Muslimeen United |
- Bantah Lynas: di Shah Alam dan Melaka
- Lagi Kes Anak VIP Belasah Orang Awam
- Bila Tun M pun sokong Tajudin Ramli..
- Siswa mahu berkhemah hingga BERSIH 3.0
- BERSIH 3.0 - Kenapa Kita Mesti Sokong
| Bantah Lynas: di Shah Alam dan Melaka Posted: 14 Apr 2012 03:03 AM PDT ![]() Seramai kira-kira 200 orang berhimpun di Dataran Shah Alam, Selangor dalam bantahan ke atas loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan. Kumpulan itu mula berkumpul bermula jam 2.20 petang semalam selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan mula berucap dan melaungkan slogan.Perhimpunan di Shah Alam itu merupakan antara beberapa demonstrasi yang diadakan serentak seluruh negara anjuran Solidariti Hijau SeMalaysia yang dianggotai 23 NGO. MP Shah Alam dalam ucapannya di perhimpunan itu antara lainnya menyeru masyarakat yang hadir supaya menolak kerajaan yang tidak mahu mempertahankan negara daripada sisa berbahaya daripada Lynas. Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah koordinator Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib, serta pengerusi lajnah alam sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar.Peserta yang bersorak dan melaungkan slogan itu diawasi seramai kira-kira 30 orang anggota polis dan juga 10 orang penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam. Perhimpunan itu berakhir dengan aman sekitar jam 3 petang. Di Melaka Demonstrasi bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di tempat letak kereta di hadapan Bangunan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) berhadapan masjid Al Azim. Antara pimpinan PR yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San, Adun Bachang Lim Jak Wong; Adun Ayer Keroh Khoo Poay Tiong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew; Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan pimpinan PR Melaka pelbagai peringkat. Adly ucapannya berterima kasih kepada pihak keselamatan kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang demonstrasi tersebut. "Kita berhimpun hari ini untuk menyatakan bantahan di atas tindakan kerajaan BN yang membenarkan kilang Lynas ini beroperasi di tanah air kita" ":Yang untung kroni dan susah dan terkena akibat dari pencemaran alam sekitar ialah rakyat" ujar Adly. Berikut disiarkan gambar-gambar yang diambil dari ihsan rakan-rakan FB. |
| Lagi Kes Anak VIP Belasah Orang Awam Posted: 14 Apr 2012 02:56 AM PDT Muka diinjak anak VIPKUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam. Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta. "Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak. "Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya dalam satu sidang media semalam. Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri. -hm
Belum lagi selesai kes anak menteri belasah pengawal keselamatan, kini timbul lagi anak VIP belasah penyanyi dan pemuzik. Polis perlu bertindak tegas di dalam hal ini, TANPA milih bulu. Jika berlaku pilih kasih di dalam siasatan dan dakwaan, kejadian begini akan terus berulang. -GB |
| Bila Tun M pun sokong Tajudin Ramli.. Posted: 14 Apr 2012 02:53 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 14 April: Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad pun turut sama menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli, Umno dan Barisan Nasional (BN) bertambah tidak selamat. Demikian reaksi spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar atas) apabila Dr Mahathir sekali lagi mengakui bahawa adalah sukar bagi BN untuk mendapat majoriti dua pertiga dan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008. "Tindakan kerajaan mengetepikan arahan mahkamah supaya Tajudin membayar hutangnya dan sebaliknya menghapuskira hutang Tajudin sebanyak RM589 juta menimbulkan kemarahan rakyat terutama para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diburu. Keluarga mereka juga marah. "Kalau dalam kes pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) kita lihat Dr Mahathir memberikan komen yang tegas, tetapi komennya begitu lunak dalam kes Tajudin dan oleh sebab itulah dia juga dilihat turut selamatkan bekas pengerusi eksekutif MAS itu. "Perbuatan Umno menyelamatkan Tajudin itu menjadikan Umno dan BN lebih tidak selamat kerana memarakkan lagi api kemarahan rakyat dan memang benar kata Dr Mahathir, parti pemerintah menghadapi masalah mendapatkan majoriti dua pertiga," katanya. Dr Mahathir sentiasa mengekalkan pandangannya bahawa adalah sukar bagi BN mendapatkan majoriti dua pertiga. Mohamad juga sangat tertarik apabila Dr Mahathir berkata kedudukan Najib tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008 ketika beliau sendiri mengakui sukar bagi parti pemerintah itu mendapat majoriti dua pertiga. "Nampak macam Dr Mahathir memberitahu orang-orang Umno supaya menggantikan Najib dengan pemimpin lain jika tidak mencapai prestasi yang lebih baik bagi BN berbanding 2008. "Saya nampak apa yang dihajati oleh Dr Mahathir itu akan tercapai," katanya. Mohamad juga tidak hairan dengan kenyataan Dr Mahathir itu kerana beliau diberitahu berkali-kali oleh sumber dalaman Umno dan Perkasa bahawa bekas Perdana Menteri itu memang begitu tidak senang terhadap Najib. "Tetapi khabarnya Dr Mahathir mahu menunggu selepas pilihan raya dahulu kerana beliau bimbang BN akan kalah pula jika beliau menentang Najib dari sekarang. "Tetapi kenyataannya tentang kedudukan Najib yang tidak akan selamat kalau tidak mencapai prestasi lebih baik berbanding 2008 itu membuktikan Dr Mahathir sudah tidak sabar lagi untuk bersuara," katanya. Dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Reuters itu juga, Dr Mahathir berkata, Umno tidak lagi sekuat dahulu. "Zaman saya Umno kuat. Sekarang tidak. Jika anda menyokong orang tertentu, anda akan dapat kontrak, anda dapat segala keistimewaan. Sama ada parti jatuh atau tidak, itu tidak relevan kepada mereka. Mereka mesti berpaut kepada jawatan mereka dan mendapat segala keistimewaan," katanya. Malah, hujung tahun lalu Dr Mahathir mengulangi kenyataannya tentang tanggapan kebanyakan rakyat yang melihat Umno dipimpin oleh orang yang korup. -Hrkh |
| Siswa mahu berkhemah hingga BERSIH 3.0 Posted: 14 Apr 2012 02:52 AM PDT Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo. Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur. Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."Kumpulan siswa itu turut membawa kain rentang antaranya dengan slogan bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'. Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati." Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan. Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut.Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang ketika ditemui berkata mereka akan berkhemah di kawasan berkenaan sementara menunggu perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April. Kira-kira 80 orang peserta berkenaan turut berkumpul di satu sudut berkenaan dan menunaikan solat Asar berjemaah. Beberapa orang anggota polis memerhatikan tindakan anak muda berkenaan daripada sebuah kenderaan balai polis bergerak di tepi padang tersebut. -M'kini |
| BERSIH 3.0 - Kenapa Kita Mesti Sokong Posted: 13 Apr 2012 04:08 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Kumpulan itu mula berkumpul bermula jam 2.20 petang semalam selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan mula berucap dan melaungkan slogan.
Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah koordinator Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib, serta pengerusi lajnah alam sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar.







Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.
Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan