Sabtu, 14 April 2012

shalehudin

shalehudin


Macam rantai beruk daaa... kahkahkah...

Posted: 14 Apr 2012 11:00 AM PDT

PAS = Parti ajaran SESAT.
Itu kata-kata suci dari para pencacai dan pemimpin UMNO... cukuplah gambar ini menyatakan hakikat sebenarnya... yang mana ikut sunnah nabi dan islam?? Orang lelaki yang memakai rantai atau yang gemar mengenakan serban??

UMNO = United Myanmar Nepal Organization... kahkahkah....

Rafizi nie dah mainkan Khairy ka? Kahkahkah...

Posted: 14 Apr 2012 10:45 AM PDT

Rafizi kepada Khairy: Ganti debat NFC dengan debat PTPTN

Saya mengalu-alukan persetujuan Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang dibuat melalui laman Twitter dua hari lepas bahawa "penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar" merujuk kepada twit beliau "PKR missing the point re PTPTN. Its not whether govt CAN write off the loans. Its whether the govt SHOULD. Most don't think govt should" [1:57 pm, 11 April 2012]

Saya telah membentangkan bahawa hutang PTPTN yang perlu ditanggung hanyalah RM24.7 bilion yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama. Pelaburan yang diperlukan hanyalah RM2 bilion setahun dan pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran.


Jumlah RM2 bilion itu juga adalah kecil berbanding keputusan-keputusan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak akhir-akhir ini yang merugikan rakyat. Misalnya, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya, hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang berjumlah hampir RM600 juta juga dimaafkan, malah wang RM250 juta yang diselewengkan oleh keluarga menteri dalam skandal NFC sehingga sekarang masih belum dikutip.

Hakikatnya, setiap tahun pembaziran yang berlaku jauh melebihi jumlah RM2 bilion yang diperlukan untuk menghapuskan PTPTN.

Lebih penting lagi, ini peluang baik untuk mengkaji semula kerangka sistem pendidikan tinggi di Malaysia. KEADILAN mengesyorkan supaya kita kembali kepada model pendidikan percuma yang meletakkan tanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan tinggi di bahu kerajaan.

Ini mengurangkan keperluan tempat-tempat pendidikan tinggi disediakan oleh pihak swasta, seterusnya mengurangkan perlunya sebuah dana yang besar untuk dipinjamkan kepada rakyat bagi tujuan pendidikan. Sebuah dana baru yang akan diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran secara swasta sudah tentu lebih kecil nilainya dari tanggungan PTPTN selama ini.

Isu hala tuju sistem pendidikan tinggi negara dan penghapusan hutang PTPTN adalah isu penting yang wajib diperhalusi dan didalami.

KEADILAN dan Pemuda Umno sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik. Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat.

Oleh itu, saya mengesyorkan supaya Saudara Khairy mengotakan janjinya untuk berdebat dengan saya ketika skandal NFC memuncak. Kesediaan itu dinyatakan sekali lagi oleh beliau selepas kami berdebat buat kali pertama di London akhir Januari lalu.

Demi kepentingan orang muda, saya juga mengesyorkan isu debat itu diganti – dari skandal NFC kepada persoalan PTPTN dan hala tuju sistem pendidikan negara.

Saya percaya Saudara Khairy seorang yang rasional dan faham bahawa debat ini ditunggu-tunggu oleh rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Nah amek kaw...

Posted: 14 Apr 2012 09:15 AM PDT

PANAS: Cina Hong Kong ni pun sokong BERSIH...

Posted: 14 Apr 2012 08:35 AM PDT

PANAS.... kahkahkah...
TERBAEKK... kahkahkah...
HOT dan meletup-letup.... kahkahkah....
Cina dari Hong Kong ni pun sokong BERSIH 3.0.... kahkahkah...
Heran, camana MCA ngan GERAKAN masih buta dan teraba-raba dalam BN.... kahkahkah...

Ca teka, ca teka: Sapa orang misteri nih... kahkahkah...

Posted: 14 Apr 2012 06:30 AM PDT

Pembunuhan Altantuya: siapa orang misteri yang paling kuat motif?

Sekarang keputusan mengenai pembunuhan Altantuya Shariibuu telah pun keluar, rakyat Malaysia dan juga dunia daripada semua lapisan masyarakat melepaskan kegeraman mereka di pelbagai tempat termasuk dunia cyber, gerai mamak dan warong-warong.

Mereka mahukan jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda mereka: siapa yang memberi arahan kepada dua yang tertuduh yang sekarang telahpun didapati bersalah meletupkan Altantuya dengan bom C4 dikawasan hutan di Selangor.

Satu teori adalah bahawa kedua-dua mereka itu mungkin juga tidak bertanggungjawab dalam pembunuhan Altantuya tetapi Cuma kambing hitam untuk melindungi mereka yang sebenarnya bertanggungjawab ataupun mereka mungkin akan membongkar rahsia. Seseorang atau sekumpulan orang mungkin telahpun memutuskan bahawa kedua-dua mereka ini bersalah atas pembunuhan yang sama yang mungkin mereka telah membangga-banggakan dan sudah tiba masanya untuk menghapuskan mereka. Atau mungkin lebih mudah untuk mereka nanti mengelak hukuman dengan membuat rayuan.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai alibi dan kenyataan mereka saling kontradiksi antara satu sama lain. Pembelaan mereka adalah mereka hanya menyangkal tuduhan dan tiada motif pembunuhan. Mereka didapati bersalah hanya kerana bukti yang mengaitkan mereka dengan pembunuhan itu dan samaada ia memadai atau tidak masih boleh dibahaskan. Hakim pula menegaskan bahawa motif pembunuhan tidak penting.


Politik atau keadilan?


Walaubagaimanapun, politik yang membayangi kes itu menunjukkan orang lain yang bersalah walaupun tiada di tempat kejadian. Pendek kata, mungkin politik yang memain peranan di sini. Mahkamah rayuan mungkin akan mendapati bahawa hakim telah membuat kesilapan di sini apabila mengatakan bahawa motif adalah tidak penting. Sememangnya peluang, motif, senjata dan mayat adalah sama penting dalam kes pembunuhan.

Ada juga teori yang mengatakan mereka berdua tidak akan digantung. Dan jika ini benar, mereka akan keluatr dengan identity baru. Jika adapun yang dihukum di tali gantung, ia mungkin orang lain yang boleh saja menggantikan mereka kerana mereka juga dijatuhi hukuman yang sama. Tiada siapa dapat menduga siapakan orang malang yang akan menggantikan mereka.

Kenapa Razak Baginda juga dilepaskan? Rakyat juga mahu tahu tentang perkara ini dan mengapa beliau dilepaskan tanpa diminta membela diri? Affidavit Razak untuk diikat jamin telah diterima oleh hakim sebagai pembelaan beliau dan seolah-olah sesuatu yang tergesa-gesa walaupun pada awalnya ikat jamin beliau ditolak.

Kenapa pula boss Razak Baginda iaitu Najib Razak yang sekarang ini Perdana menteri tidak disoal siasat juga? Bukankah beliau juga ada peranan dalam kes ini? Rakyat percaya beliau juga bersalah dan ini sangat malang kerana beliau akan membayarnya dengan satu harga yang sangat tinggi dalam kerjaya politiknya. Ini akan menyebabkan beliau dibuang dari pentas politik dan musnahlah kerjaya politik beliau.

Najib masih berbau Altantuya

Apapun, seperti yang diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada media tidak lama dahulu, "Najib beliau lepas daripada Altantuya". Ia sangat benar. Ini kerana Altantuya masih lagi menghantui hidup Najib.

Tidak dapat disangkal bahawa Najib bertanggungjawab menimbulan permasalahan Altantuya sama ada secara sengaja atau tidak. Bukankah dia juga menteri pertahanan pada masa itu? Adakah ia penting?

Apa yang penting adalah tidak lama lagi, beliau juga akan dipertanggungjawabkan atas kes itu, jika bukan untuk yang lain, ia adalah kerana kebodohan politiknya!

Situasi yang telah hilang kawalan


Kes Altantuya Sharriibuu tidak sepatutnya berlaku. Dia seharusnya hilang dari muka bumi ini tanpa meninggalkan kesan. Rekod pihak imigresen mengenai kemasukkan beliau ke Malaysia telah dipadamkan. Kita tidak mungkin akan mengetahui siapakah yang melakukan jenayah ini yang jelas adalah suatu pembelotan kecualilah pihak imigresen sendiri yang menjelaskan perkara ini. Ini juga tidak mungkin berlaku.

Kenyataannya, pemadaman rekod imigresen ini telah memberitahu kita bahawa orang yang disebalik kes ini adalah mereka yang paling berkuasa di Malaysia. Sama juga dengan mereka yang disebalik penyerapan warga asing di Sabah sebagai pedaftar undi atau mereka yang menyingkirkan penyiasat insurans Australia atas kematian Donald Mohd Fuad Stephens dalam satu nahas kapal terbang.

Inilah yang akan menjadi penghalang kepada Pakatan Rakyat untuk menyingkirkan Umno dari Putrajaya. Ia juga mungkin mencetuskan tunjuk perasaan jalanan dan mengisytiharkan darurat demi mengekalkan UMNO untuk terus berkuasa. Tetapi berita baik untuk Pakatan Rakyat dan pemimpin pembangkang adalah taktik ini tidak lagi berkesan. Pemerintah berkuasa seperti Mubarak di Mesir dan Gaddafi di Libya juga telah belajar akan perkara ini dengan cara yang susah. Keupayaan bukan lagi jaminan kepada yang betul di dunia ini sekarang. Semua kekejaman akan memberi lebih banyak sebab kepada Pakatan untuk memburu dan memenjarakan mereka yang berusaha gigih apabila sudah sampai masanya mereka disingkirkan.

Baginda- kerosakkan besar?


Tidak mungkin pemadaman rekod Altantuya daripada jabatan imigresen ada kaitan dengan Razak Baginda atau untuk melindungi beliau. Razak bukannya sesiapa pun dalam arena politik. Beliau hanyalah seorang penganalisis politik dan boleh dikorbankan bila-bila masa. Beliau boleh mendatangkan kerosakkan yang tidak terhingga.

Mereka mengatakan bahawa Altantuya telah cuba meminta komisyen RM 5 juta beliau- ada juga yang mengatakan ia berjumlah RM 45 juta- untuk sebuah perjanjian pembelian kapal selam bebillion ringgit yang tidak sampai ke mana. Jumlah yang rendah tadi bukanlah alasan yang kukuh untuk membunuh beliau tetapi jumlah yang lebih besar itu mungkin adalah akibat ketidaksefahaman antara penyangak ini. Mungkin apa yang berlaku akhirnya adalah situasi sudah tidak dapat dikawal oleh Razak Baginda.

Orang misteri mungkin mengambil keputusan menghapuskan Altantuya. Wanita itu kecoh untuk sebab-sebab tertentu dan semakin kecoh dari hari ke hari dan ini mungkin mendapat perhatian pihak media. Ini tidak mungkin berlaku kerana Najib pada masa itu sedang menantikan jawatan Perdana Menteri.

Siapakah mereka yang misteri itu?


Isteri Razak Baginda telah menjerit kepada pihak media semasa suaminya ditahan: "Bukan suami saya yang nak jadi Perdana Menteri!" Nah, Umno mungkin sudah goyah ketika itu! Jika bukan kerana seorang pengail yang terdengar bunyi letupan C4 dan melaporkannya kepada pihak polis, Altantuya mungkin sudah lenyap tanpa sebarang bukti.

Jadi, siapakah ,mereka yang misteri ini? Special Branch? Siapa pula dalam Special Branch yang boleh mengarahkan perkara sedemikian? Dan jika benar, orang ini bertindak atas arahan siapa? Siapa pula yang memberi arahan? Bagi Umno pula, siapa dalam Majlis Tertinggi yang peduli jika Najib dimalukan dan siapa pula lebih berkuasa daripada presiden parti?

Jika benar pembunuhan dan cara penyiasatan juga pengadilan adalah salah, siapakah mereka ini yang tidak rela ditangkap dan telah mewujudkan pelan-pelan untuk membiarkan diri mereka terus lepas bebas? Tidak kisahlah semua ini tapi, akhirnya, mereka yang nampak mempunyai motif paling kuat adalah mereka yang berada dalam kumpulan Najib. Rationalnya adalah seperti yang dijeritkan oleh isteri Razak Baginda.


Kita berharap agar sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa nanti, ia boleh mewujudkan satu suruhanjaya penyiasat untuk mendapatkan kebenaran. Pembunuhan Altantuya seorang wantia yang menjadi perempuan simpanan adalah sesuatu yang sangat panas dan bayangkan sahaja bagaimana ia boleh memburukkan nama negara jika Hollywood membuat filem mengenainya? Jika kerosakkan telah pun berlaku, sekurang-kurangnya Malaysia berusaha untuk mendapatkan keadilan dalam kes ini dan tidak melindungi ahli politik yang mungkin terlibat dalamnya.

Malaysia Chronicle

PANAS: Kejap Jantan, Kejap Pondan... kahkahkah...

Posted: 14 Apr 2012 02:20 AM PDT

Khairy nak debat Ambiga pada 25 April dengan Rafizi 3 Mei?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam respons segera kepada cabaran Rafizi, yang diumumkan melalui akaun Twitternya tengah hari tadi, Khairy berkata: "Saya setuju untuk berdebat dengan Rafizi pada 3 Mei mengenai PTPTN."

Dalam mesej yang sama, Khairy berkata, beliau juga bersedia untuk berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga mengenai pembaharuan sistem pilihan raya.


"Saya telah bersetuju untuk debat dengan Ambiga pada 25 April mengenai pembaharuan pilihan raya," kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Dalam satu kenyataan media yang dihantar sekitar 11 pagi tadi, Rafizi mempelawa Khairy berdebat dengan beliau berkaitan isu PTPTN.

Rafizi berkata, beliau mempelawa Ketua Pemuda Umno itu berdebat mengenai isu PTPTN selepas pelawaan berkaitan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) awal tahun ini tidak menjadi kenyataan.

Menurut Rafizi, cabaran ini dibuat berikutan kenyataan Khairy yang dibuat melalui laman Twitter kelmarin bahawa penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar.

Menurut Khairy, debat dengan Ambiga akan dianjurkan oleh Malay Mail dan akan berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Khairy menyerahkan lokasi debat mengenai PTPTN dan formatnya kepada Rafizi untuk menentukan.

"OK, 3 Mei. Saya lapang. Tempat dan format terserah pada anda. Maklum saya," kata beliau.

- SinarHarian

Scandal Scorpene disiarkan Media Hong Kong...

Posted: 13 Apr 2012 11:00 PM PDT

Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.

Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.

Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata..

*Artikel ini diterjemah oleh Merdeka Review

TONGONG punya blogger... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2012 09:00 PM PDT

PARPUKARI VS PAPAGOMO, RBF JADI MACAI.... TONGONG PUNYA BLOGGER!!!

Entah jadah apa aura yang dimiliki oleh Aaron Aziz sehingga berjaya memalingkan kiblat dua orang blogger ternama iaitu PAPAGOMO dan PARPUKARI. Dan yang lebih menarik, isu tersebut turut mengheret RBF ONLINE yang merupakan seorang lagi blogger heavyweight dan hardcore yang sebelum ini kelihatan banyak bersetuju berbanding bertelagah.

Isunya bermula apabila PARPUKARI mempersoalkan tentang kemenangan Aaron Aziz sebagai pemenang Artis Popular. Dengan alasan-alasan dan dalih yang bukan-bukan untuk melazimi terhadap kemenangan Aaron Aziz. Dan alasan serta dalih itu kemudiannya disanggah pula oleh PAPAGOMO sebagai memenuhi proses perdebatan.

RBF ONLINE duk tak duduk tiba-tiba menyampuk dan cuba memanaskan keadaan, walhal isu yang ditimbulkan dan diperdebatkan itu sekadar ISU BODOH yang tidaklah sekuat mana pun untuk dihujahkan oleh sesiapa pun baik menentang kemenangan mahupun menyokong kemenangan Aaron Aziz.

Apa yang hebat sangat dengan warga Singapura yang menang anugerah hiburan itu? Sedangkan sudah berapa lama warga Singapura yang menyemai bakti di Bumi Semenanjung? M. Nasir, Yusnizar Hussein, Black Dog Bone dan sebagainya sudah lama ada di Malaysia. Artis dan penghibur Malaysia sudah terlalu lama mendapat anugerah di Singapura tanpa sebarang masslah dari penduduk atau rakyat mahupun pengamal media Singapura.

Hebat sangatkah anugerah hiburan di Malaysia sehingga perlu menjadi eksklusif dan terhad kepada warganegara Malaysia semata-mata?

Bullshittt!

Tak payah berangan untuk menjadi eksklusif yang bukan-bukan!

Kepada blogger-blogger hebat di atas, berhentilah daripada menjadi tongong dan bahlol. Isu artis yang cuba korang belitkan sebenanrnya hanyalah mencerminkan KETOLOLAN DAN KEBANGANGAN YANG BUKAN-BUKAN!!!! - sumber

Heeeeiii Najib... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2012 07:00 PM PDT

Heeeeiii Najib....
Kalau harga barang tak turun...
Biaq PR pulak yang naik...
BN pulak turunnn...!!!

Hoii... mau kena boikot ka?

Posted: 13 Apr 2012 05:00 PM PDT

Bendera PAS, PKR dan DAP di stesen komuter?

KUALA LUMPUR, 13 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan maklumat terbaru di media, Malaysiakiniyang melaporkan bahawa Keretapi Tanah Melayu (KTM) membenarkan bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di kesemua 28 stesen komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor.

"Dalam hal ini, DPPM merasa kecewa kerana pihak KTM bersikap berat sebelah dengan membiarkan bendera BN dipasang di stesen komuter mereka serta memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Menurutnya, mungkin juga mereka sendiri diarahkan oleh pemimpin Umno BN supaya membenarkan bendera itu dipasang.

"Jika begitu, bagaimana dengan bendera milik parti dari Pakatan Rakyat?

"Bolehkah bendera PAS, PKR atau DAP berkibaran di mana-mana stesen komuter di Selangor?" soalnya dalam satu kenyataan.

Bagi DPPM, tegasnya tindakan sedemikian adalah tindakan terdesak pemimpin Umno BN bagi meraih undi simpati rakyat setelah semakin ramai rakyat menolak mereka sehinggakan perkhidmatan awam juga mahu dipolitikkan dengan tindakan begitu yang amat memualkan.

Katanya, jika bendera BN terus berkibar di stesen-stesen komuter, DPPM merasa bimbang jika rakyat akan memboikot daripada menggunakan perkhidmatan komuter dan KTM akan menanggung kerugian yang besar nanti.

"DPPM mengingatkan KTM dan pemimpin Umno BN bahawa perkhidmatan komuter adalah untuk orang awam dan ianya dinaiki oleh rakyat pelbagai peringkat. Membiarkan bendera BN dipasang membayangkan seolah-olah stesen komuter adalah milik BN sahaja," ujarnya.

Ini, katanya sudah tentu perkara ini akan menimbulkan ketidak selesaan bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

Oleh itu, kata Riduan DPPM mendesak KTM supaya membatalkan arahan tersebut supaya perkhidmatan awam bebas dari kongkongan politik kepartian.

Menurutnya, perkhidmatan awam adalah hak untuk semua rakyat menikmatinya tidak kira dari jalur politik mana sekalipun, bukan untuk penyokong dan ahli BN sahaja.

"Ia juga bukan dibina hasil duit dari BN, tetapi ia adalah hasil daripada duit yang disumbangkan oleh rakyat kepada kerajaan," katanya lagi.- Harakahdaily

Cinta paling suci...

Posted: 13 Apr 2012 03:00 PM PDT

Kasih seorang ibu adalah kasih sejati

Seorang lelaki diabaikan, dibuang oleh rakan-rakan, saudara, dan isterinya. Beliau menghidapi asma, dan hidup menderita berdekatan hospital Jipmer, Pondicherry, India.

Namun, Ibu lelaki tersebut tidak putus asa memberi kasih sayang dan cuba segenap hati untuk menyelamatkan anak kesayanganya itu. Jelas kelihatan, satu-satunya kasih yang takkan hilang ialah kasih ibu.

Cinta seorang ibu adalah suci, tanpa syarat, dan selamanya!- Picture2U

KFC Bangkok Mohon Maaf

Posted: 13 Apr 2012 12:00 PM PDT

BANGKOK - Pengendali restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Thailand mengeluarkan permohonan maaf selepas rakyat negara itu mengkritik satu mesej yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.

Mesej itu menggesa orang ramai supaya pulang ke rumah dan memesan ayam KFC. Ia ditulis ketika orang ramai panik dan bergegas pulang berikutan berlaku dua gegaran di Aceh, Indonesia yang mencecah kekuatan 8.6 pada skala Richter semalam.

Syarikat itu menulis mesej yang berbunyi: "Cepat pulang ke rumah dan ikuti perkembangan terkini berita gempa bumi dan jangan lupa untuk memesan menu KFC kegemaran anda."

Ia nyata mengundang komen-komen marah yang menyifatkan KFC Thailand tidak sensitif dan mementingkan diri sendiri. Mesej itu kemudian dibuang dan digantikan dengan permohonan maaf.- KLpos

Tiada ulasan: