Ahad, 8 April 2012

Addin

Addin


Gambar Nizar Jamaluddin Bakal Di Angkat Oleh Rakyat Perak Sebagai MB

Posted: 08 Apr 2012 09:33 AM PDT


Gambar- gambar nih di ambil ketika kejadian ribut kuat yang melanda di Fasa 3A, Seri Manjung, Perak.  Ketika kejadian ribut tersebut, didapati banyak rumah yang mengalami kerosakan terutamanya dibahagian bumbung yang diterbangkan oleh angin yang kuat. 

Gambar-gambar nih di ambil ketika DS Nizar melawat tempat kejadian sambil menghulurkan bantuan segera bagi membaiki rumah yang terlibat dengan kejadian ribut tersebut. 

Terbukti DS Nizar mendahului Zambry Kadir dalam segala hal... Zambry Kadir ada berani ke nak panjat bumbung? Addin pun gayat..he..he..he


























Gambar ~ fb Hamidun Ahmad

Hamidun Ahmad merupakan pegawai khas bagi Adun Pasir Panjang iaitu DS Nizar Jamaluddin.


35 Cawangan Umno Hampir Pasti Di Bubarkan

Posted: 08 Apr 2012 07:23 AM PDT

Sekurang-kurangnya 85 daripada 373 cawangan asal UMNO Silam akan dibubarkan dan kesemua ahli mereka seramai lebih kurang 11,000 akan keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat dan Parti Politik Tempatan dalam waktu terdekat. Menurut seorang jurucakap yang hanya mahu dinamakan sebagai A Rahman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dan telah membuat keputusan sebulat suara untuk meninggalkan UMNO kerana sering teraniaya oleh Ketua Bahagian yang meminggirkan cawangan awal, sebaliknya mengutamakan cawangan baru, terutama pemegang IC Projek. "Dalam keadaan Silam sudah banyak cawangan, Nasrun tambah lagi 57 cawangan baru.

Sekalipun beliau tahu bahawa cawangan baru tersebut tidak sah tetapi dibenarkan menyertai mesyuarat memilih Perwakilan 7 pada 2011," kata A Rahman yang memperakui mengikut Perlembagaan UMNO hanya selepas Perhimpunan Agung UMNO 2013 barulah 57 cawangan berkenaan boleh aktif dan menyertai sebarang aktiviti cawangan dan bahagian.

Difahamkan 85 cawangan yang ingin meninggalkan UMNO berkenaan adalah cawangan yang digantung daripada menjalankan mesyuarat kerana disebabkan tekanan dan ugutan jentera Nasrun yang mahu memastikan beliau tidak tewas pada pemilihan agung UMNO yang akan datang setelah memenangi jawatan berkenaan dengan culas dalam 'Video Klip Silap Mata UMNO Silam'.

"Mungkin Nasrun merasa terancam kerana kami tidak menyokong beliau tetapi dalam masa yang sama beliau semakin menunjukkan belang sebenar dengan mengekalkan Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam dan seolah-olah mencabar seluruh rakyat Sabah dan Perdana Menteri yang sedang berusaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengatasi masalah IC Projek di Malaysia," kata A Rahman yang menjelaskan bahawa majoriti penduduk Lahad Datu kenal siapa Sharif Saidi dan asal usulnya dari PATI.

Tegas A Rahman, jika Ketua Bahagian UMNO sendiri memanjakan PATI dan mereka yang mendapat MyKad projek, bagaimana Kerajaan mahu menubuhkan RCI kerana UMNO mempunyai kepentingan terhadap PATI dan dalam masa yang sama membunuh kerjaya politik Ketua Cawangan asal di Silam. ~sabahkini

Addin :

Betul ke nih? Kalau betul pasti panas!!


Sinar Harian Di Dakwa 'Curi' Berita Dari Blog Ini

Posted: 08 Apr 2012 03:30 AM PDT

Pemilik blog Chepokpok.blogspot.com yang juga anak kepada Tuan Guru Harun Din  meluahkan rasa ketidakpuashatinya atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak Sinar Harian kerana dikatakan telah mencuri berita berkenaan ayahnya didalam blognya tanpa keizinan.

Artikel tersebut adalah berkenaan pembedahan Tuan Guru Harun Din di San Francsico, AS telah di petik dari blog Chepokpok kepunyaan anak Tuan Guru  Harun Din yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS. Artikel yang ditulis oleh wartawan Sinar Harian telah dikeluarkan pada 6 April 2012. Baca di sini.

Dibawah adalah kenyataan blog anak Tuan Guru Harun Din merupakan pengendali blog Che Pok Pok.



Link di sini.

Pandangan peribadi Addin sekiranya ada tulisan atau gambar bersifat peribadi janganlah publish di blog. Ini memudahkan manusia yang tak bertanggungjawab untuk sebarkan tanpa kebenaran.

Kepada pengendali media, tolonglah bersifat profesional... minta izin dulu atau setidak-tidaknya bagi kredit sikit. Blogger pun boleh buat tak akan lah wartawan yang profesional tak boleh buat.. bikin malu je..

Artikel dari sini dan telah di edit.

Addin :

Moga-moga Tuan Guru Harun Din cepat sembuh dan kembali ke tanah air untuk sama-sama berjuang.. amin.


Najib Selalu Mengingau Sekarang.. Kenapa?

Posted: 08 Apr 2012 01:49 AM PDT

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu. Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno. "Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam. "Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.

"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris… Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi, lapor Malaysiakini.

Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.

Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.

Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda – orang kepercayaan Najib – dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai 'orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Abdul Razak bagaimana kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati. ~keadilandaily


PAS Kelantan Bela Anuar Musa, Tamparan Hebat Buat Umno

Posted: 08 Apr 2012 12:29 AM PDT

Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersetuju dengan pandangan sesetengah peminat yang mahu kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diganti oleh generasi baru dan lebih segar. Beliau mengulas tindakan FAM menggantung Pengerusi Kesatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa. "Apa yang berlaku kepada Annuar walaupun beliau daripada parti berlainan dengan saya tapi saya penuh simpati dan memahami tekanan yang dihadapi oleh beliau seperti mana juga yang dialami oleh Khairy Jamaluddin pernah merasai dahulu.

"Kafa perlu berbincang dan kita harap semoga masih ada jalan keluar agar potensi dan kemampuan Annuar dalam pasukan Kelantan dapat diteruskan, bukan terbantut dalam keputusan yang cukup mengecewakan," kata Wan Abdul Rahim.

Beliau berpendapatan, masih ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut FAM itu selain menggantung Annuar. Ini kerana, pengalaman Annuar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan sangat diperlukan untuk memajukan bola sepak negara.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood pula mengharapkan FAM boleh menilai semula hukuman penggantungan Annuar itu.

Menurutnya, hukuman itu sangat berat untuk diterima oleh penyokong bola sepak negara khususnya rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors itu sendiri memandangkan Annuar juga adalah Presiden Kafa.

"Mewakili rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors kita menerima keputusan ini dengan sangat berat.

"Kita rai keputusan jawatankuasa tatatertib. Cuma kita harap ada satu ruang yang lain diberikan kepada beliau untuk memperbetulkan kelemahan," katanya kepada Harakahdaily.~harakahdaily

Tiada ulasan: