Khamis, 5 April 2012

PERAKITE

PERAKITE


DAP sokong Himpuan Bersih "Duduk-Bantah"

Posted: 05 Apr 2012 07:41 AM PDT

DAP menyokong perhimpunan "Duduk-Bantah" Bersih dan Himpunan Hijau 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 sebagai ungkapan demokrasi rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil serta Malaysia yang selamat dan bebas daripada pencemaran radioaktif.

DAP menyokong 3 tuntutan utama oleh penganjur Bersih 3.0 :-


• Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti meletakkan jawatan.

• Proses pemilihan mestilah bersih sebelum pilihan raya yang akan datang disebabkan kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dalam penambahbaikan sistem pilihan raya bagi menangani isu-isu kritikal seperti audit daftar pemilih yang tidak lengkap, penyalahgunaan berhubung undi pos, kesalahan pilihan raya, kegagalan untuk menangani politik wang, tiada akses yang bebas dan penuh dalam media cetak dan siaran dan tiada langkah- langkah untuk menamatkan politik kotor. ; dan
• pemerhati antarabangsa harus dibenarkan untuk memantau pilihan raya.

Laporan PSC berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya menunjukkan kelemahan yang serius berhubung komitmen untuk menangani isu-isu asas reformasi pilihanraya bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 yang bebas dan adil. Laporan akhir oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan sistem pilihanraya yang telah diluluskan secara 'bulldoze' melalui parlimen tanpa perbahasan dan tidak membenarkan laporan minoriti dimasukkan menyerlahkan lagi kegagalan PSC untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

Kelemahan yang paling serius berhubung laporan ini adalah keengganan untuk memaparkan kelemahan asas dalam daftar pemilih. Penyalahgunaan daftar pemilih telah meningkat sejak pilihan raya umum Mac 2008 dan pelbagai bukti telah didedahkan oleh pelbagai pihak seperti Merdeka Center, Institut Nasional Integriti Pilihan Raya (NIEI) dan Bersih.

Antara salah laku yang telah dikenal pasti adalah peratusan pengundi yang tinggi yang tidak dapat dikenal pasti oleh penduduk tempatan; pendaftaran berulang kali oleh pengundi yang sama dengan lebih daripada 1 nombor kad pengenalan; pengundi yang lahir sebelum tahun 1900 masih dalam daftar pengundi termasuk Wong Kwan Moy yang lahir pada tarikh 23 Ogos 1853; pengundi dengan nombor kad pengenalan lelaki tetapi disenaraikan sebagai pengundi wanita dan sebaliknya; dan 42,000 pengundi yang nombor IC nya tidak boleh dikesan melalui rekod yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini hanya sebahagian kecil kerana Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) tidak meminta Mimos untuk menjalankan kajian secara menyeluruh berhubung daftar pemilih.

DAP bersetuju dengan kenyataan oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, apabila beliau menegaskan keperluan untuk memeriksa daftar pemilih, "PSC ditubuhkan untuk 'nominal nod' dengan merujuk kepada audit ringkas berhubung daftar pemilih oleh agensi kerajaan MIMOS yang telah dilaksanakan dalam lingkungan parameter yang sangat terhad". Usaha yang dilakukan oleh MIMOS hanyalah untuk memeriksa alamat yang mempunyai lebih daripada 50 pengundi yang berdaftar dan mengabaikan banyak kawasan yang lebih berpotensi untuk dimanipulasi dan kesilapan yang wujud dalam daftar pemilih.

Yang lebih mengecewakan adalah hakikat bahawa Ketua PSC adalah Maximus Ongkili, di mana partinya sendiri iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) telah kehilangan kuasa di Sabah akibat kemasukan bilangan pengundi yang mengejutkan dalam daftar pemilih termasuk banyak pendatang asing tanpa izin yang telah diberikan IC palsu untuk membolehkan mereka untuk mendaftar dan mengundi.

DAP amat mebantah kegagalan Speaker Dewan Rakyat untuk tidak membenarkan pengenalan laporan minoriti yang mendedahkan beberapa masalah utama dalam daftar pemilih. Kegagalan PSC untuk memasukkan hasil kajian laporan minoriti ke dalam laporan PSC dan sikap Speaker yang memperkenalkan satu dokumen yang berasingan di Parlimen menunjukkan kekurangan komitmen daripada pihak kerajaan untuk menempatkan mekanisme yang bermakna dan langkah-langkah untuk membersihkan daftar pemilih.

Memandangkan kekurangan komitmen untuk memastikan pilihan raya umum akan datang yang bersih dan bebas, DAP menyokong sepenuhnya panggilan Bersih 3.0 untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 dari jam 2pm hingga 4pm, bagi menyatakan hasrat rakyat untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 yang bersih, bebas dan adil. DAP juga mengulangi sokongan bagi pelaksanaan penuh 8 tuntutan Bersih 2.0 di mana salah satu – penggunaan dakwat kekal- telah ditangani dalam Laporan PSC.

LIM GUAN ENG

Nizar tandatangani surat sokongan bukan surat kelulusan

Posted: 04 Apr 2012 08:13 PM PDT

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui  menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan. 


Memang sebagaimana mana-mana Menteri Besar, akan memberi sokongan pada mana-mana syarikat yang mahu melabur dalam negeri yang  diurustadbirnya.  


Namun surat sokongan bukan bererti surat kelulusan.


Perlu difahami Nizar menandatangani surat sokongan itu pada 17 Disember,  dan satu dua bulan selepas itu kerajaan negeri Pakatan Rakyat dirompak Umno-BN.


Sesungguhnya, selaku Menteri Besar Nizar akan memberi surat sokongan berasaskan lampiran perakuan positif atau nasihat pegawai (pengarah) jabatan-jabatan berkenaan mengenai sesuatu projek itu. Adalah tidak mungkin Menteri Besar berbuat sebaliknya.


Pun begitu Nizar mempertahankan bahawa dia memberi sokongan berasaskan lokasi yang berbeza..tapi tentulah Nizar tidak akan dapat membuktikannya kerana tidak dalam poisisi untuk mengaseskan dokumen yang ada di pejabat Menteri Besar lagi. Pun begitu, jika ada sekalipun ia boleh dighaibkan.


Malang buat Nizar kerana tentu tidak berdaya mengemukakan bukti bertulis. Namun hakikat yang nyata ialah jika benar projek itu tidak mendatangkan hasil positif pada negeri Perak., DS Zambry Abdul Kadir yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Nizar masih boleh membatalkannya. Zambry tidak berbuat demikian walaupun memiliki waktu yang panjang daripada Nizar iaitu bermula Disember 2008.


Nemun ditegaskan sekali lagi ialah surat sokongan bukan bererti surat kelulusan. Ia masih tertakluk pada lapuran alam sekitar dan sebagainya..


Perkara itu diakui Nizar selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya. 


"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar," kata Mohammad Nizar. 


Zambry berkata isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu. 


Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang telah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh. 


Pakatan Rakyat mencadangkan tetapi yang meluluskan ialah Umno-BN.


Zambry berkata soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Mohammad Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang. 


Vale mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Dis 2008, kata Zambry. 


"Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lesen 
pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri," katanya. 

Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. 

RTM batal siaran debat isu LYNAS

Posted: 04 Apr 2012 07:47 PM PDT

RTM bertindak membatalkan penyiaran Program Bicara Rakyat berkenaan isu Lynas, yang membariskan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan; dan Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai ahli panel.
Ahli Kuantan Environmental Watch Group, Soo Jin Hou berkata, debat itu diadakan pada 16 Mac, dan sepatutnya disiarkan di saluran RTM1 pada 23 Mac lalu.
"Maklum balas dari peserta yang hadir meyakinkan kami bahawa siaran itu dibatalkan kerana Raja Abdul Aziz dan Tan kalah dalam debat tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, satu laporan dibuat kepada kepada Center of Journalism (CIJ) berhubung perkara ini.
Mereka berharap CIJ dapat mendesak RTM untuk menyiarkan program itu nanti demi manfaat orang ramai.

Mubarak cadang calon expired Umno-BN ?

Posted: 04 Apr 2012 07:35 PM PDT

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mahu bekas wakil rakyat tertentu dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya umum ke-13.
    
Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata untuk itu, pihaknya akan menyerahkan senarai nama bekas wakil rakyat itu, terutama anggota Mubarak kepada pucuk pimpinan BN untuk pertimbangan.  
    
"Kita bukan hendak berlawan dengan pemimpin parti, kita buat apa yang kita patut buat dengan cara sukarela dan kalau calon ini (ahli Muabarak) sesuai dan boleh menang, maka kita akan ketengahkan," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Mubarak di Kota Kinabalu semalam.
    
Beliau berkata senarai nama calon berkelayakan itu, termasuk dari Sabah, kini di peringkat akhir penelitian.  
    
Beliau berkata Mubarak akan memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan parti gabungan itu mencapai kejayaan cemerlang pada PRU-13.  - Bernama

Tiada ulasan: