Rabu, 4 April 2012

PERAKITE

PERAKITE

ADUN Kuala Nerang muflis

Posted: 03 Apr 2012 07:04 PM PDT

Datuk Syed Sobri Syed Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim  mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.
Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.
Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan,
Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.
Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.
Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.
Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.
Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. - Bernama

Apa yang disuarakan Annuar Musa memang ada benarnya

Posted: 03 Apr 2012 07:01 PM PDT

Nasib Tan Sri Annuar Musa dalam arena bola sepak tanah air, akan diketahui hari ini. 
"Apa yang disuarakan Tan Sri Annuar Musa itu ada rasionalnya. Mungkin kesalahan beliau ialah bercakap pada masa dan tempat yang salah."
Begitulah pandangan  lagenda bola sepak Kelantan, Dali Omar ketika diminta mengulas mengenai kritikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa terhadap prestasi pasukan bola sepak kebangsaan baru-baru ini
Sambil bersetuju dengan prestasi pasukan kebangsaan ketika ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, Dali berkata, tidak ada silapnya bagi orang nombor tiga dalam badan induk bola sepak kebangsaan itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Semuanya berkisar soal 'spirit of the moment' dan apa-apa sahaja pun boleh berlaku. Beliau mungkin boleh menyesal di atas kenyataan tersebut tetapi apa yang diperkatakan itu merupakan sesuatu yang benar dan kita harus menerimanya dengan terbuka.
"Kesilapan beliau mungkin tidak bercakap di dalam mesyuarat sebagai mematuhi peraturan FAM. Tetapi kita kena ingat itu merupakan pandangan peribadinya. Itu sahaja dan kita harus realistik dengan pandangan beliau.
"Kita sudah menghabiskan wang berjuta-juta ringgit, masa dan tenaga tetapi apa yang kita dapat. Tiada hasilnya dan saya bersetuju kita bukanlah 'power house' dalam sukan bola sepak sejak dulu lagi," katanya.
Nasib supremo bola sepak Kelantan itu sama ada bakal berdepan hukuman penggantungan hanya dapat diketahui apabila Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Datuk Taufiq Abdul Razak bersidang di Wisma FAM, Kelana Jaya petang ini.
Bekas pemain negeri era 1970'an yang pernah bermastautin di Australia itu menganggap badan induk bola sepak kebangsaan itu seharusnya lebih terbuka dalam menerima kritikan daripada mana-mana pihak pada masa akan datang.
"Di sini lain dan di Australia lain. Di sana semua orang bermain bola sepak. Semua orang yang menjaga persatuan sukan adalah profesional. Tidak ada orang yang berpangkat sebaliknya hanya orang biasa yang menjaga persatuan.
"Semua persatuan sukan di sana boleh dikritik. Mereka boleh menerima kritikan, berbincang dan mengambil tindakan bagi memperbaiki sebarang kelemahan. Kita kena akui masih belum mencapai tahap profesionalisme sepenuhnya.
"Dulu kita boleh kalahkan Australia tetapi tengoklah sekarang mereka pula yang membelasah kita. Sekarang mereka layak bermain di Piala Dunia tetapi di mana kedudukan kita sekarang," katanya.

Tiada ulasan: