Ahad, 1 April 2012

PERAKITE

PERAKITE


Umno terkantoi apabila pemaju kata akan bina masjid yang dijanjikan

Posted: 01 Apr 2012 07:09 AM PDT

Umno dah terkantoi dalam hal tanah tapak masjid yang memfitnah kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang telah menjualnya sedangkan ia sebaliknya.


Ini ekoran jaminan Ivory Properties Group Berhad (IPGB) bahawa pemaju berkenaan akan membina kemudahan awam seperti masjid, sekolah dan rumah ibadat lain di atas 'tanah emas' Bayan Mutiara, Bayan Baru dekat Batu Kawan.

Lantaran itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman menyambut baik jaminan itu tetapi berkata jaminan itu menunjukkan perjuangan Umno supaya kemudahan awam terutama masjid dan sekolah seperti yang dirancang dalam pelan pembangunan yang ditetapkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di kawasan itu telah berjaya.

"Umno mendesak demi kepentingan rakyat dan bila mereka (IPGB) telah menyatakan persetujuan untuk membina masjid dan sekolah di situ, ini menunjukkan perjuangan kita berjaya.

"Tetapi Umno negeri mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi jaminan masjid dan sekolah yang akan dibina itu dibangunkan atas tapak asal seperti pelan awal," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif IPGB Datuk Seri Nazir Ariff bahawa syarikat akan mematuhi garis panduan, peraturan perancangan dan pembangunan seperti ditetapkan MPPP di Bayan Mutiara dengan membina kemudahan awam seperti masjid, sekolah dan rumah ibadat lain.

Minggu lepas Pemuda Umno negeri mendedahkan tapak masjid, sekolah, balai polis, kompleks gerai pusat penjaja dan pusat komuniti, yang sudahpun diberi kebenaran merancang oleh MPPP pada 2006, dijual oleh kerajaan negeri.

Tapak itu adalah antara kawasan termasuk dalam 'tanah emas' Bayan Mutiara yang dijual kepada pemaju swasta pada harga RM1.07 bilion bagi membangunkan Penang World City (PWC) dengan nilai pelaburan sebanyak RM10 bilion.

Bernama

Umno bertanggungjawab pastikan tanah masjid tidak dijual

Posted: 01 Apr 2012 07:03 AM PDT

NGO Kongres Melayu Pulau Pinang mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.

Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.

"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.

"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi.

Veteran Umno dan bekas menteri Shahril Samad keluar Umno masuk PAS

Posted: 31 Mar 2012 11:20 PM PDT

GEMPAR: Ahli Parlimen Johor Baharu Dato Sharir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.


Ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli UMNO yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.


Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital. 


Ia kemudian disuraikan oleh polis.


Shahril berkata:


"Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."


Difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.


Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan


"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian."

Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad


Bagaimanapun Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.


"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.


Beberapa blog hari ini termasuk Perakite ini yang memetik dari blog2 berkenaan melaporkan kononnnya Shahrir  mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.


Perakite pada asasnya memetik berita ini dari :


http://adukataruna.blogspot.com/2012/04/sidang-media-berdarah-shahril-samad.html

Rupa-rupanya ia April Fool:

Berikut kenyataan di Senai, Shahrir Abdul Samad menafikan laporan blog-blog hari ini kononnya beliau telah membuat pengumuman mahu keluar Umno  untuk menyertai Pas bersama lebih 2,000 ahli.

Menurutnya, punca dan sumber maklumat lama sekadar cerita "April Fool."

"Sebenarnya, jika diperiksa punca dan sumber maklumat berkenaan datangnya daripada cerita 'April Fool'. Saya tidak ada bercakap sedemikian. Bukan saya yang cakap.

"Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Siapa yang percaya dengan laporan berkenaan bermakna sudah kena temberang," kata beliau.

Ini petikan dari Blog Adukataruna: he he dah terkantoi dengan April Fool siap gambar lagi

Sidang media berdarah : Shahril Samad umum sertai PAS.

Johor Bharu, 1 April – Ahli parlimen Johor Bharu, Datuk Shahril Samad hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS bersama lebih 2000 kekuatan ahli. Perkara yang menggemparkan itu mendatangkan keributan dan huru-hara ketika sesi sidang akhbar yang dipercayai dilakukan oleh ahli UMNO yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.


Keta mainan wakil Pengerang

Posted: 31 Mar 2012 07:55 PM PDT

Ini keta mainan wakil parlimen Pengerang. Keta ini mungkin tidak mengguna nama dia...sendiri pikir la..lu pun sendiri mau pandai lah


Antara koleksi bekas menteri merangkap bekas ketua puteri umno yang tak berapa puteri itu ialah  Porche , Merz, Smart Car, Land Rover , Alphard dan entah apa2 lagi lah...

sumber: blog tukanglawan

PROTON PREVE

Posted: 31 Mar 2012 06:24 PM PDT

Proton Preve berharga dalam lingkungan RM75,000 mempunyai sedikit ciri-ciri yang mampu menyaingi Toyota Vios dan Honda Civic


Preve bermakna previu gamaknya..tapi kereta ini pasti menyentap perasaan orang muda..bergaya dengan push button dan pelbagai gadjets terbaru dalam pasaran.


Ia mempunyai kelas tersendiri dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan..termasuk mempunyai empat airbags dan brek Traction System



Asri baru sedar siapa Ahsan Ahli Aqidah

Posted: 31 Mar 2012 06:10 PM PDT

Dr Mohd Asri baru sedar siapa Hasan Ali



Dr Mohad Asri baru memahami mengapa Hasan Ali dipecat oleh PAS. Alhamdulillah nampaknya ada yang memahami akan kelaku manusia bernama Hasan Ali ini.


Semuga kita semua dilindungi oleh fitnah yang di bawa oleh manusia ini.

Tiada ulasan: