Pahang Daily Online |
- Panas: Gara-Gara "Taksub Dek 1 Malaysia", Kubur Pun Mahu Di Satukan Di Kawasan Najib Di Pekan !
- Panas: Lagi Isu Cameron Highland, MB Pahang Di Gesa Selesaikan Masalah Tanah Libatkan Rakyat !!
- Lynas: Mahkamah 'Menolak' Semakan Kehakiman Yang Di Kemukakan 'Sepuluh Penduduk' Gebeng !
- Bersih 2.0 Desak Tukar Pesuruhjaya Pilihan Raya
Panas: Gara-Gara "Taksub Dek 1 Malaysia", Kubur Pun Mahu Di Satukan Di Kawasan Najib Di Pekan ! Posted: 13 Apr 2012 05:16 AM PDT Gara-gara taksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto), akhirnya agama Islam itu sendiri jadi carca merba di buatnya. Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlu mereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Jika mereka terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotak katikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri. Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit. Selama ini, ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur orang Asli. Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa. |
Panas: Lagi Isu Cameron Highland, MB Pahang Di Gesa Selesaikan Masalah Tanah Libatkan Rakyat !! Posted: 13 Apr 2012 01:11 AM PDT CAMERON HIGHLAND, 13 April - Masyarakat Kampung Raja dekat sini meminta kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob menangani segera permasalahan penduduk di situ khususnya berhubung status tanah. Salleh Mat Saman (foto), 55, salah seorang penduduk, ketika ditemui berkata apa yang menjadi masaalah sekarang empat buah rumah yang sedang dalam pembinaan telah dirobohkan baru-baru ini tanpa sebarang notis terakhir, kecuali yang telah diterima pada tahun lalu. Salleh yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kampung Raja berkata, apa yang menjadi masaalah sekarang, kawasan perumahan India dan Cina langsung tidak diusik, sedangkan kawasan Melayu tidak dibenarkan membuat sebarang pembinaan, sebaliknya mana-mana bangunan baru dalam pembinaan dirobohkan. "Bila kami kenapa hanya penempatan kami orang Melayu sahaja diperbuat demikian, Majlis Daerah kata tidak mahu membangkitkan isu perkauman,"ujarnya. Pihaknya kini dalam proses untuk bertemu menteri besar untuk meminta kebenaran bagi memohon tapak rumah berkenaan. Beliau yang masih lagi menjadi ahli UMNO menambah, setakat ini pihaknya tidak mendapat maklum tanah terbabit ingin dibangunkan sama ada sebagai taman perumahan atau lain-lain pembangunan. "Cuma kita berharap penempatan ini kekal sebagai kawasan perkampungan orang Melayu yang terdiri dari penyokong kuat parti kerajaan iaitu UMNO,"ujarnya. UMNO Kampung Raja termasuk pemimpinnya Ketua Cawangan Kampung Raja, Yaacob Ismail tidak melakukan sebarang tindakan sewaktu Majlis Daerah Cameron Highland meroboh empat buah rumah yang sedang di dalam pembinaan. ADUN Jelai Tidak Hadir Untuk Membantu Rakyat Tambahnya, begitu juga dengan Ketua UMNO Bahagian Cameron Highland, Dato' Wan Rusdi Wan Ismail (foto), yang juga ADUN Jelai juga tidak hadir sewaktu rumah dirobohkan serta tidak membuat sebarang tindakan termasuk Ketua Kampung. "Kita ni bukan sahaja penyokong, malah telah menjadi ahli UMNO sejak tahun 70-an lagi, memang kawasan ni kawasan UMNO kuatlah," ujarnya sambil menambah tawar hati dengan sikap kerajaan UMNO BN. Mengulas lanjut berhubung sejarah asal penempatan berkenaan beliau memberitahu tapak berkenaan asalnya milik Malaysian Thai Development (MTD), yang ketika itu diberi tanggungjawab membuat jalan Simpang Pulai ke Cameron Highland. "Bila siap jalan, MTD serahkan tapak berkenaan kepada UMNO Kampung Raja dan kami mengambil tanggungjawab itu," ujarnya. Katanya, permohonan itu bertujuan untuk membuat perkampungan orang Melayu pada akhir tahun 1998 dan permohonan itu dipersetujui. Menurutnya, mana-mana rumah yang ada ketika itu di kawasan berkenaan diserahkan kepada UMNO Kampung Raja juga. "Tapak ini asalnya tertulis atas nama TOL, bagaimanapun untuk menghidupkan lesen TOL perlu dihidupkan setahun sekali, kalau tidak ianya akan mati begitu sahaja dan akan menjadi tanah kerajaan balik. "Setelah menjadi perkampungan baru, ianya dinamakan Mawar Tepian Desa (MTD) dengan 121 anggota keluarga dan semuanya berbangsa Melayu," ujarnya. Bagaimanapun, katanya setelah ianya diambil alih sejak tahun 1998, hanya kini masalah baru telah bermula apabila timbul pula ianya tanah kerajaan. 'Majlis Daerah' Roboh Rumah Dalam Pembinaan Beliau bagaimanapun tidak mengetahui kenapa perkara itu boleh berlaku sekarang dan siapa pula yang mendesak sehingga perkara itu berlaku sehingga empat buah rumah yang sedang dalam pembinaan dirobohkan. "Sekarang ini baru pihak kerajaan datang memohon untuk mengambil semula tanah berkenaan melalui Pejabat Tanah sendiri dengan alasan tanah kerajaan. "Saya akui ini memang tanah kerajaan, tetapi kenapa masyarakat India atau Cina tidak berlaku pula masaalah seperti kami, sedangkan status tanah sama sahaja,"ujarnya. Beliau turut melahirkan rasa kesal alasan 'perkauman' menyebabkan pihak kerajaan tidak meroboh kawasan perumahan dan kebun pihak terbabit sebagai 'longgar'. Katanya, setakat ini empat buah rumah telah diroboh oleh Majlis Daerah Cameron Highland dengan alasan tanah kerajaan dan terdapatnya pembangunan terbengkalai. Sedangkan, tambahnya bukan pembangunan terbengkalai sebaliknya pihak Majlis Daerah sendiri tidak membenarkan proses menyiapkan bangunan dilakukan. "Kami perlu menunggu arahan pihak mereka terlebih dahulu sama ada ianya boleh diteruskan atau sebaliknya, kalau pihak mereka kata boleh buat, baru kita boleh buat (meneruskan pembangunan),"ujarnya. Sambungnya, surat notis meminta rumah dirobohkan diterima sejak setahun lalu, bagaimanapun empat buah rumah yang diroboh itu tidak mendapat sebarang kenyataan bertulis. Menurutnya, tiba-tiba sahaja pihak Majlis Daerah datang robohkan begitu sahaja. - hrkh Kampung Mawar Tepian Desa, padangan dari lebuhraya Simpang Pulai Ke Cameron Highland. Inilah dia lokasi kawasan yang dilaporkan tersebut [Apa sudah jadi dengan Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh UMNO BN agaknya. Selama ini mereka berkokok kononnya banyak masalah di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Mereka menggunakan berbagai media untuk menghentam Pakatan Rakyat, kononnya tidak pandai mentadbir negeri-negeri yang dikuasai pada PRU-12 dulu. Pendek kata tidak ada apa yang baik melainkan tidak baik belaka. Kini akhirnya satu persatu kebobrokan UMNO BN di Pahang terdedah. Rupanya, mereka lebih teruk daripada apa yang rakyat sangka. Sudahlah banyak hasil mahsul kerajaan negeri dijadikan "faraid" sesama mereka. Kini rupanya, banyak masalah rakyat Pahang gagal diselesaikan sejak 50 tahun dulu. Sebelum ini, penduduk kaum India bertemu dengan MB selepas hampir tiga tahun menunggu. Itupun selepas mereka gertak untuk berhimpun di hadapan pejabat PM di Putrajaya. Kini, isu yang berkaitan orang Melayu dan penyokong kuat UMNO pula terdedah?. Rupanya mereka hanya bercakap tak serupa bikin. Tuduh orang lain tidak pandai tadbir negeri dan jaga rakyat, sebenarnya mereka lebih dasyat dari itu. Justeru, seluruh rakyat Pahang perlu bangkit buat perubahan pada PRU-13 nanti. Jangan dibiarkan lagi Adnan, ahli keluarga dan proksinya terus merompak khazanah negeri ini dengan sewenang-wenangnya. Jom buat perubahan pada PRU-13 ini]. |
Lynas: Mahkamah 'Menolak' Semakan Kehakiman Yang Di Kemukakan 'Sepuluh Penduduk' Gebeng ! Posted: 12 Apr 2012 05:48 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas Corporation bagi mengusahakan kilang nadir bumi. Hakim menolak permohonan tersebut atas alasan ianya masih dalam perbincangan dan Parlimen sedang menimbangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) bagi membincangkan perkara itu. Gabungan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) Zulkefly Mohamad Omar (foto) bagaimana pun berkata, pihaknya akan terus membuat rayuan berhubung perkara itu kerana tidak yakin dengan PSC. "Kita akan terus membuat rayuan kerana kita memang menolak PSC. "Tengok PSC mengenai penambaikan pilihan raya baru-baru ini, tidak semua laporan dibentangkan dalam perbahasan. Kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku," kata beliau. Sehubungan itu beliau sekali lagi menyeru rakyat turun ke himpunan aman besar-besaran yang akan diadakan serentak di sebelah lokasi seluruh negara selepas solat Jumaat, pada hari ini. [Keputusan yang sudah dijangka tidak akan berpihak kepada rakyat. Kes ini samalah dengan apa yang berlaku terhadap Felda baru-baru ini. Alasan yang cukup mudah diberikan oleh mahkamah untuk menidakkan usaha rakyat menghalang penipuan serta penyelewengan terus dilakukan oleh puak-puak UMNO BN. Justeru, orang ramai digesa hadir dalam perhimpunan aman di Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan selepas solat Jumaat hari ini untuk menyatakan sokongan mereka terhadap bantahan Lynas. Gelombang yang sama akan bergema di seluruh negara pada hari ini. Ianya adalah isyarat yang cukup jelas untuk membuktikan rakyat tidak mahu hidup mereka berisiko dan dijadikan "tikus makmal" oleh beberapa kerat individu yang hanya mengejar kemewahan dan sanggup mengadaiakan nyawa mereka. Maka itu rakyat digesa teruslah berjuang!]. |
Bersih 2.0 Desak Tukar Pesuruhjaya Pilihan Raya Posted: 12 Apr 2012 05:42 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan