Ahad, 8 April 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Ucapan Mat Sabu Di Program Munajat Perdana Pertahankan Selangor

Posted: 08 Apr 2012 12:47 AM PDT

SHAH ALAM, 8 April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS yang pada mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam berjaya menyambut Jubli Peraknya.

"Apabila PAS mula merebak ke kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

"Kita mula merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun.

"Sekarang PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di Stadium Melawati, dekat sini malam tadi.

Namun Mohamad berkata, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya hanya akan tercapai jika pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.

"Kita yakin mampu mara ke Putrajaya dengan gagah dan bergaya, dengan syarat pilihan raya bersih dan adil," katanya.

Justeru beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah suatu medan untuk menuntut pilihan raya yang bersih. -Hrkh

PAS Kelantan Bela Anuar Musa, Tamparan Hebat Buat Umno

Posted: 08 Apr 2012 12:42 AM PDT


Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersetuju dengan pandangan sesetengah peminat yang mahu kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diganti oleh generasi baru dan lebih segar. Beliau mengulas tindakan FAM menggantung Pengerusi Kesatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa. "Apa yang berlaku kepada Annuar walaupun beliau daripada parti berlainan dengan saya tapi saya penuh simpati dan memahami tekanan yang dihadapi oleh beliau seperti mana juga yang dialami oleh Khairy Jamaluddin pernah merasai dahulu.

"Kafa perlu berbincang dan kita harap semoga masih ada jalan keluar agar potensi dan kemampuan Annuar dalam pasukan Kelantan dapat diteruskan, bukan terbantut dalam keputusan yang cukup mengecewakan," kata Wan Abdul Rahim.

Beliau berpendapatan, masih ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut FAM itu selain menggantung Annuar. Ini kerana, pengalaman Annuar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan sangat diperlukan untuk memajukan bola sepak negara.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood pula mengharapkan FAM boleh menilai semula hukuman penggantungan Annuar itu.

Menurutnya, hukuman itu sangat berat untuk diterima oleh penyokong bola sepak negara khususnya rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors itu sendiri memandangkan Annuar juga adalah Presiden Kafa.

"Mewakili rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors kita menerima keputusan ini dengan sangat berat.

"Kita rai keputusan jawatankuasa tatatertib. Cuma kita harap ada satu ruang yang lain diberikan kepada beliau untuk memperbetulkan kelemahan," katanya kepada Harakahdaily.

PR bergaya ke Putrajaya jika p'raya bersih

Posted: 08 Apr 2012 12:38 AM PDT

SHAH ALAM, 8  April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS yang pada mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam berjaya menyambut Jubli Peraknya.

"Apabila PAS mula merebak ke kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

"Kita mula merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun.

"Sekarang PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di Stadium Melawati, dekat sini malam tadi.

Namun Mohamad berkata, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya hanya akan tercapai jika pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.

"Kita yakin mampu mara ke Putrajaya dengan gagah dan bergaya, dengan syarat pilihan raya bersih dan adil," katanya.

Justeru beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah suatu medan untuk menuntut pilihan raya yang bersih.

"Datuk A. Samad Said yang menyambut hari lahirnya yang ke-77 hari ini mengajak orang ramai duduk bantah menuntut pilihan raya bersih.

"Kalau anak muda umur 23 tahun tak turun, malulah," katanya.

Seruan sama turut dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

"Sampai bila kita mahu ditipu dalam sistem pilihan raya? Maka, kena ada kekuatan raksasa rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

Beliau turut mengingatkan jentera Pakatan Rakyat Selangor tidak leka kerana Umno BN mampu menggunakan apa sahaja cara untuk merampas kembali negeri itu.

"Di Selangor, kita jangan ambil mudah. Kalau 2008 Pakatan Rakyat ambil Selangor, tahun 2012 tanggungjawab kita untuk pertahankan Selangor," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah Pesuruhjaya Selangor, Dr Rani Osman dan Yang Dipertua Shah Alam, Khalid Samad. -Hrkh

Anwar Ibrahim menggesa Najib Letak jawatan

Posted: 08 Apr 2012 12:37 AM PDT

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.Anwar berkata hutang melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Berucap dalam satu ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi, Anwar turut menempelak Najib kerana menimbulkan kos sebanyak RM43 bilion untuk langkah tersebut.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.

"Hei Najib, RM43 bilion hang (kamu) tak reti (pandai) cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti.

"Kalau tak berhenti, kami tolak hang jadi ketua pembangkang parlimen Malaysia selepas ini. (Sampai) tak tahu nak cari duit," sindir Anwar yang diiringi dengan tepukan hadirin.

Bekas menteri kewangan itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan menyelesaikan hutang PTPTN tersebut sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas ini.

Anwar mengulas kenyataan Najib semalam yang turut menjelaskan bahawa tindakan itu akan membebankan rakyat kerana kerajaan perlu mengenakan cukai yang tinggi sekiranya langkah itu dilaksanakan.

Keadaan itu boleh dilihat seperti di Norway yang menanggung pengajian tinggi rakyat negara itu sepenuhnya, kata Najib.

Najib juga berkata, kerajaan pada masa ini juga menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat manakala PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.Keghairahan Anwar dan Najib dalam menjuarai isu hutang tersebut dilihat semakin memuncak ekoran rancangan sekumpulan pelajar untuk mengadakan perhimpunan anti-PTPTN pada 14 April.

Perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 5,000 pelajar itu dirancang bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman tersebut dan menyediakan pendidikan percuma.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia itu juga dirancang sebagai "pemanas badan" sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di lokasi yang sama.-Mkini

Jika pemimpin ditangkap rakyat tetap berhimpun

Posted: 07 Apr 2012 03:42 PM PDT

Jika pemimpin ditangkap sekalipun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) yakin rakyat tetap membanjiri ibu kota dan tempat-tempat lain menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Dalam keadaan serba ketakutan setelah Bersih 2.0 dahulu mengakibatkan imej (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) merudum, saya yakin kerajaan Umno akan memperalatkan habis-habisan polis dan lain-lain pihak berkuasa untuk mematahkan perhimpunan Bersih 3.0 itu," kata beliau.

Beliau menjangkakan, sama seperti menjelang perhimpunan Bersih 2.0 lalu, para pemimpin parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan ditangkap dengan harapan untuk menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun.

"Tetapi, walaupun hampir semua para pemimpin tertinggi ditangkap awal-awal lagi ketika perhimpunan Bersih 2.0 belum pun bermula, rakyat tetap membanjiri Kuala Lumpur berhimpun menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Berhimpun tanpa pemimpin.

"Lautan manusia berhimpun di KLCC dan di pelbagai tempat di Kuala Lumpur.

"Kebangkitan itu hampir 100 peratus kebangkitan rakyat, tiada pemimpin tertinggi dan itulah sebabnya para pemimpin Umno 'kencing di dalam seluar' mereka," kata Mohamad.

Antara begitu ramai pemimpin tertinggi yang ditangkap sebelum perhimpunan Bersih 2.0 dahulu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Mohamad sendiri dilanggar sebelum diseret ke dalam lokap malah beliau terpaksa menjalani pembedahan selepas itu akibat dilanggar.

Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku, Mohamad yakin lebih ramai rakyat yang akan membanjiri Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain pada perhimpunan Bersih 3.0 hujung bulan ini.

"Hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).

"Dalam pada itu muncul semakin banyak bukti mengenai kewujudan 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti," katanya.

Semua itu, kata Mohamad, menjadi pemangkin dan pendorong kebangkitan rakyat tidak kira ada pemimpin atau tidak ada pemimpin.

"Tangkaplah pemimpin mana sekalipun, ia tidak akan dapat menakut-nakutkan rakyat dari berhimpun untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih," tegas beliau.

Mohamad memberitahu, beliau memang mengimpikan kebangkitan tanpa pemimpin di negara ini.

"Di dalam ceramah-ceramah saya, selalu saya menyatakan impian saya untuk melihat kebangkitan tanpa pemimpin seperti yang berlaku di Mesir sehingga tergulingnya Hosni Mubarak.

"Kebangkitan itu tidak digerakkan oleh mana-mana pemimpin parti politik tetapi dicetuskan oleh anak-anak muda aktivis rakyat seperti Wail Ghonim," katanya.

Beliau juga yakin selagi lapan tuntutan Bersih ditunaikan, rakyat tetap berhimpun dan berhimpun.

"Selepas Bersih 3.0, akan ada Bersih 4.0, Bersih 5.0, Bersih 6.0 dan seterusnya dan seterusnya selagi pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil," tegas beliau.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. -Hrkh

Ditawar Jawatan, Ajak Jumpa PM Agar Tinggalkan Pas

Posted: 07 Apr 2012 03:36 PM PDT

Shah Alam: Bukan sahaja ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Motivator dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO), bahkan turut dipelawa berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tawaran ini diterima Rabu lalu oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Melaka, Osman Shamsuddin dari dua individu yang mendakwa wakil kepada Setiausaha Sulit Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Jasman Anuar.

Menurut Osman yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Melaka di Tanjung Karang memberitahu tidak mengenali secara dekat kedua-dua individu terbabit tetapi memberitahu salah seorang itu bernama Mazlan dan pemandunya.

"Cuma dia beritahu, mereka dihantar oleh Jasman, Setiausaha Umno Bahagian Tanjung Karang", katanya kepada Media Selangorku.

Osman juga memberitahu, bahawa beliau akan dibawa berjumpa PM untuk mengadakan satu rundingan yang tidak diketahui tujuan sebenarnya.

Mereka mendakwa dari sebauah NGO dan minta saya supaya tinggalkan perjuangan PAS.

"Sebagai ganjarannya saya akan dilantik sebagai Timbalan Motivator dalam NGO mereka, tapi saya terlupa pula nak tanya NGO apa,"
terangnya.

Bercerita lanjut, Osman memberitahu beliau sudah lama diekori dan dihubungi melalui telefon tetapi selalunya beliau tidak menjawab panggilan berkenaan.

"Hari ini sahaja dah dekat enam kali telefon saya dan dia ada nyatakan saya akan dibawa berjumpa PM dalam masa terdekat untuk 'rundingan' lanjut.

"Apa yang dimaksudkan dengan rundingan itu, tidaklah pula saya tahu rundingan macamana dimaksudkan," ujar beliau lagi.

Bagaimanapun Osman menegaskan setelah meninggalkan Umno selama kira-kira satu tahun tiga bulan, beliau tidak mungkin beliau kembali ke pangkuan Umno semula.

"Kampung ini sayalah yang teroka, nama Kampung Melaka ini pun saya yang beri dan Umno cawangan kampung ini antara yang terawal di Tanjung Karang.

"Tetapi saya takkan kembali kepada Umno sebab pemimpin Umno sekarang semakin angkuh, sombong, sebab itu lah saya keluar.

"Saya maksudkan ialah Ketua Umno Bahagian ini sendiri, (Datuk Seri) Noh Omar.

"Bila dah jadi menteri penuh, dah jauh berubah, sombong dengan orang kampung

"Tambah pula bila saya kenangkan pengorbanan saya semasa dalam Umno dahulu langsung tak hargai,"
ujarnya lagi. -selangorku

Tiada ulasan: