Khamis, 26 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Polis akan ulangi langkah yang sama untuk halang BERSIH 3.0?

Posted: 26 Apr 2012 08:54 AM PDT


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.


Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Wong Chin Huat menulis dalam laman sosial
Facebooknya, bahawa polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0.

Ketika dihubungi
MerdekaReview, Wong Chin Huat berkata pihak polis telah meminta media cetak utama untuk menyediakan ruang iklan, agar menyiarkan senarai nama orang yang diharamkan untuk berada di lokasi perhimpunan.

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menghubungi  MerdekaReview kemudiannya, bahawa polis tidak sempat untuk memperolehi perintah mahkamah, agar senarai tersebut boleh disiarkan pada hari esok.

Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4.  Pada 7 Julai 2011, pihak polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang daripada memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, termasuk Pengerusi BERSIH Ambiga S, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan lain-lain.  Senarai tersebut juga disiarkan di media pada ketika itu.

Ketua Polis Negara Ismail Omar gagal dihubungi setakat ini untuk mengulas khabar ini.

Tindakan perlu jika perhimpunan di Dataran Merdeka

Di samping itu, menurut laporan BERNAMA, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetapi berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain.. jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," kata Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya apakah tindakan yang mungkin akan dilakukan polis sekiranya perhimpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur".

Katanya polis juga sudah diarahkan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berdasarkan kepada pengalaman berdepan perhimpunan sebelum ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Hishammuddin berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana mereka masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu. 


DBKL tutup Dataran Merdeka 48 jam mulai 6 pagi esok!

Posted: 26 Apr 2012 06:27 AM PDT


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan walaupun permintaan mereka telah ditolak oleh DBKL dan polis.


Sinar Harian

Tidak setuju himpunan BERSIH 3.0 itu pandangan peribadi, Saya sokong usaha BERSIH - Tunku Abdul Aziz

Posted: 26 Apr 2012 04:22 AM PDT


KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz menjelaskan, kenyataan beliau tidak bersetuju perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka adalah pandangan peribadi beliau sahaja.

"Itu pandangan peribadi saya sahaja (berhimpun di Dataran Medeka). Bagaimanapun saya bersetuju dengan pandangan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, yang menyokong sepenuhnya usaha Bersih untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil serta hak untuk berhimpun secara aman," kata Tunku Aziz dalam kenyataannya.

Media hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz  mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya sebelum ini sebagaimana yang dipetik oleh media.

Bagi Abdul Aziz, perbezaan pendapat tidak mendatangkan sebarang masalah dalam DAP kerana membenarkan kepelbagaian pendapat.

"Walaupun mempunyai pendapat peribadi, yang dibenarkan parti sebagai sebuah parti yang membenarkan perbezaan pendapat, saya menyokong pendirian parti untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih, adil dan bebas," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini.


Harakahdaily

Zahida kata dia tak kenal Shafie Afdal secara peribadi.

Posted: 26 Apr 2012 12:16 AM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara, tidak lebih daripada itu," kata pelakon, Zahida Rafik mengenai dakwaan dia menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida, membuat kenyataan ringkas itu ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam.

Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie. 

ZAHIDA...enggan ulas hubungan dengan menteri.
 "Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan supaya berdiam diri sehingga masa yang sesuai," katanya.

Ketika ditanya mengenai penyebaran sepucuk surat di Internet yang didakwa ditulis olehnya dan kandungan surat itu antara lain menafikan dia menerima wang sejumlah RM1.5 juta daripada Shafie sepanjang Oktober 2011 hingga Januari lalu, Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan dengan surat berkenaan.

"Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat terbuka di Internet. Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya.

"Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya. 


Harian Metro

Pengerusi SPR, Timbalannya ahli UMNO?.. patutlah pun...

Posted: 25 Apr 2012 09:18 PM PDT


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.

Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.
Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).

"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.

"Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik," katanya.

"Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno," katanya lagi.

Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat," katanya.

Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati pendirian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu , apabila dilantik ke jawatan itu.

Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewajarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat.

"Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut," katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.

Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

EKSKLUSIF! Rakaman CCTV rompakan oleh 'Tiga Line' disiang hari..

Posted: 25 Apr 2012 07:59 PM PDT


Beraninya mereka.. tanpa melindungi wajah mereka dari dikenali mereka menyerbu dan merompak sebuah premis kereta terpakai disiang hari.

Pelanggan lelaki yang turut berada ditempat kejadian mendakwa kumpulan terbabit dari geng 'Tiga Line'.

Kumpulan yang didakwa melakukan jenayah tersebut telah menggeledah dan merompak peniaga kereta terpakai di Klang pada siang hari pada awal bulan ini,, menyebabkan kerugian beberapa ratus ribu ringgit.

"Mereka memecahkan pintu pejabat untuk memasuki dan menggeledah pejabat saya, mengambil lima kereta, dua komputer riba, dompet dan barang-barang kepunyaan kakitangan, serta hampir RM70, 000 dalam bentuk wang tunai," kata seorang pengarah syarikat yang enggan namanya disiarkan.

Serangan dan rompakan ini telah dirakam oleh kamera CCTV yang dipasang di premis pejabat berkenaan.

Dengan kehadiran wartawan dan jurugambar ditempat kejadian membuatkan aku tertanya-tanya adakah benar ini satu rompakan atau hanya sekadar lakonan?



Laporan penuh di SINI

Tiada ulasan: