Rabu, 4 April 2012

shalehudin

shalehudin


Annuar Bersalah...

Posted: 04 Apr 2012 11:00 AM PDT

FAM putuskan Annuar Musa bersalah, digantung 2 tahun 6 bulan

KELANA JAYA: Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa hari ini atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, berkata pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan. Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.

Katanya, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.

Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.

Wajib baca pasai apa depa ramai2 terjun kapai... kahkahkah...

Posted: 04 Apr 2012 09:00 AM PDT

Bosan konflik punca 69 ahli keluar Umno

RANTAU PANJANG : Bosan dengan konflik yang tiada penghujung melanda Umno bahagian ini menyebabkan ramai pemimpin di peringkat akar umbi bertindak keluar daripada parti tersebut.

Bagi mereka hubungan dingin Ketua Bahagian, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail tidak mampu dipulih lagi, biar pun ada kenyataan menggambarkan keadaan sebaliknya

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Kedap, Abdul Rashid Daud berkata, permusuhan di peringkat bahagian belum reda kerana masing-masing mahu menjadi ketua.

Katanya, situasi itu sudah merebak ke peringkat akar umbi sehingga menyebabkan aktiviti parti tidak dapat diadakan seperti biasa.

"Pemimpin Umno Rantau Panjang tidak berkesudahan bermusuhan sesama sendiri. Sedangkan PAS nampak lebih padu perjuangan mereka.

"Sebab itulah kami merasakan tidak teragak-agak dan tiada sebab tidak mahu menyokong PAS. Perjuangannya bersandarkan agama," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai PAS beramai-ramai malam tadi.

Seramai 69 ahli dan penyokong Umno dari Cawangan Kampung Dangar dan Kampung Kedap menyerah borang menyertai PAS di majlis tersebut.

Borang berkenaan diserah Wan Zaidi Wan Hanapi kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang diadakan di rumah bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Dangar, Ismail Daud.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang.

Sebelum ini konflik yang melanda Umno Rantau Panjang mengundang campur tangan Perhubungan Umno Kelantan. Biar ada kenyataan hubungan Abdullah dan Mohd Zain sudah pulih, namun keadaan di akar umbi menggambarkan sebaliknya.

Sementara itu di Kubang Kerian difahamkan lebih 300 bekas ahli dan penyokong Umno di bahagian terbabit dijangka menyerah borang menyertai PAS dalam masa terdekat ini. Sempena program itu diadakan ceramah perdana dihadiri Menteri Besar.- DD

PANAS: Dari sumber dalaman PKR...

Posted: 04 Apr 2012 08:00 AM PDT

Wan Azizah & Shamsidar Adakan Sidang Media Bersama Minggu Depan

INI berita terbaru yang diterima dari sumber dalaman penulis di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali dilapor akan mengadakan satu sidang media bersama pada minggu hadapan.

Tujuan sidang media bersama ini ialah untuk membetulkan salah tanggap banyak pihak mengenai perhubungan kedua mereka yang kini menjadi senjata musuh politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjahanamkan karier politik beliau.

Semuanya gara-gara fitnah yang mengatakan Shamsidar mempunyai hubungan sulit dengan Anwar sewaktu beliau masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi, sehingga mencetus perang dingin antara Shamsidar dengan Wan Azizah sehingga sekarang.

Sampai ke satu tahap, fitnah ini antara lain mendakwa Shamsidar mempunyai hubungan sulit dalam bentuk seksual dengan Anwar yang membawa kepada kelahiran seorang anak perempuan pada 1997.

Begitulah besar fitnah yang dilemparkan musuh politik Anwar (dengan restu UMNO) untuk menjatuhkan karier politiknya.

Maka itu kedua wanita tersebut terpanggil untuk mengadakan sidang media bersama bagi membersihkan nama dan maruah keluarga masing-masing daripada terus diperkotak katikan musuh politik Anwar, kerana pendekatan tidak mahu melayan selama ini tidak berjaya menghentikan dakwaan karut ini dari terus berlarutan.

Sumber yang sama memaklumkan kepada penulis, hubungan Wan Azizah dan Shamsidar sebenarnya adalah sangat rapat. Shamsidar dikatakan banyak membantu Wan Azizah mengendalikan hal keluarga Presiden PKR itu sewaktu Anwar ditahan di dalam penjara selama 6 tahun kerana dakwaan liwat dan salah guna kuasa.

Di antara kesibukan Wan Azizah menguruskan PKR dan kes mahkamah Anwar pada waktu tersebut, ditengah-tengah itulah Shamsidar hadir membantu dalam soal yang berkaitan keluarga beliau.

Walaupun tidak pernah digambarkan berdua, itu bukan alasan untuk mengatakan kedua-duanya bermusuhan. Malah tidak keterlaluan untuk penulis katakan, jika Azmin orang yang paling dipercayai Anwar, Shamsidar pula adalah orang kepercayaan Wan Azizah – berkongsi susah senang sewaktu ketiadaan Anwar.

Untuk menguatkan lagi fakta mengenai keakraban kedua wanita tersebut, sumber memberitahu penulis, Wan Azizah menyimpan banyak koleksi pasu yang kebanyakkannya dihadiahkan sendiri Shamsidar kepada beliau!!

Justeru, mana logiknya mengatakan Wan Azizah dan Shamsidar "berperang dingin"?

Ini jelasnya, adalah satu lagi fitnah jahat UMNO tapi dengan strategi memperalatkan orang-orang yang pernah rapat dengan Anwar dan orang yang sememangnya membenci Anwar kerana 'cinta'nya ditolak pemimpin suci Pakatan Rakyat tersebut seperti Ummi Hafilda.

Laman ini sebenarnya mengalu-ngalukan tindakan yang bakal diambil Wan Azizah dan Shamsidar.

Perkara ini sepatutnya telah dilakukan lama dahulu kerana untuk sekian lama, adu domba mengenai kononnya hubungan sulit Shamsidar dan Anwar ini menjadi antara penghalang kepada sokongan yang lebih besar untuk PKR dan Pakatan Rakyat.

Harapannya selepas sidang media bersama ini diadakan, semua fitnah dan khabar angin yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar ini akan lenyap dengan sendiri.

Bolehlah selepas itu Pakatan Rakyat menumpukan kepada agenda yang lebih besar, iaitu menggantikan BN diperingkat pusat dengan memenangi pilihanraya umum akan datang.- SPR

Hassan Ali tekan salah butang daa... kahkahkah...

Posted: 04 Apr 2012 05:30 AM PDT

Dr Hasan Ali tersalah zaman

Sebagai umat Islam secara peribadi saya simpati dengan isu murtad yang dibawa olih Datuk Dr. Hasan Ali kerana memanglah perkara akidah perlu diambil perhatian serius apa yang berlaku.

Sekarang ini dimana orang Melayu yang menjadi murtad bertambah disebabkan berkemungkinan kesempitan hidup dan kurangnya didikan agama hingga ada yang umat Islam atas namanya sahaja tetapi tidak pernah berpuasa, berzakat apa tah lagi untuk mengerjakan solat tidak pernah dilakukan seumur hidupnya. Ini adalah realiti apa yang berlaku dan tiada siapa yang peduli permasalahan sebegini.

Yang sebenarnya Datuk Dr. Hasan Ali tersalah zaman untuk mendedahkan apa yang dikatakan murtad itu kerana kalau 30 tahun atau pun setidak-tidaknya 20 tahun dahulu berkemungkinan ianya berita sensasi yang bolih meronton jiwa Melayu mendengarnya.

Tetapi di zaman di mana pembuangan bayi merata-rata dan ianya tidak menjadi berita tergempar lagi sudah pasti berita yang serupa atau seakan-akan dengannya tidak menjadi berita hangat lagi kerana manusia kini sudah lali saperti juga berita bapa rogol anak kandungnya sendiri dan melahirkan pula anak haram itu sudah menjadi perkara biasa.

Kalau ditahun-tahun 60an dahulu apabila terdengar orang yang melakukan zina disesebuah kampung itu maka gemparlah seluruh masyarakat setempat dan rasa panik terasa sangat apabila mendapat berita sebegitu.


Tetapi kini berita penzinaan sudah menjadi berita biasa dan perlakuan sumbang mahram serta seks sesama jenis saperti homoseks dan lesbian juga hampir tidak terkawal lagi untuk dipantau kerana bukan mudah untuk menjejaki gejala yang terlaknat ini dikesan.

Penyalahan pengunaan dadah juga sudah berluasuasa dimana bukan sahaja ganja dan morpin yang mereka telan tetapi berbagai-bagai jenis pil yang bolih membunuh itu dengan cepat telah berada dimana-mana.

Saya tidak nafikan bahawa niat Datuk Dr. Hasan Ali itu baik tetapi untuk menjadi 'hero' dalam isu menangani masalah murtad ini perlulah diambil kira dan buat kajian selidik dari akar umbinya lagi bagaimana dan macam mana ianya bolih terjadi dan siapakah dalang sebenarnya apabila berlakunya murtad dikalangan umat Islam dan bukannya terus membuat andaian atau menuduh orang itu dan ini apabila berlaku perkara sebegini.

Tidak perlulah turun kepadang atau kepentas dewan untuk berkempen untuk menyalahi sesiapa tetapi perlulah berceramah dengan berkhemah mengikut adat resam dan berpandukan ajaran Islam bagaimana menangani dan macam mana untuk mengatasi atau pun sekurang-kurangnya menyekat gejala murtad ini merebak tanpa menyalahi sesiapa dengan bijaksana sebagaimana yang diajar olih Baginda Rasulullah SAW.

Buat apa berkempen atas isu ini kalau semakin hari semakin kurang yang berminat untuk mendengarkannya dan lebih baik Dr. tumpukan kem motivasi atau pun buat kerja-kerja kebajikan yang bolih manfaatkan umat islam.

Syed Abdullah Jamalullail
AMPANGAN SEREMBAN



Syok woo boleh dok tibai Mahathir camnie... kahkahkah...

Posted: 04 Apr 2012 04:41 AM PDT

Mahathir kritik warisannya sendiri, baguslah!

Dr Mahathir berkata yang UMNO sedang kehilangan ahli yang mampu menjadi pemimpin. Kekurangan ini disebabkan ramai orang Melayu yang berkelayakan tidak mendapat tempat kerana mereka takut dengan kehadiran mereka yang berwatak baik, berpelajaran dan berpendidikan professional dalam UMNO. Dalam PRU yang akan datang Mahathir mahukan UMNO menurunkan calon yang baik dan mendapat sokongan ramai.

Saya merasa gembira yang Mahathir mempunyai pandangan seperti ini, tetapi persoalannya kita ingin bertanya kepada Mahathir kenapa dan siapa yang memulakan budaya mengenepikan pemimpin yang berguna kepada rakyat dan membawa mereka yang tidak berguna untuk menjadi orang penting didalam UMNO dan kerajaan selama ini?

Bukankah beliau yang memulakan budaya mengambil dan menaikkan mereka yang hanya digunakan untuk memperkuatkan kedudukan beliau sahaja semasa beliau mula mengambilalih kepimpinan sehinggalah beliau berhenti pada oktober 2003 dahulu?. Budaya menaikkan hanya 'yes man' dan 'yes sir' bermula dengan jelas semasa beliau memimpin kita. Mahathir dengan begitu sistematik telah berjaya mengenepikan sesiapa sahaja dikalangan pemimpin yang beliau anggap sebagai pencabar kepada beliau.

Budaya yang dibentuknya terus menerus berkembang selepas beliau meletakkan jawatan setelah mengepalai kerajaan selama 22 tahun. Beliau tidak pernah membina barisan pelapis kepada kepimpinan yang baik malah beliau telah membunuh semua mereka yang berpotensi untuk memimpin negara dengan baik. Semasa zaman beliau lah ramai pengampu dan pembodek menyertai parti itu dan menaiki tangga kepimpinan dengan hanya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada beliau.

Mahathir memerlukan sokongan biar pun sokongan membuta tuli. Akhirnya semua tahu yang beliau hanya bermatlamatkan untuk berkuasa dan perjuangan peribadi beliau berjaya sehingga beliau menjadi PM selama 22 tahun. Bayangkan selama 22 tahun kepimpinan negara tidak pernah digilapnya sehingga wujud kekosongan dalam kepimpinan negara dengan begitu ketara.

Yang tinggal hanyalah mereka yang menjadi pemimpin melalui kegiatan membodek dan mengampu sahaja. Jika beliau benar-benar membina pimpinan pelapis dengan serius orang seperti Abdullah Badawi dan Najib tidak mungkin menjadi PM yang hanya memenuhi masa untuk menempelkan kepimpinan yang begitu 'artificial'

Isu moral, nilai dan etika kepimpinan tidak menjadi alat pengukur lagi untuk menjadi orang penting kepada UMNO semasa Dr Mahathir menjadi pemimpin utama kita. Kriteria untuk menaiki tangga kejayaan politik hanyalah satu; iaitu memberikan sokongan peribadi yang tidak berbelah bagi. Samada seseorang itu adalah perasuah tegar, keperibadian yang tidak semenggah atau tidak ada 'sisik' kepimpinan tidak mengapa kepada Mahathir. Yang penting 'kamu mesti menyokong aku sebab aku hendak menjadi pemimpin kalau boleh buat selama-lamanya'.

Itulah sebabnya setelah beliau mentadbir begitu lama dan terpaksa meletakkan jawatan kerana desakan banyak pihak, Dr Mahathir telah mewariskan kepada kita pemimpin-pemimpin yang tidak memahami bagaimana hendak mentadbir negara. Itu jugalah sebabnya negara kita kini ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir negara seperti mentadbir persatuan sepak takraw dan persatuan gasing. Tidak ada lagi pemimpin yang 'magnanimous' yang boleh diyakini oleh rakyat terutamanya kepada rakyat yang bermaklumat.

Kini kita menerima warisan Mahathir yang mana semua sistem dan institusi demokrasi negara yang telah hancur lebur. Sistem kehakiman dan perundangan sudah tidak lagi diyakini bukan sahaja oleh rakyat kita sendiri, tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa. Badan Kepolisisan (Polis) diragui oleh rakyat dan terlalu banyak tuduhan dibuat terhadap "attorney general" serta bekas ketua polis negara dan segala tuduhan itu tidak pula dibersihkan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh itu.

Dizaman Mahathir itulah kita menyaksikan segala yang telah berjaya dibina telah diporak perandakan. MAS yang semasa sebelum zaman Mahathir merupakan syarikat penerbangan negara yang paling 'premium' sekarang ini telah diperkosa dan di'cannibalized' oleh kroni Mahathir. Zaman ini jugalah BBMB yang menjadi kebanggaan orang Melayu kini sudah tiada lagi dan dikuasai oleh keluarga yang berpengaruh dalam negara ini.

Apa yang terjadi kepada PERNAS dan banyak lagi kepada semua 'public companies by guarantee' kepunyaan rakyat, telah diperkosa oleh mereka-mereka yang diberikan tanggungjawab untuk mentadbir syarikat-syarikat tersebut. Dizaman Mahathir lah terbentuknya budaya orang kaya baru dikalangan mereka yang diberi amanah untuk menjaga syarikat-syarikat kerajaan yang terbang dengan jet-jet eksekutif seolah-olah mereka ini menjadi 'corporate captain' di atas kepandaian dan kebijaksanaan masing-masing.

Sekarang ini Mahathir pula yang mengatakan UMNO sudah tiada kepimpinan. Kekosongan pimpinan dalam UMNO bermula dari zaman beliau. Pandangan beliau yang ramai cendiakawan yang telah menyertai parti lain itu bermula dari zaman beliau kerana mereka yang bijak dan mempunyai pandangan yang membangun telah menyebabkan kepimpinan disemua peringkat UMNO itu menolak mereka-mereka (professional) ini.

UMNO kini telah menjadi parti mundur. Mahathir sendiri mengakui tidak berapa lama dahulu yang UMNO itu telah busuk sehingga ke ususnya. Ini kata-kata Mahathir sendiri, bukannya kata-kata mereka yang dari pembangkang. Mahathir telah menyalahkan pembangkang dan membuat berbagai tuduhan dan tekanan terhadap pihak alternatif. Mahathir berkata yang negara akan huru hara jika pembangkang mengambilalih.

Huru hara ini sebenarnya hanya boleh dilakukan oleh UMNO kerana mereka terlalu takut dan gusar dengan arus penentangan terhadap UMNO masa kini. Maklumlah sudah begitu lama berkuasa, apabila kuasa hilang mereka tidak dapat untuk menerimanya. Itulah sistem demokrasi acuan UMNO seperti yang selalu disebutkan oleh Mahathir sendiri. Kemenamgan itu hanya hak UMNO sahaja. Tetapi apabila UMNO itu tidak memberikan keuntungan, Mahathir bertindak keluar dari parti yang beliau tubuhkan sendiri pada tahun 1998 dahulu.

Mahathir boleh keluar UMNO. Orang lain keluar UMNO tidak boleh. Mahathir boleh bunuh UMNO tetapi sesiapa yang menentang UMNO itu orang jahat, melainkan beliau sendiri bertindak keluar UMNO itu.

Sekarang kita lihatlah apa yang sedang diwariskan oleh Mahathir kepada negara ini. Kita berharap Mahathir akan terus sihat walafiat dan hidup lebih lama lagi untuk melihat apa yang berlaku kepada rakyat khususnya orang Melayu hasil dari warisan beliau ini. Kini UMNO tidak mungkin dapat memperbaiki diri sendiri. jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri.

Saya yakin Mahathir sangat puas dengan apa yang beliau lakukan selama ini.


TERKINI: Hassan Ali sedang bersedih... kahkahkah...

Posted: 04 Apr 2012 01:00 AM PDT

Ceramah Hasan Ali guna kemudahan MDK. Belakang tu Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai


TERKINI!!! Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar

Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza.-DHA

Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan , mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen.

Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah?

Nak ceramah Selamat Akidah , ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad.

Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar , sebab UMNO sakit mata.

Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS.

Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah , ini tidak dok belasah PAS , dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR.

Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek , macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun , polis tak ambil tindakan.

Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah , berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar.

UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu.

Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar?- PASPB

Jom ikut nasihat Najib... kahkahkah...

Posted: 03 Apr 2012 11:00 PM PDT

Mari kita ikut nasihat Najib

Sekalung bunga harus diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana keikhlasan beliau menyampaikan nasihat yang baik kepada para pengundi Malaysia menjelang pilihan raya umum akan datang.

Nasihatnya kepada para pengundi, dengan menjadikan contoh pemandu kenderaan sebagai kerajaan amatlah baik sekali, iaitu "janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya".

Umum mengetahui bahawa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO sekarang memang amat diragui dan bahaya. Rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, amalan perkauman, politik membenci agama dan kaum lain serta salah urus ekonomi yang membebankan semua lapisan rakyat amat membahayakan negara.

Umum sedar bahawa slogan1Malaysia ciptaan Perdana Menteri hanyalah omong kosong yang ditolak sendiri oleh para pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gemar bermain politik perkauman.

Gelaja rasuah yang amat parah di mana kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International menjunam teruk ke tangga 60 pada 2011, menjadikan negara kita di tahap paling korup dalam tempoh 55 tahun di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

Sampaikan manusia-manusia yang terlibat dalam rampasan kuasa UMNO-BN di Perak pada 2009 yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui rasuah politik sanggup diberi habuan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) bernilai RM2.2 bilion dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion.

Malah, umum sedar betapa jijiknya cara kerajaan UMNO-BN menangani skandal NFCorp di mana amanah menternak lembu untuk membekalkan daging kepada rakyat telah menjadi wang joli untuk keluarga seorang menteri. Lebih teruk lagi keluarga ini masih mahu menegakkan benang yang basah dengan angkuh dan bongkak sekali.

Begitu juga kemaruk kerajaan UMNO-BN yang mahu menyenaraikan gergasi Felda ke bursa saham tanpa mempedulikan rintihan para peneroka yang telah mengorban masa, tenaga dan keringat selama beberapa generasi untuk membangunkan tanah-tanah rancangan yang menjadi kebanggaan negara.

Maka, jelaslah nasihat Najib kepada pengundi supaya memilih "pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat", sememangnya merujuk kepada Pakatan Rakyat.

Dengan hanya diberi mandat kecil memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, kehebatan, ketelusan, kejujuran dan kecekapan tanpa rasuah serta penyelewengan membuktikan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara.

Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP – kini sedang lancar berusaha mendapatkan mandat rakyat untuk memulihkan negara yang sudah parah dikerjakan oleh UMNO-BN sejak lebih separuh abad.

Para pengundi sudah faham bahawa UMNO-BN adalah apa yang digambarkan oleh Najib sendiri sebagai kerajaan yang "hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan".

Dengan kata-kata Perdana Menteri bahawa "makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya", para pengundi sudah jelas di hati dan minda bahawa pilihan yang terbaik untuk PRU ke-13 nanti adalah Pakatan Rakyat. – Roketkini.com


BEDEBAH BETOI: Najib buat pulak dahh...

Posted: 03 Apr 2012 09:00 PM PDT

Transformasi kepala hotak hampa lagu nie...

Kroni di utamakan... rakyat di perhambakan...
Buat puak2 bangsa UMNO, jilat la BN lagi dan undi la BN lagi...

Biaq sampai tinggai lidah ngan gusi... hehe...

TERKINI: Ni dia orang PAS Penang dah jawab...

Posted: 03 Apr 2012 07:00 PM PDT

Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit - Mujahid Yusof

Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang.

Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.

Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang.

1. Faktanya ialah pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPPP tahun 2006 adalah berdasarkan kepada penyerahan oleh syarikat sebelumnya yang gagal membangunkan tapak tersebut walaupun fasa 1 pelan telah diluluskan.

Semua sudah sedia maklum apabila tanah ini diambilalih oleh pemaju baru yang membelinya secara tender terbuka, satu pelan pembangunan baru mesti diserahkan kepada MPPP kerana pelan yang lama tidak diperakui lagi. Pelan baru belum diserahkan untuk pembangunan lagi.

2. Faktanya juga ialah ketika tanah yang diperuntukkan untuk tapak mesjid telah diluluskan pada ahun 2006, mengapakah kerajaan BN/Umno ketika itu tidak mengambil inisiatif untuk memecah lot itu dan menggazetkannya untuk diserahkan kepada MAIPP sedangkan mereka mempunyai masa 1 tahun lebih untuk berbuat demikian sebelum Pakatan ambil alih.

Tiba-tiba kerajaan hari ini pula disalahkan dalam isu tanah mesjid.

3. Faktanya juga tanah untuk mesjid diwajibkan sebagai syarat untuk lulus jika kawasan itu mempunyai rumah lebih dari 1,300 atau 1,500 unit.

Kaedah yang sama akan terpakai jika penyerahan pelan baru dibuat bagi pemaju yang membeli tanah tersebut hari ini.

4. Faktanya tidak ada pengazetan tanah tersebut di MAIPP untuk tujuan tapak mesjid dan kerana itu tidak timbul soal menjual tapak mesjid seperti yang didakwa.

Berdasarkan kepada fakta di atas khusus tentang soal tanah mesjid, saya menyeru kepada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang supaya jangan bermain isu ini dengan niat menimbulkan sentimen kebencian seolah-olah kerajaan Pakatan di Pulau Pinang menidakkan hak orang Islam di Pulau Pinang.

Kami dari PAS berdiri teguh mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagaimana kami terus membela kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam tawaran kami kepada rakyat.

Kami juga berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam usaha beliau bersama PAS membawa politik yang lebih adil untuk semua rakyat di Pulau Pinang.

Carilah modal politik yang lain seperti menawarkan manifesto yang lebih menarik kepada orang ramai untuk mendapat sokongan tetapi jangan sekali-kali bermain api kebencian kelak nanti akan membakar diri sendiri.

-Dr Mujahid Yusof

Penulis adalah Ahli Parlimen Malaysia kawasan Parit Buntar dan anak jati Pulau Pinang.

HOT: Muka mangkok yang tumbuk Adam Adli: Video

Posted: 03 Apr 2012 05:00 PM PDT

Video : Adam Adli ditumbuk di Kampung Kerinchi

KUALA LUMPUR: Proses pengosongan flat PKNS Kampung Kerinchi awal pagi ini dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terbabit bersama anggota yang didakwa dari Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Tiga aktivitis mahasiswa yang terlibat ialah Adam Adli Abd Halim, Safwan Anang dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

Adam Adli menjadi sasaran utama kumpulan terbabit sehingga mengalami cedera ringan apabila ditumbuk di mata kiri dan mulut.

Kehadiran Adam dan dua rakannya yang lain kurang disenangi sebahagian penduduk dan kumpulan berkenaan.

Insiden pergaduhan bermula apabila ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di salah sebuah flat yang akan dirobohkan.

Keadaan mulai tegang apabila kumpulan berkenaan menjerit mengarahkan Adam turun dan tidak mencampuri urusan pengosongan flat tersebut.

Ketika Adam dan dua rakan lain turun, mereka diserbu dan pergaduhan tercetus sehingga dileraikan oleh anggota polis.

Beberapa minit kemudian, seramai lapan anggota FRU mulai mengawal keadaan manakala Ekhsan Bukharee dibawa ke balai polis Lembah Pantai dan dilepaskan setelah sejam ditahan.

Detik cemas

FMT menemui Adam dan Ekhsan Bukharee kemudian menceritakan detik cemas yang menimpa mereka.
Menurut Adam kehadiran mereka sekadar memberi sokongan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam proses pengosongan flat terbabit.

"Orang kampung minta tolong agar kami (mahasiswa) memberi sokongan. Ketika kami naik ke flat itu ada ahli keluarga yang menangis jadi kami memberi sokongan dari sudut moral. Saya faham kami tidak boleh masuk campur dalam hal ini.

"Ketika kami mula naik ke tingkat tiga flat itu, provokasi telah pun bermula. Apabila saya turun ada dua orang datang tumbuk saya," kata Adam.

Ekhsan Bukharee pula berkata beliau dibawa ke balai polis atas alasan keselamatan terhadap dirinya.

"Saya ditahan selama sejam dibalai dan kemudian dilepaskan. Mereka (polis) bawa saya untuk elak saya dari diserang," jelasnya.

Proses pengosongan flat Kerinchi ini dijadualkan dibuat awal pagi tadi, namun masih mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang enggan berpindah atas sebab tertentu.

Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai agar dapat membuat persediaan untuk berpindah - FreeMalaysiaToday


Murtabak ayam, murtabak lembu...

Posted: 03 Apr 2012 03:00 PM PDT

Indah rupa dari khabar

Catatan awal mengenai kunjungan ke Kota Bharu, Kelantan yang dikatakan "mundur" dan "miskin".

Sebenarnya, sejak setahun lalu, selepas menjadi penulis sepenuh masa, saya begitu ingin ke Kota Bharu, Kelantan untuk menikmati suasana di sana. Kali terakhir – juga pertama kali – saya ke sana pada 1995 sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Kem Kijang.

Baru-baru ini, pihak tertentu sibuk mengeluarkan kenyataan betapa miskin dan mundur negeri Kelantan. Pasti sahaja segala kenyataan itu bertujuan politik; apatah lagi Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Maka, pada akhir Februari lalu, saya mengambil keputusan untuk ke Kelantan – khususnya Kota Bharu – untuk melihat sendiri segala "kemunduran" dan "kemiskinan" yang diperkatakan pihak berkenaan.

Bagi saya, daripada bergantung serta percaya bulat-bulat pada apa yang dikatakan orang, lebih baik saya pergi sendiri untuk melihat, mengalami serta merasai sendiri suasana sebenar di sana.

Sebaik sahaja saya menyatakan keinginan untuk ke Kota Bharu menerusi ruangan status di Facebook, reaksi positif yang diterima amat memberangsangkan.

Begitu ramai rakan-rakan di ruang siber – kebanyakannya belum pernah saya temui secara bersemuka – tampil "mempersilakan" saya melakukan kunjungan yang dirancang.

Mereka yang bukan anak Kelantan juga menyokong cadangan saya untuk ke Kota Bharu; khususnya apabila saya sudah menyatakan sejak awal bahawa saya mahu menulis siri artikel berdasarkan pengalaman saya ke tempat berkenaan.

Harus saya akui bahawa sebelum saya membeli tiket bas ekspres untuk ke Kota Bharu, saya sudah pun dapat merasai kemesraan, kesantunan serta segala nilai positif yang terdapat dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan.

Begitu ramai rakan-rakan di Facebook yang mencadangkan tempat-tempat yang perlu dilawati dan makanan yang perlu dicuba. Begitu juga beberapa frasa penting dalam loghat tempatan yang wajar saya ketahui untuk memudahkan komunikasi.

Maka, saya tidak was-was untuk pergi ke Kota Bharu walaupun saya tidak ada kenalan atau saudara-mara di sana. Saya pergi sebagai "orang luar" untuk mendapatkan pengalaman baru secara objektif.

Rombongan besar

Saya tidak pernah menyangka bahawa segala urusan akan menjadi begitu mudah. Amy Suzani Mohd Ainuddin, salah seorang mangsa royalti teks Komsas, menawarkan untuk mengatur tempat penginapan dan perjalanan sepanjang saya di Kota Bharu.

Begitu juga, Nur Hidayah dari Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Yaatim) tampil menyatakan kesediaan untuk mengatur program yang sesuai sepanjang saya berada di sana.

Seorang lagi mangsa royalti teks Komsas, Rohani Deraman yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Johor Bahru turut melahirkan keinginan untuk ke Kota Bharu.

Maka, akhirnya, kami semua bertemu di Kota Bharu pada 11 Mac 2012 untuk sama-sama merasai suasana yang dilabelkan sebagai "mundur" dan "miskin" oleh pihak tertentu atas kepentingan politik.

Pada masa sama, Nik Faridah Mamat yang menyertai Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pada 26 Februari lalu mencadangkan supaya saya tidak melepaskan peluang bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tentu sahaja saya mahu bertemu Tok Guru! Saya pernah dibawa mengunjungi beliau pada 1995 dan saya dapat melihat serta merasai sendiri sifat-sifat mulia yang dimiliki pemimpin itu.

Hasil maklumat yang diberikan Nik Faridah, saya berjaya menghubungi Wan Nik Wan Yussof, setiausaha politik kepada Menteri Besar Kelantan. Dipendekkan cerita, beliau bersedia mengatur pertemuan seperti yang dihajati.

Sekitar seminggu sebelum saya bertolak ke Kota Bharu, Tasya iaitu anak Amy Suzani dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan. Nur Hidayah mengambil alih "tugas" untuk mengatur aktiviti sepanjang saya dan rakan-rakan penulis berada di Kota Bharu.

Nur Hidayah juga mendapatkan bantuan adik angkatnya, Abdul Mutalib Awang untuk menjadi pemandu kereta dan pemandu pelancong selama empat hari saya di sana. Pemuda berumur 23 tahun itu sanggup mengambil cuti bagi memastikan tetamu mendapat layanan yang sempurna.

Turut sama dalam "rombongan" ini ialah Zainab Ngah, seorang penulis dari Perak yang kini menetap di Terengganu. Walaupun kesihatannya agak terjejas, beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama saya dan Rohani untuk meninjau sendiri segala "kemiskinan" dan "kemunduran" yang diperkatakan pihak tertentu.

Cikgu Roshidayu Che Mat yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan kini tinggal di Shah Alam turut datang bersama suami dan anaknya untuk sama-sama meninjau keadaan di Kota Bharu.

Saya turut berpeluang bertemu Wan Asyeah Wan Nawang, seorang penulis yang sebelum ini saya kenali berikutan komen negatif yang beliau berikan terhadap saya berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid dan Kamus Dewan.

Beliau segera meminta maaf dan mengakui bahawa komen negatif yang beliau berikan di Facebook pada tahun lalu adalah terlalu emosional dan "terikut-ikut cakap orang". Bagi saya, tidak menjadi masalah kerana saya bersedia menerima apa sahaja komen yang mahu dikemukakan.

Agak menarik bahawa hubungan kami berdua menjadi rapat dan mesra. Pasti orang tidak akan percaya bahawa Wan Asyeah pernah menulis komen negatif mengenai saya sebelum ini!

Murah dengan senyuman

Ada suatu perkara yang meninggalkan kesan dalam hati saya. Dalam perjalanan ke rumah Wan Asyeah, beliau singgah untuk membeli murtabak. Beliau membeli murtabak daging (lembu) untuk dihidangkan kepada rakan-rakan penulis yang datang.

Saya sangat tersentuh – secara positif – kerana beliau membeli sekeping murtabak ayam khusus untuk saya kerana beliau tahu dan sedar bahawa saya tidak makan daging lembu.

Insiden kecil ini amat bermakna kerana walaupun majoriti penduduk di Kelantan adalah orang Melayu beragama Islam, mereka amat sensitif terhadap budaya kaum/agama lain.

Semua yang saya paparkan ini berlaku dalam masa tidak sampai 24 jam saya berada di Kota Bharu. Orang ramai yang saya temui di tempat awam pula murah dengan senyuman.

Menceritakan pengalaman di Kota Bharu, Roshidayu berkata, pertemuan itu amat istimewa dan sukar dilupakan.

"Istimewa kerana berpeluang bertemu beberapa penulis yang sebelum ini hanya saya kenali melalui karya atau bersembang menerusi Facebook. Saya juga gembira kerana dapat sama-sama memberikan maklumat sebenar mengenai Kelantan kepada golongan penulis," katanya.

Zainab Ngah pula melahirkan kekaguman melihat segala kemajuan – fizikal, sosial dan rohani – di Kota Bharu berbanding di Terengganu.

"Kalau nak suruh bandingkan antara Terengganu dan Kelantan, saya lebih kagum dengan Kelantan, baik dari segi pusat membeli-belah, rangkaian jalan raya dan bangunan tinggi. Terengganu Cuma berbangga dengan Taman Tamadun Islam yang tersergam indah Masjid Kristal yang tidak diiktiraf untuk solat Jumaat, serta replika masjid-masjid seluruh dunia. Kalau Kelantan dikatakan mundur, ternyata Terengganu pula lebih mundur," katanya.

Bagi Rohani Deraman, beliau pernah tinggal di Kota Bharu pada tahun 1980-an. Melihat akan segala pembangunan di sini sekarang, beliau melahirkan rasa kagum dan bangga.

"Kota Bharu membangun sejajar bandar-bandar lain; termasuk di Lembah Klang. Rasa-rasanya tidak ada beza dengan segala kemudahan yang ada di Johor Bahru. Cuma, apa yang tiada di sini adalah pusat-pusat hiburan, panggung wayang dan kedai nombor ekor. Mungkin itulah 'kemajuan' dan 'pembangunan' yang dimaksudkan pihak tertentu apabila melabel Kelantan sebagai negeri yang mundur," kata penulis sepenuh masa itu.

Saya akan menulis lagi mengenai pengalaman saya di Kota Bharu; khususnya mengenai "kemunduran" dan "kemiskinan" yang dihebohkan pihak tertentu.

Sama-samalah kita buat kesimpulan sama ada keadaan di Kota Bharu, Kelantan "indah khabar dari rupa" atau "indah rupa dari khabar".

Uthaya Sankar SB boleh dihubungi menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my manakala blognya boleh dilayari di www.uthayasb.blogspot.com

Yang lumpuh kaki dia, ANU dia dakkk....

Posted: 03 Apr 2012 01:00 PM PDT

Nafsu Tak Kenal Siapa: Pemuda Lumpuh Dituduh Rogol Pelajar 15 Tahun

Kuala Terengganu - Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.

Mohd Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerosi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara 8 malam dan 11 malam 27 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh mengulangi perbuatan itu pada 28 dan 29 Nov di sebuah rumah berdekatan rumahnya antara waktu yang sama.

Tiada pengakuan dicatatkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zul Fazliah Mahmud manakala Mohd Sapawi tidak diwakili peguam.

Zainal Abidin menetapkan 25 April ini bagi tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. - Bernama

Tiada ulasan: