Ahad, 1 April 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


UTTV : MP Kota Bharu bersama pentadbir UTTV

Posted: 01 Apr 2012 07:23 AM PDT

Pada jam 10.45 malam ini, sebentar lagi, insyaallah; akan ada talk show UTTV bersama MP Kota Bharu. Boleh diikuti secara live di : http://www.ustream.tv/channel/uttv-live-streaming

Sidang media berdarah : Shahril Samad umum sertai PAS.

Posted: 31 Mar 2012 06:15 PM PDT

Johor Bharu, 1 April – Ahli parlimen Johor Bharu, Datuk Shahril Samad hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS bersama lebih 2000 kekuatan ahli. Perkara yang menggemparkan itu mendatangkan keributan dan huru-hara ketika sesi sidang akhbar yang dipercayai dilakukan oleh ahli UMNO yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.

4 orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital. Dalam sidang media itu, dimana akhirnya disuraikan oleh pihak polis, Shahril Samad berkata :

"Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.

Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan :

"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian."

Sumber : Klik sini.

Tiada ulasan: