Isnin, 9 April 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bersih 3.0 dapat lampu hijau

Posted: 09 Apr 2012 11:21 PM PDT

Bersih 3.0 Gets Green Light

PrintE-mail
 
KUALA LUMPUR, 10 APRIL, 2012: The Home Ministry said that it is allowing Bersih 3.0 rally to proceed with condition that the participants follow provisions of the Peaceful Assembly Act 2011 and cause no disruptions, reported Malaysiakini.

"The government does not view their plans as a security matter. In the spirit of the PAA we will not prevent them from gathering as long as no laws are broken.

"They can assemble, but don't inconvenience the public or disrupt public order," said Home Minister Hishammuddin Hussein at a press conference in the Parliament lobby today.


However, the minister did not provide a direct answer when asked about the rally organizer's plans to use Dataran Merdeka as the venue.

"Talk to the police and find a more suitable venue that would not cause any disruption to the public," said Hishammuddin.

The Bersih 2.0 committee recently announced that its next rally for electoral reform will be held at Dataran Merdeka on April 28 at 2pm.
 -
The theme of the rally this time is 'Duduk Bantah' (sit-down protest), and will be held simultaneously nationwide.

The rally will also be joined by the green NGO coalition Himpunan Hijau which will hold its protest against the Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) in Gebeng, Pahang - MD

BN sudah mula rasuah politik pusingan ke 2

Posted: 09 Apr 2012 07:29 PM PDT

KUALA LIPIS - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tentang ganjaran yang bakal diterima peneroka Felda tidak lama lagi dilihat sebagai pemberian rasuah politik pusingan kedua kepada rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang berkata, melihat kepada pengumuman itu di ketika negara sedang menunggu detik pilihan raya, jelas menandakan tarikh pilihan raya umum sudah terlalu hampir.

"Rasuah politik pusingan pertama sudah pun berjalan sejak akhir tahun lalu iaitu BR1M berjumlah RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar universiti.

"Rasuah politik pusingan kedua sebagaimana yang diumumkan Najib itu mungkin lebih besar jumlahnya dan mencakupi pelbagai perkara lagi. Ia tentulah sesuai dengan hasrat untuk memenangi pilihan raya dengan cemerlang, sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Barisan Nasional (BN) sendiri," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Benta di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli dan Yang Dipertua Pas Kawasan Lipis, Ishak Sat.

Hadi berkata, pengumuman Najib itu juga tentulah berdasarkan keyakinannya bahawa rasuah yang diberikannya sebelum ini telah berjaya menggembirakan hati rakyat dan menyebabkan mereka mula kembali menyokong Umno dan BN.

"Kawasan Felda telah dibangunkan sejak berpuluh tahun yang lalu dan tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang mengamalkan cara pemberian sagu hati kepada rakyat dalam bentuk wang tunai tetapi beliau (Najib) telah memulakannya.

"Maka, sudah tentu pemberian di pusingan kedua ini lebih besar jumlahnya dan meliputi pelbagai kelompok dalam masyarakat kerana yang dihajati ialah sokongan yang lebih besar daripada rakyat," katanya.

Hadi berkata, rakyat dan negara tentunya lebih memerlukan pemimpin yang berani merangka dasar jangka panjang untuk kepentingan rakyat seperti keberanian untuk menurunkan harga minyak, mengekalkan subsidi untuk rakyat miskin, memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman PTPTN.

Menurutnya, dasar berkenaan tentunya lebih bermanfaat dalam jangka panjang berbanding pemimpin yang hanya tahu memberi wang tunai RM500, RM200 dan RM100 yang boleh dihabiskan dalam waktu yang yang singkat. - Sinar Harian

Skandal Ketua Menteri Sabah, Menteri Luar dan Peguam Negara .. Ada bukti kata Rafizi

Posted: 09 Apr 2012 05:44 PM PDT

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendakwa mempunyai bukti berhubung skandal penyelewengan balak dan dana rakyat yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Menteri Luar dan Peguam Negara.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, mereka mempunyai dokumen urus niaga, penyata bank dan surat pengakuan seorang lelaki yang sanggup menjadi saksi yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan dan mencadangkan kepada Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengambil tindakan, tetapi beliau enggan untuk berbuat demikian sebaliknya mendakwa kes itu telah selesai.

"Bukti yang kami miliki boleh mensabitkan ketiga-tiga tokoh ternama itu, skandal ini membabitkan penyelewengan berjumlah RM415 juta.


"Oleh itu kami mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan kerana semua siasatan yang dijalankan SPRM dan beberapa pihak yang lain telah disempurnakan, namun campur tangan Peguam Negara menyebabkan mereka yang bersalah bebas," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Mohd Rafizi berkata, pembangkang mahukan Datuk Seri Anifah Aman bercuti daripada jawatannya termasuk Datuk Seri Musa Aman bagi menjawab segala tuduhan itu.

Katanya, Peguam Negara harus digantung serta-merta dan satu tribunal harus ditubuhkan untuk membicarakan be­liau atas pelbagai tuduhan yang dihadapinya.

"Kerajaan juga harus melantik seorang hakim Mahkamah Persekutuan untuk menilai semua kertas siasatan SPRM dan membuat syor bahawa kes ini wajar didakwa di mahkamah," katanya.

Mohd Rafizi berkata, beliau memberikan tempoh selama tujuh hari untuk kerajaan memberi respons mengenai kes tersebut jika tidak pelbagai pendedahan akan dibuat.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan seorang Ketua Menteri dan Menteri telah disiasat oleh SPRM yang turut membabitkan Peguam Negara berhubung skandal penyelewengan balak dan dana rakyat di Sabah. - Sinar Harian

500 penumpang terperangkap, seorang cedera, KTM Komuter rosak

Posted: 09 Apr 2012 08:55 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penumpang KTM Komuter terperangkap apabila tren yang dinaiki mengalami kerosakan ketika berada di laluan berhampiran Bank Rakyat di sini malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, seorang wanita cedera ringan
selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada gerabak.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 7.50 malam dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian.

"Operasi menyelamat mengambil masa selama sejam dan membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Pusat dan Sentul," katanya ketika dihubungi Bernama.

Wanita yang cedera itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. - Bernama

Penyanyi Ismail Haron [Tom Jones Singapura] meninggal dunia

Posted: 09 Apr 2012 07:16 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi veteran yang mendapat jolokan Tom Jones Singapura iaitu Ismail Haron meninggal dunia dalam tidur di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura kira-kira pukul 2 petang Isnin.
Pengurus syarikat rakaman Produksi Matahati, Maria Satar berkata, Allahyarham dipercayai terkena serangan jantung.
"Sewaktu kejadian, kakak Allahyarham iaitu Halimah Haron keluar rumah. Ketika dia pulang, dia cuba kejutkan Allahyarham dan terkejut kerana Allahyarham tidak bergerak," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.
Maria berkata, Allahyarham yang berusia 66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik-beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu.
Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik.
Allahyarham terkenal dengan lagu-lagu Delailah, Dendamku Kerana Maria, Senyum Terakhir dan Mari Menari.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Jurong, Singapura pada pukul 10 pagi Selasa.

SANTAI : Istimewanya menjadi 'isteri angkat @ gundik' ADUN BN

Posted: 08 Apr 2012 11:27 PM PDT

BETAPA istimewanya menjadi 'isteri angkat @ gundik' ADUN BN kerana sekalipun mempunyai saman tertunggak sejumlah RM460 sejak 2004, namun Pia Binti Dahlan, yang mendakwa dirinya anak saudara Tuan Yang DiPertua Negeri Sabah; bebas daripada Ops Warta yang dilancarkan bagi memburu pesalah trafik yang gagal membayar kompoun.
Mengikut semakan Paparazzi daripada rekod Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK), Pia melakukan enam kesalahan lalu lintas termasuk tidak memiliki lesen memandu; tiga daripadanya dilakukan di Lahad Datu antara 2004 hingga 2009, manakala tiga lagi kesalahan dilakukan di Kota Kinabalu di antara 2009 hingga 2011.

Sikap angkuh Pia sering kali mendatangkan masalah kepada anggota polis trafik yang menjalankan tugas kerana Pia sering meletakkan kenderaan dan meninggalkan kenderaannya sesuka hati; tetapi memaki hamun polis jika disaman.
Daripada data RILEK, Paparazzi mendapati Pia telah memiliki dan memandu empat buah kereta, tiga daripadanya iaitu SS5551A, SAA5521H dan SAB599A didaftarkan atas nama Pia, manakala sebuah lagi SA5845X atas nama seorang bekas pemain bola sepak Sabah, Karti Tukimin.
SAMAN.....Kereta SS5551A telah disaman pada 9 Mei 2004 di Jalan Teratai Lahad Datu melalui saman bernombor 001M159279 atas kesalahan tiada lesen memandu. Inilah saman pertama Pia setelah mendapat IC Projek dengan bantuan daripada Datuk S.
HALANG.....Kereta SA5845X milik Karti Tukimin ini telah disaman melalui saman bernombor 01GG693634 di Lorong Centrepoint Kota Kinabalu kerana Pia menghalang lalu lintas.
DUA KALI....Kereta SAA5521H pula telah dua kali disaman melalui saman bernombor 01UU433359 dan 01UU433733 di Bandar Wilayah Jasa Lahad Datu kerana melanggar isyarat dan menghalang lalu lintas.
DATIN....Pia berlagak sebagai 'Datin' kerana meletakkan kereta SAB599A hadiah Datuk S sesuka hati sehingga turut disaman dua kali iaitu melalui saman bernombor 01GG557661 dan 01DK687187 di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Mini Putrajaya, Kota Kinabalu kerana melakukan halangan lalu lintas.
Kesemua kompoun terkumpul yang belum dijelaskan Pia ialah RM460 tetapi PDRM tidak mengeluarkan waran tangkap sebagaimana dilakukan kepada pesalah trafik biasa. Hanya Ketua Polis Trafik Bandaraya Kota Kinabalu kenapa Pia tidak diburu seperti pesalah trafik lain?

Tiada ulasan: