Isnin, 2 April 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DEDAH ISU MURTAD - HASSAN JATI SINDIR SULTAN KERANA GAGAL TADBIR UGAMA?

Posted: 02 Apr 2012 09:00 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

BILA aku tengok TV3 suku malam tadi, kelihatan Hassan Jati muncul sambil bercerita pasal murtad.  Kononnya beliau amat peka dengan kes murtad yang berlaku di negara ini.  Malangnya, Hassan Jati yang gila nak jadi MB Selangor ini bak kata YB Khalid Samad silap tempat untuk mengadu.

Betapa bengapnya Pakar Motivasi yang ada PHD ini.  Isu murtad beliau boleh mengadu kat TV 3 suku.  Masakan Hassan Jati tidak kenal TV3 suku ini?  Semenjak bila TV3 suku suka pada Islam?  Jika TV3 suku ini pro Islam, mustahil media pencacai lidah syaitan ini mahu siarkan video dan cerita seks yang dicipta oleh Datuk T itu?  Media ini kah yang Hassan Jati harapkan untuk banteras murtad?  Mengapa tidak pilih saluran TV Hijrah sekurang-kurangnya?  Sebabnya, Hassan Jati mahu glamour dengan isu murtad ini.  Maklumlah, rakyat semua sudah tahu tembelang Hassan Jati yang kecewa tidak boleh jadi MB Selangor.

Mengapa Hassan Jati tidak laporkan kepada Jamil Khir tentang isu ini?  Bukankah sekarang ini Umno yang berkuasa di negara ini?  Bukankah agama Islam adalah di bawah Raja-Raja Melayu?  Mengapa Hassan Jati tidak mengadap Raja-Raja untuk tunjukkan betapa teruknya Raja-Raja mentadbir agama di negara ini sehingga kononnya begitu ramai yang murtad?  Mengapa PAS juga yang dipersalahkan oleh orang yang gila nak jadi MB ini?  Paling pelik, masa Sultan Selangor dan JAIS mengendalikan siasatan kes serbuan gereja di Selangor dulu, mengapa Sultan Selangor kata kes ditutup kerana ketiadaan bukti?  Ketika itu, Hassan Jati masih Exco Agama di Selangor dan mengapa beliau tidak tunjukkan bukti yang beliau tunjukkan di dalam media lidah syaitan seperti malam tadi?

Ertinya, ini semua adalah kelentong Hassan Jati untuk tunjukkan beliau adalah pejuang isu murtad walaupun sedikitpun beliau tidak bawa rakaman video ucapan Mahathir Kutty yang kata hukum Hudud itu adalah ciptaan manusia, tiada di dalam Al-Quran.  Tidak murtadkah itu?  Mengapa Hassan Jati membisu?  Sebabnya mudah, kerana Hassan Jati adalah `Sub Kontrak' Umno.  Justeru itu, beliau semenjak ditendang keluar oleh PAS, beliau perlu cari makan dengan cara itu untuk membesarkan anak-anaknya.  Itu saja./wfauzdin.blogspot.com

APABILA NAJIB SURUH JANGAN TUKAR PEMANDU YANG MABUK

Posted: 02 Apr 2012 02:12 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM Najib pun berucap di dalam TV.  Di antara kata-kata Najib adalah "Bagi memastikan Malaysia mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, maka janganlah bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya".

Wahai Najib, elok benar lah tukar pemandu yang sudah beberapa kali asyik minta maaf je.  Salah bawa, sesat merata-rata, langgar tembok, terbalik, terpukang kereta, minta maaf dengan penumpang.  Kemudian buat lagi dengan memandu macam orang mabuk todi, minta maaf lagi.  Sudah lah camtu, memandu semakin lama semakin mengundur ke belakang.  Orang lain memandu ke hadapan.  Lagi teruk, pemandu yang bawa bini dia duduk sekali atas riba pegang steering.....Bini dia pula yang lebih memandu, parah lah!!

Jadi sampai bila penumpang mahu dengar permohonan maaf dari pemandu yang mabuk?  Sebelum semua penumpang mati masuk gaung oleh kerana mabuk kamu, lebih baik kita tukar pemandu.  Apatah lagi pemandu baru itu sudah terbukti berjaya memandu dengan cermat, berdisiplin dan berhemah ketika memandu kenderaan di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan.  Takkan nak ambil pemandu seperti Khir Toyo atau spesis seperti Kak Ijat lembu?Nak ambil pemandu seperti Mat Said Terengganu?  Stadium pun runtuh dilanggarnya!!/wfauzdin.blogspot.com

Fitnah dikitar semula tidak jejas tumpuan Azmin

Posted: 02 Apr 2012 10:56 AM PDT

(Oleh: Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 2 April: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali tiada masa melayan fitnah yang dikitar semula ejen Umno BN dan mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pilihanraya umum tidak lama lagi.

Beliau berkata, fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya sedikit pun tidak menggoyahkan semangatnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Saya tak menolak menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti serangan peribadi dan fitnah akan dilakukan dengan lebih kencang oleh ejen-ejen penyubur fitnah.

"Tapi saya tak akan goyah dengan fitnah ini dan akan tumpu sepenuh perhatian kepada soal kerja dalam hal menyelamatkan rakyat Malaysia dalam konteks ekonomi, pendidikan, keselamatan dan isu-isu yang lain," katanya.

Azmin sejak kebelakangan ini menjadi mangsa serangan peribadi dan fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Ia termasuk isu keluarga termasuk DNA anaknya dan terbaru kononnya beliau mempunyai saham bernilai lapan juta.

Mengulas mengenai pemilikan saham, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, fitnah itu bermula sejak tahun 1995 malahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rssuah Malaysia (SPRM) sudah membersihkan namanya.

"Malah Ketua Pengarah BPR yang telah bersara telah menulis sebuah buku di mana menceritakan pengalamannya menerajui BPR ada tangan eksekutif yang menggangu badan ini.

"Dalam buku ini juga, ada satu perenggan yang menceritakan bagaimana ada arahan meminta supaya meminta BPR memutar belitkan fakta dan kenyataan mengenai kes saya," kata Azmin.

Beliau berkata, hal yang sama turut berlaku apabila ada pihak mengitar semula fitnah kononya Azmin dan isteri bukan ibubapa kepada anaknya, sedangkan perkara itu telah dibuktikan melalui ujian DNA dan perundangan.

"Mereka suruh saya buat DNA, saya dah buat DNA. kedua-dua DNA ini membuktkan saya dan isteri adalah ibu bapa biologi kepada anak saya.

"Bukan setakat DNA. saya dah heret penulis buku (50 dalil mengapa Anwar tak boleh jadi PM) Khalid Jefry di Mahkamah Majistret Ampang berhubung dakwaan fitnah ini ini.
"Mahkamah juga dah putuskan Khalid Jefry bersalah. Ujian perubatan saya dah buat, proses undang-undang saya dah buat, buku Ketua Pengarah BPR pun dah dicetak, apa lagi yang tak habis lagi dengan mereka ni?" soal Azmin./KeadilanDaily

Tiada ulasan: