Khamis, 5 April 2012

Addin

Addin


Tarikh PRU 13 Kini Di Tangan Rosmah?

Posted: 05 Apr 2012 10:20 AM PDT

Rakyat Malaysia perlu bertanya kepada Datin Seri Rosmah Mansor samada suaminya Perdana Menteri Najib Razak sudah mendapat satu tarikh yang sesuai untuk pilihanraya umum ke 13 (PRU13)."Beliau berkerja bersama-sama dengan Rosmah bukan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir atau sesiapa saja dalam Umno, Najib sedang mencari satu tarikh yang boleh memberikan ganjaran 2/3 majoriti di PRU13. "Bagi Rosmah dan Najib, perkara ini bukanlah susah kerana semua bekas perdana menteri Umno, termasuklah Pak Lah telah memenangi PRU mereka melebihi 2/3 majoriti apabila pertama kali mereka menerajui Barisan Nasional (BN).

"Ini adalah kali pertama untuk Najib dan mereka berdua adalah pendekar, sudah tentu mereka tidak mahu kehebatan politik mereka kelihatan tidak sehebat para pemimpin terdahulu yang membawa BN ke arah kemenangan," kata Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.

Namun, kata Mustafa , Najib sebenarnya dalam dilemma untuk memilih satu tarikh yang sesuai untuk pilihanraya, kerana seandainya silap, teori RAHMAN akan menjadi kenyataan. Ini kerana, menurut teori RAHMAN, Najib adalah perdana menteri terakhir daripada Umno.

Teori RAHMAN adalah khabar angin yang sering diperkatakan orang mengenai rancangan menyusun turutan perdana menteri di Malaysia. Teori RAHMAN merupakan singkatan kepada nama perdana menteri Malaysia yakni Tunku Abdul (R)ahman, Tun (A)bdul Razak, Tun (H)ussien Onn, Tun Dr (M)ahathir, Tun (A)bdullah dan (N)ajib.

"Najib kini sebenarnya tersepit mencari tarikh yang sesuai untuk PRU13. Terlalu awal, negeri-negeri Pakatan Rakyat mungkin tidak ikut. "Terlalu lambat, segala faktor feel good yang dijana melalui pemberian duit seperti RM100 kepada sekolah rendah, RM200 baucar buku dan RM500 melalui BR1M akan dilupakan," kata Mustafa.

Mustafa berkata pemberian duit bantuan yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa pengundi telah mendapat pembelaan tidak akan bertahan lama. "Untuk kekal perasaan feel good itu, pilihanraya tidak boleh dilengahkan. Seperti kata Mahathir, Melayu mudah lupa," kata Mustafa dengan seloroh.

"Jadi apakah tarikh sesuai untuk Najib? Rasanya Jun hingga pertengahan Julai kerana selepas itu ialah bulan Ramadan, Hari Raya dan orang bersiap hendak pergi menunaikan haji – ia adalah tidak sesuai dan perasaan feel good dah hilang," kata beliau.

Negeri Selangor, pusat pertembungan dalam pilihan raya ini telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan ikut serta PRU13 sekiranya ia diadakan sebelum bulan Jun.

Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain, selain Kelantan belum menyatakan hasrat samada akan turut mengadakan pilihanraya serentak atau tidak.

Dengan itu, Mustafa berkata Najib kini berdepan dengan satu lagi dilemma di mana beliau akan berlawan di PRU13 kemungkinan tanpa hadiah utama, Selangor yang dihajatkannya.

"Kini, PR telah menemui jumlah pengundi hantu yang besar di Selangor, modus operandi yang sama digunakan BN untuk mengalahkan PAS di Terengganu pada 2004.

"Tidak mustahil untuk negeri Pakatan Rakyat untuk menangguhkan pilihanraya ke Mei 2013 untuk membersihkan daftar pemilih terlebih dahulu.

"Najib boleh meneruskan untuk pillihanraya parlimen, dan mungkin menang tapi negeri PR masih kekal," kata Mustafa.

Namun dengan prediksi bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya selamat di tiga negeri iaitu Pahang, Melaka dan Johor, Mustafa bertanya samada Najib berani memanggil PRU13 sekiranya negeri-negeri PR tidak ikut serta.

"Teori RAHMAN akan menjadi kenyataan sekiranya tarikh yang salah dipilih, dan Najib mungkin adalah perdana menteri terakhir daripada Umno dan ketika itu berakhirlah BN," Mustafa memberikan amaran.

Siapakah yang Najib patut rujuk untuk mendapat tarikh PRU13. "Saya rasa Rosmah. Beliau juga ingin kekal terus berkuasa, jadi beliau mungkin memanggil pilihanraya sekiranya rasa BN boleh menang di peringkat parlimen.

"Peranan Rosmah mungkin ialah mengumpulkan segala prediksi daripada ahli astronomi, nujum, bomoh dan feng shui untuk mendapat tarikh yang sesuai," sindir beliau. ~harakahdaily


Isteri Isa Samad Ada Pejabat Di Tingkat 10 Bangunan Felda?

Posted: 05 Apr 2012 09:16 AM PDT

Saya cuba-cuba tanya mengenai kekalutan di Felda sekarang ini tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holidings (FGVH). Saya kira mereka tahu apa yang berlaku di ibu pejabat Felda. Benar. Cerita mereka sama dengan cerita di luar di kalangan peneroka. Penyenaraian FGVH itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menurut mereka. Si isteri suami itu berkebetulan menyediakan satu sistem berhubung penyenaraian itu menjelaskan banyak duit dibelanjakan untuk penyenaraian itu.

Membazir wang peneroka. "Lepas satu sistem satu sistem dibuat, sekejap begitu sekejap begini menyebabkan banyak wang habis, MSO" katanya yang mesra memanggil saya MSO.

Mereka juga bercerita fasal pergolakan dalaman, mengenai pertukaran pegawai dilakukan hampir setiap bulan. Menurut mereka pertukaran itu semata-mata dibuat untuk melindungi sesuatu yang berlaku di dalam Felda. Kemasukan Mohd Isa Samad di Felda menimbulkan banyak masalah dan merosakkan ketenangan dalam Felda.

Sejenak diam cerita perihal pengawai dan penindasan dalam Felda tiba-tiba meletup dari mulut si suami kepada si isteri itu cerita mengenai isteri Pengerusi Felda Mohd Isa Samad bernama Bibi Sharliza Mohd Khalid.

"MSO tahu cerita mengenai isteri Mat Isa?" tanya si suami. "Cerita apa..?" tanya saya sambil meneka mungkin dia hendak beri tahu yang isteri Isa itu adalah seorang puteri Umno yang pernah menjadi wakil rakyat di Negeri Sembilan.

"Dia ada opis di Felda?" katanya menyebabkan saya terbelalak. Fikiran melarang menjabat wajah montok gemuki pendek Rosmah Mansor. Setongkok tubuh Rosmah masuk ke dalam kedua belah biji mata saya. "Kenapa..?" soal saya kehairanan.

"Dia ada pejabat di Felda di tingkat 10?" katanya lagi. "Untuk apa, apa faedahnya...takkan nak temankan Isa sampai ada pejabat?" rungut saya nada bergurau kemudian mahukan kepastian; "Mungkin dia pergi jumpa suami dia, je.."

Oh kalau begitu si Bibi ini sudah jadi macam Rosmah. Apakah dia meniru Rosmah? Rosmah waktu awal-awal dulu ada pejabat di lantai (tingkat) pejabat suaminya. Sebaik sahaja Najib Razak dilantik menjadi perdana menteri, diperluaskan lagi pejabat itu. Tidak pasti apakah pejabat Rosmah di JPM itu masih ada atau pun sudah di pindah ke Kuala Pilah apabila ramai orang mempertuturkannya.

Saya tidak fikir Bibi seperti Rosmah, gara-gara nak jaga suami sampai buat pejabat dekat pejabat suami? Tetapi perkara-perkara jaga suami begini tidak mustahil. Biasanya suami ada skandal atau afair dengan staf menyebabkan isteri jadi pening kalau duduk di rumah? ~mso

 

Gambar Gelagat Melampau United Malays No Otak

Posted: 05 Apr 2012 07:54 AM PDT


Tengahari tadi Umno Putrajaya berkumpul dan mengoyakkan akhbar Harakah di Medan Selera Presint 8, Putrajaya. Kenapa tindakan tersebut dibuat di Medan Selera Presint 8 dan bukan di pejabat Umno Presint 14?

Kalau ikutkan pejabat Umno Presint 14 lebih umum dan terdedah kepada khalayak ramai. Umno Putrajaya memilih Medan Selera Presint 8 kerana salah seorang pimpinan tertinggi PAS Putrajaya berniaga kedai makan disitu! ~nadarakyat


Gaji Kita Lebih Teruk Daripada Jamaica Dan Bostwana.. Ini Buktinya

Posted: 05 Apr 2012 04:56 AM PDT

Selalunya kerajaan UMNO BN akan bandingkan harga petrol dengan negara jiran. bandingkan harga gula dengan negara jiran. Selalu mencanang kita jauh lebih maju banding certain2 negara. Hari ni, jom kita bandingkan satu lagi benda yg pastinya UMNO BN tak berapa berani nak bandingkkan, iaitu PURATA TANGGA GAJI. Sila lihat senarai yg aku sertakan di dalam blog ni. Ini adalah carta purata gaji negara2 di dunia ni mengikut kadar dolar US. Purata gaji dunia adalah pada kadar USD 1,480 sebulan.

Persoalan, dimanakah kita?

Ya - kita berada di bawah purata gaji dunia, dan ketinggalan berbanding Singapura, Jamaica dan Botswana. Maybe puak2 UMNO akan bising mengatakan "memang la gaji kita nampak sikit kerana kadar tukaran mata wang". Soalnya, apakah nilai tukaran mata wang Jamaica dan Botswana ke dalam dolar US tu jauh lebih baik banding kita? Ya, jawapannya tidak.

Aku ambil contoh lain - satu dolar US adalah bersamaan 7 dolar Hong Kong dan 3 ringgit Malaysia. But then, tangga gaji Hong Kong jauh lebih tinggi banding kita. Spain yg sedang mengalami krisis ekonomi pun jauh lebih baik tangga gaji depa banding dengan kita.

Apa maksudnya ni? Najib baru melolong beberapa hari lepas tentang PENDAPATAN PER CAPITA rakyat malaysia RM30,070. Tapi hakikat sebenarnya adalah berlaku PENGAGIHAN KEKAYAAN yang sangat ZALIM.

Yang kaya (KRONI) mendapat laba dari harta rakyat, dan majoriti rakyat cuma makan sisa-sisa dari kekayaan negara mereka sendiri. Hakikatnya kita telahpun MEREMPAT di negara sendiri sebelum sesiapa pun menyentuh tampuk kuasa negara.

Kalau nak check source, layari sini.

Sumber

Ketua Umno Cawangan Ugut Bunuh Surirumah Kerana Pasang Bendera PAS

Posted: 05 Apr 2012 01:20 AM PDT

Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan Polis di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU. Ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan di Bukit Baru hari ini.

"Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan.

Berikutan dengan kejadian itu Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil Yani Ismail telah membuat laporan Polis petang ini.

Yusof berkata perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita disebelah rumah surirumah OKU ini, hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah".

"Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah. ~jasindaily

Gambar Ustaz Don (TV Al-Hijrah) Ziarah Ustaz Ismail Kamus

Posted: 04 Apr 2012 10:20 PM PDT


Yang muda hormati yang tua.. baru berkat.. Sempoi je penampilan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid personaliti TV Al- Hijrah.



Ustaz pun hormati ustaz.. Pemimpin Umno macam mana? Hanya mempersendakan sahaja golongan agama dan hanya digunakan bila waktu tersepit sahaja..


Malaysia Negara Paling Selamat, Bekas Ketua Wanita Umno Maut Di Serkup Selimut, Bantal

Posted: 04 Apr 2012 06:11 PM PDT

ALOR GAJAH - Bekas Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis, ditemui mati dalam keadaan hidung berdarah di kediamannya di Batu 24, Kampung Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina, Masjid Tanah, dekat sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata Sareah Abd Rahman, 78, ditemui seorang anak lelakinya, Abd Ghafar Daud, ketika berkunjung ke situ jam 8 pagi.

(Gambar) Cucu mangsa, Azniza Abd Latif (kanan) tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat Sareah (gambar kecil) di Alor Gajah, semalam.

Katanya, polis belum dapat mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

"Mayat wanita ini ditemui dalam keadaan terbaring atas katil di bilik tengah rumahnya dengan muka ditutup kain selimut dan bantal. Pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

"Siasatan awal polis setakat ini mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah itu, manakala barangan berharga termasuk wang tunai juga tidak hilang.

Berdasarkan soal siasat, kali terakhir dia dilihat pada jam 3.30 petang kelmarin," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sareah yang juga saudara kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar menjadi Ketua Wanita UMNO cawangan Solok Limau Nipis pada awal 1980-an dan bersara daripada politik sejak lebih 15 tahun lalu.

Umar Ali berkata, pihaknya perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-5562222.

Sementara itu, Abd Ghafar, 57, berkata beliau setiap hari menghantar sarapan kepada ibunya sebelum ke tempat kerja.

"Saya memanggil emak tetapi dia tidak menyahut. Saya kemudian meninggalkan sarapan untuknya dan terus ke tempat kerja.

"Apabila balik semula untuk memeriksa keadaannya, saya menemui emak terbaring di atas katil," katanya. ~beritaharian

Addin:

Al-fatihah..

SPR, MKN Dan JPN Daftar Warga Asing Sebagai Pengundi?

Posted: 04 Apr 2012 04:55 PM PDT

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang. Mahfuz dipetik oleh organ rasmi PAS Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Nama-nama mereka tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara menunggu pengesahan.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Berikutan itu, beliau mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu, tambahnya, boleh memanggil mereka yang terlibat.

Ketika ditemui kemudian, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut. "Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu "amat serius" dan melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad.

Polis, bagaimanapun, mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan. ~malaysiakini

Tiada ulasan: