shalehudin |
- Jakarta dikejutkan Video ‘panas’ baru...
- Botox artis ni pun buat kat Siam gak ka? Kahkahkah...
- Hampa Jawab la Sendiri... kahkahkah...
- Semua Ni Pasai Anwar Ibrahim la... kahkahkah...
- Jom pakat2 TIBAI Berahim Ali... kahkahkah...
- Dia mai nak jumpak Najib rupanya... kahkahkah...
- Sapa Pompuan Misteri Nih... hehe...
- BUKTI Menteri UMNO ber NAFSU kawaq...
- Jimmy Shanley NAFI pakai baju lambang PAS... kahkahkah...
- Video: Dua Sahabat Maut...
- BERGAMBAR: Bayi berkaki enam selamat dibedah
Jakarta dikejutkan Video ‘panas’ baru... Posted: 26 Apr 2012 11:00 AM PDT Jakarta dikejutkan rakaman video 'panas' baru JAKARTA - Rakaman video seks yang didakwa membabitkan dua ahli politik parti pembangkang Indonesia, Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) sudah disebarkan dalam online, kata laporan semalam. Ia didakwa membabitkan dua ahli politik termasuk seorang ahli politik kanan lelaki dan seorang rakan sekerja wanita muda yang masing-masing sudah berkahwin. Laman web itu yang dihoskan kilikitik.net sudah disekat, kemungkinan besar oleh kerajaan. Wanita dalam video grafik itu dilaporkan mempunyai hubungan politik yang kuat. Pasangan lelaki yang dikenali sebagai AB oleh akhbar Jakarta Globe dilapor menafikan pertuduhan dan memberitahu media tempatan yang dakwaan itu tidak benar. Ahli politik lain dari parti yang turut dikenali sebagai PDI-P, enggan memberikan komen terhadap tuduhan itu. – Agensi |
Botox artis ni pun buat kat Siam gak ka? Kahkahkah... Posted: 26 Apr 2012 09:35 AM PDT Pemimpin Umno, Artis Berkahwin Di Siam? Oleh Mohd Sayuti Omar Kelmarian semasa minum di kantin Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur saya terjumpa kawan lama semasa belajar di sekolah menengah Rantau Panjang tahun 1977 lampau. Sudah 30 tahun kami tidak berjumpa. Semasa di tingkatan lima dulu saya satu kelas dengan dia. "Ingat dak saya,?" sapa dia sambil menghulur salam. Cara dia bertanya begitu yakin menunjukkan dia masih ingat saya. Saya sambut dan bersalaman dengannya. Dia banyak berubah menyebabkan saya hampir tidak kenal. Selepas dia memberi tahu namanya baru saya terperasaan itu pun sambil mengimbau masa lalu mengenang-ngeng wajahnya. Semasa di sekolah dia seorang yang smart. Berpakian kemas dan di bawah kolor bajunya terselit tuala kecil untuk mengalas peluh agar tidak terkena kolar. Dia seorang yang kemas dan bersih. Basikalnya juga bersih, kedua rim depan belakang bersinar banar - berkilau. Sungguh tidak sangka berjumpa dengannya di situ. Dia datang menenami bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah yang datang untuk mendengar keputusan berhubung samannya terhadap Umno. Bekas Setiausaha itu, Amran menyaman untuk mendapat keadilan atas apa yang berlaku ke atasnya yang dianggap satu ketidakadlilan dan penganiayaan. Kawan saya itu turun bersama beberapa yang lain untuk menyokong Amran. Selepas berbual dan suai kenal kembali topik bertukar kepada beberapa hal lain. Sudah pastilah topik yang tidak akan dilepaskan ialah berbual fasal politik. Kawan saya ini tahu akan kecenderongan dan minat saya. Semasa di sekolah dulu saya tidak tahu aliran politiknya, walaupun dia sudah tahu dan kenal aliran politik saya. Saya sejak sekolah lagi sudah gila bercakap dan bermain politik. Sapu tangan saya juga kawan saya ini kenal apa warnanya. Bual punya bual maka sampailah kepada soal-soal peribadi pemimpin Umno parti yang dianutinya termasuklah mengenai seorang pemimpin Umno yang sehari dua ini dikaitkan dengan seorang artis. Menurut kawan saya itu dia tahu atau mendapat maklumat mengenai pemimpin kanan Umno berkenaan memang ada hubungan dengan artis berkenaan. Dia menafikan yang pemimpin kanan menteri itu memberi wang sampai mencecah jutaan ringgit kepada artis berkenan. "Setahu saya dia tidak memberi wang sebanyak itu. Sebaliknya apa yang saya tahu, artis itu mendapat wang dari pihak lain..," katanya perlahan-lahan dan selamba. Agak kekok juga untuk dia memberi tahu 'rahsia' itu. Pihak yang memberi wang atau diterima diterima oleh artis itu dari mereka yang ingin mendapat sokongan atau projek dari pemimpin Umno berkenaan. "Saya tahu sebab saya dan kawan ada berhajat untuk mendapatkan projek dari pemimpin Umno berkenaan, dan saya juga bercadang memberikan wang kepada artis itu.." katanya. Di sini saya tertegun dengan kata-kata itu. Kenapa harus memberi wang kepadanya (artis)? "Demo tidak tahu ke, pemimpon Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam, Puak Tanah Merah hampir-hampir ikut menjadi saksi. Saya lagi tertegun dan mendekatkan telinga dengannya. Percakapan saya dengan kawan itu tidak diberi perhatian oleh kawan-kawan lain yang duduk semeja panjang yang dicantum menjadi dua."Perkahwinan itu bagaimana pun tidak didaftarkan, tetapi ada orang tahu..." tambahnya. "Ini sedap ceritanya ni," kata saya menarik perhatian. Kawan itu terus bercerita dan bercerita sehingga dia minta saya merujukkan kepad orang bernama Zubir... "Demo tanya Zubir dia tahu sebab dia yang membawa pemimpin kanan Umno dan artis itu berkahwin." Sambungnya. "Bila mereka kahwin?" soal saya. "Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini. "Zubir tu orang mana," tanya saya. "Dia orang kita juga...." balasnya. Sayang perbualan itu tidak sampai habis sebab masa untuk dia bersama kawannya ke kamar hakim sudah tiba. Kawan itu memberi jaminan dia akan bercerita lagi apabila kami bertemu semula http://msomelayu.blogspot.com/ |
Hampa Jawab la Sendiri... kahkahkah... Posted: 26 Apr 2012 07:00 AM PDT Mahathir Kata, Yg Pandai Sertai PAS,Yg Bijak Sertai PKR Dan Yg Pintar Sertai DAP Oleh Aspan Alias Memang sudah menjadi adat dan cara hidup semua bangsa dan agama mengenang jasa dan budi orang itu memang menjadi tuntutan. Hidup tidak mengenang budi 'ibarat kacang lupakan kulit'. Itulah perbilangan Melayu yang semua orang tahu. DAN sememangnya orang Melayu mengenang jasa Hanya sekarang politik tidak dapat membezakan diantara siapa yang patut mengenang jasa dan siapa yang telah memakan jasa. Itulah sekarang menjadi tuntutan Najib apabila beliau melawat P Pinang dua hari yang lepas. Najib seperti pemimpin UMNO yang lain sentiasa menuntut orang Melayu dan rakyat untuk mengenangkan jasa UMNO dan pemimpin-pemimpin besarnya yang telah lalu dan yang sedang berkuasa pada hari ini. Katanya kita mesti ingat kepada jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad serta Abdullah Badawi. Mereka ini semuanya berjasa kepada orang Melayu dan negara, kata Najib. Kata-kata Najib itu ada benarnya tetapi mengenang jasa itu biarlah bertempat dan kena pada orangnya serta tepat kepada sasaran dimana jasa itu dikenang. Kita tidak boleh mengenangkan jasa kepada mereka yang tidak berjasa seperti mereka yang telah membinasakan perjuangan dan tamaddun bangsa kita sendiri. Saya berpendapat Dr Mahatnir sepatutnya mengenang budi parti yang telah mengangkat beliau ke mercu kekuasaan, tetapi Mahathir menggunakan kuasa hasil dari mengenang jasa orang Melayu dengan membinasakan parti itu pada suatu ketika dahulu. Jasa parti itu besar kepada beliau tetapi beliau tidak mengenangnya kerana beliau merasakan ahli-ahli UMNO tidak lagi mahu lagi mengenang jasanya. Beliau tidak mahu menerima yang ahli-ahli UMNO sudah keberatan untuk memberikan jasa lagi kepada beliau kerana sebab-sebab yang kita dengar semasa ramai dari ahli-ahli UMNO mahukan beliau dibersarakan setelah memberikan jasa yang begitu besar kepada beliau. Justru beliau telah membiarkan UMNO itu mati walaupun kuasa yang diberikan rakyat kepada beliau boleh menyelamatkan parti itu dari terkubur. Beliau adalah Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri semasa itu yang sepatutnya menggunakan kuasa yang ada kepada beliau mengikut Akta Pertubuhan 1965 sek 70 yang membolehkan beliau menggunakan kuasa itu untuk menghidupkan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh mahkamah. Beliau enggan menggunakan akta itu kerana beliau mahukan UMNO itu mati terus dan menggantikannya dengan parti baru yang menggunakan nama 'UMNO' yang keramat itu. Maka wujudlah satu parti yang meminjam nama UMNO yang telah terkubur itu. Apa yang hendak diterima kasihkan kepada pemimpin-pemimpin seperti ini? Kenapa hendak memaksa orang ramai khususnya orang Melayu yang berjiwa tulin dalam perjuangan mereka untuk mengenangkan 'jasa' yang seperti ini? Ini kah dia yang dinamakan jasa? Selepas dan bermula dari saat itu kita tidak lagi mempunyai pemimpin-pemimpin yang jujur untuk perjuangan selain dari memperjuangkan untuk mengisi perut dan keluarga masing-masing. Pemimpin-pemimpin berkomplot sesama sendiri untuk naik takhta kepimpinan dan melakukan perkara-perkara yang menjadi persoalan kepada rakyat. Masalahnya rakyat begitu perlahan untuk sedar tentang perlakuan yang telah merosakkan keseluruhan 'fabric' politik orang Melayu khususnya dan rakyat amnya. Hanya sekarang baru ramai rakyat telah sedar dan mereka memulakan langkah untuk bertindak melawan arus yang deras ini. Dalam keadaan inilah Najib dan barisan pimpinan mundar mandir untuk memujuk kembali rakyat menyokong mereka. Najib telah menjanjikan bulan dan bintang, tetapi kita sedar yang apa yang dijanjikan oleh UMNO sejak 54 tahun yang lalu masih menjadi janji dan isu pada masa ini. Janji untuk memajukan kaum Melayu tidak pernah tercapai walaupun setiap pilihanraya isu memajukan orang Melayu menjadi bahan kempen pihak BN dan UMNO. Tiada UMNO Melayu akan mati, kata mereka. Tetapi Melayu wujud sebelum UMNO wujud lebih-lebih lagi kewujudan UMNO baru yang lebih muda dari anak bongsu saya. Bagaimana Melayu hendak memberikan keyakinan jika masa lima dekad tidak mampu untuk menambah equiti bumiputra misalnya. UMNO hanya melalui kegiatan siasahnya dengan slogan besar-besar tetapi tidak ada pun satu dari slogan yang diwarwarkan itu membuahkan hasilnya. Semasa slogan Bersih, Cekap dan Amanah dahulu tiada satu yang bersih, tiada nampak kecekapannya dan jauh sekali ada sifat amanah kepada bangsa Melayu kita. Malahan zaman itulah rasuah mula menjadi-jadi dan masa itu jugalah bermulanya berlakunya noda-noda berlaku terhadap politik dan ekonomi negara. Kata orang, keroh air dihulu kerohlah air dihilir. Kekalutan zaman inilah yang menyebabkan kita mendapat warisan yang kita lihat pada hari ini. Kekalutan yang begitu parah yang rakyat hadapi hari ini tidak mungkin bermula dizaman Pak Lah. Ianya bermula setidak-tidaknya 20 tahun sebelum kekalutan itu sampai ketahap hari ini. Tidak adil kita letakkan kesalahan itu kepada Pak Lah kerana siapa yang melantik Pak Lah itu wajib bertanggungjawab bersama-sama. Apa yang hendak kita katakan lagi jika Mahathir sendiri berkata, yang pandai menyertai PAS, Yang cerdik menyertai PKR dan yang pintar menyertai DAP. Kata-kata itu bukannya datang dari pemimpin-pemimpin dalam komponen PR tetapi dari mulut Dr Mahathir sendiri. Kalau begitu kata Mahathir, yang bodoh itu menyertai parti apa? Saudara jawablah sendiri. |
Semua Ni Pasai Anwar Ibrahim la... kahkahkah... Posted: 26 Apr 2012 04:10 AM PDT Dendam kepada Anwar tidak pernah padam Tibai akan mengulangi siri kegagalan yang dilakukan oleh individu dan NGO yang mahu melenyapkan tokoh pembangkang itu. PETALING JAYA: Dendam bekas rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tokoh pembangkang itu tidak pernah padam. Pelancaran sebuah NGO yang dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Ahad lalu tidak lain tidak bukan untuk menyerang Anwar sebagaimana sebelum ini. Program yang dirasmikan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dihadiri bekas orang kuat Anwar seperti Ezam Mohd Noor, Zahid Mat Arip, Datuk Zulkifli Nordin, Ng Lum Yong, Abdul Ghani Haron, S Gobalakrishnan serta Datuk S Nallakarupan. Mereka merupakan bekas penggerak utama PKR sejak ditubuhkan pada 1998. Ezam adalah ketua Pemuda pertama; Zahid (naib ketua); Ng (pengasas). Begitu juga dengan Nallakarupan dan merupakan Zulkifli yang pernah menjadi peguam dalam kes liwat 1. Sebaik Anwar dipecat serta dipenjarakan, mereka menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat bahawa bekas timbalan perdana menteri itu tidak bersalah dan konpirasi jahat Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri waktu itu. Mereka melawan Dr Mahathir melakukan apa sahaja untuk menumbangkan Dr Mahathir dan BN. Ezam dan Abdul Ghani pernah dipenjarakan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada 2001. Bagaimanapun, seorang demi seorang meninggalkan Anwar. Ezam, Zahid, Abdul Ghani menyertai Umno manakala Nalla menjadi senator BN. Ringkasnya, mereka menjadi penentang Anwar dan menggunakan pelbagai platform untuk menjatuhkan bekas pemimpin pujaan mereka sebelum ini. Kawan sudah menjadi lawan. Ezam sudah lama mengadakan siri jelajah melawan Anwar. Dalam setiap pilihan raya kecil, bekas setiausaha politik itu tampil membantu calon BN melawan Pakatan Rakyat. Kawan jadi lawan Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Ezam mendedahkan surat Anwar kepada Dr Mahathir sejurus selepas dipecat dari kabinet pada 2 September 1998. Persoalan yang timbul sekarang ialah adakah Tibai akan menyebabkan Anwar lenyap dalam radar politik negara selepas pilihan raya umum 13 yang kini menghitung hari? Jika dilihat dari usaha untuk melenyapkan politik Anwar sebelum ini yang tidak pernah berjaya, penubuhan Tibai hanya sia-sia. Tibai akan mengulangi siri kegagalan yang dilakukan oleh individu dan NGO yang mahu melenyapkan Anwar. Apa sahaja keburukan Anwar telah didedahkan sejak 12 tahun lalu. Anwar pernah dituduh agen Amerika dan yang terbaru menjadi tali barut Yahudi. Waktu ini rakyat sekalipun bukan semuanya tidak lagi percaya tuduhan terhadap Anwar. Mereka melihat Anwar lebih baik dari sesetengab pemimpin kerajaan yang terbabit dengan salahguna kuasa dan rasuah. Rakyat membandingkan Anwar dengan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Syarikat NFC milik suami beliau disiasat atas dakwaan salah guna wang kerajaan RM250 juta. Beberapa idea Anwar jelas lebih baik dari BN. Pemansuhan PTPTN dan penurunan harga minyak umpamanya sangat disokong rakyat. Slogan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum 13 akan menenggelamkan Tibai yang akan mengalami nasib NGO-NGO lain. |
Jom pakat2 TIBAI Berahim Ali... kahkahkah... Posted: 26 Apr 2012 01:00 AM PDT Manusia yang terkenal ngan bangang melantun-lantun... Setiap tingkah laku yang tak kenal sopan santun... Setiap kata-kata datangnya dari otak kartun... Layak sangat la di gelar sebagai sekoq MANGKOK HAYUN... Kahkahkah... |
Dia mai nak jumpak Najib rupanya... kahkahkah... Posted: 25 Apr 2012 11:00 PM PDT Bapa pasti Altantuya datang nak jumpa Najib, dia ada sesuatu utk di bincangkan dengannya Bapa kepada warga Mogolia yang dibunuh,Altantuya Shaaribu pasti pembunuhan anaknya berkait dengan pembelian 2 buah kapalselam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, perolehan yang di terajui PM Najib Razak yang ketika itu Menteri Pertahanan. Sungguh-sungguh usaha Setev Shaaribu mendapatkan keadilan untuk anaknya, yang mayatnya masih ditahan oleh kerajaan Malaysia, menghalang keluarga nya dari menjalankan upacara akhir di tanahairnya, beliau menawar diri menjadi saksi dalam siasatan kerajaan Perancis samada DC tleh secara tidak sah membayar Najib imbuhan M570 juta untuk mendapatkan urusniaga itu. "Beliau tahu ada hubungkait antara kes di Perancis dan kes bunuh itu, dan ingin membantu memberi kan kaitan nya. Jika beliau memberi keterangan di Mahkamah, beliau akan berikan maklumat terperinci," terjemah Tsoggerel Och bagi pihak Shaaribuu. Gambar yang dilupakan itu wujud: Altantuya datang ke Malaysia untuk jumpa Najib Setev juga memberitahu sidang medai yang beliau melihat dengan matanya sendir gambar anak nya yang diambil bersama Najib dan kawan rapatnya Razak baginda, yang juga perunding dalam urusan Scorpenes. Menurut Setev,sebelum anaknya berangkat ke Malaysia pada Oktober 2006, anaknya ada memberitahu yang dia akan berjumpa Najib dan Baginda untuk mendapatkan bayaran bagi kerja yang dibuat untuk bebrapa syarikat tertentu. " Saya bertanya dia apa tujuan nya berkunjung ke Malaysia, Dia tunjukkan saya gambar yang diambil di Paris.3 orang di dalam nya, Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya.Kata anak saya," Saya perlu jumpa orang-orang penting,' dan menunjukkan kepada Najib. " Dia beritahu saya ada sesuatu untuk di putuskan bersama Najib .Saya lata ia tidak berbaloi tapi dia masih pergi juga.Ramai saksi melihat gambar ini.Bukan saya seorang. Begitu juga Burmaa Oyunchimeg, juga seorang skasi dan memberitahu mahkama mengenainya semasa perbicaraan kes bunuh pada tahun 2007. Altantuya bercakap mengenai komisen Setev seorang professor bersara, berada di Kuala Lumpur selama 3 hari untuk berjumpa dengan pihak berkuasa Malaysia bagi menpercepatkan kes anaknya. Setev kemudian mededahkan satu lagi kejutan.Walaupun Altantuya tidak dapat mengingati nama-nama syarikat yang terlibat, tapi dia memberitahu yang Baginda berjanji akan membayar komisen kepada nya antara "0.0003 dan 3 peratus" untuk setiap projek. Setev berkata beliau tidak pasti samade komisen itu dalam US dolar atau Euro, tapi ia satu jumlah besar. "Kemudian, saya dengar bayaran nya dalam US Dolar.Saya sedah beritahu kepada peguam Karpal Singh dan kami kir aia lebih kurang RM100 juta," kata Setev. Banyak petunjuk menunjuk kepada Najib Walau masih dalam keadaan terkejut, kata Shaaribu bukan baru untuk rakyat Malaysia yang tahu kaitan nya kerana pihak-pihak terlibat tapi juga melaliu pengakuan dari penyiasat persendirian P.Balasubramaniam.Bala dipaksa meninggalkan negara ini selepas membuat akuan bersumpah yang mendedahkan kaitan antara Najib, kawan baiknya dan juga perunding Scorpenes,Razak Baginda dan Altantuya. Malah jejak yang mengarah kepada Najib terlalu kuat dan tiada sangsi lagi yang Altantuya berkai dengan kes Scorpenes. Dalam suratnya,Altantuya mengaku mengugut Baginda walaupun beliau tidak katakan sebabnya. Tiket penerbangan menunjukkan dia datang untuk berjumpa Baginda dalam perjalanan2 untuk berunding mengenai pembelian Scorpenes telah dikenalpasti penyiasat Perancis. 2 anggota skuad khas Polis Malaysia yang membunuh Altantuya ialah bekas pengawal peribadi Najib dan di perkenalkan kepada Baginda oleh pegawai pengiring Najib,Musa Safri. Baginda di bebaskan dengan penuh kontroversi, walaupun dua pengawal peribadi itu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, ramai yang tahu mereka tidak lebih dari pembunuh upahan dan dalang utama masih bebas. Akhbar Perancis La Liberation melapurkan isteri Najib,Rosmah Mansor cemburu kepada Altantuya dan enggan membenarkan satu sen pun dibayar kepada wanita Mongolia itu, yang datang ke Kuala Lumpur untuk menuntut bahagian komisen nya. Balasubramaniam pula, mengatakan Altantuya ialah perempuan simpanan Najib sebelum di ambil alih oleh Baginda. Setev menjadi saksi Suaram Siapa yang mempunyai motif paling kuat untuk menutup mulut Altantuya masih menjadi satu kuiz panas di Malaysia dan sediahnya,Najid\b dan isterinya Rosmah menduduki tempat teratas dalam senarai kerana beliau ketika itu timbalan perdana menteri dan tidak sabar untuk naik ke atas. Altantuya kononnya mencacatkan peluangnya untuk menjadi PM dengan ugutan nya untuk mendedahkan kepada umum cerita beliau. Ini spekulasi popular dikalangan rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya berlaku kepada Altantuya walau berkali-kali dinafikan oleh Najib dan Rosmah yang mereka mengenali wanita jelita berusia 28 tahun itu. Perli diberi perhatian, Setev berkata sehari lepas Najib'melarikan diri' bila beliau minta untuk berjumpa dengan pemimpin itu. Setev, seorang professor di universiti, berada di Kuala Lumpur selama 3 hari untuk peluang bertemu pihak berkuasa Malaysia bagi mencepatkan kes anak nya.Beliau berulang kali memohon untuk bertemu Najib atas dasar dari 'seorang bapa ke seorang bapa' dimana beliau percyaa Najib akan memahami kesedihan yang dilalaui keluarga dan mencepatkan siasatan. Bagaimanapun,jika spekulasi Najib terkibat dalam pembunuhan Altantuya ini benar, maka lebih baik Setev tidak menunggu lagi-sudah tentu kes ini akan terkubur kerana dilengah lengahkan sehingga rejim bertukar di Malaysia. Sementara itu,pengarah Suaran,Cynthia Gabriel yang hadir di sidang akhbar mengesahkan Setev akan dimasukkan dalam senarai saksi Suaram untuk di serahkan kepada Mahkamah Perancis. Suaram ialah NGO terbesar Malaysia dan telah membuat aduan kepada kerajaan Perancis tentang pembuat senjata nya DCN kerana dakwaan merasuah Najib kerana bersetuju membeli kapal selam Scorpenes bernilai RM7billion .Jika didapati bersalah,DCN terpaksa memulangkan wang rasuh itu kepada kerajaan Malaysia kerana wang itu dari dana rakyat. Kerajaan Malaysia mesti menyiasat ke sini yang mana ia enggan sehingga kini, seoleh nya agak ganjil jika pihak Perancis sahkan ada rasuah di pihak sana melalui DCN tapi sebaliknya tidak dari pihak Putrajaya. "Kita tahu siasatan di Perancis tiada kena mengena dengan pembunuhan, tapi ia penting untuk kaitkan dengan isu rasuah dan skandal komisen tidak sah yang melibatkan PM sekarang (Datuk Seri) Najib(Razk) dan sekutunya di Peracnis," kata Gabriel. Malaysia Chronicle |
Sapa Pompuan Misteri Nih... hehe... Posted: 25 Apr 2012 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 APR: Aktivis Mahasiswa yang mahukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan masih bertahan di Dataran Merdeka untuk hari yang ke 12 hari ini meskipun berada dalam keadaan terpaksa berpanas dan berhujan. Dalam tinjauan TVS pagi ini, mendapati kanopi yang sebelumnya didirikan bagi tujuan Konsert Diraja Sabtu lalu telah dijadikan tempat berteduh mahasiswa terbabit juga telah diturunkan oleh kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tindakan tersebut menyebabkan kumpulan mahasiswa terbabit memindahkan barang-barang mereka kira-kira 15 meter dari kanopi yang dibuka dan menggunakan sekaki payung yang lazimnya digunakan oleh peniaga bagi mengelakkan panas dan hujan. Bagaimanapun tepat jam 10.00 pagi tadi, hampir sepuluh orang pegawai DBKL telah mengeluarkan arahan kepada kumpulan mahasiswa terbabit agar tidak menggunakan payung itu. Setelah berbincang sesama mereka, aktivis mahasiswa yang terlibat kemudiannya akur dengan arahan pegawai-pegawai DBKL terbabit. Sebelum itu, kira-kira jam 3.00 pagi tadi, kumpulan mahasiswa itu juga telah menurunkan kira-kira lima khemah yang dipasang semalam apabila diarahkan pihak DBKL. Menurut salah seorang mahasiswa terlibat, mereka akan terus berkampung di Dataran Merdeka sehingga 28 April ini meskipun terpaksa berpanas dan berhujan. Mahasiswa yang enggan namanya disebut itu juga memberitahu ketika ini mereka masih memiliki bilangan khemah yang agak banyak dan hanya menunggu masa sesuai untuk dinaikkan semula. TVS difahamkan sehingga ke hari ini kira-kira lebih 80 buah khemah samada telah dirampas penguatkuasa atau dicuri oleh individu yang menyelinap ke kawasan perkhemahan mereka sebagai penyokong. Perkhemahan mahasiswa yang dinamakan Occupy Dataran yang telah masuk hari ke 12 itu turut mencatatkan seramai enam orang aktivis ditahan pihak berkuasa dan seorang mengalami kecederaan dalam serangan samseng yang dipercayai penyokong Umno. Dalam perkembangan lain, perkhemahan mahasiswa terlibat hari ini turut dikunjungi seorang wanita misteri yang mendakwa dirinya sebagai 'Kerabat DiRaja Perak, saudara Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, perisik upahan tentera dan ahli Pekida. Wanita misteri yang memperkenalkan dirinya sebagai Shamsiah itu mendakwa kunjungan beliau ke perkhemahan aktivis mahasiswa itu bertujuan membantu aktivis-aktivis mahasiswa tersebut mengemukakan tuntutan mereka kepada pihak kerajaan. "Betul, sumpah demi Allah, akak dah banyak tolong orang hadapi masalah-masalah macam ini," katanya sambil mengangkat tangan kanannya sebagai tanda mengangkat sumpah. Setelah diasak soalan demi soalan dari aktivis mahasiswa dan wartawan yang berada di situ, kemudiannya beliau mengakui sebagai perisik tentera upahan pula. "Ok.. Sebenarnya akak adalah seorang perisik upahan tentera," kata wanita terbabit kepada mahasiswa dan beberapa wartawan yang berada di situ. Ketika cuba menangkis dakwaan mahasiswa yang mengatakan beliau adalah anggota Cawangan Khas PDRM, beliau telah mengakui sebagai salah seorang kerabat Diraja Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Tidak cukup dengan pelbagai pengakuan yang meragukan, beliau turut mendakwa mempunyai pertalian persaudaraan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam perbincangan yang kononnya untuk membantu aktivis mahasiswa terlibat, selain mahu membawa isu ini kepada pemimpin tinggi kerajaan, wanita itu juga berjanji untuk membincangkan tuntutan mahasiswa bersama Anwar dengan syarat mahasiswa terlibat harus menerima keputusan perbincangan itu nanti. Bagaimanapun tawaran yang dikemukan oleh wanita terbabit ditolak mentah-mentah oleh kumpulan aktivis mahasiswa itu.- TVS |
BUKTI Menteri UMNO ber NAFSU kawaq... Posted: 25 Apr 2012 07:00 PM PDT Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri (Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang) KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini. Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet. Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu. Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta. Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya. Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan. Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah. Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut. Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang. Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan. Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit. Menteri dan artis nafi Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik. Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya. Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.- Harakahdaily |
Jimmy Shanley NAFI pakai baju lambang PAS... kahkahkah... Posted: 25 Apr 2012 05:00 PM PDT Jimmy Shanley Nafi Sindir Ibu Mertua Dalam 'Tanah Kubur' PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley menolak tuduhan kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya yang juga usahawan Datin Muniroh Kassim dalam episod terbaru drama bersiri Tanah Kubur yang ditayangkan di Astro Oasis pada Jumaat lalu. Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, itu berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana watak gigolo yang dilakonkannya itu mengikut skrip yang dihasilkan syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd. "Dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas langsung. Saya hanya pelakon yang memainkan watak seperti dikehendaki dalam skrip pengarahnya Rashid Sibir. "Drama itu adalah cerita rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan kehidupan peribadi saya atau orang lain," katanya kepada mStar Online, di sini, petang Selasa. Jimmy berkata demikian bagi mengulas dakwaan terbaru kononnya dia cuba menyindir ibu mertuanya apabila wujud watak Datin Iroh, seakan-akan singkatan nama pemilik produk kecantikan Natasya itu yang dilakonkan oleh Rozita Rohaizat. Ditanya mengenai dakwaan hubungannya dingin dengan keluarga mertua dan berkelakuan tidak manis apabila memanggil ibunya itu dengan nama Datin, bekas pengacara Trek Selebriti itu berkata dia tidak pernah mendengar tuduhan tersebut. "Saya jarang berkomunikasi dengan ibu mertua. Kami sibuk dengan kehidupan masing-masing. Tiada apa pun yang keruh atau dingin berlaku antara kami. "Saya tidak mahu komen lebih, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan pada kehidupan sendiri sahaja," katanya. Jimmy yang kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan memberitahu, selepas pelbagai kecelaruan timbul dalam kehidupannya, dia tidak mahu lagi untuk bercerita mengenai soal privasi. "Saya tidak mahu lagi untuk ulas apa-apa melainkan keadaan memerlukan untuk saya bercakap. Sebelum ini, sudah terlalu banyak hal peribadi dan rumah tangga saya diperkatakan. "Kini, saya mahu melangkah ke hadapan dan serahkan sahaja kepada pihak mahkamah bagi menentukan hal rumah tangga kerana mereka lebih arif," katanya. Keputusan hak penjagaan ke atas anak perempuannya Zahrah Shanley hasil perkahwinan dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy akan diumumkan pada 30 April ini. Sebelum ini, Jimmy pernah memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010. mStar |
Posted: 25 Apr 2012 03:00 PM PDT Berhati-hati dijalanraya.... Jalanraya bukan tempat untuk berlumba... Kemalangan tidak berbau... Berhati-hatilah ketika memandu... |
BERGAMBAR: Bayi berkaki enam selamat dibedah Posted: 25 Apr 2012 12:00 PM PDT Umar Farooq, bayi berkaki enam selamat menjalani pembedahan Pakar bedah di Institut Kesihatan Kebangsaan di Karachi, Pakistan telah mengumumkan mereka berjaya memisahkan empat anggota tambahan dari Umar Farooq, bayi berusia seminggu yang dilahirkan dengan enam kaki akibat "rare congenital disorder". "Satu pasukan lima doktor berpengalaman telah berjaya memisahkan kaki tambahan dan anggota badan dari bayi [Khamis]. Beliau telah selamat," Raza Jamal, pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak di Karachi, memberitahu Dawn.com. "Anggota badan tambahan dan kaki adalah disebabkan oleh penyakit genetik yang akan hanya berlaku nisbah satu dalam juta bayi." Farooq telah dilahirkan dua minggu lalu di Sukkur, sebuah bandar di wilayah selatan Sindh. Bayi tersebut berjuang untuk hidup dan dikejarkan ke hospital di Karachi, pusat ekonomi wilayah. Ketika doktor sedang berunding dengan pakar-pakar asing tentang cara terbaik untuk merawat bayi, bapa bayi tersebut, seorang juruteknik x-ray Imran Shaikh, merayu kepada kerajaan dan pelbagai organisasi dermawan bagi dana untuk membayar bil-bil perubatan, Pakistan Observer melaporkan. Mujurlah, gabenor Sindh memberitahu doktor bahawa kos perubatan kanak-kanak akan dilindungi oleh kerajaan. "Kami adalah sebuah keluarga miskin. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu kami merawat anak saya," Shaikh memberitahu Observer selepas pembedahan sepanjang hari pada hari Khamis. Dr Raza berkata anggota figuran adalah hasil daripada keadaan dipanggil polymelia, yang disebabkan apabila sel-sel tidak membentuk dengan betul semasa perkembangan embrio. Beliau menjelaskan bahawa bayi mula membangun sebagai kembar berkumpul, tetapi kemudian si kembar berhenti membesar dan hancur kecuali untuk kaki, yang masih melekat pada janin. "Memang pelik bayi dengan enam kaki yang tidak normal seperti kanak-kanak lain," Raza kepada Business Times Antarabangsa. "Sebelum pakar bedah boleh beroperasi mereka berkata mereka terpaksa bekerja yang tubuh milik kepada budak itu dan yang berkembar itu." Menurut kajian 2010 dalam Jurnal Pembedahan Pediatrik, anggaran kadar kembar berkumpul adalah 1 per 1 juta kelahiran hidup. Kes-kes lebih dilihat di Afrika dan Asia, di mana keluarga kurang mempunyai akses kepada ujian pranatal.- HMO |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan