Sabtu, 14 April 2012

PERAKITE

PERAKITE


Resolusi mudah FAM untuk baiki ranking: Lawan pasukan yang boleh dikalahkan

Posted: 13 Apr 2012 08:06 PM PDT

Tan Sri Annuar Musa dah buat teguran sekali lagi ekoran kenyataan mudah Setiausaha Agung FAM bahawa isu ranking ke 156 pasukan skuad Harimau Malaya tidak perlu dibesar-besakan.

Kenyataan sinis Annuar yang digantung 30 bulan ekoran menegur prestasi skuad Harimau Malaya pimpinan Datuk K Rajagopal itu tak mahulah saya ulas.. Anuar sebenarnya dah buktikan kualiti kepimpinan dan jasanya pada skuad bolasepak Red Warrior.

Yang pelik kenapa barisan kepimpinan FAM begitu kuat mempertahankan skuad Harimau Muda yang dipimpin Raja itu. Untuk langkah mudah memperbaiki ranking  Harimau Muda itu, satu perlawanan persahabatan akan diadakan dengan skuada pasukan Filipina yang menduduki tangga ke-146. 

Kalau menang berubahlah kedudukan ranking itu. Kalau kalah menjunam lagi..

Mudah benor kaedah memperbaiki reputasi skuad Harimau Muda tu. Pasukan republik itu bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan ulangan di Kuala Lumpur pada 1 Jun depan, selepas kedua-dua negara terikat 1-1 dalam perlawanan di Manila, sebulan lepas.


"Malaysia menjemput kami bermain perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 1 Jun dan secara dasarnya, kami (terima jemputan dan) akan ke sana," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF), Mariano Araneta dalam kenyataan di laman web Persekutuan Bola Sepak ASEAN, semalam. 

Skuad kebangsaan amat memerlukan aksi persahabatan antarabangsa selepas ranking Harimau Malaya merudum ke tangga 156 dalam senarai terbaru ranking FIFA, hingga mengundang kecaman peminat tempatan yang mempersoalkan persiapan dan kualiti barisan Rajagobal.


Kalau iya pun lawan lah pasukan lebih baik seperti Korea Selatan atau Jepun (pasukan utama) ...tapi depa pun tak nak main dengan Malaysia..gamaknya. Tak semangat langsung mendengar FAM tak boleh ditegur..

FAM kenalah Bersih

Tiada ulasan: