pemuda cheh |
- Gila!! Pinggan Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Berharga 6 Juta?
- Sistem Pendidikkan: Malaysia ikut Yahudi. Yahudi Ikut Islam
- Ku Li usul PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa
Gila!! Pinggan Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Berharga 6 Juta? Posted: 13 Apr 2012 06:12 AM PDT "Berikut adalah pendedahan yang disebarkan oleh Dr. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis. Beliau telah menerima e-mel yang merupakan pendedahan seorang individu berkenaan penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara. Baca pendedahan lanjut.. Salam Dr, Saya ingin menarik perhatian Dr kepada satu isu terbaru. Isu ini adalah mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara. Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda, adalah menjadi amalan bagi pihak Istana untuk memberi Pingggan Pertabalan sebagai cenderamata kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Bagaimanapun bagi Majlis Pertabalan SPB baru-baru ini, pinggan pertabalan yang dibekalkan telah mencecah harga RM 6 ribu sebiji..! Pesanan adalah sebanyak 1000 biji. Jadi kos keseluruhan adalah RM 6 juta...! Memang benar pinggan pertabalan biasa dihiasi dengan emas, tapi walaupun begitu, harga RM 6 ribu sebiji adalah jumlah yang melampau.. Sebagai perbandingan, pinggan santapan Istana Negara, juga yang disalut emas, yang baru dibeli tetapi MELALUI TENDER JPM adalah kurang dari RM 240 sebiji sahaja... Di masa Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan pun, harga Pinggan Pertabalan tidak sampai RM 300 sebiji. Cuma pada masa ini, pegawai (tidak)bertanggungjawab tersebut menjadikan harga Pinggan Pertabalan melonjak setinggi-tinggi nya disebabkan oleh amalan 'kickback money'. Harap perkara ini dapat menarik perhatian Dr untuk diketengahkan agar pihak yang diamanahkan sebagai pegawai Kerajaan tersebut tidak hanyut mindanya sehingga memikirkan yang Istana Negara itu milik mereka dan bajet kerajaan itu adalah hak mereka.. insyallah... Wasallam, |
Sistem Pendidikkan: Malaysia ikut Yahudi. Yahudi Ikut Islam Posted: 12 Apr 2012 07:29 PM PDT Saya ambil sedikit petikan daripada akhbar online Israel bertajuk Study: Seperate Classes Achieve Better Result. Pelajar yang belajar di kelas yang di asingkan mengikut jantina lebih berjaya dan memang kebanyakkannya berjaya. • Lelaki akan terdorong untuk menunjukkan kehebatan atau kelebihan mereka kepada perempuan, jadi mereka kurang beri tumpuan dalam kelas. • Perempuan merupakan penghalang (distractions) tumpuan lelaki, begitu jugalah sebaliknya. Sangat jelas dan benarnya dakwaan tersebut. Kalau ada perempuan dalam kelas, mesti lelaki asyik nak control macho je. Itu yang boleh hilang fokus nak belajar. Begitu jugalah sebaliknya, perempuan pun mesti ada yang macam tu juga bukan? Sekolah Pondok Nampak tak persamaan dengan sekolah pondok dengan pendapat supaya lelaki dan wanita di asingkan. Cuba bayangkan kalau pelajar-pelajar sekolah pondok dicampurkan antara lelaki dan perempuan, sudah tentu susah nak hafal Quran. Sebab terlalu banyak dugaan penglihatan, macam mana hati nak terang. Jadi, para pelajar boleh menumpukan perhatian terhadap pengajian agama dan penghafalan Quran bila diorang diasingkan. Antara agama dan sekularisme Ramai rakyat Malaysia yang masih tak sedar, majoriti sekolah-sekolah di Malaysia adalah mengikut sistem sekular penjajah British. Jadi jangan tanyalah kenapa budak-budak, kecik-kecik sekolah rendah dah ada boyfriend, siap ada yang terlanjur, melahirkan anak luar nikah dan sebagainya. Ada juga orang melayu Islam sendiri mendakwa. "Buat apa nak asing-asingkan pelajar, ekstrim sangat tu" Kita semua telah maklum diketahui bahawa mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam institusi pengajian dari peringkat yan paling rendah sehinggalah peringkat yang tertinggi menjadi kebiasaan di Negara kita. Segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum tanpa pengasingan. Lebih teruk lagi, asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang. Universiti-universiti dan Kolej-kolej tempatan kita banyak peristiwa buruk yang berlaku rentetan daripada percampuran tersebut. Kerana pelajar-pelajar kita sudah menjadi kebiasaan membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini disebabkan terlalu kerap melihat dan bermesra dengan pelajar perempuan di dalam satu kelas dan satu kampus. Ketahuilah bemula dari muqadimah zina atau dipanggil sebagai perkara yang membawa kearahnya (zina) iaitu percampuran antara lelaki & perempuan, aktiviti bersama-sama, pandang-memandang, membuat hubungan, bersentuh-sentuhan dan lain-lain, seterusnya boleh membawa kearah melakukan penzinaan itu sendiri. Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam firmanNya, yang bermaksud: "Janganlah kamu menghampiri zina!"(surah al- Israa:32) |
Ku Li usul PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa Posted: 12 Apr 2012 04:15 PM PDT Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang. Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut. "Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini," katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah. "Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh." Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain. Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. "Masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno. Mereka terkesan dengan isu penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan juga cincin (Datin Seri) Rosmah Mansor," katanya ketika memberikan ucapan sewaktu pidato bertajuk "Pendidikan Percuma: Apakan Sekadar Mimpi" anjuran Malaysia Bangkit di sini. "Kita dapat lihat perdana menteri lebih kerap berjunjung ke Perak berbanding negeri lain." Jelas pemimpin PAS ini, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak. "Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini. "Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan