RAKYAT MARHAEN |
- Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul Pekida..!!
- PSC : 'Hanya bubar Parlimen selepas tahun ke-4'
- Pandangan dan syor-syor PSC
- PSC: 20 tahun boleh layak daftar jadi pengundi
- Dari 1Malaysia ke 1 Auta.
- MCA, DAP dan Islam
- Revisiting the 1988 judicial crisis
- Ape niat sebenar Dato Dr Hasan Ali ...????
- PRU dekat, Najib pilih sahabat dekat
- 'Feel good factor’ menjadi bahan lawak di kedai ikan
- Gajah mati tinggal tulang, BN mati tinggalkan hutang
- “UMNO sakit, musuhi Melayu”
- Mahathir kritik warisannya sendiri, baguslah!
- Pertabalan Agong : Sidang Dewan Rakyat ditangguh pada 11 dan 12 April ini.
- Kenaikan Harga Minyak Gula di Malaysia Tidak Bebankan Rakyat Malaysia Seperti Anda Semua?
- Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit
- Bersih 3.0 to be held in May after being denied polls reforms by the Najib govt
- Revolusi Facebook semarak kebangkitan anak muda
- Assaulted and sexually harassed in police station
- Dakwaan cabul: Aduan tatatertib polis dibuat
- MACC fails to redeem itself
- PRU13: Razali tunggu Salahuddin di Muar
- BUDAYA GENGSTER DALAM UMNO MAKIN MENJADI -MENJADI KINI DI N9 PULAK.
- Should the Government remove fuel subsidies?
- Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk elak rumah diroboh DBKL.
Insiden Kg Kerinchi: 3 mahasiswa dipukul Pekida..!! Posted: 02 Apr 2012 09:18 PM PDT Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree. KUALA LUMPUR: Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree. Difahamkan Ekhsan kini ditahan di Balai Polis Lembah Pantai. Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan. Kedengaran kumpulan terbabit menjerit 'turun Adam Adli' dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan. Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis. Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar. Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu. Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah. |
PSC : 'Hanya bubar Parlimen selepas tahun ke-4' Posted: 02 Apr 2012 09:11 PM PDT Dalam laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini, PSC berharap keperluan itu diperuntukkan dalam undang-undang. Walaupun peruntukan itu tidak menetapkan tarikh pembubaran dan pilihan raya tetapi dilihat memenuhi sebahagian tuntutan pihak-pihak tertentu agar Parlimen hanya dibubarkan di akhir tempoh lima tahun mandat semasa. Di bawah sistem demokrasi diamalkan di negara ini, pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya umum ke-12 pada 2008 diadakan empat tahun selepas pilihan raya umum 2004. Sejak negara merdeka pada 1957, sebanyak 12 pilihan raya umum dan 10 pilihan raya negeri Sabah dan Sarawak telah diadakan. "Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar. "Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya," kata laporan PSC Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Kabinet memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa itu Ogos lalu dan pembentukannya diluluskan oleh Parlimen Oktober lalu susulan perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Menurut laporan itu, PSC mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa agensi itu hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan. PSC dianggotai sembilan wakil rakyat masing-masing lima dari Barisan Nasional, tiga mewakili komponen Pakatan Rakyat dan seorang Ahli Parlimen Bebas. |
Posted: 02 Apr 2012 09:10 PM PDT (I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN 1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos Read More / Baca Lagi >> |
PSC: 20 tahun boleh layak daftar jadi pengundi Posted: 02 Apr 2012 09:08 PM PDT Bagaimanpun kelayakan minimum mengundi masih kekal 21 tahun. Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mahu SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). |
Posted: 02 Apr 2012 09:06 PM PDT Apa yang boleh kita jangkakan bila Najib memberi lapuran keatas diri nya sendiri? Takkan dia nak kata dia tidak baik? Dia tidaklah dumb as he looks untuk menurunkan markah keatas hasil kerja nya. Tentu semua baik. Dan dakwaan itu akan di sambut dengan ululah-ing dari para pengampu yang mahu di calunkan semula sebagai calun. Ini perkara biasa dalam budaya UMNO. Kualiti perkhidmatan kepada masyarakat adalah perkara secondary. Yang lebih utama ialah kepandaian menjilat Najib di bahagian yang tidak di pancar matahari. Tentu dia kata dia baik dan masih winnable. Dia pemandu yang baik. Orang lain hanya tabur janji. Takkan lah Najib pandir sangat- sebab itu kita mahukan kuasa untuk melaksanakan janji2 tersebut. Tanpa perlaksanaan dengan kuasa yang mereka ada, apa ada pada BN? kualiti janji mereka pun sudah auta besar. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 02 Apr 2012 09:02 PM PDT Oleh Khalid Samad Semasa menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr. Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam. Mungkin dari satu sudut maklumat ini dikemukakan sebagai bukti betapa gigihnya usaha dakwah yang dijalankan oleh pihak BN. Read More / Baca Lagi >> |
Revisiting the 1988 judicial crisis Posted: 02 Apr 2012 09:01 PM PDT In this first of a two-part article, our writer digs up a seminar presentation by the late K Das, who co-authored May Day for Justicewith sacked chief justice Tun Salleh Abas. One man with such courage was the late K Das, a playwright and journalist who became a household name in the 1970s and 80s, when he was the Kuala Lumpur correspondent for the now defunct Far Eastern Economic Review. Das' most enduring work is the 1989 publication May Day for Justice, which he wrote with Mohamed Salleh Abas after the latter's infamous dismissal from his position as chief justice and lord president of the Supreme Court. Some have called the episode narrated in the book as the darkest hour in Malaysian judicial history. Read More / Baca Lagi >> |
Ape niat sebenar Dato Dr Hasan Ali ...???? Posted: 02 Apr 2012 08:59 PM PDT Oleh wak labu Nampaknye Dato Dr Hasan ni memang ada bukti yang nyata tentang isu murtad si Selangor. Tapi Wak heran mengapa dia tidak bawa perkara ni kepada pengetahuan yang bertanggung jawab dalam hal2 Agama Islam. Mengapa dia ber ia2 sangat hanya menyalah kan kerajaan Selangor sahaja. Isu murtad ni sebenarnye bukan berlaku di Selangor sahaja, bahkan boleh di katakan berlaku di seluruh Malaysia. Dato ni nampak nye sengaje mahu mem buruk2 kan kerajaan Selangor yang sedang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
PRU dekat, Najib pilih sahabat dekat Posted: 02 Apr 2012 08:57 PM PDT Oleh BOESTAMAM SARI SEORANG sahabat berkata, "Hasan Ali mungkin membazir kerana belanja besar ubah suai pejabat. Tapi, tidakkah kita juga bazir sebab ambil banyak masa sehingga baru dedahkan semua ini? Atau, inilah budaya politik kanan atau kiri? Apabila tidak sehaluan lagi, maka habislah diceritakan?" Seorang kenalan lain berkata, "Ini bukan saja budaya politik malah budaya kehidupan kita semua termasuk mereka yang berkecuali. Kawan baik hari ini, mungkin dedahkan pekung kita esok apabila kita bukan lagi rakannya." "Ya, sikap yang ketara nampaknya banyak berlaku di dalam dunia politik," kata sahabat tadi berkeras. Selain itu, beliau menyentuh pendedahan Azmin ke atas pembaziran persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor sebanyak RM550,000 yang dikatakan lebih afdal disalur kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
'Feel good factor’ menjadi bahan lawak di kedai ikan Posted: 02 Apr 2012 08:56 PM PDT Oleh SELENA TAY UNGKAPAN 'feel good factor' yang sering diuar-uarkan oleh Perdana Menteri 1-Malaysia, Najib Tun Razak telah menjadi bahan lawak di kalangan peniaga-peniaga di pasar pagi Kepong Baru. Maklumat ini diperolehi oleh penulis daripada tinjauan dan perbualan sembang-sembang penulis dengan peniaga-peniaga di pasar pagi tersebut. Najib seringkali mengeluarkan kenyataan bahawa Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) akan diadakan hanya dengan kewujudan 'feel good factor'.Read More / Baca Lagi >> |
Gajah mati tinggal tulang, BN mati tinggalkan hutang Posted: 02 Apr 2012 08:54 PM PDT Oleh SHIRZAD LIFEBOAT HUTANG negara kini adalah pada paras 53 peratus KDNK. Apakah maknanya ini? Dan apakah seperti ini sihat atau tidak untuk ekonomi sesebuah negara.Bagi yang masih tidak begitu memahami maksud KDNK (singakatan piawaian bagi 'Keluaran Dalam Kasar Negara'), ia bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 02 Apr 2012 08:51 PM PDT SUBANG JAYA, 3 APRIL: Adalah salah untuk menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu kerana parti itu sudah tidak lagi berbuat demikian – paling jelas dalam isu royalti minyak Kelantan di mana majoriti rakyat negeri Cik Siti Wan Kemabng adalah orang Melayu. Demikian intipati hujah blogger Sakmongkol AK47 atau Datuk Ariff Sabri, bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, apabila ditanya bagaimana caranya untuk meyakinkan orang Melayu supaya tidak takut mengundi Pakatan Rakyat. |
Mahathir kritik warisannya sendiri, baguslah! Posted: 02 Apr 2012 08:50 PM PDT Dr Mahathir berkata yang UMNO sedang kehilangan ahli yang mampu menjadi pemimpin. Kekurangan ini disebabkan ramai orang Melayu yang berkelayakan tidak mendapat tempat kerana mereka takut dengan kehadiran mereka yang berwatak baik, berpelajaran dan berpendidikan professional dalam UMNO. Dalam PRU yang akan datang Mahathir mahukan UMNO menurunkan calon yang baik dan mendapat sokongan ramai. Saya merasa gembira yang Mahathir mempunyai pandangan seperti ini, tetapi persoalannya kita ingin bertanya kepada Mahathir kenapa dan siapa yang memulakan budaya mengenepikan pemimpin yang berguna kepada rakyat dan membawa mereka yang tidak berguna untuk menjadi orang penting didalam UMNO dan kerajaan selama ini? Read More / Baca Lagi >> |
Pertabalan Agong : Sidang Dewan Rakyat ditangguh pada 11 dan 12 April ini. Posted: 02 Apr 2012 08:47 PM PDT KUALA LUMPUR 3 April - Persidangan Dewan Rakyat tidak akan berlangsung pada 11 dan 12 April ini bersempena dengan Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14. Upacara Istiadat Pertabalan yang bakal berlangsung pada 11 April itu telah diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Read More / Baca Lagi >> |
Kenaikan Harga Minyak Gula di Malaysia Tidak Bebankan Rakyat Malaysia Seperti Anda Semua? Posted: 02 Apr 2012 08:43 PM PDT Biasanya jawapan menteri dirangka, disusun dan disediakan oleh kalangan PTD. Tetapi seeloknya sebelum menteri memberikan jawapan di Dewan Rakyat, fahamilah isi kandungannya terlebih dahulu, sebelum membacanya. Jikalau tidak tahu bertanyalah, untuk menjaga kredibilitinya anda sebagai seorang menteri. Kenaikan Terbaru Harga Gula dan Bahan Api Tidak Akan Terlalu Membebankan RakyatRead More / Baca Lagi >> |
Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit Posted: 02 Apr 2012 08:40 PM PDT Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang. Read More / Baca Lagi >>Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan. Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang. |
Bersih 3.0 to be held in May after being denied polls reforms by the Najib govt Posted: 02 Apr 2012 08:32 PM PDT Free and fair elections movement Bersih is expected to hold its third rally Bersih 3.0 in May, following the failure of a Parliamentary Select Committee to address public concerns as well as its refusal to adopt best-practices and recommended reforms. "Most likely it will be held in May," a source told Malaysia Chronicle. Just a day ago, PKR deputy president Azmin Ali denounced the PSC as a "total failure", and filed a motion notice with the Parliament's Speaker to call for amendments to be made to the PSC's final report. "This is so the Speaker can take note of our intention to amend the motion to be tabled on the PSC report, to attach a minority report to it," Azmin had said. Watershed |
Revolusi Facebook semarak kebangkitan anak muda Posted: 02 Apr 2012 08:30 PM PDT Karamah (kemuliaan) sebuah perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan yang menepati manhaj perjuangan Islam ialah pertolongan Allah swt yang tidak pernah putus. Biarpun ia cuba disekat oleh musuhnya dari segenap arah, namun senantiasa ada lorong yang membawa perjuangan ini ke mercu jaya melepasi segala halangan yang dirintang. Malaysia antara sebuah negara pengamal "demokrasi songsang" apabila kerajaan yang memerintah mengongkong dan menguasai media tanpa memberi laluan seimbang kepada parti bukan kerajaan untuk menyampaikan maklumat atau risalah perjuangan menerusi media arus perdana, samaada cetak atau elektronik. Read More / Baca Lagi >> |
Assaulted and sexually harassed in police station Posted: 02 Apr 2012 08:26 PM PDT |
Dakwaan cabul: Aduan tatatertib polis dibuat Posted: 02 Apr 2012 08:25 PM PDT Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini membuat aduan kepada bahagian tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung dakwaan seorang ibu kepada empat orang anak dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac lalu. Beliau yang hadir bersama mangsa yang merupakan ahli perniagaan Lim Hui Hui, peguam Eric Tan dan beberapa pembantu wakil rakyat itu kelihatan memasuki ibu pejabat polis itu kira-kira jam 9.55 pagi ini. Bercakap kepada media sebelum membuat aduan tersebut, Teresa berkata apa yang dilalui Lim adalah "satu pembulian" terhadapnya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 02 Apr 2012 08:24 PM PDT With the files on Gani, Bakri and Musa closed, where does that leave MACC in terms of earning the rakyat's trust? The allegations of graft were made by former Commercial Crime Investigations Department director Ramli Yusoff, who filed the case two years ago. Ramli has accused Gani, Musa and the MACC of conspiring to discredit him and his men for arresting alleged underworld figure Goh Cheng Poh, also known as "Tengku Goh". The former CCID alleged that the then ACA, now known as the MACC, had relied on a dubious character to charge him with corruption with assets worth RM27 million when he was a police officer. An emergency motion tabled by opposition parliamentarians to set up a tribunal to hear the charges against Gani and Musa was rejected during the on-going sitting. Prime Minister Najib Tun Razak last week rejected calls for the tribunal, saying it was unsubstantiated allegations. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Razali tunggu Salahuddin di Muar Posted: 02 Apr 2012 08:23 PM PDT Katanya, beliau sama sekali tidak gentar untuk berhadapan dengan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. "Banyak ura-ura didengar, sekejap di kerusi itu dan kini di Muar. Kalau dia nak bertanding di Muar pun saya alu-alukan, tapi tidak logik sebab kerusi Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi PKR. Read More / Baca Lagi >> |
BUDAYA GENGSTER DALAM UMNO MAKIN MENJADI -MENJADI KINI DI N9 PULAK. Posted: 02 Apr 2012 08:21 PM PDT Umno NS BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS INSIDEN SERANGAN KETUA MENTERI P.PINANG. Parti Keadilan Rakyat Rembau menggesa Umno (Seremban) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh dengan memohon maaf dan mengambil tindakan dengan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang terlibat dalam serangan bersifat perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut beberapa orang telah cedera termasuk seorang wartawan yang dipukul beramai ramai oleh penyerang. Read More / Baca Lagi >> |
Should the Government remove fuel subsidies? Posted: 02 Apr 2012 08:19 PM PDT Subsidy can be defined as a financial assistance to a certain product or category of industry so that the price will be low, and hopefully continue to provide jobs and spin off other economic activity. Subsidies have been around for ages and it comes in many forms such as cash, labor, farm, export, consumption, education, housing and etc. Read More / Baca Lagi >>Fuel subsidy refers to the effort by the government to pay for the difference between the price of fuel at the pumps and the actual cost of the product. So by paying the difference the government enables fuel to be sold at a lower price so that it will help ease the burden its people especially the lower income group. Before a government can begin implementing a new policy on either reducing or increasing the fuel subsidy, it has to gauge the public response towards the policy. Whether it is a gradual reduction or a sudden removal, there will be an impact on the people and the economy. Governments forced to heed public pressure |
Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk elak rumah diroboh DBKL. Posted: 02 Apr 2012 08:17 PM PDT Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk. Menurut saksi kejadian, Adam Adli kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat. Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan