Khamis, 26 April 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Mengapa UMNO-BN perlu jadi pembangkang selepas PRU13?

Posted: 26 Apr 2012 07:00 AM PDT



Berulang-ulang kali kita mendengar daripada kem Barisan Nasional bahawa mereka memerlukan majoriti yang besar untuk menjadi sebuah kerajaan yang 'kuat'. Mengapa? Kerana ia akan membolehkan mereka berbuat sesuka hari sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa dekad lalu.Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah kerajaan itu terlampau besar dan
'kuat'. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa pentingnya sebuah kerajaan yang 'kuat' dan kita tahu bagaimana keadaan dalam negara tersebut.

Adakah kerajaan yang 'kuat' boleh menjadi kerajaan yang baik?
Dalam sebuah kerajaan yang 'kuat' sedemikian, rakyat hilang suara dan kuasa; yang paling berkuasa adalah mereka yang di tampuk kuasa yang menghalalkan segala-galanya atas nama rakyat, termasuk mempergunakan kaum, agama dan 'kebangsaan'.
Pada hari ini UMNO-BN memegang rekod dunia untuk parti pemerintah yang 'dipilih' oleh rakyat paling lama di dunia. 'Pilihan' rakyat itu dibuat melalui pilihan raya yang tidak adil, kotor dan berat sebelah d mana agensi kerajaan dan media massa dipergunakan sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak parti pemerintah.
Hasilnya, lama kelamaan ia berjaya mempengaruhi dan lebih teruk, ,mengawal segala institusi-institusi penting negara tanpa sebarang imbangan adil atau 'check and balance'.
Masih ingatkah kita dengan krisis kehakiman pada tahun 1988 yang amat memualkan dan menjijikkan di mana pimpinan negara memecat dan mempermainkan hakim-hakim besar demi kepentingan politik mereka?
Masih ingatkah kita dengan penyalahgunaan undang-undang zalim seperti ISA yang digunakan terhadap pesaing politik semata-mata kerana UMNO-BN tidak mampu menjawab hujah dengan hujah?
Semua ini berlaku kerana kerajaan pada ketika itu terlalu 'kuat'. Kerajaan menang pilihan raya secara kotor dan tidak adil, kemudian menggunakan kemenangan besar yang dipaksakan itu untuk melakukan kezaliman. Rakyat hidup dalam ketakutan dan terpaksa merelakan penyelewengan, salah guna kuasa, perkauman dan sebagainya.
Apabila rakyat memberi ruang kepada pembangkang
Hari ini kita melihat pelbagai 'reformasi' dan 'transformasi' sedang dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak – ada yang serius, ada yang main-main, ada pula yang merupakan muslihat politik. Apa pun Najib terpaksa melakukannya akibat kuasa pembangkang yang semakin kuat di Parlimen yang mewakili tuntutan dan aspirasi rakyat.
Tidak seperti UMNO-BN yang mahukan penentangan yang minima di Dewan Rakyat dan juga menggunakan segala muslihat jelik untuk menutupi segala penyelewengan dan skandal, Pakatan Rakyat telah berikrar bahawa mereka mahukan sebuah pembangkang yang kuat.
Maka tidak mustahil, dengan kesedaran dan kehendak rakyat, UMNO-BN perlu bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat dalam pilihan raya umum akan datang. Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan semula keluhuran proses demokrasi di negara kita.
Bila UMNO-BN menjadi pembangkang…
Pertama, sudah tiba masanya UMNO-BN menjadi pembangkang yang baik untuk menghargai peranan tersebut. Kita dapat lihat pada hari ini hegemoni kepartian yang amat ketara di Parlimen hasil pemerintahan kuku besi yang diamalkan BN.
Amalan hari ini menunjukkan setiap Ahli Parlimen hanya boleh menyokong dan tidak boleh membangkang apa-apapun yang dikemukakan oleh pimpinan parti mereka di Parlimen. Sesiapa yang mempunyai pendapat sendiri atau cuba membawa pandangan para pengundi kawasan wakil rakyat itu yang bertentangan dengan pendirian UMNO-BN, Ahli Parlimen itu akan dikenakan tindakan disiplin.
Kedua, sekiranya UMNO-BN menjadi pembangkang, barulah mereka akan lebih menghargai dan menghormati peranan pembangkang dalam sistem kerajaan dan demokrasi di mana mereka benar-benar membawakan isu-isu rakyat, dan bukannya untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.
Jika dahulu mereka mengamalkan rasuah daripada akar umbi hingga pucuk pimpinan tertinggi, mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan rasuah menggunakan wang rakyat, tetapi terpaksa membongkarkan pula rasuah dalam kerajaan baru, jika ada penyelewengan dan salah guna kuasa.
Dan untuk memenangi hati dan minda rakyat, mereka harus menjauhi rasuah dan mesti dilihat bersih untuk memenangi semula hati rakyat yang telah menolak mereka.
Ketiga, dengan menjadi pembangkang, barulah UMNO-BN benar-benar dapat muhasabah diri untuk berubah. Kerana kita lihat sejak 2004 apabila UMNO-BN berjanji untuk berubah, ia bukan sahaja di takok lama, malah penyelewengan, salah guna kuasa dan keangkuhan semakin menjadi-jadi hingga hari ini. Semuanya itu kerana UMNO-BN masih merasa diri hebat di puncak kuasa.
Bersihkan Malaysia
Sistem demokrasi memang ada sedikit-sebanyak cacat-celanya kerana ia boleh melahirkan pemerintahan kuku besi kumpulan majoriti atau 'tyranny of the majority' tetapi dalam amalan hari ini, demokrasi yang matang sudah pun melahirkan nilai-nilai tambahan seperti kebebasan, keadilan, hak asasi, peluang saksama, keadilan sosial dan pelbagai jaminan hak untuk memastikan kumpulan majoriti tidak menindas minoriti.
Pada hari ini kerajaan UMNO-BN terlalu berkuasa sehingga wang  rakyat menjadi milik sang penguasa dan lebih teruk lagi maruah negara ini telah digadai dan dikhianati. Demi mengekalkan kuasa politik, beratus ribu kad pengenalan dikatakan telah diberikan kepada warga asing.
Dulu masalah ini hanya di Sabah sahaja di bawah 'Projek IC' yang telah didokumenkan secara lengkap. Namun ia masih cuba disembunyikan oleh kerajaan pusat UMNO-BN. Hari ini masalah itu telah menular ke Semenanjung. Malah, perhimpunan aman BERSIH yang telah diadakan dan akan terus dilakukan antara lain bertujuan menghapuskan amalan keji ini.
Jika kita sayangkan negara ini, tiada cara lain untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia, UMNO-BN harus dijadikan pembangkang selepas PRU13.
DAP bersama Pakatan Rakyat tidak akan mengharamkan UMNO-BN, jauh sekali melakukan kezaliman-kezaliman untuk membalas dendam. Dengan perkataan lain, Pakatan tidak mahu mengulangi sejarah perit menjadi UMNO-BN yang menekan rakyat sendiri.
DAP bersama Pakatan Rakyat sedar peranan pembangkang teramat penting dalam sistem demokrasi untuk memastikan keluhuran dan idealismenya dilaksanakan bagi memastikan kerajaan pusat dapat mentadbir dengan baik dan adil.

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Posted: 25 Apr 2012 04:40 PM PDT




"Pada 1974, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.




Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.


Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.



Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. "Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!" Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.


Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. "Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Nabi Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: "Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu". (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: "Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92)." Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini." Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.




Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. "Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. "Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Tiada ulasan: