat merugikan UMNO. Beliau tidak mempunyai keberanian politik untuk meminta Shahrizat Jalil meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita, atau jawatan menterinya serta-merta semenjak skandal RM250juta NFCorp timbul. Aduan terhadap salah laku dalam kerajaan telah tidak diendahkan. Sindrom penafian telah menjadi bentuk tadbir urusnya. Selain itu, Najib terkenal dengan dasar-dasar ekonomi beliau yang gagal dan ini telah menjadikan rakyat hilang keyakinan di dalam dirinya sebagai pemimpin. Sesetengah ahli UMNO lebih suka gaya kepimpinan Mahathir di mana ketegasan dalam membuat keputusan adalah cara pemerintahannya. Persepsi umum juga ialah bahawa Najib telah gagal untuk memperbaiki imej polis, badan kehakiman dan SPRM. Ini juga tiada kaitan dengan Anwar. Tidak kisah dengan aduan walaupun banyak Rakyat melihat UMNO di bawah pengaruh Najib dicemari dengan rasuah yang berleluasa dan kronisme. Terdapat kekurangan ketelusan dalam rancangan ekonomi walaupun janjinya kepada rakyat ialah kerajaan akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam semua urusan kewangan. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) telah dikurangkan kepada 40% kerana sebahagian besar telah diambil oleh kerajaan untuk memberi pinjaman kepada para kroni dengan jumlah faedah yang rendah. Kepada siapa wang itu dipinjamkan, tiada siapa yang tahu. Dan kontrak yang diberikan di bawah tender rundingan telah gagal dan syarikat tersebut melarikan diri. Dan tiada siapa memahami kenapa proses ini perlu berterusan. Penafian Najib dan cara-cara defensifnya melepaskan diri dari kritikan telah menjadi tabiatnya. Beliau telah mengelak banyak aduan yang dilemparkan terhadapnya atas polisi-polisi ekonominya yang gagal, banyak isu-isu remeh yang berkaitan dengan memperolehi peralatan pertahanan, komisen besar yang dibayar untuk urus niaga, kes pembunuhan Altantuya, salah laku Peguam Negara dan polis, kroninya menjadi kaya, gaya hidupnya dan Rosmah yang mahal, kebocoran kewangan dalam perbelanjaan Kerajaan, pembaziran dana awam, perkhidmatan kesihatan teruk yang akan dirombak tidak lama lagi dengan skim kesihatan pelan ICare kroni, standard pendidikan yang semakin merosot, yang miskin menjadi lebih miskin dan yang paling teruk politik perkauman dan kekurangan toleransi agama - semua ini membuatkan beliau dilihat sebagai seorang PM yang lemah. Pembangkang kini mendapat kekuatan yang banyak oleh semua sebab-sebab ini – bukan sahaja kerana karisma Anwar sebagai pemimpin sahaja. Mereka akan menurut sahaja Najib UMNO di bawah pimpinan Najib telah menjadi sangat lemah - paling lemah semenjak Mahathir secara rasmi meninggalkan padang politik. UMNO kini dilihat sebagai parti hanya untuk golongan elit. Ia dijenamakan sebagai sebuah parti di mana pemimpin memandu kereta mahal, mempunyai hartanah mewah di dalam dan luar negara, mempunyai citarasa tinggi dalam hidup dan berbelanja besar, bergelumang rasuah dan sombong. Mereka menlihat menteri-menteri dan keluarga mereka menjadi kaya dalam tempoh masa yang singkat selepas memegang jawatan politik tertinggi apabila rakyat biasa menjadi semakin miskin. Mereka mendengar menteri yang angkuh dan anak-anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti dan pergelutan sosial yang remeh. Nampaknya, UMNO telah kehilangan sokongan daripada orang-orang yang mengetahui semua salah laku pemimpin-pemimpin dan ahli keluarga mereka. Hanya beberapa pengundi luar bandar yang masih tidak sedar semua ini. Jadi, setelah kehilangan sokongan pengundi bandar dan berilmu, sumber Najib sekarang ialah hanya dengan memperbodohkan pengundi luar bandar. Hanya dalam arena ini beliau boleh menukar kebenaran dengan licik dan memainkan permainan biasa iaitu bangsa dan agama untuk memenangi sokongan orang Melayu. Dan untuk ini semua menjadi kenyataan, media arus perdana (MSM) digunakan habis-habisan untuk menutup isu-isu yang menjejaskan UMNO dan terus berbohong kepada orang ramai. MSM menurut sahaja Najib bagi mengelirukan penduduk luar bandar yang naif untuk mempercayai semua pembohongan yang terang-terangan ke atas Anwar dan pihak pembangkang. Dan dengan itu datang beberapa ganjaran jangka pendek bagi orang-orang ini seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) "rasuah" RM500 untuk menjadikan mereka selesa dengan kerajaan. Dan dengan ini juga datang semua janji-janji yang tidak dapat dipenuhi selepas pilihan raya umum - bukan sahaja untuk golongan miskin Melayu tetapi juga kaum India dan Cina yang miskin. Majoriti orang Melayu telah menjadi lebih miskin dari hari ke hari kerana tidak banyak pertolongan yang diberikan kepada mereka di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Golongan miskin terpaksa mengambil pinjaman PTPTN yang besar untuk pendidikan mereka apabila anak-anak menteri dan kroni-kroni mereka mempunyai sumber atau diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Manakala rakyat Malaysia biasa terpaksa belajar di dalam negeri, anak orang-orang kaya dan yang mempunyai hubungan mampu belajar pendidikan luar negara. Orang Cina dan India juga marah benar dengan semua janji-janji asas tetapi kosong yang diberikan kepada mereka oleh UMNO selama 54 tahun yang lalu. Orang-orang Cina mendapat paling sedikit dari kerajaan. Mereka harus berusaha sendiri untuk terus hidup dan nasib baik mereka mempunyai daya tahan yang kuat untuk melakukannya. Oleh itu mereka yang kecewa dengan Najib dan BN bawah pimpinan UMNO telah menyalahkan pembangkang. Mengapa menyalahkan Anwar atas semua kesalahan yang dicipta oleh Najib dan UMNO? Isu terbaru "nambikei-tembikai" Dan untuk meneruskan pendidikan adalah penting kepada masyarakat Cina kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka ditolak dari mendapat pendidikan yang baik di mana ciri-ciri yang positif dipupuk dalam anak-anak mereka. Kepada orang Cina, pendidikan sentiasa merupakan pelaburan yang bijak. Ini bukan untuk menggalakkan ketaksuban bahasa tetapi untuk memupuk beberapa nilai-nilai baik dalam kehidupan bagi golongan muda untuk terus bertahan dan menjadi lebih berdaya tahan. Lebih 60,000 pelajar Melayu belajar di sekolah-sekolah Cina untuk tujuan yang sama. Tetapi kerajaan tidak mampu menyediakan guru yang terlatih dalam bahasa Mandarin yang mencukupi untuk sekolah-sekolah Cina apabila sekolah agama vernakular dibantu sepenuhnya. Kaum India adalah kumpulan yang paling menyedihkan dan dipinggirkan dalam banyak cara. Isu "nambikei-tembikai" baru-baru ini yang dibangkitkan oleh Hindraf adalah satu lagi peringatan lucu kepada Najib bahawa kaum India tidak boleh berharap apa-apa di bawah kepimpinan beliau. Lebih 60% daripada kaum India masih miskin dan kini sedar semua janji-janji kosong yang dibuat oleh UMNO selama 54 tahun yang lalu. Tidak mengejutkan, mereka akan memilih kerajaan alternatif untuk mengubah nasib mereka. Disebabkan rasa tidak puas hati, rakyat Malaysia dari semua kaum mencari kesepakatan politik yang lebih baik dan dengan itu munculnya sistem dua parti. Mereka tidak boleh bergantung kepada satu pihak – BN - untuk menentukan masa depan mereka. Hari ini kita memerhatikan bahawa pihak pembangkang telah berjaya mendapatkan sokongan separuh daripada pengundi di Malaysia. Penghargaan harus diberikan kepada Anwar, tidak syak lagi, kerana menyedarkan rakyat atas semua kelemahan BN di bawah pimpinan UMNO dan atas usaha beliau dalam mewujudkan pembangkang yang kukuh. Tetapi pembangkang yang wujud pada hari ini telah berkembang lebih kukuh dan menggerunkan daripada Anwar. Walaupun tanpa Anwar, pembangkang akan kekal sebagai entiti yang kukuh dalam politik Malaysia. Realiti mempunyai sistem dua parti kini telah disemai dalam jiwa semua rakyat kerana kegagalan UMNO selama 54 tahun yang lalu dan bukan hanya kerana faktor Anwar. Walaupun bukan semua ahli UMNO menyokong Najib. Ramai ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan apa yang sedang berlaku di bawah kepimpinan Najib. Tetapi kerana mereka sangat berfikiran feudal secara semula jadinya akan meletakkan pendirian bahawa mereka menyokong parti itu. Pilihan raya umum 2008 menyaksikan hampir separuh daripada ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang. Ini adalah bagaimana Melayu sebenar menunjukkan protes mereka terhadap entiti yang mereka benci. Menteri dan senator "pintu belakang" Mereka juga tidak gembira bahawa Najib telah melantik terlalu banyak menteri "pintu belakang" dengan terlebih dahulu menjadikan mereka senator. "Najib satu-satunya perdana menteri dalam sejarah Malaysia yang telah berbuat demikian sambil mengecewakan banyak ahli-ahli UMNO. Ahli-ahli Parlimen yang telah bekerja keras untuk menyenangkan hati pengundi merasakan bahawa mereka akan ditinggalkan, "sindir seorang ahli Parlimen UMNO. Tetapi jerami yang mematahkan belakang unta adalah tidak lain daripada pelantikan Ezam Mohd Nor dan Solaimalai Nallakaruppan sebagai senator - dua oportunis politik. Ini telah menimbulkan kemarahan banyak ahli-ahli UMNO. Pembayar cukai juga mempersoalkan rasional bagi perlantikan mereka sebagai senator. "Adakah mereka dilantik untuk berkhidmat kepada negara, UMNO atau Najib?" Tanya seorang ahli UMNO. Secara semulajadi, ahli-ahli Pembangkang juga sama kesal mengenai pelantikan tersebut. Langkah ini, menurut pengkritik, jelas merupakan helah Najib untuk menggunakan kedua-dua badut politik untuk meneruskan politiknya sendiri dengan membuatkan mereka penyerang peribadi Anwar. Najib sedikitpun tidak sedar bahawa beliau sendiri mempunyai banyak rahsia. Bagi kebanyakan ahli-ahli UMNO, 2 orang pelik politik ini dilantik sebagai senator telah tidak menyumbang apa-apa yang berbaloi untuk pembangunan negara. Satu lagi ahli parlimen UMNO berkata: "Ini adalah gila. Apa yang telah mereka lakukan untuk UMNO atau negara untuk layak dilantik? Terdapat banyak lagi yang layak untuk menjadi senator tetapi dilupakan. Kita tahu ... ini adalah supaya Najib terus bertahan." Satu lagi bekas pemimpin cawangan UMNO berkata, "Ini adalah bagaimana pentadbiran Najib membazirkan dana awam untuk faedah peribadinya. Kedua-dua badut telah dipilih oleh Najib dari kancahnya untuk membantu dia membina imejnya yang semakin tenggelam. " Bagaimanapun, badut yang memalukan kini bersama tuan baru mereka. Ini adalah orang sama yang telah "berkahwin" dengan Anwar dalam politik pada satu masa dahulu. Ia merupakan "perkahwinan" yang gembira. Mereka akan dilihat di atas pentas bersama-sama memberikan ucapan berapi-api mengutuk Mahathir, Najib dan UMNO. Salah seorang daripada mereka pernah mendakwa bahawa dia mempunyai "kotak bukti" terhadap UMNO mengenai rasuah. Tetapi sehingga hari ini rakyat tidak terlihat kotak tersebut. Lagi satu menyanyi lagu-lagu pujian untuk Anwar sepanjang jalan sehingga dia tidak dapat bertanding kerusi DUN di Selangor terhadap calon BN dan kemudiannya dinasihatkan untuk tidak bertanding untuk jawatan naib presiden dalam PKR. Beliau merengus sendirian dan keluar parti. Bolehkah rakyat mempercayai ahli-ahli politik yang melompat parti ini? Talam dua muka yang tidak setia dan pengkhianat Mereka tidak bersyukur dan telah kehilangan sokongan kuat. Tetapi talam dua muka yang tidak setia dan khianat tidak malu merangkak kepada parti dan pemimpin yang mereka dahulunya kutuk tanpa rasa malu untuk menjadi relevan dalam politik. Tetapi kepada tuan baru mereka, Najib, ini adalah peluang sebenar untuk beliau menjadikan mereka anjing peliharaan dengan mengeksploitasi mereka setinggi-tingginya untuk faedah sendiri. Walaubagaimanapun, tidak lama lagi sisa-sisa politik ini akan tercampak keluar selepas tuan mereka telah mencapai apa yang dia mahu dalam politik. Tetapi ia kelihatan seperti misi mereka untuk menyerang Anwar terbalik. Tiada siapa yang mahu mendengar mereka. 2 orang pemalas yang terkenal ini sengaja digunakan untuk menjatuhkan Anwar dengan pemikiran bahawa pihak pembangkang adalah hanya tentang Anwar. Ia akan menjadi satu perdagangan yang tidak berkesan kerana pemimpin unik Pembangkang ini sudah imun dengan politik sebegini. Dia tahu bahawa pihak pembangkang akan kekal sebagai entiti yang kukuh walaupun tanpa dirinya di sekeliling. Malah ahli-ahli UMNO sedar bahawa walaupun semua taktik kotor yang digunakan oleh Najib dengan bantuan bersemangat tinggi Utusan Malaysia yang tidak terjual dan TV3 yang tidak ditonton, pembangkang semakin kuat dari hari ke hari. Dalam pilihan raya umum 2008, pembangkang memenangi 51% undi popular dan Barisan Nasional hanya 49%. Menurut pemerhati politik, dengan senario politik dan ekonomi sekarang pembangkang boleh meraih lebih banyak undi dalam pilihan raya umum ke-13 dari apa yang mereka perolehi dalam pilihan raya umum lepas. Dalam satu kajian universiti tempatan baru-baru ini hanya kurang daripada 6% rakyat percaya semua tuduhan liar dan serangan peribadi terhadap Anwar. Dalam erti kata lain, MSM telah menjalankan kewajipan yang zalim bagi sebab-sebab politik menggembirakan tuan-tuan mereka - Najib dan UMNO. Oleh itu, semua muslihat politik yang kononnya diguna pakai oleh Najib setakat ini gagal dan sebenarnya ia telah memakan diri sendiri. Anwar yang lebih banyak dikutuk lebih banyak sokongan baginya ini tumpah juga ke pembangkang. Seperti yang disebut, pembangkang hari ini adalah lebih besar daripada Anwar. UMNO masih jahil tentang fenomena ini. Rakyat menyongkong pembangkang, dengan atau tanpa Anwar. Ia adalah sama seperti orang-orang yang menyokong UMNO - mereka menyokong UMNO, dengan atau tanpa Najib. Seorang bekas pemimpin UMNO di Kedah berkata, "Najib boleh pergi dan mendapatkan seberapa ramai orang kerana dia mahu melakukan serangan peribadi ke atas Anwar. Tetapi pembangkang bukan hanya tentang Anwar. Hanya seperti UMNO bukan hanya tentang Najib. Najib perlu menerima hakikat bahawa pihak pembangkang telah berkembang menjadi sebuah entiti yang mengagumkan - dengan atau tanpa Anwar. " Pihak pembangkang akan kekal kuat Rakyat sudah muak dengan "resipi seks" dalam politik. Resipi ini tidak diterima akal lagi. Harga makanan yang melambung, rasuah semakin meningkat, yang kaya menjadi lebih kaya, golongan miskin di kalangan semua kaum adalah sedih, kumpulan elit memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan luar negara, pendidikan di universiti awam tempatan bukan percuma, tol belum dimansuhkan, simpanan mendapat jumlah faedah terlalu rendah dan harga komoditi tanah kian meningkat. Rakyat tidak berminat dengan semua "cerita seks" yang tidak relevan untuk menjatuhkan Anwar. Rakyat lebih suka untuk mempunyai satu sistem yang tiada rasuah, politik perkauman dan penyalahgunaan kuasa. Kedua-dua orang bawahan ini yang disokong oleh beberapa pengampu lain yang kecewa tidak sedar bahawa pihak pembangkang kini jauh lebih besar daripada Anwar - dengan atau tanpa Anwar pembangkang akan kekal sebagai parti yang boleh dipercayai. Mereka boleh terus menyerang Anwar dan ini akan membantu pembangkang menjadi lebih kuat. Mereka bercita-cita tinggi dan ketamakan mereka kepada kuasa dan jawatan dalam parti itu telah membuat mereka kecewa. Ia adalah kekecewaan ini yang tidak dapat dilayan yang menyebabkan mereka melompat kapal. Dan kini mereka, bersama-sama dengan beberapa ahli politik lain yang keji dan hina yang menolak persahabatan, telah meninggalkan parti lama mereka untuk menjadi orang bawahan Najib. Ini termasuk "meriam longgar" politik yang merupakan peminat rahsia Anwar pada satu masa dan mengakui bahawa dia tidur dengan gambar Anwar di bawah bantalnya. Mujurlah, Anwar tidak mengambil beliau sebagai isteri keduanya. Ironinya, penyibuk ini tidak mempersoalkan semua watak-watak yang tiada moral dalam UMNO. Tambahan pula, Najib atau "kehebatan seksual" Anwar - jika ia bernilai - tidak akan menentukan ekonomi rakyat dan masa depan keluarga. Rakyat benar-benar yakin bahawa Anwar tidak pernah terlibat dengan rasuah dan dia juga tidak terlibat dalam pembunuhan atau mana-mana kes rogol di negara ini. Orang ramai menyedari bahawa ia adalah rasuah, kronisme dan ketidakcekapan dalam tadbir urus yang akan memusnahkan negara dan untuk sebab-sebab ini, mereka sedang mencari keadilan dan sebuah kerajaan yang lebih cekap, bertanggungjawab dan telus - bukan anekdot seks untuk melalaikan rakyat ke dalam dunia fantasi . Angin perubahan Disebabkan angin perubahan mengumpul kekuatan rakyat mencari kerajaan alternatif. Anwar mungkin telah membuka jalan bagi Pembangkang yang semakin kuat. Tetapi hari ini Pembangkang boleh hidup walaupun tanpa Anwar di sisi - sama seperti UMNO yang pada bila-bila masa pun lebih besar daripada Najib. Anwar telah jayanya menggabungkan tiga parti politik PKR, PAS dan DAP ke dalam satu badan politik yang kuat - mengubah mereka menjadi alternatif berdaya maju kepada BN. Sebarang serangan peribadi ke atas Anwar tidak akan berjaya menolak jatuh Pembangkang. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak pembangkang dan BN tidak sempurna. Tetapi rakyat mahukan khidmat yang lebih baik apabila terdapat persaingan yang sebenar di antara parti-parti politik. Mereka telah meminta sistem dua-parti dan kini ia telah menjadi realiti di negara ini, Anwar tidak lama lagi akan menjadi tidak relevan bagi seluruh senario. Beliau boleh memilih untuk memimpin pembangkang atau hanya meluluskan baton kepimpinan kepada mana-mana tentera kompetennya. Bagi Najib ia masih mimpi buruk dan amat mencemaskan. Bukan sahaja pihak pembangkang menentangnya tetapi ramai dalam UMNO yang mahu melihat kejatuhannya. Pilihan raya umum ke-13 akan menjadi satu tugas yang sukar untuk Najib dan UMNO. Malaysia Chronicle |
Tak tau pulak aku depa ni punggung berkudis... kahkahkah... Posted: 07 Apr 2012 05:55 PM PDT Puak Punggung Berkudis Koyak Harakah Dilaporkan lebih 100 orang penduduk di Presint 8 Putrajaya telah berhimpun menyaksikan upacara mengoyak Harakah akhbar lidah rasmi Pas. Mulanya mereka bercadang untuk membakar tetapi tukar tektik kerana mungkin ingin menjaga suasana alam sekitar atau kerana dimurih polis. Mereka mengoyak dan bencikan Harakah kerana akhbar lidah rasmi Pas itu boleh mempengaruhi penduduk. Pas sebelum ini dikatakan telah memberi secara percuma sebanyak 1000 hingga 1,500 naskah setiap minggu kepada penduduk dan warga Putrajaya. Tindakan itu bagi saya sesuatu yang kurang cerdik kalau pun tidak sampai kebodohan. Tindakan didakwa Pas itu sebahagian oleh orang Umno tidak sepatut berlaku kerana ia lebih rendah dari tindakan kebudak-budakan. Orang Asli pun tidak koyak surat khabar. Kenapa begitu takut kepada pengaruh Harakah? Kalau ikut logik Harakah hanya sebuah sahaja berbanding dengan puluh media milik Umno yang menghentam pembangkang dan melakukan propagan dan provokasi kepada rakyat. Apabila mereka mengoyak Harakah menandakan media mereka tidak dapat memandingi pengaruh Harakah. Medeia penjilat buntut sudah hilang pengaruh dan wibawa. Sebelum berfikir untuk koyak mereka perlu membuat kajian kenapa Harakah diterima dan media penjilat buntut lain ditolak. Hasil kajian itulah nanti perlu dibuat pembaikan. Saya dapat tahu media penjilat buntut tidak laku di Putrajaya. Naskah yang dihulur atau ditinggalkan di tempat-tempat awam termasuk masjid dan surat dibiarkan berlambak dan menjadi tempat kucing berak dan menyapu kencing. Tindakan 100 orang itu juga memalukan dan mencemar Putrajaya dikenali sebagai kawasan elit di mana warganya berpendidikan tinggi dan hidup bergaya kelas. Kawasan itu di mana rumahnya tidak terpagar menandakan mereka mempunyai pemikiran educated, memiliki gaya hidup yang tinggi nilainya penuh dengan tolenrasi serta berakhlak. Jadi apabila ada segelintir mereka yang berkudis di punggung bertindak mengoyak media masa ia telah mencemarkan imej keseluruh masyarakat yang dianggap berkelas di situ. Wajarlah kalau mereka yang terlibat dengan acara mengoyak Harakah itu keluar dari kawasan itu dan tinggal di Sembrong, Johor Machat Melaka atau di mana-mana tempat didiami samseng dan mereka yang tidak terkena angin tamadun yang suka menaikan sepanduk busuk dan menyembur kereta orang dengan cat biru http://msomelayu.blogspot.com/ |
Posted: 07 Apr 2012 03:00 PM PDT PUTRAJAYA - Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai individu yang mendalangi penangkapan dan pendakwaan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Saidin Thamby, 76, atas tuduhan menerima rasuah RM1 juta, 14 tahun lalu. Beliau yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan disebut bertindak demikian selepas menerima aduan bertulis berhubung dakwaan Saidin menyeleweng wang RM1 juta yang disumbangkan untuk UMNO Selayang. Aduan melalui sepucuk surat itu dibuat oleh seorang individu, Frankie Lee Kah Hoay pada 25 Mac 1998, setahun selepas cek itu diserahkan kepada bekas wakil rakyat berkenaan di rumah beliau. Dalam surat tersebut, Saidin didakwa gagal mengeluarkan resit pembayaran walaupun RM1 juta telah diserahkan manakala tiada tanda menunjukkan pembinaan bangunan UMNO Selayang telah dimulakan. -Utusan |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan