RAKYAT MARHAEN |
- Najib merayu Cina kembali pada BN
- Najib tidak janji kesemua 22 penambahbaikan sebelum PRU 13
- Pimpinan PAS ke Perlis selepas T'ganu dan Pahang
- Kadir Sheikh Fadzir jumpa pimpinan PAS
- Hujah SPR yang dok kata depa adil sebab tu la PEMBANGKANG boleh menang..!!!
- 10,000 anak muda setiap negeri ke Bersih 3.0
- Ramai menanti untuk dengar tangisan Awang Adek
- Born in Sabah but no free MyKad
- TI-M seru AG berundur daripada kes balak Sabah
- Pinjaman Bank Dunia sudah langsai - betul ke???
- Of Nazri's son, gold-plated 'bubur ayam' and fine wines
- Pakatan : 'Ada bukti skandal penyelewengan babit tiga tokoh'
- Hukuman Adam Adli kekal
- Akta ganti ISA masuk Parlimen hari ini
- Blogger Umno-APCO Hilang Akal Isu Najib Altantuya Pakai Rantai!
- OUTRAGEOUS DISGRACE: Malaysians shamed over the Altantuya murder
- ‘BN sudah mula rasuah politik pusingan ke-2’
- Talk cock award
- Is Najib pulling away from Umno?
- Is this why Najib is confident? Fate of 35 seats in hands of 400,000 dubious voters
- Kisah Benar: Pengundi Hantu Marang 1990
- PAS seru gelombang siber turun ke alam nyata
- 400,000 pengundi meragukan mungkin penentu 35 kerusi, kata penganalisis
- Artis, sasterawan berhimpun 10 hari sebelum Bersih 3.0
- Salahuddin: Bertanding di Johor bukan bunuh diri
Najib merayu Cina kembali pada BN Posted: 09 Apr 2012 09:05 PM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kepercayaan dan sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan semakin meningkat sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara. Perdana Menteri berkata melalui pelbagai persemukaan yang dilakukannya sejak tiga tahun lepas, trend sokongan kaum tersebut itu semakin meningkat dan menggalakkan walaupun peratusannya lebih rendah berbanding masyarakat lain. "Dia rendah tetapi trend adalah ke arah meningkat. Saya percaya kalau proses persemukaan kita jalankan secara berterusan, pelaksanaan program dapat dirasai oleh sebahagian besar masyarakat dan kita membuat pertimbangan yang adil, saya rasa peratusan sokongan boleh terus meningkat," katanya. Najib berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan 'Chat Time With…Najib' yang disiarkan secara langsung oleh stesyen televisyen NTV7 malam tadi. |
Najib tidak janji kesemua 22 penambahbaikan sebelum PRU 13 Posted: 09 Apr 2012 09:02 PM PDT Tarikh PRU 13 kekal menjadi rahsia peribadi Perdana Menteri Najib Razak, tanpa menjanjikan sama ada kesemua 22 syor penambahbaikan proses pilihan raya yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) sempat dilaksanakan sebelum PRU 13. Read More / Baca Lagi >>Najib menegaskan sebermulanya bahawa pilihan raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan adil, malah menekankan, "We are all for clean and fair election." Beliau berkata Barisan Nasional enggan dilihat menang atas asas pilihan raya yang dimanipulasikan, sebaliknya sempat menyindir sesetengah wakil rakyat yang tidak mengadu masalah pengendalian pilihan raya apabila dirinya menang dalam pilihan raya. Najib mengulangi hujah bahawa pembangkang berjaya menawan lima negeri, dan PAS di Kelantan selama 22 tahun, sebagai bukti pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil. |
Pimpinan PAS ke Perlis selepas T'ganu dan Pahang Posted: 09 Apr 2012 08:51 PM PDT KANGAR, 10 April: Selepas selesai melawat Terengganu dan Pahang hujung minggu lalu, pimpinan PAS yang diketuai Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan ke Perlis pula hujung minggu ini. Read More / Baca Lagi >>Beliau akan berada di Perlis pada hari Sabtu, 14 April ini. Program jelajah negara ini dibuat untuk membolehkan pucuk pimpinan PAS mempersiapkan PAS bagi setiap negeri dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang ini. |
Kadir Sheikh Fadzir jumpa pimpinan PAS Posted: 09 Apr 2012 08:50 PM PDT (Kunjungan khas...TS Kadir bertemu dengan Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan kanan PAS di Pejabat Agung malam tadi) KUALA LUMPUR, 10 April: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang mengumumkan keluar dari Umno Mac lalu, mengadakan pertemuan dengan pimpinan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi. Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu dilihat tiba bersorangan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut kira-kira jam 8 malam. |
Hujah SPR yang dok kata depa adil sebab tu la PEMBANGKANG boleh menang..!!! Posted: 09 Apr 2012 08:48 PM PDT Hujjah dangkal Ahli Parlimen Umno yang kata SPR adil Sumber Puak-puak Umno BN dalam nak mempertahankan SPR yang depa kata adil dalam mengendalikan pilihanraya selalu sangat guna hujjah dangkal, hujjah yang depa dok ulang guna dari dulu lagi. Read More / Baca Lagi >>Depa guna hujjah kalau SPR tak adil macamana boleh ada calon pembangkang menang pilihanraya. Bukan setakat menang kerusi Parlimen atau Dun malah boleh menang banyak kerusi sampai boleh perintah negeri. Tak faham sungguh aku macamana depa masih sanggup guna hujjah yang BANGANG macam tu. Penat pemimpin pembangkang cerita depa tak mau dengar, tak mau ambil faham. |
10,000 anak muda setiap negeri ke Bersih 3.0 Posted: 09 Apr 2012 08:46 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen untuk mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari setiap negeri untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28 April ini. Read More / Baca Lagi >>Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, ini bagi membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan. "Anak muda ini tidak semestinya dari ahli PAS sebaliknya dari pelbagai lapisan anak muda prihatin yang menyedari keperluan untuk bangkit melakukan perubahan memulih sistem pengurusan dan pengendalian pilihan raya negara," ujarnya dalam satu kenyataan. |
Ramai menanti untuk dengar tangisan Awang Adek Posted: 09 Apr 2012 08:44 PM PDT Posting dibawah tajuk Awang Adek Akan Menangis Tak Berlaku mendapat perhatian ramai. Ke mana saya pergi akan ada yang bertanya apakah maksud posting itu. Tidak cukup dengan mengirim pertanyaan menerusi PM, dan sms ada yang memberanikan diri menelefon saya secara langsung. Di sini saya tidak mahu buka lagi cerita yang menyebabkan Awang Adek akan menangis tidak berlaku ini. Biarlah Awang Adek mengumpulkan air mata sebanyak mungkin. Cerita ini pasti menyebabkan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu akan menangis tidak berlagu. Dia ingat apa yang diselindungnya akan tidak diketahui orang. Hari ini mungkin ia, tetapi esok lusa akan terhidu dan diketahui juga. Benda yang diselindungi kini bersifat benda yang seperti buah bacang akau buah kuini bila ia sudah masak. Bila masak ia akan mengeluarkan aroma menyengitkan hidung. Read More / Baca Lagi >> |
Born in Sabah but no free MyKad Posted: 09 Apr 2012 08:38 PM PDT John Dismas, 65, is born and bred in Sabah of native-Australian parentage but till today he is not a Malaysian. KUALA PENYU: "Newly-arrived illegal immigrants from the Philippines and Indonesia can easily get Malaysian citizenship, but why can't I get it after 65 years?" asks John Dismas, a man who has lived in Sabah all his life.The 65-year-old who was born in Kuala Penyu a year after Second World War, ended is perplexed by his situation. His mother was a Dusun Tatana and he speaks the dialect fluently, while his father was an Australian soldier who abandoned the family soon after the war. He says he has applied for Malaysian citizenship several times and even went to Putrajaya to take up his case with the relevant authority. Read More / Baca Lagi >> |
TI-M seru AG berundur daripada kes balak Sabah Posted: 09 Apr 2012 08:38 PM PDT Badan pemerhati Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengundur diri daripada membuat keputusan mengenai pendakwaan ke atas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung isu pembalakan di negeri itu. Presiden TI-M Paul Low memberi alasan, mungkin wujud konflik kepentingan dalam kes berkenaan kerana Gani dipercayai mempunyai hubungan keluarga dengan Musa. "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiapkan laporan ke atas Musa tetapi tiada dakwaan dibawa ke atasnya. "Ia kelihatan seolah-olah Musa mempunyai hubungan dengan Gani oleh itu Gani perlu mengundur diri dan menyerahkan keputusan pendakwaan kepada orang lain di Pejabat Peguam Negara," kata Low ketika dihubungi. Read More / Baca Lagi >> |
Pinjaman Bank Dunia sudah langsai - betul ke??? Posted: 09 Apr 2012 08:32 PM PDT KUALA LUMPUR- Kerajaan sudah melangsaikan pinjaman yang dibuat dari Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pinjaman kerajaan berjumlah AS$2.646 bilion (RM7.938 bilion) dari Bank Dunia yang dibuat antara 1965 dan 1999 sudah sepenuhnya dilangsaikan pada 2011. "Pinjaman ADB pula yang diperoleh pada 1968 hingga 2002 berjumlah AS$1.285 bilion (RM3.855 bilion) sehingga Disember 2011 masih lagi berbaki AS$124 juta (RM372 juta)," katanya ketika menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Ahmad Husni memberitahu, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan dari Bank Dunia dan ADB antara 1965 dan 2002 berjumlah AS$3.931 bilion (RM11.793 bilion) yang dibuat setelah mengambil kira kemampuan kerajaan untuk membayarnya semula. |
Of Nazri's son, gold-plated 'bubur ayam' and fine wines Posted: 09 Apr 2012 08:32 PM PDT The lifestyle of cabinet ministers and their kins has again come under public scrutiny following the assault case allegedly involving Mohamad Nedim, son of de-facto Law minister Nazri Aziz. Read More / Baca Lagi >>The responses by netizens to news reports about the incident, based on a police report lodged by a security guard who alleged that Nedim and his bodyguards had manhandled him, reveal the depth of anger among ordinary citizens to the kind of behaviour displayed in public by the likes of Nedim. In the past, such a public contempt made newspaper headlines, during the height of the constitutional crisis in 1993, sparked by the assault case involving the then Sultan of Johor and a hockey coach, both of whom had since deceased. It led to a controversial but popular amendment to clip the immunity hitherto enjoyed by royalties, particularly when faced with criminal charges. |
Pakatan : 'Ada bukti skandal penyelewengan babit tiga tokoh' Posted: 09 Apr 2012 08:29 PM PDT Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, mereka mempunyai dokumen urus niaga, penyata bank dan surat pengakuan seorang lelaki yang sanggup menjadi saksi yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan dan mencadangkan kepada Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengambil tindakan, tetapi beliau enggan untuk berbuat demikian sebaliknya mendakwa kes itu telah selesai. |
Posted: 09 Apr 2012 08:27 PM PDT Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Datuk Dr Junaidi Abu Bakar mengesahkan perkara itu dan penggantungan sudah bermula. "Kes ini telah selesai. Rayuan tidak diterima kerana ia mensabitkan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Upsi (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan hukuman ke atasnya berkuat kuasa bermula Semester II Tahun Pengajian 2011/12 sehingga akhir Semester II 2012/13. "Pada 8 Mac lalu, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar bersidang dan mengekalkan hukuman tersebut" katanya. Jawatankuasa universiti membuat ketetapan bahawa tindakan Adam Adli telah merosakkan kepentingan, nama baik universiti, penuntut dan kakitangan serta ketenteraman keselamatan awam dan tatatertib. Adam Adli menerima hukuman berhubung dua pertuduhan, menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember tahun lalu dan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan universiti tersebut pada sambutan malam tahun baru 2012. |
Akta ganti ISA masuk Parlimen hari ini Posted: 09 Apr 2012 08:26 PM PDT Sinar Harian Online difahamkan kedua-dua rang undang-undang berkenaan akan dibawa ke Parlimen hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. "Bacaan kali pertama hari ini. Ia akan dibacakan kali kedua Isnin depan dan seterusnya dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen," kata sumber kepada Sinar Harian Online. Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua akta yang baru bagi menggantikan ISA akan dibentangkan pada bulan Mac 2012. Najib menerusi Perutusan Khas Hari Malaysia pada 15 September lalu mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baharu yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Katanya, undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Dalam perutusan itu juga, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967. |
Blogger Umno-APCO Hilang Akal Isu Najib Altantuya Pakai Rantai! Posted: 09 Apr 2012 08:25 PM PDT Belum pun dapat dibuktikan sama ada rantai yang dipakai itu bersadur emas atau perak, blogger upahan yang dibela Pengerusi Unit Media Baru parti reput itu, Tun Faisal Ismail Aziz semuanya tidak dapat menjawab jauh sekali memberi hujah dan alasan membenarkan pemakaian rantai tersebut. |
OUTRAGEOUS DISGRACE: Malaysians shamed over the Altantuya murder Posted: 09 Apr 2012 08:23 PM PDT The father of the late Ms Altantuya is in town. Talking through the media (on-line reports), what he reveals would shame any caring Malaysian. It is unbelievable to be told after six endless years, that our Prime Minister – the man who represents this country to the whole wide world, has been avoiding the stricken father of Altantuya. The PM apparently "ran away" avoiding the father of Altantuya. What kind of leader is this man? Surely you are not going to retaliate screaming that this Mongolian national is lying through his teeth – are you? No response from BN govt If this embarrassment is not enough, the Mongolian visitor states that our government has not responded to any of the numerous official communication from the government of Mongolia. Now what kind of nationhood are we having here? Read More / Baca Lagi >> |
‘BN sudah mula rasuah politik pusingan ke-2’ Posted: 09 Apr 2012 08:20 PM PDT Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang berkata, melihat kepada pengumuman itu di ketika negara sedang menunggu detik pilihan raya, jelas menandakan tarikh pilihan raya umum sudah terlalu hampir. "Rasuah politik pusingan pertama sudah pun berjalan sejak akhir tahun lalu iaitu BR1M berjumlah RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar universiti. |
Posted: 09 Apr 2012 08:18 PM PDT Jangan risau K? You pi main bola. Najib take care your land for you ok? Ha! tu rakyat yg patuh. Bagus....bagus....pi sekarang. |
Is Najib pulling away from Umno? Posted: 09 Apr 2012 08:17 PM PDT Umno president Najib Tun Razak is a natural when it comes to looking out for himself first. Yes, the man who got a 69% approval rating by way of a survey that asked very open-ended and impractical questionnaires. But here's the thing: notice how Najib is detaching himself from Umno. It's a behaviour that isn't at odds with his real political self actually. Najb is a natural when looking out for himself first while those besides him will be left to slug it out among themselves. As long as his position and interest are preserved, he doesn't care what's happening to the political party claiming to look out for the interests of Malays. Read More / Baca Lagi >> |
Is this why Najib is confident? Fate of 35 seats in hands of 400,000 dubious voters Posted: 09 Apr 2012 08:16 PM PDT Over 400,000 dubious voters are on the electoral roll, enough to swing 35 federal seats either way and decide if Pakatan Rakyat (PR) can capture Putrajaya or Barisan Nasional (BN) reclaim its customary two-thirds supermajority in Parliament, according to a polls analysis. Read More / Baca Lagi >>Independent political analyst Ong Kian Ming said his Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) found some 100,000 problematic names and combined with other previously highlighted issues, would "easily amount to over 400,000 dubious voters." Cleaning up the electoral roll is a key demand by the opposition and activist groups although BN say PR's five-state victory in Election 2008 is proof there is no irregularity. Ong said this is likely "just the tip of the iceberg" as there may be other discrepancies that have not yet been uncovered by various parties who have combed through the gazette of over 12 million voters. |
Kisah Benar: Pengundi Hantu Marang 1990 Posted: 09 Apr 2012 08:15 PM PDT KLIK IMEJ Pada Pilihanraya 1990, Timbalan Yang Dipertua PAS (skrg Presiden PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi kerusi Parlimen Marang dgn majoriti 116 undi. |
PAS seru gelombang siber turun ke alam nyata Posted: 09 Apr 2012 08:14 PM PDT Pemuda PAS hari ini berjanji akan mengerahkan paling sedikit 10,000 anak muda untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April ini. Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berharap kumpulan "gelombang siber" yang berkumpul di alam maya dapat keluar ke Dataran Merdeka untuk berhimpun pada masa yang ditetapkan, "Selama ini anak-anak muda memerhati kepincangan urus selia sistem pilihan raya melalui alam maya. Mereka berkumpul membentuk gelombang siber. "Jumlah mereka terlalu ramai. Saya harap kali ini mereka keluar dari gentian siber untuk duduk dan bantah di alam nyata...," katanya. |
400,000 pengundi meragukan mungkin penentu 35 kerusi, kata penganalisis Posted: 09 Apr 2012 08:13 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 April — Lebih 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu untuk mengubah 35 kerusi bagi menentukan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau Barisan Nasional (BN) kembali memperolehi dua pertiga majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air. Read More / Baca Lagi >>Penganalisis bebas Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100,000 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan "menjadi 400,000 pengundi meragukan". Membersihkan daftar penfundi adalah tuntutan utama pembangkang. Dan kumpulan aktivis walaupun BN menegaskan kemenangan PR di lima negeri membuktikan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap daftar berkenaan. Ong (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider, perkara itu "hanyalah sebahagian masalah kecil" daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pastioleh kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta. |
Artis, sasterawan berhimpun 10 hari sebelum Bersih 3.0 Posted: 09 Apr 2012 08:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 April: 10 hari menjelang perhimpunan 28 April ini, penyokong Bersih menganjurkan perhimpunan menjelang Bersih 3.0. Read More / Baca Lagi >>Perhimpunan Rapat Rakyat Countdown 10 hari menjelang Bersih 3.0 ini akan diadakan pada 17 April ini di Padang Kelab Sultan Sultan, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia akan bermula jam 8 malam dengan membariskan para penggerak perhimpunan dari pelbagai pihak. Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk dan Bantah' akan diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini. Perhimpunan ini dibuat ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memberikan jaminan yang boleh diterima untuk mempastikan pilihan raya umum akan datang berjalan dengan baik. Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS pula mendedahkan kewujudan satu 'Task Force' yang disertai oleh pegawai khas perdana menteri, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. |
Salahuddin: Bertanding di Johor bukan bunuh diri Posted: 09 Apr 2012 08:10 PM PDT Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menolak tanggapan umum bahawa hasratnya bertanding di negeri kelahirannya, Johor - kubu kuat Umno - adalah tindakan "membunuh dirinya" dalam karier politik yang diceburinya sejak 30 tahun lalu. Ahli parlimen Kubang Kerian menegaskan beliau tidak takut berdepan kekalahan kerana ia merupakan asam garam dan adat berjuang, sebaliknya beliau mahu menjadi "sebahagian pencipta sejarah perubahan" di negeri itu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan