Rabu, 4 April 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


BERSIH 3.0 : Panduan hujah untuk anda.

Posted: 04 Apr 2012 07:21 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua keluarkan panduan hujah untuk lu orang untuk sesama rakan2 kedai kopi; atau mana2 pimpinan yang terpaksa berhujah apatah lagi dalam satu2 rancangan TV secara live.

Live atau rakaman adalah pembolehubah. Rakaman adalah perangkap. Live adalah peluang.

Teknik penting panel debat / talk show secara LIVE.


Jika anda adalah seorang panel debat atau talk show, live; seandainya anda rasa hujah lawan memerlukan masa, sedangkan masa anda untuk bercakap adalah pendek; anda harus selalu memulakan hujah dengan atau seumpama ini :

"Jawapan ini adalah jawapan yang panjang. Masa yang diperuntukan adalah musuh kepada saya. Jawapan detail akan ditulis semula dalam Blog / FB / Twitter saya. Untuk ini, saya menjawab begini : Bla bla bla.."


Jadi, anda menggantung jawapan anda kepada audien hutan akan satu lagi 'rujukan' lain yang lebih sempurna. Memang tidak banyak, tetapi ada sedetik audien hutan akan terima hakikat satu2 hujah itu ada detailnya lagi. Dan memerlukan usaha untuk mencari maklumat.

Selain itu, audien lain, boleh merujuk rujukan / homework susulan dari setiap program debat / talk show bagi membantu diri, membantu rakan2 dalam satu2 persoalan.


Mengapa tidak dibuat di stadium?

[1]

"Jawapan ini adalah jawapan yang panjang. Masa yang diperuntukan adalah musuh kepada saya. Jawapan detail akan ditulis semula dalam Blog / FB / Twitter saya. Untuk ini, saya menjawab begini :"

Kita ambil hujah yang diberikan MAZA. Nabi mengajar kita membuat bantahan di tempat yang mampu menarik orang.

"Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata: "Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi".

(Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Pembolehubahnya, satu kaedah yang paling berkesan untuk satu2 permasalahan. Jika masalah A itu paling berkesan pembolehubahnya di stadium, maka, di stadium lah. Kalau masalah A itu paling berkesan di mahkamah, di mahkamah lah.

Dan lihatlah bagaimana berkesannya mengikut kaedah bantahan dari Nabi saw. Anda melihat bagaimana perbahasan, tarikan, pihak pesalah yang panik dan pihak pedas yang lucu dan sebagainya. Rupa2nya kaedah nabi saw itu benar!


Mudarat. Apabila ratus ribu jenis kepala dan fahaman berkumpul.


"Jawapan ini adalah jawapan yang panjang. Masa yang diperuntukan adalah musuh kepada saya. Jawapan detail akan ditulis semula dalam Blog / FB / Twitter saya. Untuk ini, saya menjawab begini :

[1]

Himpunan BERSIH adalah satu titik bersama oleh setiap rakyat Malaysia yang berlainan jenis kepala dan fahaman. Peserta dilarang membawa mana2 bendera idealogi atau parti. Himpunan yang berpusat pada satu titik.

Kita ambil contoh himpunan haji. Jumlahnya berkali lebih besar dari BERSIH. Pelbagai mazhab, negara, fahaman yang berkumpul. Adakah mudarat? Tidak. Mengapa?

1. Mereka berkumpul dalam satu titik bersama.
2. Mereka diberikan kerjasama polis dan agensi penguatkusaan.
3. Mereka tidak berhadapan dengan pihak2 bersalah yang panik.

[2]

Begitu juga acara larian KL, basikal, perarakan sambutan tahun baru, misalnya. Dengan senjata yang dipamerkan, dengan pertunjukan kapal terbang di atas orang awam. Ianya lebih berbahaya dari BERSIH jika hujah pesalah yang panik ini diambil kira.

Adakah mudarat? Tidak. Mengapa?

[3]

Jika bercakap soal mudarat yang berlaku, di stadium untuk bola sepak. Pergaduhan, himpit2 sehingga mati ketika menunaikan haji, kemalangan jiwa perserta atau penonton acara sambutan kemerdekaan, konsert2, adakah manusia itu mengharamkan ibadah haji? Mengharamkan sukan bola sepak? Mengharamkan konsert? Mengharamkan sambutan kemerdekaan atau pameran senjata?

Tidak. Tapi apa yang mereka lakukan? Mereka menambahbaik kaedah2 dalam satu2 program itu. Jadi, di sini soalnya bukan acara, tapi :

1. Tugas sebenar agensi penguatkusa kepada rakyat pembayar cukai.
2. Provokasi dan tindakan2 panik dari pihak pesalah.


PAS adalah anjing DAP. PAS patut tukar nama kepada bla bla bla.. dulu Pakatan Rakyat bla bla bla

Yang ini saya tidak memerlukan masa. Jika mahu membahaskan tajuk ini, tajuk memencing bersama artis di Port Dickson, sila aturkan debat lain. Sekarang saya dijemput dan hadir atas tajuk BERSIH. Jika tajuk perbahasan pun tidak boleh dikenalpasti, maka tidak hairanlah anda berada dalam UMNO.


Himpunan ini adalah segelintir. Jika sejuta yang hadir, ada 20 juta yang tidak hadir.

"Jawapan ini adalah jawapan yang panjang. Masa yang diperuntukan adalah musuh kepada saya. Jawapan detail akan ditulis semula dalam Blog / FB / Twitter saya. Untuk ini, saya menjawab begini :

Sunnah alam, atau sistem alam yang Allah sudah tetapkan ialah golongan bodoh atau lemah lebih banyak. Mereka adalah mengikut kepada pihak menang. Dalam satu2 habitat rantaian makanan, nyamuk lebih banyak dari katak. Katak lebih banyak dari ular.

Nabi Muhammad berperang dengan keluar 1000 orang, ada ratus ribu yang tidak keluar berperang. Adakah hujah hanya segelintir yang berperang menjadi dalil mewajibkan acara perang diharamkan? Siapa pun menang, sama ada British atau pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, pihak bodoh dan lemah akan mengikut pihak yang menang.

Itu konsep. Jika hujah sejuta hadir, berjuta tak hadir diambil kira, boleh pula saya katakan begini. Sejuta sokong secara hadir, puluh juta sokong secara di rumah dan di bandar masing2.


Mengapa tidak buat di negeri Pakatan Rakyat? Kelantan ada, Selangor ada, Kedah ada, Pulau Pinang ada?

Jawapan ini sudah di jawab dengan saranan Muhammad saw. tadi. Yakni, pilih kaedah paling berkesan. Ianya adalah kaedah yang dianjurkan. Soal lokasi, saya sudah jawab, detailnya insyaallah akan diberikan dalam Blog / FB / Twitter. Soal mudarat sudah saya jawab, detailnya insyaallah akan diberikan dalam Blog / FB / Twitter. Jika wujud lagi soalan2 ini, pastu audien akan tersenyum. Ini sudah jatuh kepada pihak pesalah yang panik sehingga terlupa soalan sama ada sudah dikemukakan atau belum.

By the way, Kuala Lumpur juga boleh dikatakan negeri Pakatan Rakyat. Selepas PRU12, hanya 1 kerusi yang dimenangi BN di Kuala Lumpur.


Jika pilihanraya tidak bersih, mengapa Pakatan Rakyat menang?

Jika pilihanraya bersih, Pakatan Rakyat bukan menang di negeri, tetapi di pusat, 30 ke 20 tahun dulu. Lagi pun ini bukan soal menang atau kalah. Tapi soal kebenaran. Soal hak setiap rakyat.

Dengan sistem demokrasi yang bersih, rakyat boleh bukan sahaja menumbangkan BN, tetapi menumbangkan Pakatan Rakyat. Kita berani memberikan kuasa itu kepada rakyat, walau kita menang 6 negeri termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan.

Dengan kuasa demokrasi bersih, rakyat boleh menumbangkan Kelantan.
Dengan kuasa demokrasi bersih, rakyat boleh menumbangkan Kedah.
Dengan kuasa demokrasi bersih, rakyat boleh menumbangkan Selangor.
Dengan kuasa demokrasi bersih, rakyat boleh menumbangkan Pulau Pinang.

Kita berani memberikan kuasa itu kepada rakyat. Cuma orang salah jer panik dengan kuasa rakyat. Malah terdapat pula pihak yang mencabul demokrasi dengan merampas kemenangan pilihan rakyat di Perak. Wah... bersihnya SPR. Bersih dan telus. Tapi panik. Hairan, bukan?


Anda tahu tak siapa Ambiga?

Saya sudah jawab dalam tajuk titik bersama tadi. Jika hujah ini diambil kira, muslim di negara2 musuh Islam secara terang2an haram menaiki syarikat kapal terbang yang dipunyai musuh Islam untuk menunaikan haji, lah. Begitu?

Kita berada dalam kemampuan pengasingan tajuk. Untuk tajuk kuasa kepada rakyat, yakni demokrasi, kita bersatu dengan Ambiga. Dengan demokrasi bersih juga Ambiga berhak menentang kita. Dan kita berhak menentang Ambiga. Secara demokrasi bersih. Secara professional. Secara intelektual.

Ini bukan soal jenayah. Ini soal idea. Pihak yang menuduh idea adalah jenayah, adalah pihak bodoh yang panik. Idea untuk merompak, tetapi masih belum merompak, belum dikira dosa dalam Islam. Belum dikira jenayah dalam Islam.

Sebab tak faham Islamlah, ramai pihak pesalah yang panik berada dan memenuhi UMNO. Dakwaan saya.

Tiada ulasan: