Kelab Greenboc |
- [BONGKAR] Terdapat Lebih 400,000 Pengundi Meragukan Dalam Daftar Pemilih
- [Video] Penyanyi Ismail Haron Kembali Ke Rahmatullah
- Artis & Sasterawan Berbondong-bondong Sertai PAS
- Ibu Saudara Sahkan Sri Wani Adalah Seorang Perempuan
- Alang-alang Ke Kota Bharu, Aku Tak Lepaskan Peluang Jumpa Tok Guru - Uthaya
- Najib "Sapu" Gaji Menteri Wanita Untuk Rosmah Mansor?
- Kalau Mengaku Masih Wakil Rakyat, Apasal Tak Mahu Datang Persidangan DUN?
- Timbalan Pengarah SKMM Didakwa Subahat Rasuah Dengan Isteri
- Status Sri Wani Seorang Wanita Atau Lelaki Masih Kabur
[BONGKAR] Terdapat Lebih 400,000 Pengundi Meragukan Dalam Daftar Pemilih Posted: 10 Apr 2012 12:52 AM PDT 400,000 pengundi meragukan mungkin penentu 35 kerusi, kata penganalisis KUALA LUMPUR, 10 April — Lebih 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pengundi mampu untuk mengubah 35 kerusi bagi menentukan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau Barisan Nasional (BN) kembali memperolehi dua pertiga majoriti di Parlimen, kata penganalisis politik tanah air. Penganalisis bebas Ong Kian Ming berkata Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) yang dijalankannya mendapati terdapat kira-kira 100,000 ribu nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan "menjadi 400,000 pengundi meragukan". Membersihkan daftar penfundi adalah tuntutan utama pembangkang. Dan kumpulan aktivis walaupun BN menegaskan kemenangan PR di lima negeri membuktikan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap daftar berkenaan. Ong (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider, perkara itu "hanyalah sebahagian masalah kecil" daripada pelbagai masalah lain yang belum dapat dikenal pastioleh kebanyakan pihak dengan jumlah pengundi sebanyak 12 juta. "Sekiranya dibahagikan 40,000 dengan 222 kerusi, dianggarkan sekitar 1,800 pengundi. Ini berupaya untuk menentukan 35 kerusi," katanya merujuk kepada kerusi yang memperolehi kemenangan tipis. "Sekiranya sentimen pengundi sama seperti 2008, ini akan menambah 30 kerusi PR, atau lapan lagi kerusi BN untuk memperoleh majoriti," tambah penganalisis politik ini lagi. Kerajaan BN hanya memperolehi 140 kerusi, dengan kehilangan majoriti dua pertiga majoriti di Parlimen ketika pilihan raya 2008 termasuk empat negeri, dan Kelantan yang kekal di tangan PAS sejak 20 tahun lalu. Perikatan itu memerlukan 112 kerusi Parlimen untuk mendapat majoriti dan 148 untuk dua pertiga. Projek Ong itu turut mengenal pasti 100,000 pengundi dengan 10 isu berkenaan - pengundi berusia lebih 85 tahun, jantina tidak selari dengan kad pengenalan (IC), nama dan tarikh lahir yang sama, dilahirkan di luar negara, pengundi di Lembah Klang yang tidak mempunyai alamat rumah, pengundi pos dengan IC awam, pasangan polis yang menjadi pengundi pos, pasangan polis dan tentera yang mempunyai jantina yang sama, polis dan tentera melebihi had umur persaraan, dan pengundi pos tentera dan polis yang melebihi had umur rekrut. Namun begitu, menurutnya itu tidak termasuk masalah lain, kerana beribu pengundi didaftarkan pada alamat yang sama dan 42,000 pengundi dengan IC yang tidak ditemui di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ong turut menjelaskan terdapatnya bilangan yang meragukan pengundi di Selangor, negeri terkaya di negara ini yang mana Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji akan menawan kembali dengan "apa cara sekalipun". Tambahnya, daftar pengundi daripada suku 2011 menunjukkan jumlah pengundi di Selangor mengalami peningkatan mendadak kepada 340,000 atau 21.8 peratus kepada 1.9 juta pengundi sejak pilihan raya 2008 dibandingkan kadar nasional sebanyak 16.3 peratus. Beliau menunjukkan contoh di Hulu Selangor sahaja mengalami peningkatan 17,000 pengundi, peningkatan 27.1 peratus sejak pilihan raya pada Mac 2008. Kredibiliti daftar pengundi seringkali dipersoalkan sejak Jawatankuasa Khas Piihan Parlimen (PSC) dibentuk pada tahun lepas bagi menambah baik sistem pilihan raya. Panel itu telah menyiapkan laporan dalam tempoh enam bulan dan menyerahkan laporan lengkap tersebut kepada Parlimen minggu lepas, namun pembangkang dan pertubuhan awam telah mengkritik berikutan terdapatnya kekurangan cadangan bagaimana ia akan membersihkan daftar pengundi. Pemerhati pilihan raya Bersih kemudiannya mengumumkan akan mengadakan perhimpunan ketiganya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 28 April. Perdana Menteri Najib telah mengumumkan pembentukan jawatankuasa dwipartisan pada Ogos 2011, selepas dikritik hebat berkenaan pentadbirannya menguruskan perhimpuanan Bersih pada 9 Julai yang menyaksikan ribuan rakyat mengadakan protes jalanan. -TMI Apa guna dakwat kekal jika daftar pemilih bohong Ulasan GB Apa yang diutarakan oleh Dr.Ong Kian Ming menyamai dengan "pemerhatian" yang GB buat satu ketika dulu (14/10/2011) . Petikan: Bukankah pendusta dan penipu namanya tu apabila baru sekarang membuat pengakuan yang 40,000 nama di dalam daftar pengundi adalah meragukan? klik untuk baca |
[Video] Penyanyi Ismail Haron Kembali Ke Rahmatullah Posted: 09 Apr 2012 10:44 PM PDT Penyanyi veteran Singapura, Ismail Haron meninggal dunia, semalam. Penyanyi popular mendapat jolokan Tom Jones Singapura itu meninggal dalam tidur kira-kira jam 2 petang di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura. Beliau berusia 65 tahun dan masih bujang. Beliau popular era 70-an menerusi paduan duet bersama diva Anita Sarawak menerusi lagu Menunggu Nasi Minyak dan Kesah Dol dan Minah. Menurut pengurusnya, Maria Sata, beliau terkejut menerima panggilan daripada kakaknya, Halimah Haron dimaklumkan Ismail meninggal dunia. Bagaimanapun belum ada pengesahan sebarang implikasi penyakit daripada doktor. "Beliau memang kurang sihat dan demam sejak dua tiga hari lalu. Sepanjang saya tahu, beliau tidak pernah menghidap apa-apa penyakit. Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada seni suara tempatan di Singapura dan Malaysia. Saya menghormati beliau kerana berpendirian tegas dan serius mempersiapkan diri sekiranya mendapat undangan persembahan di mana-mana saja. "Beliau bukan jenis suka membaca lirik di depan mata atau 'standboard' sebaliknya lebih suka mempersiapkan diri menghafal lagu sebaik mungkin. Malah, beliau akan membuat persiapan seminggu sebelum menyanyi untuk memastikan persembahannya 'tip-top'. Semoga roh arwah dicucuri rahmat," kata Maria sewaktu dihubungi di Singapura yang bertindak sebagai pengurusnya sejak 2008. Antara rakan dan sahabat menziarahi beliau semalam adalah rakan seangkatan seni suara seperti Rahimah Rahim, Aziz Ahmad dan Mahani Mohamad. Upacara pengebumian akan disempurnakan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Singapura, jam 10 pagi ini. -hm Ulasan GB Alfatihah. Lagu-lagu popular Ismail Haron yang sering disiarkan semasa GB.fm beroperasi dulu semasa setiap kali kempen pilihanraya ialah lagu Insan Mulia dan Ilham Pujangga. Petikan dari lirik Ilham Pujangga Ia anak muda tidak kerana tergelincir kakinya tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan Kasih sesama manusia Agar "di atas" sayangkan diri anda Pandang yang satu kepada yang ramai sayang Pandang yang ramai kepada yang satu |
Artis & Sasterawan Berbondong-bondong Sertai PAS Posted: 09 Apr 2012 08:56 PM PDT Kuala Lumpur, 9 April: Jika anda ingin melihat kejatuhan sesebuah kerajaan, tunggulah apabila golongan sastrawan dan artis juga menyertai usaha menjatuhkannya. Gambar: Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini. Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu. Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS. Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin menyertai PAS. Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula. Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau. Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan. Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS. "kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas. Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat layanan kurang baik dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu. "Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah. Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'. "Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu. Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri. Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu. Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni.. "Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kita bantah, seperti kita menderhaka... "Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu dan berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah. Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing. Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV. "Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat... "sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu. Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee. -HD |
Ibu Saudara Sahkan Sri Wani Adalah Seorang Perempuan Posted: 09 Apr 2012 06:33 PM PDT Sampai bila pun dia tetap perempuan' Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan. Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam. Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan. "Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia. "Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia," katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani. -SH klik untuk baca |
Alang-alang Ke Kota Bharu, Aku Tak Lepaskan Peluang Jumpa Tok Guru - Uthaya Posted: 09 Apr 2012 04:31 PM PDT Bertemu Tok Guru di Kota Bharu Saya sangat bertuah kerana berpeluang bertemu dan berbual-bual bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) pada 13 Mac 2012. Pada kali pertama saya ke Kota Bharu pada 1995 sempena Perhimpunan Penulis Muda Nasional di Kem Kijang, saya turut berpeluang bertemu Tok Guru di rumah beliau di Kampung Pulau Melaka. Pada kali ini pula, pertemuan diatur dengan kerjasama Setiausaha Politik MB, Wan Nik Wan Yussof dan Nik Faridah Mamat serta beberapa individu yang mengalu-alukan kunjungan saya ke Kota Bharu. Sejak awal, saya sudah menyatakan bahawa tujuan – atau "motif" – saya ke Kelantan adalah untuk melihat sendiri apakah negeri berkenaan benar-benar "mundur" dan "miskin" seperti heboh diperkatakan pihak tertentu sejak belakangan ini. Alang-alang pergi ke Kota Bharu, tentulah saya tidak mahu melepaskan peluang bertemu Tok Guru. Tambahan pula, setahu saya, beliau amat mesra dan tidak mengamalkan protokol apabila orang biasa mahu bertemu beliau. Pada mulanya, saya dijadualkan mengadakan pertemuan dengan MB Kelantan di Hotel Raudah selepas Persidangan Orang Kurang Upaya (OKU) Darul Naim Peringkat Kebangsaan. Bagaimanapun, bagaikan pucuk diundang, ulam mendatang, peluang diberikan untuk saya mengadakan pertemuan tertutup bersama Tok Guru di kediaman rasmi beliau. Hadir bersama-sama saya ialah Rohani Deraman dari Johor Bahru, Zainab Ngah dari Kuala Terengganu serta Nur Hidayah, Wan Asyeah Wan Nawang dan Abdul Mutalib Awang dari Kota Bharu. Selalunya, apabila saya menyatakan kepada rakan-rakan di Lembah Klang berkenaan keinginan untuk bertemu Tok Guru, ada dua reaksi klise yang diberikan. Pertama, ramai yang bertanya adakah saya mahu bertemu Tok Guru untuk "masuk Islam". Tentu sahaja golongan yang bertanya begitu adalah kumpulan yang cetek ilmu, tidak menyedari kehebatan sebenar Tok Guru, serta mereka itu ternyata tidak tahu cara berdakwah yang betul. Kedua, ada yang tertanya-tanya motif sebenar saya bertemu Tok Guru. Misalnya, pengarang terkenal dari Kelantan, Leo AWS memberitahu saya baru-baru ini: "Saya ditanyakan tentang kehadiran saudara di Kota Bahru sehingga ketemu Tok Guru – apakah motif sebenarnya." (Konco-konco Tokoh Lidang Bercabang, Raja Serigala Bahasa, Encik Limau, Penerima Anugerah Laut dan Timah Wangi pula khabarnya sedang rancak menyebarkan berita palsu kononnya saya ada motif politik mengatur pertemuan dengan "pembangkang".) Reaksi yang kedua tadi jelas membuktikan betapa sempit pemikiran orang tertentu. Pasti mereka hanya melihat Tok Guru sebagai orang politik dan bukan sebagai tokoh unggul yang disegani tanpa mengira kaum dan agama, serta tidak melibatkan pegangan politik. Agamamu, agamaku Malah, beberapa individu kaum India yang berasal dari Kelantan memberitahu saya bahawa mereka meletakkan Tok Guru di tempat yang tinggi; hampir sama seperti kedudukan Mahatma Gandhi dalam hati masyarakat India; tanpa ada sebarang kaitan parti politik. Sejak awal, tujuan – atau "motif" – lawatan saya ke Kota Bharu adalah amat jelas; iaitu melihat sendiri benarkah wujud "kemiskinan" dan "kemunduran" fizikal, rohani, sosial dan mental seperti dipropagandakan pihak tertentu. Maka, tentulah amat wajar sekiranya saya bertemu MB Kelantan untuk mendapatkan pandangan beliau. Apa yang saya lakukan bukan wawancara yang skema. Sebaliknya perbualan secara santai tanpa ikatan politik dan tanpa sebarang agenda. Antara perkara pertama yang saya perhatikan apabila bas ekspres yang saya naiki memasuki sempadan Kelantan melalui Gua Musang pada 11 Mac adalah kehadiran gereja, tokong, masjid dan kuil. Nah! Kewujudan rumah-rumah ibadat ini sendiri sudah membuktikan hakikat bahawa kebebasan beragama dipraktikkan di negeri Kelantan yang membangun bersama Islam. Saya menyebut perkara ini semasa perbualan bersama-sama Tok Guru dan huraian yang beliau berikan semakin membuktikan kehebatan beliau sebagai tokoh agama. Tok Guru memetik ayat keenam dalam Surah Al-Kafirun iaitu surah ke-109 dalam al-Quran untuk menjelaskan realiti yang wujud. Terjemahan ayat itu adalah "untukmu agamamu, dan untukku agamaku". Daripada perbualan kami, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mengamalkan cara pemerintahan Islam yang sebenar; sebagaimana dituntut Islam serta pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dan para sahabat baginda. Memandangkan pentadbiran negeri Kelantan adalah berasaskan Islam, saya masih tertanya-tanya apakah sebenarnya "kemunduran" dan "kemiskinan" yang heboh diperkatakan pihak tertentu. Mungkin mereka hanya melihat aspek "kemajuan" dan "pembangunan" dari segi bangunan pencakar langit dan jumlah "duit kopi" yang mampu dihulurkan. Apa yang saya sebutkan sebentar tadi mengenai pertemuan dengan Tok Guru adalah antara hakikat yang tidak diketahui "dunia luar" kerana sering kali fakta diputar-belit dan dimanipulasi demi kepentingan politik pihak tertentu yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekali pun. Misalnya berkaitan Hukum Hudud yang mahu dilaksanakan mengikut Enekmen Pentadbiran Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Enekmen Hudud). Orang ramai di luar Kelantan khasnya sering dimomokkan dengan kata-kata bahawa Hudud akan memberikan kesan negatif serta menghakis hak penduduk agama-agama lain. Pada hakikatnya, orang bukan Islam tidak perlu bimbang atau takut kerana pelaksanaan Hukum Hudud adalah untuk orang Islam. Malah, orang Islam yang tidak ada niat melakukan jenayah hudud juga tidak perlu bimbang kerana "hudud" adalah hukuman bagi beberapa jenayah berat sahaja. Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya menerbitkan pelbagai brosur dan buku yang mengandungi maklumat tepat, lengkap, jelas dan benar mengenai pelbagai isu. Selain membacanya, saya juga berpeluang mendengar sendiri penjelasan daripada MB Kelantan. Pemimpin berjiwa rakyat Akan tetapi, soalnya, berapa ramai yang berpeluang membaca buku-buku berkenaan walaupun diedarkan secara percuma? Dan berapa ramai (dari luar Kelantan) yang berpeluang bertemu secara bersemuka dengan Tok Guru untuk berbual-bual secara santai berkenaan pelbagai topik dalam usaha mencari penjernihan, kebenaran dan fakta? Bagi saya, dalam kebanyakan hal, saya tidak sekadar bergantung pada "penerangan" dan "penjelasan" yang disampaikan oleh Tok Guru secara lisan. Sebaliknya, melihat wajah beliau yang tenang dan ikhlas sudah memadai untuk "menceritakan" peribadi mulia yang dimiliki. Saya juga berpeluang memiliki senaskhah buku bergambar berjudul "Imbasan 20 Tahun" (2010) terbitan Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dipaparkan foto-foto dan maklumat berkaitan pembangunan di negeri itu sejak Tok Guru menjadi MB pada 23 Oktober 1990. Apa yang menarik adalah bahawa maklumat dan foto berkenaan dipaparkan seadanya; iaitu tanpa kerja-kerja melobi dan mengampu seperti yang sering berlaku pada penerbitan buku-buku "tokoh" yang biasa diterbitkan sebagai bahan propaganda politik bagi si polan dan si polan. Bagi Farizal Yusoff, seorang guru dari Kubang Kerian, Tok Guru adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat. "Beliau senang didekati dan tidak menjadikan jawatan MB sebagai penghalang untuknya berdakwah. Pintu rumah sentiasa terbuka dan ikhlas melayan setiap permasalahan rakyat," katanya menerusi mesej yang dikirim kepada saya menerusi Facebook, minggu lalu. Isma Muhammad pula mengimbau kenangan lebih 20 tahun lalu iaitu apabila seorang pelajar menulis surat kepada Tok Guru mengenai kesulitan yang dihadapi pelajar Madinatul 'Ilmi untuk keluar masuk ke sekolah kerana jalan tanah merah. "Dalam suatu majlis penyampaian hadiah di sekolah kami, Tok Guru menyebut tentang surat misteri itu serta meminta ADUN Perupok menjadikan sekolah kami sekolah angkat. "Menteri Besar juga meluluskan pembinaan jalan bertar sepanjang hampir dua kilometer dengan kos sekitar RM15,000 demi keselesaan para pelajar," katanya. Bagi Roshidayu Che Mat dari Shah Alam, beliau terpesona dengan kezuhudan pemimpin itu. "Beliau satu-satunya pemimpin yang tidak bersifat 'tuan' dan 'tuhan' kepada orang lain. Sebaliknya menjadi pemikul tanggungjawab yang tidak korup," katanya. Abdullah Abdul Rahman dari Pasir Putih, Perak pula menyimpulkan Tok Guru sebagai pemimpin yang karismatik. "Beliau ilmuan berjiwa hamba sebenar dan memiliki keupayaan membangkitkan keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai seorang MB. Pengiktirafan selaku '50 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh di Dunia' menjelaskan kredibiliti sebenar beliau," katanya. Saya yakin bahawa ketokohan Tok Guru sebagai pemimpin Islam (bukan hanya "Islam" pada nama) menjadi asas pemerintahan (pentadbiran) yang adil dan disukai penduduk pelbagai kaum dan agama di Kelantan; khususnya sejak 1990. Itulah juga sebabnya kedudukan Tok Guru sukar digugat walaupun pelbagai cara yang licik dan penuh tipu-helah khabarnya telah, sedang dan akan cuba digunakan "kuasa luar". -FMT klik untuk baca |
Najib "Sapu" Gaji Menteri Wanita Untuk Rosmah Mansor? Posted: 09 Apr 2012 08:32 AM PDT Najib pangku Menteri Wanita laluan buat isteri? KUALA LUMPUR, 8 April: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kelulaluan pada arga dan Masyarakat dengan tujuan untuk membolehkan isterinya mendapat laluan menguasai kementerian berkenaan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan. Tindakan itu juga, kata beliau, menunjukkan tidak ada Ahli Parlimen atau tokoh Wanita Umno yang mendapat kepercayaan Najib untuk memegang jawatan itu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan memangku jawatan itu. "Najib tak percaya sesiapa pun dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang ada dari Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak ada tokoh wanita lain dari Umno dan BN yang dipercayainya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan sebagai menteri berkenaan," kata Mahfuz. Sebelum itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April dan tidak disambung oleh pentadbiran Najib dipercayai berikutan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang melibatkan keluarganya. Tindakan Najib yang memangku sendiri jawatan yang dikosongkan oleh Shahrizat itu dilihat oleh Mahfuz sebagai usaha membentuk pemikiran rakyat bahawa semua liabiliti kes lembu NFCorp bukan hanya ditanggung oleh Shahrizat seorang sahaja, tetapi hendaklah ditanggung sama oleh semua wanita Umno. "Sekali lagi Najib memuaskan kehendak hobinya yang tidak berkesudahan iaitu menonjolkan dirinya sebagai penyelamat ketika beliau menunjukkan bahawa beliau tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan tersebut," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz juga menolak alasan kononnya Najib tidak sempat hendak membuat pilihan berikutan pengunduran Shahrizat dari jawatan itu. "Najib sudah tahu awal-awal lagi tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator. "Alasan tidak sempat membuat pilihan tidak diterima sama sekali dan tidak boleh dipercayai," katanya. Alasan sebenarnya, kata Mahfuz, bukan kerana tidak sempat membuat pilihan. "Alasan yang dilihat umum ialah Najib tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan itu. "Najib hanya percayakan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) sahaja. "Tindakannya memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat akan membolehkan isterinya melebarkan lagi cengkaman pengaruhnya," kata beliau. Selepas ini, kata Mahfuz, Rosmah tidak hanya menguasai secara tidak langsung pelbagai bahagian di Jabatan Perdana Menteri di samping menguasai secara tidak langsung Kementerian Kewangan, malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan dikuasainya secara tidak langsung. Selain menjadi Perdana Menteri, Najib juga adalah Menteri Kewangan dan kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rosmah dilihat sebagai isteri Perdana Menteri yang paling berpengaruh dan paling berprofil tinggi dalam sejarah politik Malaysia. Walau dikecam sebagai berlebihan termasuk dari kalangan tokoh-tokoh Umno sendiri, tidak ada sesiapa pun yang berani menghalang kehendak Rosmah termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri walaupun beliau dilihat begitu lantang bersuara. -HD Ulasan GB Najib kini menyapu bersih gaji dua menteri yang dipegangnya iaitu Menteri Kewangan dan Menteri Wanita selain dari gaji persana Menteri sendiri. Cuba kita lihat gaji-gaji ini: Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia : Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan. Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59 Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79 a) Dua jawatan menteri kabinet 2 x RM14, 907.20 = 29,814.40 b) Jawatan perdana Menteri = RM 22,826.66 Jumlah a + b = RM52,641.06 Tak termasuk Eelaun-elaun Menteri seperti Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung oleh rakyat. Atau apakah gaji Menteri Wanita itu untuk Rosmah Mansor? Kedua, perlantikan Najib terhadap dirinya sebagai Menteri Wanita menunjukkan tarikh pilihanraya "terlalu hampir" kerana beliau mungkin merasakan tidak perlu untuk membuat penyusunan semula atau perlantikan menteri kabinet dengan tempoh perkhidmatan yang hanya tinggal beberapa minggu lagi. |
Kalau Mengaku Masih Wakil Rakyat, Apasal Tak Mahu Datang Persidangan DUN? Posted: 09 Apr 2012 07:06 AM PDT Syed Sobri: 'Saya masih Adun Kuala Nerang' ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim kecewa kerana ada pihak mendahului keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan kedudukan beliau sebagai wakil rakyat. Katanya, ada pihak mendakwa beliau sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, malah ada ura-ura mengatakan tempatnya akan diambil alih Adun Angkat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya tidak terabai. Syed Sobri ketika ditemui menegaskan, beliau masih Adun Kuala Nerang selagi Jabatan Insolvensi belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung status muflisnya itu. "Saya anggap saya masih wakil rakyat Dun Kuala Nerang. Saya tetap akan teruskan tugas sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana masih banyak perkara belum selesai, termasuk program yang sudah diatur," katanya. Menurutnya, beliau bersedia berundur dengan syarat SPR memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Nerang perlu dikosongkan selepas Jabatan Insolvensi mengeluarkan laporan rasmi berhubung statusnya. "Sehingga keputusan SPR dikeluarkan untuk kosongkan kerusi Dun Kuala Nerang, selepas itu baru saya akur dan akan berundur," katanya. Syed Sobri yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap berkata, walaupun dirinya diisytihar muflis tetapi selagi keputusan SPR belum dikeluarkan, beliau masih wakil rakyat. "Saya ikut prosedur, saya sudah maklumkan kepada Speaker Dun, Datuk Dr Abd Isa Ismail dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku ketua kerajaan, dan selebihnya kita tunggu laporan Jabatan Insolvensi dan SPR," katanya. Syed Sobri mendakwa beliau seolah-olah berseorangan berdepan kemelut ini, apabila Umno Kedah mengumumkan akan menjadikan kerusi Dun Kuala Nerang sebagai kawasan angkat. "Saya berterima kasih kepada Umno yang banyak bantu saya sebelum ini tetapi saya juga banyak menyumbang kepada Umno. Pengorbanan saya kepada parti bermula sejak tahun 1995. Malah pada 1999, saya dipilih sebagai salah seorang calon PRU tetapi bagi laluan pada rakan, termasuk tahun 2004," katanya. Menurutnya, beliau juga berkorban jawatan demi untuk melihat kesepakatan dalam Umno Bahagian apabila memberi laluan kepada Datuk Mahdzir Khalid untuk menjadi Ketua Umno Bahagian. "Ketika itu saya jadi timbalan, sekarang Datuk Ghazali Ibrahim jadi timbalan dan saya sebagai naib. Saya rela korban jawatan saya dan undur, tak ada dalam sejarah Umno, Padang Terap yang pertama buat macam itu. Tetapi dalam situasi ini, takkan biar saya keseorangan," katanya dengan nada kecewa. Syed Sobri berkata, perjuangannya tetap bersama Umno kerana darah dagingnya terdiri daripada pejuang-pejuang Umno yang cukup dikenali di Kedah. "Datuk saudara saya, Tan Sri Syed Omar Syed Abdullah Shahabuddin adalah Menteri Besar Kedah ketiga; Menteri Besar Kedah keempat, Tun Syed Ahmah Syed Mahmud Shahabuddin dan Menteri Besar Kedah kelima, Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Shahabuddin bapa saudara saya. Generasi saya adalah pejuang Umno dan saya juga akan berjuang hingga ke akhir hayat," katanya. -SH Ulasan GB Kaum keluarga Montoya rupa-rupanya. Jika masih mengaku ADUN Kuala nerang, mengapa semasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini tetapi enggan? Petikan: Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini. Dasar UMNO suka mentedarah gaji buta dan wang haram! klik untuk baca |
Timbalan Pengarah SKMM Didakwa Subahat Rasuah Dengan Isteri Posted: 09 Apr 2012 05:33 AM PDT Shah Alam: Seorang timbalan pengarah Bahagian Kandungan dan Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan bersubahat dengan perbuatan rasuah isterinya dan seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta membabitkan nilai RM250,000 pada Mac lepas. Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin. Dia didakwa bersubahat dengan isterinya Suraya Hani Ahmad Zaki dan Noorshidin Mohd Noor, yang didakwa menerima bagi diri mereka suapan wang tunai RM250,000 daripada ketua pegawai operasi Syarikat Siaga Informatics Sdn Bhd Mohd Shukri Othman sebagai upah kononnya telah membantu syarikat itu memperoleh surat penganugerahan bagi tender untuk mereka bentuk, melaksana, menguji dan pentauliahan makmal forensik digital di SKMM. Noor Mohamed Khan didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Siaga Informatics di Suite 2-6, Level 6, Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre, Subang Jaya, kira-kira 10.25 pagi pada 14 Mac lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dibaca bersama Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Noor Mohamed Khan juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan bersubahat dengan Suraya Hani dan Noorshidin yang didakwa cuba menipu Mohd Shukri dengan memperdayakan beliau bahawa mereka telah membantu Siaga Informatics sehingga berjaya memperoleh surat penganugerahan bagi tender yang sama sehingga mendorong Mohd Shukri menyerahkan kepada mereka wang tunai RM250,000 di tempat, masa dan tarikh yang sama. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 107 dan Seksyen 511 kanun sama. Hakim Asmadi membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin serta menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes. Di Mahkamah Sesyen berasingan, Noorshidin, 40, dan Suraya Hani, 32, pengurus akaun sebuah syarikat swasta, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerima suapan itu. Kedua-duanya, yang ditangkap pada 14 Mac lepas, juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan cuba menipu Mohd Shukri. Hakim M.Bakri Abd Majid membenarkan Noorshidin dan Suraya Hani, yang sedang mengandung dua bulan, dibebaskan dengan jaminan RM15,000 setiap seorang serta seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes. M.Bakri juga memerintahkan supaya pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada SPRM Mahamad Sukri Abu Seman. - BERNAMA |
Status Sri Wani Seorang Wanita Atau Lelaki Masih Kabur Posted: 09 Apr 2012 04:50 AM PDT Suami Sri Wani serah pada mahkamah SHAH ALAM - Suami kepada wanita yang sekelip mata mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana dipertikaikan status jantinanya memohon masyarakat menghentikan tuduhan negatif. Berkongsi situasi bersama Sinar Harian, Bahrom Sanugi, 61, menerusi peguamnya, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya tertekan dengan kritikan masyarakat. "Beliau minta diberi ruang tidak diganggu mengenai isu ini. Selepas cerita ini tersebar, pelbagai spekulasi dan komen diterima. "Beliau tidak dapat terima pandangan masyarakat terhadap dirinya sekarang. "Kalau lihat di blog, semua melemparkan tuduhan tidak adil kepadanya. Biarlah perkara ini selesai di mahkamah dahulu," katanya. Muhammad Hafiz berkata, ramai pihak mempertikaikan mengenai alasan mengapa selepas lebih setahun berkahwin anak guamnya baru sedar dan memfailkan faraq (pembatalan perkahwinan). Menjawab isu itu, Muhammad menjelaskan Bahrom mempunyai alasan kukuh yang diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti. Ditanya mengenai hubungan Bahrom dan Sri Wani pada masa ini, Muhammad Hafiz berkata, mereka baik dan Sri Wani memberikan kerjasama sepanjang prosiding. "Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memerintahkan mereka tinggal berasingan sehingga hakim memberikan keputusan," katanya. -SH
klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan