Anak Sungai Derhaka |
- Scandal Scorpene disiarkan Media Hong Kong..
- Komik 'Superman Najib' diedarkan kepada Guru-guru..
- KTM benarkan pasang bendera BN di 28 stesen?.. nak kena boikot ke??
- Berita dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3
- Program Rapat Rakyat Anwar di Kapar cuba disabotaj
- Pembaziran Melampau UMNO/BN Yang Akan Mufliskan Negara kata Aziz Bari
Scandal Scorpene disiarkan Media Hong Kong.. Posted: 13 Apr 2012 08:37 AM PDT Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong. Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut. Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku. Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong. Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha. Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel. Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.. *Artikel ini diterjemah oleh Merdeka Review |
Komik 'Superman Najib' diedarkan kepada Guru-guru.. Posted: 13 Apr 2012 03:00 AM PDT Semasa UNIVERSITI Tenaga Nasional (UNITEN) mengadakan HariTerbuka UNITEN di kampus induknya di Putrajaya pada Sabtu 26 Mac lalu, komikyang memburukkan penyokong Pakatan Rakyat telah diedarkan. Komik propaganda Barisan Nasional yang memburukkanapenyokong Pakatan Rakyat telah diselitkan kedalam beg cenderahati untukpelawat.. – lihat komik tersebut di ( SINI ) Baru-baru ini pula komik yang memuji pentadbiran Najib diedarkan kepada guru-guru di Sekolah-sekolah pula.. dan yang menariknya Najib diganbarkan sebagai Superman... ******************************************* Komik puji pentadbiran Najib diedarkan di sekolah KUALA LUMPUR, 13 April — Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri. Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penasihat PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan. "Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu," kata seorang guru kepada The Malaysian Insider. Guru itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata telah menghadiri satu taklimat bertajuk "Wacana Transformasi Minda" anjuran jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan guru penolong kanan. "Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa. "Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri," tambah guru itu. Mandat pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan spekulasi mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin beberapa bulan akan datang. Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN. Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider tidak mengetahu tentang perkara itu. Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu. Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor. Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu. Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri. The Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik itu yang menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili pelbagai etnik Malaysia dengan perkataan, "Saya tidak akan memecahkan kepercayaan anda" di muka hadapan komik itu. Pelbagai jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia. Pada halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya "Hi!Superman". The Malaysian Insider |
KTM benarkan pasang bendera BN di 28 stesen?.. nak kena boikot ke?? Posted: 13 Apr 2012 01:43 AM PDT Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi. Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj. Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam. Menurut sumber, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api. Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat. Menteri nafi, tapi OK Sementara itu, Mohd Zin ketika dihubungi Malaysiakini menafikan mengeluarkan arahan itu dan "tidak ingat" sama ada menandatangani sebarang surat arahan berkaitan. Bagaimanapun, beliau berpendapat, pemasangan bendera tersebut tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter. Malah, katanya, selain bendera BN, bendera parti lain juga turut boleh dipasang. "Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera lain nak naikkan pun tak jadi masalah. Asalkan tak ganggu keselamatan. "Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya. Mohd Zin berkata, jika benar, ia mungkin kerana ada pihak kasihan kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor dan mengalami kesukaran menaikkan bendera di kawasan awam. "Dekat Selangor, kita pembangkang. Kalau naikkan bendera BN, nanti pihak berkuasa tempatan akan turunkan. Jadi mungkin agaknya ada yang kesian dekat kita dan nak bantu kita berkempen. "Tapi saya tak ada halangan kalau nak pasang bendera," katanya. Malaysiakini |
Berita dari Pulau Pinang yang tak akan disiar Utusan dan TV3 Posted: 12 Apr 2012 11:00 PM PDT Hampir RM1 juta wang zakat disumbangkan kepada 162 anak Pulau Pinang yang menuntut di beberapa Universiti sekitar Jordan, Mesir dan Indonesia. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, jumlah agihan sumbangan zakat kendalian Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (PUZ) itu berdasarkan kadar kos kehidupan di luar negara dan bidang pengajian yang diambil oleh mahasiswa berkenaan. "RM5,000 diberikan kepada pelajar bidang agama di Mesir serta Jordan, dan RM12,500 badi bidang perubatan di negara yang sama. "Manakala, RM4,000 diberikan pelada pelajar bidang agama di Indonesia dan RM6,000 kepada kepada pelajar bidang perubatan di negara yang sama," ujarnya semalam di Dewan Masyarakat Penyayang, George Town. PenangInsight.com difahamkan, tajaan akan terus diberikan kepada mereka sepanjang tempoh pengajian dengan syarat mendapat kelulusan akademik saban semester. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim turut berucap pada majlis itu. Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sohibus Samahah Datuk Seri Hassan Haji Ahmad dan Dr Azman Abdul Samat (Pengurus Besar PUZ MAIPP). Kira-kira 300 hadirin, termasuk waris kepada mahasiswa berkenaan hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan IPT Luar Negara anjuran Majlis Agama Islam Pulau Pulau Pinang (MAIPP). Dalam perkembangan lain, Mansor turut menyeru hadirin menyokong hasrat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan merombak perbadanan itu menjadi skim biasiswa ke arah merealisasikan pendidikan percuma di negara ini. PenangInsight.com |
Program Rapat Rakyat Anwar di Kapar cuba disabotaj Posted: 12 Apr 2012 08:53 PM PDT SUNGAI KAPAR INDAH - Penganjur program Rapat Rakyat Kapar bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa program mereka disabotaj pihak tertentu yang sengaja cuba menggagalkan program di pekarangan pejabat PKR Cabang Kapar, Sabtu lalu. Salah seorang penganjur yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Cabang Kapar, Norkhalim Mohamed berkata, pihak terbabit mungkin tidak berpuas hati dengan penganjuran program itu dilihat besar dan dihadiri pemimpin tertinggi PKR. Menurutnya, untuk menggagalkan program itu, pihak terbabit mengadakan program berasingan pada masa dan tarikh sama. "Ia juga diadakan berdekatan Pejabat Ahli Parlimen Kapar di pekan Kapar yang jaraknya tidak sampai lima kilometer daripada lokasi program di Sungai Kapar Indah. "Kita sudah memaklumkan kepada pihak berkenaan tentang program ini yang membabitkan kehadiran Datuk Seri Anwar beberapa hari sebelum itu, bagaimanapun mereka degil dan dilihat sengaja meneruskan program tersebut," dakwanya. Berang dengan tindakan itu, pihaknya segera memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zuraida Kamaruddin beberapa hari sebelum itu supaya meminta pihak berkenaan membatalkan program terbabit. Katanya, bagaimanapun tindakan itu menemui jalan buntu apabila penganjur program yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kapar yang kini Penyelaras Dun Sementa, Mohd Bakir Wahab dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kapar yang juga Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berkeras mahu meneruskan program mereka. "Apa yang saya dan penganjur program kesalkan adalah hasrat kami untuk menyatukan orang ramai termasuk anggota PKR menerusi program ini tidak terlaksana," katanya. Beliau berkata, penganjur program tersebut mempunyai banyak pilihan untuk mengadakan program itu pada tarikh lain namun tarikh sama tetap dipilih. "Saya lihat mereka cuba melabelkan kepada umum dan pucuk pimpinan tertinggi bahawa AJK PKR Cabang Kapar gagal berfungsi untuk menjayakan sesebuah program selain tidak mampu menarik orang ramai ke program Datuk Seri Anwar. "Justeru, saya dan AJK PKR Cabang Kapar minta pucuk pimpinan tertinggi PKR mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit yang cuba mensabotaj program PKR walaupun dari parti sama. Sinar Harian |
Pembaziran Melampau UMNO/BN Yang Akan Mufliskan Negara kata Aziz Bari Posted: 12 Apr 2012 10:14 AM PDT Dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan dan menunaikan tiga janji mereka adalah tidak tepat. Sebaliknya Umno-BN 'terlupa' bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah pengurusan tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka. Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan Pakatan terutamanya di Selangor. Di negeri itu pengurusan yang lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat. "Sebagai contoh di Kedah, kerajaan PR menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus. "Begitu juga di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis. Bahkan kalau kita tengok, simpanan tunai di Selangor juga meningkat walaupun pelbagai program kebajikan dilaksanakan. Justeru, tidak timbul soal bangkrup," ujarnya apabila ditemui di sini. Tegasnya, tiga janji yang ditawarkan Pakatan, penghapusan kutipan tol, gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan negara. Tambahnya, kenyataan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini berhubung mekanisma untuk memansuhkan PTPTN juga meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara akan bertambah baik di masa hadapan. "Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis," jelasnya. Mengulas lanjut, Aziz berkata, keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi. "Saya tidak nampak bagaimana mereka (Umno-BN) boleh mengubah sikap mereka seperti yang dijanjikan kerana kita lihat sendiri program transformasi yang diwar-warkan juga gagal. "Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik. "Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara," katanya. Selangorku |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan