shalehudin |
- KANTOI: Sekoq lagi spy UMNO dalam PKR...
- PANAS!! Sapa ADUN Umno Kedah yang nak lompat parti?
- FAKTA: 1Malaysia dah kena Auta... kahkahkah...
- BONGKAR: Lama mana gamaknya Najib tak balik rumah noo...
- Kahkahkah... UMNO tetap ditahiku, kahkahkah...
- Ni la DASAR BUSUK PERUT... kahkahkah...
- PANAS: Dari sumber dalaman UMNO...
- Modai baik nak tibai UMNO nih... kahkahkah...
- PANAS: Dia ni la yang mengaku Muflis tue...
- Bergambar & Video DAHSYAT: Puting Beliung Terbangkan Lori Trailer Ke Udara
- BERGAMBAR: Ikan Pelik terdampar di pantai...
KANTOI: Sekoq lagi spy UMNO dalam PKR... Posted: 05 Apr 2012 09:15 AM PDT 'Ketua Penerangan' KEADILAN Ampang muflis, terlibat pecah amanah (Oleh: Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 4 April: Mohd. Isa Mohd. Saidi yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang dan mendesak Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali untuk keluar parti sebenarnya bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu. Ia dinyatakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, pada sidang medianya sebentar tadi. Menurut Zuraida, Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini. "Penguguran jawatan ini berdasarkan beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust). "Beliau juga muflis, tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti. Bukti muflis diperolehi menerusi carian rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 10 Januari 2012," kata Zuraida pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN Parlimen Ampang. Dua laporan pecah amanah pada 28 Mei dan 4 Jun 2011 terhadap Isa dilaporkan seorang pengadu, Siti Zaleha Kauzi berhubung deposit dan sewa kedai di 'Food Court Station Ampang Waterfront', masing-masing berjumlah RM1,000 dan RM6,500. "Sejak makluman penguguran, Isa yang baru menyertai KEADILAN pada 27 Jun 2010 terlibat dalam beberapa perjumpaan dengan pemimpin Umno. Cabang Ampang tidak terperanjat dan telah menjangkakan tindakan beliau. "Manakala Tan Hua Meng yang turut bersama dalam sidang media semalam merupakan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang tidak disambung khidmatnya penggal ini," ujar Zuraida. Beliau menegaskan, cabaran dan desakan Isa terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali merupakan ulang tayang agenda hitam dan fitnah jahat Umno sejak 1998. Zuraida juga tidak menolak kemungkinan sidang media yang diadakan di Hotel Crown Plaza semalam didalangi Umno yang berniat jahat untuk melihat KEADILAN kucar-kacir. "Ini hotel empat bintang. Tak mustahil ia ditaja oleh orang-orang tertentu. "Cabang Ampang mengalu-alukan sekumpulan ahli yang kecewa untuk keluar bagi membersihkan parti daripada unsur khianat dan duri dalam daging," tegas Zuraida. Turut hadir pada sidang media Ketua Penerangan KEADILAN Ampang yang baru, Hamsah Djabir, wakil ADUN Bukit Antarabangsa, Razali Ramli dan kira-kira 30 ahli. |
PANAS!! Sapa ADUN Umno Kedah yang nak lompat parti? Posted: 05 Apr 2012 08:33 AM PDT INIKAH ADUN YANG DIWAR-WARKAN ITU? Adun Umno Kedah Lompat Parti?Siapa???? PANASSSSSSSSSSSSS walaupun kat kupang sekarang dok hujan tapi dalam kem UMNO KEDAH makin panas dengan cerita yang sangat mendukacitakan UMNO Kedah tetapi mengembirakan PAKATAN di Kedah. apa yang UMNO kedah lakukan sekarang ni....sampai ada ADUN yang nak lompat parti nih ni....... di khabar seorang ADUN UMNO Kedah merajuk dari perjuangan UMNO. diura-ura akan lompat parti.......dan menyertai PAS. Sekarang hampir 1000 orang pengikutnya berkumpul di kediaman ADUN tersebut di............................ ADUN ini sebenarnya seorang yang disenarai hitamkan oleh Bank Negara kerana xdapat nak jelaskan hutangnya yang sudah mencecah sebanyak RM70 juta.ADUN tersebut pernah dapat projek membina jalanraya Kulim ke Grik, Perak.....Al-Kisahnya.......................... Sk-Betui ka ini cherita?adakah rekaan semata-mata?tunggu dan lihat benarkah ini cherita..kEH.KEH,KEH |
FAKTA: 1Malaysia dah kena Auta... kahkahkah... Posted: 05 Apr 2012 06:00 AM PDT Dari 1Malaysia ke 1 Auta. Oleh sakmongkol AK47 Apa yang boleh kita jangkakan bila Najib memberi lapuran keatas diri nya sendiri? Takkan dia nak kata dia tidak baik? Dia tidaklah dumb as he looks untuk menurunkan markah keatas hasil kerja nya. Tentu semua baik. Dan dakwaan itu akan di sambut dengan ululah-ing dari para pengampu yang mahu di calunkan semula sebagai calun. Ini perkara biasa dalam budaya UMNO. Kualiti perkhidmatan kepada masyarakat adalah perkara secondary. Yang lebih utama ialah kepandaian menjilat Najib di bahagian yang tidak di pancar matahari. Tentu dia kata dia baik dan masih winnable. Dia pemandu yang baik. Orang lain hanya tabur janji. Takkan lah Najib pandir sangat- sebab itu kita mahukan kuasa untuk melaksanakan janji2 tersebut. Tanpa perlaksanaan dengan kuasa yang mereka ada, apa ada pada BN? kualiti janji mereka pun sudah auta besar. BN tidak ada kapasiti otak untuk memikirkan program dan rancangan konkrit untuk rakyat. Kita tak bleh harapkan apa apa yang baru dari Najib. Kaki langit fikiran nya tidak melebihi memikirkan bagaimana mengekalkan jawatan presiden parti UMNO. Hari ini BN dan UMNO jadi parti samseng- memainkan isiu bangsa, agama dan raja Melayu untuk mengekalkan kuasa. Inginlah lah kami rakyat merafak sembah kepada DYMM Raja Raja Melayu- rakyat yang bukan penyokong UMNO adalah juga rakyat yang setia kepada Tuanku. Tuanku ada lah raja kepada semua rakyat- bukan ahli UMNO sahaja. Ingatlah Tuanku- si matlaon UMNO inilah juga yang merupakan gerombolan pendurhaka yang mahu melucutkan kedaulatan raja2 Melayu suatu ketika dahulu. Rakyat mesti menolak parti yang menggunakan bangsa, agama dan raja Melayu sebagai platform perjuangan. Sebab ini akan membawa kepada kehancuran dan porak puranda. Kita tidak boleh melangkah maju kehadapan dengan berkelahi pasal perkara tetek bengek seperti agama, bangsa dan negara. Sekali dua kita dengan Hasan Ali berceramah, kita sudah tahu dia macam kartun. Tapi cara inilah yang sangat di sukai oleh kabilah UMNO. Cara yang membodohkan orang Melayu dan menakut nakutkan mereka dengan perkara yang tidak sebesar yang di gambarkan oleh si hasan ali hasan ali dalam masyarakat kita. Janji BN adalah hasil bayaran kepada firma pakar runding- CIMB dan Ethos menasihati PM mengenai penyenaraian FGV yang akan mendatangkan, dalam ungkapan Najib, durian runtuh yang tidak terbayang oleh peneroka Felda. Seperti yang pernah najib beritahu saya, dia sangat faham tabiat orang Melayu. Mereka sukakan benda free. Najib akan mengeksploitasi tabiat ini untuk kepentingan politik nya. Dalam konteks ini, Najib tidak ada beza nya dengan Shahidan Kassim atau Chua Soi lek. Mereka pun kata mereka bagus. Tajudin Rahman akan hentak kepala sesiapa yang kata dia sudah out of date dan tidak winnable. Siapa berani dekat dengan wakil Pasir Salak yang sentiasa membawa tongkat nya? Mustahil, kita akan mendengar Najib berkata program nya gagal? ETP nya mesti berjaya dan KPI dalam NKEA nya pasti top meletup. Najib akan mendapati bahawa mengwujudkan istilah istlah eksotik tidak akan membantu meringankan beban rakyat dan tidak akan menghapuskan rasuah dan rompakan yang di lakukan oleh pimpinan hari ini. kemana hendak Najib pandu kita? Jika selama 50 tahun lebih, kita telah di bawa kepada sengsara, rasuah, rompakan dan lanun, adakah kita mau percaya, pemandu lama yang bersekolah di sekolah jahat akan membawa negara ini ke zaman syurga loka? Boleh kah kita percaya pemandu yang bernama Najib Razak? Ikan kembung hari ini harga nya RM 17 sekilo. Sekilo ada 5-6 ekor ikan kembung. Orang kampong yang ada 7 orang anggota keluarga hanya mampu makan untuk setengah hari kerana anak yang membesar mempunyai selera yang aktif. Gula yang sekarang di monopoli oleh pak habib al bukhari makin naik sedangkan bila tauke cina uncle Robert memegang monopoli nya, harga gula lebih rendah. harga beras juga meningkat. Sekampit beras 5 kilo naik RM 7 Ringgit. Rakyat sengsara, Najib mahu auta bahawa rancangan ekonomi nya berjaya? Hari ini hayat dan nyawa umno bergantung kepada 3R. ini bukan reading, `riting dan `rithmetic yang di ajar kepada kanak2 baru sekolah oleh para pendidik. Ini 3R yang memberi persekolahan mengajar bangsa Melayu memusuhi semua orang termasuk Melayu yang tidak menyokong UMNO. Ini 3R yang UMNO lancarkan supaya orang Melayu jadi samseng sedangkan pada reality nya, tidak ada pun orang yang mengancam bangsa Melayu. Demikian sombong dan angkuh UMNO sehingga orang melayu yang tidak menyokong nya di anggap bukan Melayu. Yang jadi kebenaran ialah UMNO yang tergugat dan terancam. Sebuah parti yang beroperasi diatas pembohongan dan kosong dari segi prinsip perjuangan dan tidak berjuang untuk suatu seruan, akan tidak bertahan akhirnya. UMNO telah lama membelakangkan alif ba ta nya sehinggalah, ia sekarang hilang hak moral untuk menjadi jurubicara dan pemimpin kepada bangsa Melayu. Sudah sampai masa nya UMNO ketepikan diri dan memberi laluan kepada parti lain untuk membangunkan bangsa Melayu. http://sakmongkol.blogspot.com/ |
BONGKAR: Lama mana gamaknya Najib tak balik rumah noo... Posted: 05 Apr 2012 03:00 AM PDT Pahang:Projek Terbengkalai '150 Meter' Dari Rumah Najib Oleh Pahangdaily Online PEKAN, 4 April - Para pembeli projek rumah Pusat Pekan Jaya Fasa II dekat sini, kecewa dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya iaitu YB Ibrahim Awang (foto) kerana masih gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka biar pun selepas beberapa tahun menjadi Wakil Rakyat di kawasan terbabit. Sikap acuh tak acuh ADUN terbabit dalam menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh para pembeli ini kini semakin kritikal, tambahan pula Pilihan Raya Umum ke-13 kini semakin hampir. Justeru, pihak berkenaan gusar jika isu ini dijadikan "modal politik" oleh pihak pembangkang untuk membuktikan laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan itu sekadar "indah kabar dari rupa". Inilah senario yang berlaku kepada 22 pembeli rumah yang kini menjadi mangsa akibat kegagalan pemaju (Exact Management Sdn Bhd) menyiapkan rumah yang mereka beli dengan harga antara RM190,000 hingga RM250,000 itu. Menurut seorang pembeli yang ditemui, beliau hairan kenapa pemimpin setempat termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri tidak cakna dengan isu itu. "Bayangkan sudah banyak kali kami ajukan perkara ini kepada YB terbabit dan juga PM sendiri. Namun jawapannya tunggu dan lihat ... sedangkan kami terpaksa membayar pinjaman perumahan sejak setahun yang lalu. Bila diajukan kepada pihak berkenaan, mereka dengan mudah berjanji akan menyelesaikannya. Tapi, apa yang terjadi kami kini seolah-olah orang asing dibumi sendiri. Mereka melayan "warga asing" dengan baik di Pekan terutamanya Kamboja, Myanmar dan sebagainya. Tapi rakyat Pekan sendiri yang berbangsa Melayu kini dianaktirikan. Kami tidak diberi keistimewaan, walau pun kesemua pembeli adalah berbangsa Melayu. Mana pergi laungan, Hidup Melayu yang diwar-warkan selama ini", katanya yang tidak mahu nama beliau disiarkan. Sebelum ini, PDO pernah menyiarkan rintihan para pembeli terbabit dalam artikel terdahulu yang bertajuk "Pembeli Kecewa, PM Najib Tergamak Tutup Mata Menyelesaikan Masalah Projek Terbengkalai Yang 'Hanya 150 Meter Dari Rumahnya' Di Pekan". Malah, isu berkenaan juga telah disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan selepas itu. Namun difahamkan, sehingga ke saat ini tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak pemaju mahu pihak pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini. Difahamkan juga, rata-rata pembeli adalah pegawai kerajaan yang antara mereka termasuk guru dan juga kakitangan sebuah IPT di Pekan. Kawasan rumah telah dinaiki semak samun gara-gara projek terbengkalai |
Kahkahkah... UMNO tetap ditahiku, kahkahkah... Posted: 05 Apr 2012 01:00 AM PDT |
Ni la DASAR BUSUK PERUT... kahkahkah... Posted: 04 Apr 2012 11:00 PM PDT RTM batal siaran debat Lynas KUALA LUMPUR 4 April: RTM bertindak membatalkan penyiaran Program Bicara Rakyat berkenaan isu Lynas, yang membariskan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan; dan Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai ahli panel. Ahli Kuantan Environmental Watch Group, Soo Jin Hou berkata, debat itu diadakan pada 16 Mac, dan sepatutnya disiarkan di saluran RTM1 pada 23 Mac lalu. "Maklum balas dari peserta yang hadir meyakinkan kami bahawa siaran itu dibatalkan kerana Raja Abdul Aziz dan Tan kalah dalam debat tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, satu laporan dibuat kepada kepada Center of Journalism (CIJ) berhubung perkara ini. Mereka berharap CIJ dapat mendesak RTM untuk menyiarkan program itu nanti demi manfaat orang ramai. Turut dilampirkan bersama kenyataan itu adalah pautan untuk rakaman audio program Bicara Rakyat. Pautannya adalah seperti berikut: Nama fail: LynasPart1.mp3 Saiz fail: 19.9 MB Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/s58vwn Nama fail: LynasPart2.wav Saiz fail: 18 MB Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/0gb4ay Nama fail: LynasPart3.mp3 Saiz fail: 29.1 MB Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/3a0gze |
PANAS: Dari sumber dalaman UMNO... Posted: 04 Apr 2012 09:00 PM PDT PAS Dakwa 'Orang Najib' Terlibat Sindiket Daftar Warga Asing SHAH ALAM, 4 APRIL : PAS hari ini mendedahkan terdapat 'pasukan khas' dalam pengambilan rakyat asing untuk menjadi pengundi. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang. Kenyataan itu dipetik oleh organ rasmi PAS, Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Nama-nama mereka tidak disiarkan sementara menunggu pengesahan. Beliau berkata kerajaan Umno-BN tidak boleh berdepan dengan politik terdesak. Oleh itu membawa warga asing untuk mengundi Umno-BN. Sehubungan itu, Mahfuz mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul supaya boleh memanggil mereka yang terlibat. Bagaimanapun, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut. "Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz. Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu amat serius kerana melibatkan integriti serta kedaulatan negara. Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad. Bagaimanapun, polis mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan.- Selangorku |
Modai baik nak tibai UMNO nih... kahkahkah... Posted: 04 Apr 2012 07:00 PM PDT 'United Mamak And NaiNa Organization' Ini bukan saya yang kata tapi sakmongkol AK47 yang kata dalam blog beliau dalam posting Umno:Dari Modal Insan ke Modal Lembu dan kemaraan Fasisme Umno; "Yang haramjadah, UMNO hari ini ramai mamak tongkang ini apa hal? Lama kelamaan, kalau orang Melayu tidak waspada, UMNO akan jadi United Mamak dan Naina Organization. Jangan marah ya orang UMNO- sebab kalau kita mempukimak orang lain, sehinga celupar memaki hamun tokoh agama, maka orang pun akan memaki kita"Baca di sini. Maki hamun oleh Nana Tanjung ni semakin menjadi-jadi sejak Umno-Bn hilang Pulau Pinang dalam pru 13 yang lalu.Puak-puak ni kena tunjuk kuat dengan politik maki hamun untuk dicalonkan dalam pru 13 oleh Umno sebagai calon boleh menang.Cuba kita baca apa kata Nana Tanjung ni ; Umno Youth calls Pas , PKR 'Bapok', 'Pondan', and Dap 'enemy of Islam'- M'insider One leader, Shaik Hussein Mydin, claimed that Malays and Islam were at risk in Penang, and said that PKR and PAS had "no power" to stop the repression of the Malay community there. "PKR and PAS are 'bapok' (transvestites) and 'pondan' (effeminate) as these days they have no power to challenge DAP. "A vote for DAP is a vote for the destruction of Islam," said the Penang Umno Youth chief to loud applause and shouts of "PKR, PAS tak ada telur!" Honing in on the island's PAS state chief Datuk Salleh Man and state executive councillor in charge of religious affairs Abdul Malik Kassim (PKR), Shaik Hussin repeatedly called them "pondan" and "bapok." Adakah ini muka Melayu?Adakah ini calon boleh menang Umno pru 13?Di mana senator Ezam Mat Noor dalam persidangan Umno?Setelah puas maki hamun Pas dalam persidangan Umno maka berkatalah pemimpin Umno kepada Pas berbincang kerjasama politik Umno-Pas! |
PANAS: Dia ni la yang mengaku Muflis tue... Posted: 04 Apr 2012 05:00 PM PDT Adun Kuala Nerang Syed Sobri muflis ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta. Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu. Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan. Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis. Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam. Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini. Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis. Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. – Bernama |
Bergambar & Video DAHSYAT: Puting Beliung Terbangkan Lori Trailer Ke Udara Posted: 04 Apr 2012 03:00 PM PDT Kota Dallas di Texas baru saja dilanda ribut taufan dahsyat yang berkelajuan tinggi. Dalam sebuah video yang ditunjukkan di bawah artikel ini, terlihat angin taufan puting beliung ini menghentam sebuah lokasi di mana ia merupakan sebuah "trailer park" dan dengan dahsyatnya melemparkan trailer-trailer di lokasi tersebut ke udara. Angin taufan atau tornado ini juga telah merosakkan sekitar tempat tinggal dan sekitar 100 pesawat yang berada di Bandar DWF telah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa batu-batu sebesar bola baseball. Setakat ini belum ada laporan mengenai adanya yang maut. Puluhan bumbung rumah tercabut dan menurut laporan juga, puluhan penduduk cedera. Kelihatan banyak kereta terbalik manakala trak remuk serta rosak teruk di bahu lebuh raya. Pegawai Kanan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Meteorologi, Eric Martello, berkata dianggarkan antara enam hingga 12 puting beliung melandadi Utara Texas.- GB |
BERGAMBAR: Ikan Pelik terdampar di pantai... Posted: 04 Apr 2012 01:00 PM PDT Ikan Pelik Kepala Raksasa Terdampar di Pantai Seekor ikan pelik lagi sangat luar biasa, yang berupa sangat ganas telah dijumpai terdampar keletihan dan mati di persisiran pantai di Sepanyol. Ikan yang mempunyai gigi taring yang tajam itu telah membuatkan semua penduduk gempar dan takut untuk mendekatinya. Tetapi ada juga seorang lelaki yang berani datang kepada ikan tersebut, mengangkatnya dan mengambil gambar ikan pelik itu. P/S: Bumi mempunyai 70% lautan dan 30% daratan. Tambahan lagi, isipadu lautan lagi besar dari daratan. Memang tak ada apa yang mustahil. Allah punya kuasa. Banyak yang kita tak ketahui tentang alam ini. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan