AdukaTaruna |
PERKASA kerah 700 000 dalam 20 bas sekat BERSIH Posted: 10 Apr 2012 09:49 PM PDT KUALA LUMPUR — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada kerana "apa sahaja boleh berlaku." Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini. "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara, jika himpunan Bersih tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. "Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini. Dalam ucapan di hadapan pertubuhan NGO termasuk kalangan Cina dan India, Ibrahim berkata Himpunan Bersih diadakan kerana gerakan itu mempunyai agenda untuk menumbangkan kerajaan sedia ada dengan mengambil inspirasi daripada apa yang berlaku di Timur Tengah. "Kita tahu tujuan mereka turun ke jalanan, kumpulan ini mahu menimbulkan huru-hara dalam negara, kalau dulu peristiwa 13 Mei (1969) negara diisytiharkan darurat dan Tun Abdul Razak (Hussein) dilantik sebagai ketua negara sementara dan jika ia berlaku nanti adakah perkara sama akan berlaku? "Sebab itu kita tidak boleh berdiam diri, kita tahu orang Cina mengutamakan perniagaan, kita tidak mahu himpunan yang mereka buat ini menunjukkan mereka dapat restu daripada rakyat, kita bertegas dalam perkara ini dan kita bukan mahu melakukan provokasi," katanya. Sambil mendakwa Ambiga sebagai ejen Yahudi. Ibrahim Ali terus berkata "Kita tentang Ambiga bukan sebab dia India tapi sebab dia jahat, Melayu jahat pun ada,Melayu yang jahat juga kita marah. "Siapa Ambiga? Saya percaya dia adalah ejen Yahudi, siapa dia puan guru Ambiga ini," katanya. Kata Ibrahim, pihaknya akan menggerakkan 20 bas dari setiap negeri untuk membantah Himpunan Bersih 2.0. "Percayalah hanya segelintir orang Cina dan India akan sertai Himpunan Bersih itu nanti, yang ramai ialah orang-orang Melayu,agenda himpunan ini bukan hendak menuntut satu pilihan raya yang bersih tapi agenda utama untuk menghuru-harakan negara seperti mana yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa negara lain. "Mereka kata pilihan raya tidak adil tapi pada 2008 mereka tawan empat negeri, menang 82 kerusi Parlimen, kalau mereka kata ini tidak adil saya cabar mereka letak jawatan masing-masing dan kita adakan semula pilihan raya," katanya. Selain Perkasa dan Bersih, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari tersebut. Tegas Ibrahim, himpunan anti-Bersih tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno sambil berkata "tidak mahu digelar sebagai himpunan parti politik." "Kita tidak akan bergabung dengan Pemuda Umno, kita ini adalah NGO bukan parti politik dan kita mahu bergerak atas tiket NGO. "Ini keputusan kita, kita hanya bergerak atas NGO bukan parti politik," katanya sambil menambah tindakan Bersih turun ke jalanan bukan kebebasan bersuara yang sebenar. Turut hadir dalam pelancaran itu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkefli Noordin dan bekas timbalan menteri penerangan Datuk Khalid Yunus. Ditanya soal permit, Ibrahim menegaskan jika Himpunan Bersih diadakan tanpa permit, maka pihaknya juga akan berhimpun tanpa permit. "Jika Bersih tidak memohon permit kita juga akan lakukan perkara sama, kalau Bersih mempunyai permit kita juga akan mohon permit," katanya |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan